Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

MORNING MOTIVATION

When I woke up this morning lying in the bed,

I was asking myself;

What are some of the secrets of succes in life?

I found the answer right there, in my very room

***********************************************************************************

The fan said : be cool
The roof said : aim high
The window said : see the world
The clock said : every minute is precious
The mirror said : reflect before you act
The calendar said : be up-to-date
The door said : push hard for your goals

AND THE CARPET SAID..........................
NOT TO FORGET???

TO KNEEL DOWN AND PRAY :)




Coretan utk saudara-saudaraku,
Cahaya Penawarku
8.22pm
1 Muharram 1431H

Monday, December 14, 2009

Bahagia atau Sengsara Masa Cuti? - Episod : Adakah Saya Seorang Doktor???


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia & hidayat ini, perjalanan saya ke USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan selama 6 hari berjalan dengan lancarnya dan banyak pengalaman telah saya timba selama 6 hari ini.

Pada hari Sabtu yg lepas, 12 hb Disember 2009 sy telah menyertai satu khidmat kesihatan sekitar kawasan Kelantan yg lebih molek kiranya sy tidak menyebutkan destinasinya. Bersama-sama dua org doktor, seorang pelajar nutrition & dua org pelajar perubatan, kami ke sana. Inilah kali pertama sy menyertai khidmat kesihatan di luar kampus, jikalau sebelum ini semasa sy berada di dental, sy hanya menjadi org backup semasa khidmat kesihatan di dlm kampus.

Apabila tiba di lokasi, kami tiba agak lewat sekitar jam 9.30 pagi namun kelihatan byk lg booth yg masih belum dibuka dan sdg membuat persiapan. Tanpa membuang masa, kami membuat persiapan dgn menyediakan kawasan kami dan alat-alatan serta ubat-ubatan yg dibawa. Pada mulanya, Dr meminta sy utk mengendalikan kaunter bacaan tekanan darah, namun kerana kurangnya ilmu sy, maka Dr sendiri bersama senior pelajar perubatan yg mengendalikan kaunter itu. Sy pula lebih selesa utk berada di kaunter pendaftaran(walaupun bukanlah pendaftaran yg formal). Sy cuba menyesuaikan diri sy utk berkomunikasi dengan masyarakat kelantan yg begitu pekat loghatnya. Kdg2 tersasul juga lah sy bercampur dengan bahasa utara sy.

Ramai yg hadir menanyakan "takde kaunter cek kencing manis ka?", memandangkan kami tidak membawa glukometer, tetapi kemudiannya, glukometer tiba. Pada mulanya, sy meminta sahabat sy senior perubatan yg mengendalikan glukometer ini, tetapi entah bagaimana, sy pula yg cuba check sama ada alat ini boleh digunakan atau tidak. Setelah cubaan demi cubaan dilakukan kpd sahabat sy, ternyata bekas utk handle jarum itu ternyata tidak dpt digunakan dgn baik. Maaflah, sy tidak ingt apa namanya. Apabila bertanya pd Dr, Dr menyuruh melakukan secara manual. Sahabt-sahabat yg hadir tidak berani@tiada pengalaman utk melakukannya.

Pada mulanya, sy ingt tidak mahulah check kandungan glukosa ini kepada org awam yg hadir, tetapi di hadapan sy ini, sudah ramai yg beratur tidak sabar nampaknya utk check glukosa masing2. Dr memberitahu bahawa hanya mereka yg ada kencing manis shj boleh dicheck memandangkan kaedah cucuk jarum secara manual akan dibuat, tetapi entahlah org ramai nak buat ada@tiada kencing manis.

Sy pun cuba utk membuatnya, seolah2 mahir dlm hal ini, padahal sy hanya mengetahui teorinya shj. Selama dlm makmal pun, kami tidak pernah menjalankn secara manual kaedah cucuk jarum utk ambil darah ni. Dengan lafaz nama Allah, dan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W, sy ambil bacaan glukosa seorang demi seorang. Ngeri juga apabila difikirkan kembali walaupun telah disapu jari dengan alcohol, namun, sy bimbang kesakitan yg dialami org awam ini. Seorang demi seorang sy menanyakan adakah sakit selepas sy cucuk jari mereka... Sy pujuk org awam agar tidak melakukan ujian glukosa ini dan memberitahu mereka bahawa sy hanyalah seorg student dan bukannya student perubatan... Alhamdullilah, mereka tetap ingin dan percaya dan yakin bahawa sy mampu utk melaksanakannya...

Tepat jam 12.30 tgh hari, Dr meminta kami menutup kaunter khidmat kesihatan ini kerana kami ada destinasi lain yg ingin pergi... Org ramai begitu kecewa apabila menyatakan kami sudah mahu tutup kedai... Sy hanya senyum & terus senyum pd mereka... Sempat juga menasihati pakcik,makcik, kakak-kakak dan adik2 utk sentiasa berjumpa doktor sekiranya perlu.

Selama ini, sy terlalu mengimpi-impikan utk turun pdg melakukan khidmat kesihatan kpd org awam. Alhamdullilah ya Allah. Hari ini telah tercapai satu impian sy utk menyumbangkan sesuatu kpd org ramai. Walaupun perasaan takut masih ada dlm sanubari hati, namun rasa syukur itu terlalu menebal hingga tidak sabar sekiranya ada lg peluang utk berkhidmat kpd masyarakat...


tika itu, tika itu aku masih lagi kecil
hanya mampu melihat tangisan ibuku
menerima ujian yg begitu besar buatnya
ibu mana yg sanggup melihat anaknya sakit
ibu mana yg sanggup melihat anaknya menderita

ulang alikku bersama ibu ke hospital
membuatkn aku melihat kesakitan-kesakitan yg pedih
sehingga tertanamnya satu keazaman dlm diriku
utk aku menabur jasa pd mereka yg memerlukan

namun, rezeki itu bukanlah di tgn manusia
Allah lah pemberi segala rezeki
tika peluang itu tiba utk ku menyambung pelajaran
entah mengapa saat itu ku menolaknya
sehingga ku masuk di alam pergigian

satu demi satu yg menimpa diriku
kini ku terpaksa melepaskan alam pergigian
menukar kursus yg hidup ke yg mati
mengkaji bukti-bukti kematian
kes-kes yg menganiayai mereka yg tidak bersalah
maka itulah fardhu kifayah ke atasku kini...

ya Allah, cintaku pd alam perubatan tidak kan berakhir
kau gagahi lah diriku utk meneruskan perjuangan
semoga walau ku kini bukan di alam perubatan
aku masih lg mampu menolong mereka yg kurang berdaya

Catatan bakal Pakar Forensik,
Cahaya Penawarku
8.22pm

28 Zulhijjah 1430 H






Friday, December 11, 2009

Bahagia atau Sengsara Masa Cuti? - Episod 2


Pagi ini, selesai sudah sy mengambil brg2 jualan dengan syamimi, sy pulang ke bilik dan terus mendapatkan hp sy. Betapa pentingnya hp ini buat diri manusia di zaman makin moden ini. Sy terkejut bila mendapat msg abah "Alhamdullilah & tahniah kerana lulus semua subjek sem 1. Tingkatkan usaha & insyaAllah berjaya selalu". Abah menghantar sms kpd sy tepat jam 9.42 am. Rupa-rupanya result lulus/gagal sudah keluar pd hari ini. Result penuh akan keluar pd 22hb Dis ini.

Sedar tak sedar, sudah hampir masuk sem 2 di tahun 2, sy berada di USM Kampus Kesihatan. Sains Forensik merupakan suatu kos yg mencabar buat sy tidak jauh bezanya tika sy berada dalam kos pergigian satu tika dahulu. Sem yg bakal menjelma ini, sudah tentu tidak akan lari dari mengambil subjek2 perubatan seperti farmakologi dan patologi. Alhamdullilah, syukur sgt2 sbb sy masih mampu lg utk menerima ilmu Allah S.W.T ini. Semasa cuti ini, terlalu byk kes2 kecurian, pukau sehingga membunuh org. Ramai org bertanya pd sy "Awak tidak takut ke tgk mayat?"... Skrg masih lg mempelajari teori, jadi sy tidak tahu bagaimana rasanya bila berjumpa mayat, bila berhadapan dengan kes2 yg mencabar ini, bila kena turun padang utk siasat... tp sy rasa tidak sabar utk menghadapi situasi-situasi sedemikian...

Seronok rasanya tgk CSI, tp pastinya pekerjaannya tidak seseronok seperti kita menonton di kaca mata televisyen. Tentunya apa-apa jenis pekerjaan jua, terdapat cabaran-cabaran yg tersendiri. Terlalu awal utk sy tafsirkan apa yg bakal berlaku, apa-apa pun sy ingin lakukan yg terbaik utk agama sy, mencari keredhaan Allah S.W.T & buat ibu abah sy yg telah menjaga dan mendidik sy sehingga kini...

Menantikan ketibaan sem baru,
Cahaya Penawarku
11.52 am
24 Zulhijjah 1430 H


Wednesday, December 9, 2009

Kursus Kahwin? Wajarkah Pergi Pada Usia Yang Muda?


Kursus Kahwin dibawah program Minggu Penghayatan Islam Ke-12 USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian bakal diadakan pada 8 & 9hb Januari 2010 ini. Semalam dan dua hari yg lepas, senior final year medic menghubungi sy meminta 4 tempat. Namun, apabila sy bertanyakan kepada yg berkenaan projek ini, tmpt hanya tinggal satu shj. Kakak itu memohon kpd sy utk mengutamakn senior2 final year dan memberi tempat kpd mereka. Setelah perbincangan, Alhamdullilah tmpt itu bisa diatur. Nampaknya, sy jugalah yg tidak berpeluang menghadiri kursus kahwin pada tahun 2010 ini...

Petang tadi semasa di cafe, kakak yg jual itu tanya pd sy, "Bagaimana?Jadi ke?"
Sy terfikir, apalah yg jadinya...namun sy hanya sekadar menjawab "InsyaAllah, kumpul duit agaknya"... sehingga jawapan sy itu menjadi tanda tanya buat sahabat sy. Sy memberitahu sahabat sy "Mana tahu, jodoh ada diluar, sedang kumpul duit, atau sdg buat apa sahaja, kita tidak tahu"... menjawab dengan selamba sambil tersenyum..."Betul juga", sahabat sy mengiyakan sahaja jawapan sy...

Takpe lah kan. Kita dahulukan org lain terlebih dahulu. Sy masih belajar & tunggu graduate agaknya baru nak cari calon ^_^

*Artikel ini hanyalah omong-omong promosi Minggu Penghayatan Islam ke-12. Tiada kene mengena dengan sesiapa jua :)

Cahaya Penawarku
5.38 pm

22 Zulhijjah 1430H

Tuesday, December 8, 2009

Bahagia atau Sengsara Masa Cuti...??? - Episod 1


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat baginda, para tabien dan para dai'e yg sentiasa membawa agama Islam mekar sehingga generasi hari ini masih menerima nikmat Islam dan Iman...


Semalam, semasa sy naik bas, sy duduk disebelah seorang 'makcik' yg ingin ke kota bharu. Pada mulanya, sy hanya senyum padanya, lama-kelamaan sy mula berkenalan dengan makcik yg sgt ramah orgnya. Bukanlah makcik ini ingin sy ceritakan, tetapi ilmu yg sy pelajari dari makcik ini. Sy namakan makcik ini sebagai makcik M.


Suami makcik M telah pergi menemui pencipta Yang Maha Esa 7 tahun yg lalu. tarikh yg sama kelahiran anak lelakinya membuatkan tarikh ini sgt bermakna pd keluarga mereka. Kematian suami makcik M ini adalah secara mengejut kerana tidak pernah buat medical checkup, makanya apabila post-mortem dijalankan, barulah tahu punca kematian adalah sakit jantung.


4 bulan lebih yg lalu, suami kawan kepada makcik M telah mengalami kemalangan jalanraya, di mana suami kawan kepada makcik M dan bayi bongsunya meninggal semasa kejadian. Kawannya koma selama seminggu dan bersamanya 6 lagi orang anak-anak yg masih kecil.


Makcik M memberitahu bahawa "mereka yg tidak pernah merasai kehilangan, tidak akan tahu bagaimana rasanya"... sy akur dan akui. Jika sylah ditimpa ujian sedemikian, sy tidak tahu adakah sy ini mampu menghadapinya. Namun, sy yakin, jika Allah telah mentakdirkan sesuatu ujian tidak kiralah besar @ kecil, kita mampu menghadapinya cuma methodnya sahaja bagaimana...


Tahun ini sahaja, begitu banyak cerita-cerita kematian, cerita-cerita kemalangan(ahli keluarga sy tiga orang terlibat kemalangan), cerita-cerita musibah yg didengari... Kadang-kadang terfikir bagaimanalah kita akan mengakhiri kehidupan ini... Semoga kita tergolong dalam golongan yg beriman dan menemui Allah S.W.T dalam keadaan beriman.


"Hargailah mereka yg ada selagi boleh kita hargai"

Cahaya Penawarku
5.24 pm

22 Zulhijjah 1430H

Friday, December 4, 2009

Bipolar Disorder? It's for real?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para-para sahabat dan para dai'e yang telah lama meninggalkan kita...


Saya didatangi seorang sahabat (dalam alam maya) kenapakah dia mempunyai dua watak? Apabila di asrama @ kampus, solatnya terjaga, jemaahnya sentiasa, puasanya rajin dan mcm mcm lagi lah amalan yg sgt-sgt dijaga... tetapi, apabila dirumah, kesemua itu tidak terjaga, kesian adik tu, saya rasa tentu dia sgt susah hati...


Kita adalah manusia, saya tidak tahu adakah capai lagi tahap mukmin? bg diri saya sendiri tentu masih jauh lg utk mencapai tahap mukmin itu... Manusia sebagaimana yg pernah dipelajari dalam subjek agama, "Imannya bertambah dan berkurang"... dalam erti kata lain, kita akan sentiasa tambah dan turun iman kita... apabila kita merasakan amalan kita berkurang, maka kuranglah iman kita... dan bagaimana utk mencapai iman yg sentiasa meningkat??? apabila kita mencapai kemanisan iman, InsyaAllah


Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah,


Saya menasihati diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian, agar pentingnya sebelum tidur, kita bermuhasabah diri kita, tgk balik, koreksi semula diri kita, apa yg kita telah lakukan seharian... adakah kita meninggikan suara pd ibu bapa kita? adakah kita bergurau senda pada teman-teman sehingga dia berkecil hati? adakah kita telah melakukan sesuatu tanpa kita sedari? check semula amalan-amalan kita... sebab itu pentingnya pepatah


"jadikan hari esok lebih dari hari ini, hari ini lebih baik dari hari semalam"


Apabila kita berada dirumah, gunakanlah kesempatan yg ada utk menambah ilmu di dada, tiada gunanya sekiranya amalan kita dipersoalkan, kita tidak tahu kenapakah kita mengerjakan amalan itu... sejak saya berada di negeri Kelantan, saya merasakan terlalu ceteknya ilmu agama saya, banyak sgt yg tidak dipelajari semasa berada di sekolah dahulu walaupun sekolah agama...

Barulah saya faham, lagi seseorang mencari ilmu agama itu, lagi bertambah keyakinan orang itu pada Allah S.W.T... apabila kita mempelajari sesuatu, kita perlulah benar-benar memahami... dan bila dah memahami, iman kita lah yg akan menentukan istiqamah kita dalam amalan...
Wallahu'alam


Monday, November 30, 2009

Diari Raya Korban 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

”Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do’aku”- Surah Ibrahim (14:40)

Alhamdullilah, hari ini masuk hari tasyriq yg pertama@Hari Raya Korban yg ke 2. Seperti dalam pembacaan saya dalam Saifulislam.com, Hari Raya Korban tidak mendapat sambutan yang hangat sebagaimana Hari Raya Puasa, justeru, saya cuba utk melihat suatu kelainan pada Hari Raya Korban kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Memandangkan pada tahun ini Hari Raya Korban jatuh pd hari Jumaat, maka surau di taman saya mengadakan korban pada hari ini(Sabtu). Pagi-pagi lagi abah telah ke surau kerana lembu yang abah korbankan merupakan lembu yg pertama. Saya tidak berpeluang ke surau kerana ada amanah lain yang perlu dilaksanakan. Jadi terlepas lah peluang melihat lembu utk dikorbankan pd tahun ini. Tepat jam 12 tgh hari kami sekeluarga pulang ke kampung di kedah. Kami singgah dahulu di rumah adik abah di Baling utk diberikan daging-daging korban. Alhamdullilah, rezeki Allah siapa yang tahu. Saya baru sahaja menyebut pada mak ingin masak bihun sup, tahu-tahu sahaja, di rumah adik abah saya(makcik), menyediakan bihun sup utk tetamu-tetamu yg datang. Saya tambah beberapa kali juga. Sangat sedap dan selesai sudah hajat dihati ini nak makan bihun sup.

Selepas itu, kami ke kampung bertemu dengan tok(mak kepada abah) dan saudara-mara di kampung. Di kampung, daging-daging korban turut diagihkan kepada mereka yang selayaknya dapat bahagian daging korban. Kami dihidangkan dengan lemang+ayam masak rendang merah. Syukur Alhamdullilah. Rezeki yang sering datang dan perlulah disyukuri padaNYA. Selepas makan, saya ke rumah sepupu(kaklong) di bahagian kawasan hadapan rumah tok. Kaklong selamat melahirkan anak yang ke-5. Apa yang menarik kelahiran ini adalah saya langsung tidak mengetahui bahawa kaklong mengandung. Tahu-tahu sahaja sudah selamat bersalin. Kadang-kadang rasa sedih juga kerana bagaikan tidak cakna(ambil berat) kepada orang lain. Tetapi itulah pengorbanan menjadi seorang pelajar yang bermusafir di perantauan. Itu baru di Kelantan dan bukan lagi di negara orang-orang asing.

Nur Anis Najwa namamu diberi

Semoga engkau cantik budi pekerti seperti namanya

Kami bertolak pulang ke rumah pada hari yg sama memandangkan adik-adik saya yg belajar di Kuala Lumpur hanya cuti sehingga hari ahad sahaja. Semasa kami pulang, abah singgah di rumah sepupunya di Kubang Semang, Penanti. Di situ, banyak cerita-cerita raya korban yg saya dengar dan kami dihidangkan dengan nasi+sup daging+air asam. MasyaAllah. Sangat-sangat lazat makanan pada hari ini. Dan saya cuba utk makan semampu yg boleh, tidak terlalu kenyang dan tidak membazir. Alhamdullilah.

Cahaya Penawarku

1.14 am

11 Zulhijjah 1430H

Sunday, November 29, 2009

Berlalunya Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia (Wehdah 09)

1-Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09

Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09
Oleh :Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran
Timbalan Dekan, Fakulti Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, UIAM


Antara peserta muslimin yang hadir dari IPT dan Kolej-Kolej Komuniti seluruh Malaysia



Peserta -peserta muslimat yang Hadir

2- WACANA 1
Tema : Sikap Sosial

Wacana 2
Sidang Pleno 1 di DKP 3

Wacana 1
Sidang Pleno 2, DKP 4

Penyampaian cenderamata kepada ahli panel.

WACANA 2
Tema 2 : Strategi dakwah


Wacana 2
Sidang Pleno2 di DKP3

Penyerahan cenderamata di DKP 3

Wacana 2
Sidang Pleno 2 di DKP4

Penyerahan cenderamata kepada ahli-ahli panel DKP 4

4-FORUM
"GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
"

Forum-bersama Ahli-ahli panel

Barisan peserta dari IPT dalam sesi soal jawab

Penghargaan daripada pihak Sekretariat kepada para ahli panel jemputan.


5- PERSEMBAHAN NASYID
Mengakhiri majlis


Persembahan menarik dari kumpulan Da'i

sumber: www.kpmk09.blogspot.com

Saturday, November 28, 2009

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009 (Wehdah 09) : Diari Perjalanan 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas junjugan besar Rasulullah S.A.W, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda serta para da'ie yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu...

Syukur Alhamdullilah, cuti semester kali ini dapat diisi dengan satu program yang saya kira sangat-sangat manfa'at anjuran Sekteriat Pendakwah Muda Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini yang telah berlangsung pada 22hb-25hb Nov mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan di mana pesertanya lebih kurang 700++ seluruh Malaysia.















Baru dapat upload gambar-gambar & masih belum berpeluang untuk menulis... InsyaAllah dlm masa yg terdekat ini, tungguu... :)

Friday, November 27, 2009

Hiburan Berunsurkan Pengajaran Yang Manfa'at


www.drmascda. blogspot. com

Selesai sudah drama kegemaran ramai dan kegemaran saya kebelakangan ini-Nur kasih..Banyak pengajaran yang boleh didapati terutama dari watak ADAM yang begitu berkesan sekali yang dibawa oleh Remy Ishak.


Juga dari watak Katrina yang dimainkan oleh Sharifah Sofia.Hakikatnya keduanya membawa mesej yang sama.Adam, bertaubat dari dosa-dosa yang lalu,kembali padaNYA.Tapi tidak semudah itu.Makin ingin mendekatiNya, makin akan diuji.

Ujian sejauh mana keikhlasan hati itu.Adam juga berubah.Berubah dengan hidayahNYA setelah peristiwa buruk menimpa dirinya.Kehilangan anak lelaki, dibuang kerja dan dipenjarakan. Nah,setiap malapetaka tidak bererti kehancuran kepada yang menerimanya bahkan satu RAHMAT dan PETANDA permulaan kepada suatu HIDAYAH.

ADAM menjadi ADAM yang baru.ALLAH tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia tanpa IZINNYA walaupun dalam perkara sebesar ZARAH sekalipun. PASTI ADA SEBABNYA.Bersangka baiklah pada sesuatu musibah kerana SEMESTINYA ada yang lebih baik yang menanti.

ADAM setelah KEMBALI menelusuri jalan yang LURUS DAN BENAR tidak beerti dia sudah BERJAYA di situ.KEMBALI bererti PERMULAAN kepada segala-galanya. PERMULAAN kepada sebuah MUJAHADAH.

MUJAHADAH yang panjang.suatu MUJAHADAH CINTA.CINTA ILAHI.Inilah TAUBAT yang sebenar.TAUBAT DENGAN BUKTI dan berterusan tanpa BERPATAH balik ke belakang.

PANTANG SEKALI.HIDAYAH milik ALLAH dan IMAN tidak boleh diwarisi dari sebuah pertalian keluarga ataupun melalui PERKHAWINAN. Adam berubah melalui NUR ALLAH bukan melalui Nur Amina.Hidayah itulah membawa Adam kembali menjadi suami Nur Amina yang sebenar. Hati yang digerakkan dengan Nur Ilahi membawa kepada rasa KHAUF yang amat-rasa takutkan Allah dan penyesalan pada dosa-dosa.Menjadika n rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Katrina, siapa sangka dia akan pergi kembali pada TUHANYA dalam keadaan yang mulia? Waktu Subuh, dalam keadaan sujud.Nah, bukti..siapa yang dapat menjamin bentuk kematian dan saat akhir hidup seseorang?

Langit itu tidak akan terus mendung malah tiba-tibasinaran pelangi yang indah datang menghiasi..Seandainya kita diatas jangan mudah leka dan lupa barangkali suatu hari mungkin kita di bawah.Iman ini mampu berbolak-balik di antara dua jari.

Tidak menghairankan ahli ibadah menjadi ahli neraka (saat akhirnya melakukan maksiat) dan tidak mustahil ahli neraka menjadi ahli syurga (saat akhirnya bertaubat).Jadi, siapa kita untuk menilai insan?

Nilailah iman sendiri..Mohon Allah tetapkan kita dalam petunjukNYA dan kembali kepadaNYA dengan penuh KEMENANGAN.

Drama ini sangat banyak pengajarannya. Masih banyak yang boleh kita koreksi dan muhasabah. Inilah cerita yang saya maksudkan. Membawa penonton kepada suatu nilai moral dan mempunyai kesan di hati.Mampu membuatkan penonton berfikir.

Tahniah TV3 kerana berjaya menyaingi drama Islamik keluaran INDONESIA!

Thursday, November 26, 2009

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan - Edisi 'Aidiladha dari iluvislam.com

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan
www.iluvislam.com
lailatulema
Editor: lailatulema



'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?


Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

Salam 'Aidiladha




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda dan para da'ie yang terlebih dahulu meninggalkan kita semua...
Syukur Alhamdullilah tepat jam 5.00 petang, 9 Zulhijjah 1430H tiba selamat di rumah untuk bersama-sama dengan keluarga menyambut Hari Raya 'Aidiladha kali ini...
Semoga Hari Raya 'Aidiladha kali ini lebih manfa'at dan membawa lebih makna berbanding sebelum-sebelum ini, InsyaAllah...
Hamba yg keletihan,
Cahaya Penawarku
5.21pm
9 Zulhijjah 1430H

Wednesday, November 18, 2009

~Selamat Bercuti~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hadith 35

Terjemahannya:

"Dari Abi Hurairah radiyallahuanh katanya: Telah bersabda Rasullulah S.A.W : Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu tipuan, dan janganlah kamu berbelakang belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara.

Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh ia menaniyainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.

Taqwa itu di sini- kata Nabi sambil menunjuk kedadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekelian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya"

Diriwayatkan oleh Muslim.

************************************************ **********************************
Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah S.W.T,

Faham tak apa yg nak disampaikan dalam hadith di atas ini? Apa yang boleh ana petik dari hadith di atas ada dua perkara penting yang nak disampaikan dalam hadith ini, yang pertama adalah :

1. Beberapa perintah larangan

- janganlah kamu berdengki dengkian
- janganlah kamu berbenci bencian
- janganlah kamu bertipu tipuan terutama dalam jual beli
- janganlah berbelakang belakangan

Hadith lain sabda Rasullulah S.A.W
"Tidak halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tidak menegur) lebih dari tiga hari; bila keduanya bertemu maka yg seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yg lebih baik dari keduanya ialah orang yg memulakan dengan ucapan salam"

2. Orang Islam Saudara Orang Islam

Oh! apakah yg dimaksudkan dengan org Islam saudara org Islam???

Ini bermaksud orang Islam tidak boleh menganiyai saudara Islamnya, tidak boleh dibiarkannya, tidak boleh didustainya, dan juga tidak boleh dihinakannya. Larangan ini wajib dihormati utk memelihara perpaduan di antara orang Islam yang diakui sebagai saudara.

Orang Islam tidak boleh menganiyai saudaranya orang Islam, kerana penganiayaan bertentangan dengan peribadiannya sendiri, tetapi orang Islam wajib membantu menghindarkan penganiayaan dan saudaranya yg dianiayai; dan tidak boleh ia membiarkan saudaranya dalam kehinaan dilakukan terhadapnya tetapi dikehendaki berikhtiar sekadar yang mungkin bg melaksanakannya.

Hadith Rasullulah S.A.W yg lain menyatakan:

"Bahawa barangsiapa yang tiada mahu menlong seorang mukmin yg sedang dihinakan orang disisinya pada hal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari qiamat. Sebaliknya pula, orang yg menolong saudaranya dengan cara tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolong Allah akan dia dalam dunia dan akhirat"

Setelah itu Rasullulah mengatakan "At taqwa ha'huna" ertinya taqwa itu di sini-sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali. Ini adalah isyarat atau petunjuk kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara melagak-lagak menunjuk diri atau meninggi ninggi darjat peribadi, tetapi adalah dengan sifat taqwa di dalam dada, yang menelurkan amal utama dan budi mulia, sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji.

****************************** *********************************************

Secara kesimpulan,

Berbuatlah baik pada semua orang, bukan sahaja orang Islam bahkan juga orang bukan Islam. Janganlah menganiyai sesiapa, janganlah menzalimi sesiapa dan bantulah orang yang zalim agar dia tidak melakukan perkara yang zalim. Apabila berjumpa dengan saudara seagama, maka hulurkanlah ucapan salam, kerana orang yg menghulurkan salam itu lebih baik disisi Allah, InsyaAllah...

Buat sahabat-sahabat,

Selamat bercuti yang PPSK. Isikanlah cuti anda semanfaat yang mungkin. Buat sahabat-sahabat dental dan medic, salam imtihan, semoga perjuangan tidak terhenti di sini. Banyakkan amalan, sentiasa usaha memperbaiki diri menjadi yg lebih baik. ana sayangkan semua... semoga kita dapat bertemu lg. sentiasalah memaafkan sahabat-sahabat. .. dan sentiasalah memohon maaf pada sahabat-sahabat.

"Pada hari kiamat, sudah tidah berguna lagi harta benda, anak pinak kecuali orang yg datang menghadap Allah dengan hati yg sejahtera" (Surah As-Syura : ayat 88-89)

Yang baik itu semuanya datang dari Allah S.W.T

Hamba yg da'if

Cahaya Penawarku
12.15pm

30 Zul Qi'dah 1430H


Tuesday, November 17, 2009

**Bahagiakan Hatimu**


Bahagiakan Hatimu

“Pada hari Kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak-pihak kecuali orang yg datang menghadap Allah dengan hati yg sejahtera” (Surah as-Syura, ayat 88-89)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kaifahalukunna sahabat-sahabatku? Walau di mana jua sahabat-sahabat berada, saya sentiasa mengharapkan antunna berada dalam keadaan yg sihat wal’afiat disamping sentiasa berada di bawah naungan dan rahmat Allah S.W.T...

Hari ini merupakan hari kedua saya ’cuti’ in terms of dah habis semester 1 09/10. Namun masih ada sahabat-sahabat yg sedang struggle sama ada sahabat di USM mahupun di UM. Maka, saya tidaklah berfoya-foya dan cuba mengisi masa saya dengan sebaik-baiknya disamping cuba meringankan beban sahabat-sahabat yg masih dalam ’ujian peperiksaan’.

Rindu rasanya kepada mak abah di rumah, kepada tok yg ada di rumah, kepada wan aki di kuantan(sudah lama saya tidak menghubungi mereka), kepada abglong dan kaklong di UK, kepada adik-adik, kepada abg ashraf yg sedang exam juga, dan kepada guru-guru di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi. Ya Allah, rindunya pada mereka semua yg telah banyak berbakti dan menyebabkan saya masih kuat hingga hari ini.

Saat ini, saya baru sahaja kembali melaksanakan tugas-tugas yg diamanahkan oleh sahabat-sahabat, dan saya juga baru pulang dari melaksanakan amanah yang Allah berikan, iaitu amanah sihat... Entah kenapa semalam saya kurang sihat, kepala terlalu berat, tekak terasa loya. Dan menyebabkan pembaziran telah berlaku, habis semua makanan keluar sewaktu hendak berjemaah maghrib. ”Maafkanlah daku yg tak mampu nak kuat”.... dalam buku ada mengatakan kalau kita tidak sihat, tentu lah ada amalan-amalan yg tidak baik yg menyebabkan kita tidak sihat... Saya yakin bahawa orang yg benar-benar beriman dan bertawakal kepada Allah S.W.T merupakan orang yg kuat. Hingga hari ini saya masih lagi belum kuat sepenuhnya utk menghadapi masa-masa yang mendatang. ”Semoga diri ini dan sahabat-sahabat tergolong dalam golongan yg kuat(beriman)” monolog dalaman.

Sedikit peringatan dan pembacaan yg saya dapat dari buku ”Bahagiakan Hatimu” – Ibnu Qayyim Al-Jauziyah terbitan PTS.

Perkara-Perkara yang Merosakkan Hati

Mungkin ramai antara kita tidak menyedari ada tujuh perkara yang boleh merosakkan hati. Apabila tujuh perkara ini diamalkan secara berterusan, sudah pasti hati yg rosak bertambah rosak.

Oleh yang demikian, tujuh perkara yang disebutkan itu nanti, dapat dijauhi dan tidak diamalkan kerana ia memberi kesan tidak baik pada hati. Tujuh perkara itu adalah:

Ø Pergaulan yang tidak berfaedah

Ø Sentiasa berangan-angan

Ø Tidak berharap pada Allah

Ø Terlalu banyak makan sehingga kenyang

Ø Terlalu banyak tidur sehingga badan menjadi lemah

Ø Memandang secara berlebihan

Ø Kata-Kata yang keterlaluan.

Ketujuh-tujuh perkara ini apabila diamalkan sudah pasti ia merosakkan hati.

Hati yang sentiasa bersih dimudahkan perjalanannya menemui Allah. Berbanding dengan hati yg kotor, mereka melalui jalan yg sukar utk menemuinya. Pelbagai dugaan dan rintangan ditemui sepanjang perjalanan menemui Allah.

Tujuh perkara ini apabila terus diamalkan, ia menggelapkan suasana, pandangan kabur dan pendengaran terjejas. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu ia melemahkan seluruh anggota badan. Selain itu, kesihatan terganggu, kekuatan semakin berkurangan malah apa sahaja yg dilakukan turut terjejas. Begitu parahnya apabila sudah terjerumus dalam 7 perkara ini.

Mereka yang mengalami lima perkara yg parah ini, dan langsung tidak menyedarinya, bermakna hati mereka sudah mati. Apabila ini berlaku, sukar bagi mereka merawat hati yang sudah mati itu. Mereka juga tidak dapat menikmati kebahagiaan dan kesempurnaan hidup melainkan sesudah mengenali Allah dan mencintainya. Apabila sudah dapat mengenal dan mencintainya, hati mereka tenang dan sentiasa ingin mengingatinya.


Ibn Taimiyah pernah berkata ”Sesungguhnya di dunia ini terdapat syurga yg siapa tak pernah memasukinya, tidak akan memasuki syurga akhirat” Maksudnya, di dalam dunia ini terdapat byk nikmat. Sesiapa yang tidak menikmati nikmat yang Allah berikan, sudah tentu mereka tidak dapat menikmati nikmat di syurga pada hari akhirat nanti.

Sehubungan itu, sesiapa mengamalkan perkara ini, segeralah meninggalkannya sekiranya tidak mahu hati menjadi rosak atau kotor. Ketujuh-tujuh perkara itu menjadi batu penghalang bagi memperoleh kesempurnaan hidup.

Sahabat-sahabatku, teman-teman, muslimin dan muslimat...

Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Zat Yang Maha Mengetahui segala perkara yg ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

Bukan mudah utk kita amalkan, tetapi kita perlulah melatih diri kita sepenuh hati. Istiqamah dalam amalan, apabila kita istiqamah, kita akan temui apa yg kita cari selama ini. J

**********************************************************************************

Tak sabar untuk menemui mak abah yg sangat dirindui,
Kepada mereka yang tiada salah seorang, atau kedua-duanya,
Sesungguhnya kamu sangat bertuah,
Kerana Allah S.W.T telah memilih kamu,
Untuk menghadapi ujian itu,
Dan andainya Allah menarik nikmat itu dariku kini,
Tidak mungkin diri ini kuat sepertimu,
Wahai sahabat, ku amat mencemburi dirimu,
Kerana hatimu bersih, kata-katamu menusuk dalam hatiku,
Membuatkan aku juga mahu menjadi seperti itu,
Yang sentiasa ikhlas dan sabar dalam perjuangan.

-Catatan sahabat kepada sahabat-

Cahaya Penawarku2.01 pm

29 Zul Qi’dah 1430H

Sampai bila???

"Aku sedih...terlalu sedih", Nur Amina mengadu

"Bersabarlah, bersabarlah", Khalijah menjawab

"Aku tahu, aku dah baca Al-Qur'an, aku dah solat, aku dah buat semuanya, tetapi aku tetap bersedih lagi"

Nur Amina dan Khalijah berkawan baik sejak Amina di tahun 1 lagi alam universiti. Walaupun Khalijah merupakan seniornya di universiti, namun Khalijah lah menjadi tempat pengaduannya. Bahkan Amina bukan sahaja suka mengadu pada Khalijah, tetapi pada teman-teman karibnya yg lain jua.

Setiap kali ujian menimpa, setiap kali perlu membuat keputusan, Amina keliru dengan keputusannya. Amina memohon pada Allah S.W.T agar ditetapkan hati. Walaupun amal ibadat Amina sangat banyak, namun, sifatnya yg perlukan manusia utk menjadi tempat luahan hatinya tidak mampu Amina bendung.

Hari demi hari berlalu, Amina kini sedar bahawa dia tidak boleh lagi bergantung pd manusia walaupun pergantungan manusia itu adalah pergantungan yg kedua selain Allah S.W.T. Amina seharusnya yakin dan teguh dalam pendiriannya. Dia sedar bahawa tiada tempat pergantungan selain Allah S.W.T. Sampai bila dia perlu terus mengadu pada manusia, makhluk yg sama-sama lemah sepertinya.

Dia makin hari menjadi makin seorang yg pendiam, pada asalnya dia suka berkata-kata. Kadang-kadang kata-kata itu akan kena semula pada empunya dirinya. Walaupun Amina mendiamkan diri, namun dia cuba menyibukkan dirinya kepada perkara-perkara yg makruf. Dia cuba usaha mengisi masa yg ada dari buat perkara-perkara terlalai.

"Jagalah perintah Allah, nescaya Dia akan menjagamu, jagalah perintah Allah, nescaya Dia akan ada dihadapanmu, perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar nescaya Dia akan mengenalimu saaat kamu dalam kesusahan. Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, jika memohon pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah"

Dalam surah Ali-Imran Ayat 102, Allah S.W.T telah berfirman:

"Wahai orang-orang yg beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNYA dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim"

Semoga kita semua sentiasa bergantung hanya pada Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Satu, dan tiada selain DariNYA. Kadang-kadang, apabila kita diuji, dan apabila selesai diuji, maka ujian yg seterusnya menanti kita. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Kita kena sentiasa bersangka baik pd Allah S.W.T. Dialah yang menciptakan kita manusia. Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yg terbaik buat makhluknya. Tika senang, tika susah, mintalah, mohonlah padaNYA. Tika mendapat nikmat, tika mendapat musibah, bersyukur, syukur dan terus syukur padaNYA. Kerana itulah tanda ingatan ALLAH S.W.T pada hambaNYA :):)

Catatan insan yg da'if,
Cahaya Penawarku
9.32 am
17 November 2009

Tuesday, November 10, 2009

~Ujian Owh Ujian~

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to
Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " -
(Surah Al-Baqarah ayat 286)



KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty)
kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -
(Surah Al-Baqarah ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.....
(Surah At-Taubah ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB: "Cukuplah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)



AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum
yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

~perkongsian dari seorang sahabat kepada sahabatnya~

menantikan exam esok hari,
Cahaya Penawarku
9.22 pm

23 Zul Qi'dah 1430H

Saturday, November 7, 2009

Diari Peperiksaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kadang kala apabila kita telah berdoa, kita inginkan hasil yang segera..Sikap ini telah dikritik oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :
“Doa seorang hamba itu sentiasa dimakbulkan selama mana dia tidak memohon untuk memutuskan silaturrahim, selama mana dia tidak tergesa2.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa2?,
Baginda bersabda : “Seseorang yang berdoa berkata, aku telah berdoa, aku telah berdoa, namun aku belum lihat ia dimakbulkan.
Lalu dia berasa lelah dan tidak ingin berdoa lagi.” (Hadis Riwayat Muslim)

Esok, 8 November 2009, masuk hari ke-4 peperiksaan bagi diriku. Entahlah kenapa, jam ini, tika ini, ku sudah keletihan utk mengulangkaji pelajaran. Bukanlah bermakna ku dah bersedia, cuma hatiku, sedang memberontak "Wahai manusia, engkau mengulangkaji atas dasar apakah ini? Untuk mendapat keputusan yang cemerlang atau kerana engkau mencintai ilmu itu?"

Ku berasa sedih, kerana sampai hari ni, ku tidak berjaya utk mengulangkaji kerana cinta akan ilmu sebaliknya, ku akan mengulangkaji utk peperiksaan walaupun subjek itu amat diminati. Tapi itulah diriku yg terlalu lemah, yang sangat sibuk dengan taklifan-taklifan sampaikan ku lupa pada ilmu ini. Tapi aku tidak akan menyalahkan taklifan-taklifan yang diberikan sebaliknya menyalahkan diri ini kerana sering tidak berubah mengutamakan kerja-kerja luar daripada akademik.

Walaupun nak exam, ku sentiasa memikirkan perkara-perkara di luar akademik, memikirkan sahabat-sahabat, memikirkan bila lagi usrah nak buat, macam mana nak perbaiki usrah, tapi jarang-jarang ku fikirkan macam mana nak perbaiki diri ini dalam mengulangkaji pelajaran.

