Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
”Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do’aku”- Surah Ibrahim (14:40)
Alhamdullilah, hari ini masuk hari tasyriq yg pertama@Hari Raya Korban yg ke 2. Seperti dalam pembacaan saya dalam Saifulislam.com, Hari Raya Korban tidak mendapat sambutan yang hangat sebagaimana Hari Raya Puasa, justeru, saya cuba utk melihat suatu kelainan pada Hari Raya Korban kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Memandangkan pada tahun ini Hari Raya Korban jatuh pd hari Jumaat, maka surau di taman saya mengadakan korban pada hari ini(Sabtu). Pagi-pagi lagi abah telah ke surau kerana lembu yang abah korbankan merupakan lembu yg pertama. Saya tidak berpeluang ke surau kerana ada amanah lain yang perlu dilaksanakan. Jadi terlepas lah peluang melihat lembu utk dikorbankan pd tahun ini. Tepat jam 12 tgh hari kami sekeluarga pulang ke kampung di kedah. Kami singgah dahulu di rumah adik abah di Baling utk diberikan daging-daging korban. Alhamdullilah, rezeki Allah siapa yang tahu. Saya baru sahaja menyebut pada mak ingin masak bihun sup, tahu-tahu sahaja, di rumah adik abah saya(makcik), menyediakan bihun sup utk tetamu-tetamu yg datang. Saya tambah beberapa kali juga. Sangat sedap dan selesai sudah hajat dihati ini nak makan bihun sup.
Selepas itu, kami ke kampung bertemu dengan tok(mak kepada abah) dan saudara-mara di kampung. Di kampung, daging-daging korban turut diagihkan kepada mereka yang selayaknya dapat bahagian daging korban. Kami dihidangkan dengan lemang+ayam masak rendang merah. Syukur Alhamdullilah. Rezeki yang sering datang dan perlulah disyukuri padaNYA. Selepas makan, saya ke rumah sepupu(kaklong) di bahagian kawasan hadapan rumah tok. Kaklong selamat melahirkan anak yang ke-5. Apa yang menarik kelahiran ini adalah saya langsung tidak mengetahui bahawa kaklong mengandung. Tahu-tahu sahaja sudah selamat bersalin. Kadang-kadang rasa sedih juga kerana bagaikan tidak cakna(ambil berat) kepada orang lain. Tetapi itulah pengorbanan menjadi seorang pelajar yang bermusafir di perantauan. Itu baru di Kelantan dan bukan lagi di negara orang-orang asing.
Nur Anis Najwa namamu diberi
Semoga engkau cantik budi pekerti seperti namanya
Kami bertolak pulang ke rumah pada hari yg sama memandangkan adik-adik saya yg belajar di Kuala Lumpur hanya cuti sehingga hari ahad sahaja. Semasa kami pulang, abah singgah di rumah sepupunya di Kubang Semang, Penanti. Di situ, banyak cerita-cerita raya korban yg saya dengar dan kami dihidangkan dengan nasi+sup daging+air asam. MasyaAllah. Sangat-sangat lazat makanan pada hari ini. Dan saya cuba utk makan semampu yg boleh, tidak terlalu kenyang dan tidak membazir. Alhamdullilah.
Cahaya Penawarku
1.14 am
11 Zulhijjah 1430H
No comments:
Post a Comment