CAHAYA PENAWARKU

it's all about my ups and down in life...and the seek of the truth

Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Semoga Pertemuan & Perpisahan kita kerana mencari keredhaan Allah S.W.T

Semoga Pertemuan & Perpisahan kita kerana mencari keredhaan Allah S.W.T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat, ahli keluarga, para anbiya dan da'ie yg terlebih dahulu meninggalkan kita...

"Mukmin yang KUAT itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang LEMAH."
(Hadith Riwayat Muslim)

Terkilan dan kecewa bila 3 kali usrah yg ingin diadakan pada minggu lalu, akhirnya tidak kesampaian. Saya telah meletakkan kesalahan itu bukan pada diri saya, tetapi sebenarnya kesalahan itu tetap datangnya dari diri saya sendiri. Kenapa perlu saya berputus asa dan terus meminta pengganti utk membantu saya memegang adik-adik usrah 1st year itu? Tidak sayangkah saya pada usrah....

Jawapan seorang sahabat ini benar-benar menyentuh hati saya... seharusnya saya tetap sayangkan adik-adik usrah saya walaupun kekangan masa saya sgt-sgt menghimpit diri saya... kenapa emosi saya kurang stabil kini??? abah pergi luar negara semalam tetapi saya tidak mengucapkan apa-apa??? malahan saya tidak bertanya khabar???

Menjadi seorang pimpinan pelajar memerlukan sebuah pengorbanan yg sgt besar, memerlukan time management yg sistematik, memerlukan komitmen yg begitu tinggi, paling penting sekali

MEMERLUKAN HUBUNGAN YG SANGAT RAPAT DENGAN ALLAH SWT

Kenapa ujian demi ujian datang menimpa ke atas hambaNYA??? makin ingin dicari kasih sayang Allah, makin akan diuji. itulah janjinya. janjinya sentiasa benar.

Apakah manusia dikatakan bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui org-org yg dusta.

(Al 'Ankabut 29; 1-3)

Yang pasti, syurga itu bukan mudah utk dimiliki. Kita memerlukan sesuatu kekuatan, satu evidence yg benar-benar membuktikan bahawa kita layak utk menerima ganjaran teristimewa dari Allah SWT, yakni syurga. Maka kita kena sentiasa bermuhasabah dan sentiasa beribadah kepada yang MAHA ESA. Sentiasalah mengadu padaNYA. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI segala isi hati samada kita nyatakan atau kita sembunyikan.

Ya Allah, Selamatkan lah perjalanan abahku dan biarkanlah abahku kembali bersama kami dengan selamatnya...

Baru-baru ini dikejutkan dengan khabar berita, sahabatku Irah yg kematian ayahnya secara mengejut pada minggu yg lalu. Takziah Irah. Tak sempat lagi utk saya ucapkan directly padanya. Menangis dibuatnya apabila tahu khabar berita ini, bukan apa, membayangkan andai nikmat Allah yang agung ini ditarik kembali, sangat-sangat tidak bersedia lagi...

Namun, ingatlah Irah, bahawa Allah menguji kamu dengan tahap kemampuanmu. Dan itu adalah yang terbaik buatmu. Sentiasa lah berdo'a semoga ayah kamu dimasukkan dalam golongan-golongan yg beriman dan dimasukkan ke dalam syurga jannati. Yakinlah Irah, do'a anak yg soleh/solehah pasti dimakbulkan Allah SWT dan tersenyumlah ayah kamu seandainya kamu mendo'akan arwah. Pasti arwah sangat-sangat menunggu do'a-do'a dari anak-anaknya.

ALLAH SWT SANGAT SAYANGKAN HAMBA-HAMBANYA. SENTIASA BUAT APA YANG ALLAH SURUH DAN CEGAH SEGALA KEMUNGKARAN ALLAH SWT...

Coretan di tgh pagi,

Cahaya Penawarku
3.00 am
22 Safar 1431 H



~Don’t ever give up! Keep on trusting God and keep on doing what you know is right.
Never, never and never give up! Remember the only person who can stop you in what God intend you to become is you!

Life is a matter of perception, either you complain because roses have thorns or rejoice because thorns have roses.~

"Hendaklah engkau zuhud didunia,dan hendaklah engkau suka kepada amalan akhirat.Hendaklah engkau berlaku jujur dalam menjalankan segala perintah Allah,niscaya engkau termasuk orang-orang yang berjaya"


"...Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"(Al-Baqarah:127)



Allah S.W.T. berfirman yang mafhumnya berbunyi :
"Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan."
(Surah Al-Maidah : 2)

KONSTITUENSI UMUM :
Jazimah Ramli (1474 undi) vs Shahriza Md Desa (580 undi)
Undi Rosak (109 undi)

KONSTITUENSI PPSK :
Nurhamizah Mohamad Rafiuddin (547 undi) vs Nur Shafawati Abd Rahni (450 undi) vs Mohd Safwan (337 undi) vs Ariefuddin (247 undi)
Undi Rosak (137 undi)

KONSTITUENSI PPSP :
Siti Aminah Alawiah Muhd Mukhtar & Mohd Azmi Hisam(Menang tanpa bertanding)

KONSTITUENSI PPSG :
Tan Sze Jun (Menang tanpa bertanding)

*TAHNIAH dan TAKZIAH kepada yang menang, terutamanya kepada Saudari Jazimah binti Ramli, yang menang dengan majoriti besar, sebanyak 894 undi. Moga dapat laksanakan tanggungjawab anda, dan memegang amanah kami semua sebaik mungkin. InsyaAllah. (p/s : Nama yang dibold, adalah nama yang menang konstituensi masing-masing).

dipetik dari Saudara Aizat: http://aizatzainudin103.blogspot.com/

CALON KONSTITUENSI UMUM ANDA :
JAZIMAH BT RAMLI PERUBATAN TAHUN 4
CALON KONSTITUENSI PPSK ANDA:
NUR SHAFAWATI BINTI ABD RAHNI
SAINS FORENSIK TAHUN DUA
NURHAMIZAH BT RAFIUDDIN
SINARAN PERUBATAN TAHUN DUA
ARIEFUDDIN TAHUN SATU
AHMAD SAFWAN DIPLOMA NURSING TAHUN DUA
**BUATLAH DUA PILIHAN YG TERBAIK. VOTE FOR PPSK**







~ONE FOR ALL, ALL FOR ONE~
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU
HANYA ALLAH SAHAJA YG MAMPU MEMBALAS JASA KALIAN SEMUA




CALON KONSTITUENSI PPSK


NUR SHAFAWATI BINTI ABD RAHNI

PELAJAR SAINS FORENSIK TAHUN DUA

Cahaya Penawarku
10 Safar 1431H
1140 am












KENALI CALON ANDA
CALON KONSTITUENSI PPSK UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN
*NUR SHAFAWATI BINTI ABD RAHNI*
*PULAU PINANG*
*SAINS FORENSIK TAHUN DUA*
*ANAK KETIGA DARIPADA 7 ORANG*
*ANAK KEPADA PASANGAN ABD RAHNI BIN MT PIAH & NOORANI BINTI AHMAD*
*SUKA MAKAN CHEESE CAKE DAN MEMBUAT CHEESE CAKE*
*SUKA AKTIF DALAM APA-APA JUA AKTIVITI KAMPUS MAHUPUN ALUMNI SEKOLAH*
*SEORANG YG SUKA SENYUM, GELAK, BOLEH MASUK DENGAN SESIAPA JUA, NAMUN EMOSINYA BOLEH TERPAPAR DI WAJAHNYA SAMADA DIA SEDIH, STRESS ATAU MARAH*
*SEORANG YG MANJA DENGAN MAK ABAH TETAPI DALAM MASA YG SAMA MATANG DAN TABAH DALAM MENGHARUNGI LIKU-LIKU KEHIDUPAN*
*PRINSIPNYA SEKALI BERJUANG, SELAMA-LAMANYA BERJUANG*
*PERNAH MENJADI EXCO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS KESIHATAN PADA SESI YANG LEPAS 2008/2009*
*PERNAH MENJADI PEMBANTU PELAJAR MAHASISWA BARU PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA SESI 2006/2007*
*PERNAH MENJADI JAWATANKUASA TINDAKAN KOLEJ KE-11 UNIVERSITI MALAYA DAN MEMEGANG JAWATAN PENOLONG EXCO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SEMASA MATRIKULASI IAITU PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA*
*PERNAH MEMEGANG JAWATAN NAIB PRESIDEN LEMBAGA PENGAWAS DAN DISIPLIN SEKOLAH SEMASA TINGKATAN 5 DAN MEMEGANG JAWATAN KETUA DISIPLIN LEMBAGA PENGAWAS DAN DISIPLIN SEKOLAH SEMASA TINGKATAN 5*
*DAN BANYAK LAGI ANTARA JAWATAN-JAWATAN DAN PENCAPAIAN YG PERNAH DIPEGANG OLEH CALON KONSTITUENSI PPSK INI*
~ONE FOR ALL, ALL FOR ONE~
Selamat Mengundi kepada SEMUA MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN PADA 28 JANUARI INI (KHAMIS) JAM 8.30 - 5 PETANG. Undilah kepada calon yg berhak memegang, sesungguhnya amanah itu bukan sahaja akan disoal di dunia tetapi di akhirat jua... memegang amanah ibaratnya sebelah kaki melangkah ke syurga dan sebelah kaki melangkah ke neraka...
Cahaya Penawarku
10 SAFAR 1431 H
1.44 am





Visit to the LARUSM (Laboratory Research Animal USMKK)


Alhamdullilah, yesterday, we're able to visit this LARUSM to observed the animal there which are used in many research and study in quite a number of field such as orthopedics, opthalmic, CNS, immunology, pathology and others research...






New Zealand White Rabbit...






Not sure the exact name, either this is hypertensive rat or whistar rat or sprague dawley rat???





The last session where students are able to handle the mice and rat by themselves... i'd a chance too ;)
Embek...embek... (can't remembered this sheep name : hmm) i wanna go to sleep now. to continue my pharmacology report tomorrow...

Cahaya Penawarku

28 Muharram 1431 H
2.30 am

~Ke Arah Memartabatkan Islam~