Sehingga saat ini, ku lebih suka membaca buku-buku agama dari mengulangkaji pelajaran. huh~ ini bukanlah contoh akhlak muslim. akhlak muslim seimbang kedua-duanya. pelajaran bahkan juga agama dan dakwah.

Bagimana ingin murni aqidah ?? Dengan ilmu. Itu sahaja jalannya. Kerana itu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, maka allah akan fahamkan dia dengan agamanya.” (Hadis riwayat Ahmad).
Beerti barangsiapa yang Allah tidak inginkan kebaikan baginya, maka Allah tidak akan memberikan kefahaman kepadanya.
Semuanya terletak di tangan kita sekarang. Berusahalah. Beramallah dengan ilmu bukan ikutan dan tradisi.

Bukan hanya ilmu agama, bahkan ilmu duniawi juga sangat-sangat penting agar kita tidak menjadi fitnah buat agama. "Ya Allah, ampunkanlah diriku dan sahabat-sahabatku. Janganlah jadikan kami bahan fitnah kepada agamaMU ya Allah. Tunjukilah jalan yg lurus kepada kami. Berikanlah keyakinan dan kekuatan kepada kami dalam menempuh hidup ini. Berikanlah pengakhiran kami dengan kejayaan dunia dan akhirat. Berikanlah kami kesabaran dan ikatkanlah kami dengan sebenar-benar ukhuwwah antara kami"

~sekali berjuang, selama-lamanya berjuang~

Ukhwah fillah abadan abadaa...
Maafkan ana atas kelalaian dalam menjaga hati setiap orang.
Maafkan ana atas sikap pentingkan diri tanpa memikirkan diri sahabat.
Maafkan ana atas keperibadian yg tidak mampu membawa tauladan yg baik.
Maafkan ana atas hak-hak antum/antunna yg tidak ana penuhi.
Maafkan ana atas segala-galanya.
Tegurlah ana, nasihatkanlah ana.

***Semoga kita kan berjumpa lagi***

Hamba yg da'if,
cahaya penawarku
7.45 pm

19 Zul Qi’dah 1430H

Thursday, November 5, 2009


Wahai orang-orang yang beriman!
Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari
azab yg pedih?

Yaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan BERJIHAD di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui

Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dlm syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.

~Surah As-Saff : Ayat 10-12~

Hamba yg dhaif,
Cahaya Penawarku
-Yang sedang menantikan exam hari ini biostatistik-
5.40 am

Ku melihat keindahan di pagi hari,
Ayat-ayat Al-Qur'an berkumandang dari masjid yg terdekat,
Ku memikirkan terus memikirkan insan-insan tercinta,
baik jauh mahupun dekat,
Ku hanya mengharapkan MU ya Allah,
berikanlah mereka kekuatan selagi ku kuat,
andai ku lemah, kuatkanlah jua mereka,
tiada inginan lain buat mereka,
hanya secebis kejayaan di pengakhirannya...
namun semoga kejayaan yg diinginkan
juga diiringi dengan keberkatan dariMu ya Allah.

Monday, November 2, 2009

Friday, October 30, 2009

Hari-Hari Yang Menghimpit Diri

Bismillah...

Selawat dan Salam kepada Nabi junjungan, Rasullullah s.a.w, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, dan para dai'e yg terlebih dahulu meninggalkan kita...

Hari ini detik ini rasa bergetar yg teramat, dalam lubuk hati tersimpan suatu perasaan "takut" akan exam yang bakal tiba tak sampai 48 jam... dalam sibuk mengulangkaji nota "community" teringatlah usrah semalam... Antara tajuk yg dibentangkan adalah Syirik. Bila mana kita "takut" sesuatu lebih akan pencipta Yang Maha Esa, maka kita telah mensyirikkan Allah S.W.T. Na'uzubillahi min zalik. Astargfirullah.

"Dan berapa banyak tanda-tanda kebesaran Allah di langit dan di bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling darinya" "Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka mempersekutukan-NYA"(Surah Yusuf:Ayat 105-106).

Sejak pagi lagi, saya selalu minta and pujuk hati dengan Ya Allah, hilangkan jauhkanlah perasaan takut akan exam ini dan jauhilah segala kebergantungan selain dariMU, Ya Allah... seingat saya, inilah kali pertama di USM Kubang Kerian rasa ini hadir dalam diri... Entahlah kenapa... Mungkin sebab amanah-amanah lain yg sering menghimpit diri ini... Tapi kalau abah, abah akan cakap bahawa perasaan ini hadir sebab kita tidak yakin atau tidak mengulangkaji sepenuhnya pelajaran itu... Saya memikirkan balik apa yang suatu ketika dahulu abah pernah menasihati saya... Mungkin ada benarnya, saya kurang berusaha sem ini... Well, tak boleh nak kata kurang usaha, saya still usaha, malah mungkin lebih kerana subjek-subjek yang sangat susah sem ini, tapi mungkin juga kerana kurangnya keyakinan dan kebergantungan saya pd Allah... Jadi, masih sempat lagi utk saya benar-benar yakin sepenuh hati saya pada Allah...

Kadang-kadang pernah juga saya fikir, kenapa saya ini asyik belajar kerana nak score exam... tapi saya nak score exam untuk Islam juga... tapi kenapa saya habis exam tak dapat nak manfa'atkan ilmu yang saya ada... tepuk dada, tanya iman ~

Sekadar monolog dalaman... jam tepat 10.20 am... sambung study :):)

"Jadilah masa kaya anda sebagai persiapan menghadapi masa susah, harta anda sebagai benteng jiwa dan umur anda sebagai pelaksaan ketaatan kepada Tuhan"-petikan dari buku 566 Kata-Kata Hikmah Jadilah Orang Yang Paling Bahagia

Cahaya Penawarku
-10.20 am-