Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, November 18, 2009

~Selamat Bercuti~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hadith 35

Terjemahannya:

"Dari Abi Hurairah radiyallahuanh katanya: Telah bersabda Rasullulah S.A.W : Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu tipuan, dan janganlah kamu berbelakang belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara.

Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh ia menaniyainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.

Taqwa itu di sini- kata Nabi sambil menunjuk kedadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekelian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya"

Diriwayatkan oleh Muslim.

************************************************ **********************************
Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah S.W.T,

Faham tak apa yg nak disampaikan dalam hadith di atas ini? Apa yang boleh ana petik dari hadith di atas ada dua perkara penting yang nak disampaikan dalam hadith ini, yang pertama adalah :

1. Beberapa perintah larangan

- janganlah kamu berdengki dengkian
- janganlah kamu berbenci bencian
- janganlah kamu bertipu tipuan terutama dalam jual beli
- janganlah berbelakang belakangan

Hadith lain sabda Rasullulah S.A.W
"Tidak halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tidak menegur) lebih dari tiga hari; bila keduanya bertemu maka yg seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yg lebih baik dari keduanya ialah orang yg memulakan dengan ucapan salam"

2. Orang Islam Saudara Orang Islam

Oh! apakah yg dimaksudkan dengan org Islam saudara org Islam???

Ini bermaksud orang Islam tidak boleh menganiyai saudara Islamnya, tidak boleh dibiarkannya, tidak boleh didustainya, dan juga tidak boleh dihinakannya. Larangan ini wajib dihormati utk memelihara perpaduan di antara orang Islam yang diakui sebagai saudara.

Orang Islam tidak boleh menganiyai saudaranya orang Islam, kerana penganiayaan bertentangan dengan peribadiannya sendiri, tetapi orang Islam wajib membantu menghindarkan penganiayaan dan saudaranya yg dianiayai; dan tidak boleh ia membiarkan saudaranya dalam kehinaan dilakukan terhadapnya tetapi dikehendaki berikhtiar sekadar yang mungkin bg melaksanakannya.

Hadith Rasullulah S.A.W yg lain menyatakan:

"Bahawa barangsiapa yang tiada mahu menlong seorang mukmin yg sedang dihinakan orang disisinya pada hal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari qiamat. Sebaliknya pula, orang yg menolong saudaranya dengan cara tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolong Allah akan dia dalam dunia dan akhirat"

Setelah itu Rasullulah mengatakan "At taqwa ha'huna" ertinya taqwa itu di sini-sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali. Ini adalah isyarat atau petunjuk kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara melagak-lagak menunjuk diri atau meninggi ninggi darjat peribadi, tetapi adalah dengan sifat taqwa di dalam dada, yang menelurkan amal utama dan budi mulia, sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji.

****************************** *********************************************

Secara kesimpulan,

Berbuatlah baik pada semua orang, bukan sahaja orang Islam bahkan juga orang bukan Islam. Janganlah menganiyai sesiapa, janganlah menzalimi sesiapa dan bantulah orang yang zalim agar dia tidak melakukan perkara yang zalim. Apabila berjumpa dengan saudara seagama, maka hulurkanlah ucapan salam, kerana orang yg menghulurkan salam itu lebih baik disisi Allah, InsyaAllah...

Buat sahabat-sahabat,

Selamat bercuti yang PPSK. Isikanlah cuti anda semanfaat yang mungkin. Buat sahabat-sahabat dental dan medic, salam imtihan, semoga perjuangan tidak terhenti di sini. Banyakkan amalan, sentiasa usaha memperbaiki diri menjadi yg lebih baik. ana sayangkan semua... semoga kita dapat bertemu lg. sentiasalah memaafkan sahabat-sahabat. .. dan sentiasalah memohon maaf pada sahabat-sahabat.

"Pada hari kiamat, sudah tidah berguna lagi harta benda, anak pinak kecuali orang yg datang menghadap Allah dengan hati yg sejahtera" (Surah As-Syura : ayat 88-89)

Yang baik itu semuanya datang dari Allah S.W.T

Hamba yg da'if

Cahaya Penawarku
12.15pm

30 Zul Qi'dah 1430H


No comments: