Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Tuesday, November 17, 2009

Sampai bila???

"Aku sedih...terlalu sedih", Nur Amina mengadu

"Bersabarlah, bersabarlah", Khalijah menjawab

"Aku tahu, aku dah baca Al-Qur'an, aku dah solat, aku dah buat semuanya, tetapi aku tetap bersedih lagi"

Nur Amina dan Khalijah berkawan baik sejak Amina di tahun 1 lagi alam universiti. Walaupun Khalijah merupakan seniornya di universiti, namun Khalijah lah menjadi tempat pengaduannya. Bahkan Amina bukan sahaja suka mengadu pada Khalijah, tetapi pada teman-teman karibnya yg lain jua.

Setiap kali ujian menimpa, setiap kali perlu membuat keputusan, Amina keliru dengan keputusannya. Amina memohon pada Allah S.W.T agar ditetapkan hati. Walaupun amal ibadat Amina sangat banyak, namun, sifatnya yg perlukan manusia utk menjadi tempat luahan hatinya tidak mampu Amina bendung.

Hari demi hari berlalu, Amina kini sedar bahawa dia tidak boleh lagi bergantung pd manusia walaupun pergantungan manusia itu adalah pergantungan yg kedua selain Allah S.W.T. Amina seharusnya yakin dan teguh dalam pendiriannya. Dia sedar bahawa tiada tempat pergantungan selain Allah S.W.T. Sampai bila dia perlu terus mengadu pada manusia, makhluk yg sama-sama lemah sepertinya.

Dia makin hari menjadi makin seorang yg pendiam, pada asalnya dia suka berkata-kata. Kadang-kadang kata-kata itu akan kena semula pada empunya dirinya. Walaupun Amina mendiamkan diri, namun dia cuba menyibukkan dirinya kepada perkara-perkara yg makruf. Dia cuba usaha mengisi masa yg ada dari buat perkara-perkara terlalai.

"Jagalah perintah Allah, nescaya Dia akan menjagamu, jagalah perintah Allah, nescaya Dia akan ada dihadapanmu, perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar nescaya Dia akan mengenalimu saaat kamu dalam kesusahan. Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, jika memohon pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah"

Dalam surah Ali-Imran Ayat 102, Allah S.W.T telah berfirman:

"Wahai orang-orang yg beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNYA dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim"

Semoga kita semua sentiasa bergantung hanya pada Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Satu, dan tiada selain DariNYA. Kadang-kadang, apabila kita diuji, dan apabila selesai diuji, maka ujian yg seterusnya menanti kita. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Kita kena sentiasa bersangka baik pd Allah S.W.T. Dialah yang menciptakan kita manusia. Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yg terbaik buat makhluknya. Tika senang, tika susah, mintalah, mohonlah padaNYA. Tika mendapat nikmat, tika mendapat musibah, bersyukur, syukur dan terus syukur padaNYA. Kerana itulah tanda ingatan ALLAH S.W.T pada hambaNYA :):)

Catatan insan yg da'if,
Cahaya Penawarku
9.32 am
17 November 2009

No comments: