Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
kadang kala apabila kita telah berdoa, kita inginkan hasil yang segera..Sikap ini telah dikritik oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :
“Doa seorang hamba itu sentiasa dimakbulkan selama mana dia tidak memohon untuk memutuskan silaturrahim, selama mana dia tidak tergesa2.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa2?,
Baginda bersabda : “Seseorang yang berdoa berkata, aku telah berdoa, aku telah berdoa, namun aku belum lihat ia dimakbulkan.
Lalu dia berasa lelah dan tidak ingin berdoa lagi.” (Hadis Riwayat Muslim)
Esok, 8 November 2009, masuk hari ke-4 peperiksaan bagi diriku. Entahlah kenapa, jam ini, tika ini, ku sudah keletihan utk mengulangkaji pelajaran. Bukanlah bermakna ku dah bersedia, cuma hatiku, sedang memberontak "Wahai manusia, engkau mengulangkaji atas dasar apakah ini? Untuk mendapat keputusan yang cemerlang atau kerana engkau mencintai ilmu itu?"
Ku berasa sedih, kerana sampai hari ni, ku tidak berjaya utk mengulangkaji kerana cinta akan ilmu sebaliknya, ku akan mengulangkaji utk peperiksaan walaupun subjek itu amat diminati. Tapi itulah diriku yg terlalu lemah, yang sangat sibuk dengan taklifan-taklifan sampaikan ku lupa pada ilmu ini. Tapi aku tidak akan menyalahkan taklifan-taklifan yang diberikan sebaliknya menyalahkan diri ini kerana sering tidak berubah mengutamakan kerja-kerja luar daripada akademik.
Walaupun nak exam, ku sentiasa memikirkan perkara-perkara di luar akademik, memikirkan sahabat-sahabat, memikirkan bila lagi usrah nak buat, macam mana nak perbaiki usrah, tapi jarang-jarang ku fikirkan macam mana nak perbaiki diri ini dalam mengulangkaji pelajaran.
Sehingga saat ini, ku lebih suka membaca buku-buku agama dari mengulangkaji pelajaran. huh~ ini bukanlah contoh akhlak muslim. akhlak muslim seimbang kedua-duanya. pelajaran bahkan juga agama dan dakwah.
Bagimana ingin murni aqidah ?? Dengan ilmu. Itu sahaja jalannya. Kerana itu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, maka allah akan fahamkan dia dengan agamanya.” (Hadis riwayat Ahmad).
Beerti barangsiapa yang Allah tidak inginkan kebaikan baginya, maka Allah tidak akan memberikan kefahaman kepadanya.
Semuanya terletak di tangan kita sekarang. Berusahalah. Beramallah dengan ilmu bukan ikutan dan tradisi.
Bukan hanya ilmu agama, bahkan ilmu duniawi juga sangat-sangat penting agar kita tidak menjadi fitnah buat agama. "Ya Allah, ampunkanlah diriku dan sahabat-sahabatku. Janganlah jadikan kami bahan fitnah kepada agamaMU ya Allah. Tunjukilah jalan yg lurus kepada kami. Berikanlah keyakinan dan kekuatan kepada kami dalam menempuh hidup ini. Berikanlah pengakhiran kami dengan kejayaan dunia dan akhirat. Berikanlah kami kesabaran dan ikatkanlah kami dengan sebenar-benar ukhuwwah antara kami"
~sekali berjuang, selama-lamanya berjuang~
Ukhwah fillah abadan abadaa...
Maafkan ana atas kelalaian dalam menjaga hati setiap orang.
Maafkan ana atas sikap pentingkan diri tanpa memikirkan diri sahabat.
Maafkan ana atas keperibadian yg tidak mampu membawa tauladan yg baik.
Maafkan ana atas hak-hak antum/antunna yg tidak ana penuhi.
Maafkan ana atas segala-galanya.
Tegurlah ana, nasihatkanlah ana.
***Semoga kita kan berjumpa lagi***
Hamba yg da'if,
cahaya penawarku
7.45 pm
19 Zul Qi’dah 1430H
No comments:
Post a Comment