Remaja perempuan maut dihempap pokok
BACHOK 30 Sept. - Seorang remaja perempuan maut dihempap sebatang pokok di Pantai Kampung Kemayang, Tawang di sini petang ini.
Nurul Ain Ibrahim, 19, sedang minum petang di sebuah gerai apabila angin kencang melanda menyebabkan sebatang pokok berhampiran tumbang dan menimpanya kira-kira pukul 4 petang ini. - Utusan
***Cerita lebih lanjut
BACHOK: “Tubiklah (keluarlah), kalau nak kenal. Ambo (saya) dah nak mati,” begitu kandungan SMS terakhir Nurul Ain Ibrahim, 19, kepada teman lelakinya sebelum maut dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Pantai Kemayang di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang melarikan diri daripada ribut petir bersama teman lelakinya itu menemui ajal selepas dihempap sebatang pokok rhu.
Mangsa cedera parah di kepala sebelum maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat, petang semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang baru mengenali teman lelakinya tiga bulan lalu membuat temu janji pertama di Pantai Kemayang sebelum minum petang di sebuah kedai-metro.
*******************************************************************************
Bismillah...
Sahabat-sahabat dan saudara-saudara seagama Islam yang dikasihi Allah S.W.T,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan para da'ie yang tanpa mereka, tak mungkin nikmat Islam kita dapat kecapi hari ini. Alhamdullilah.
Saya baru sahaja balik dari program agama dan tiba-tiba terdetik untuk menulis artikel yang saya dapat semasa berada di program. Pagi hari tika matahari sedang terbit, explorace telah diadakan, dan terdapat 5 stesen. Maka, stesen isu semasa menjadi perhatian saya. Isu-isu semasa seringkali saya tidak peka dan alert memandangkan diri yg bz tp mungkin itu sekadar alasan. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.
Saya dikejutkan dengan isu berita di atas yang telah saya lampirkan. Alangkah sedihnya rasa hati ini, dan berdo'a semoga ahli keluarga, sahabat-sahabat, dan juga diri sendiri tidak menghadapi kematian dalam keadaan yang kurang baik ini.
Sedarlah kita semua, bahawa perintah agama Islam itu terlalu sempurna kerana iaNYA adalah dari Allah S.W.T. Apabila Allah menciptakan kita, kita telah diperintahkan supaya menjadi pendakwah yang melakukan amar maa'ruf dan mencegah nahi mungkar. Tinggalkan segala larangan Allah S.W.T adalah suatu hikmah yang Allah S.W.T Maha Mengetahui mengapa sesuatu itu tidak elok bagi hamba yang diciptakan.
Kalaulah kita idamkan kematian dalam keadaan yang baik dan dalam keadaan yang bermaruah, sesungguhnya kita sentiasalah ingat bahawa setiap apa jua keadaan kita lakukan, setiap saat dan detik yang berlalu, bila-bila masa sahaja kita boleh ditarik nikmat hidup ini. Sudah terlalu banyak kisah sirah-sirah zaman dahulu di mana para wali yang mati dalam kekufuran kerana mengikut nafsu dan melakukan larangan Allah S.W.T. Maka, sentiasalah istiqamah dalam amalan yang baik dan janganlah sesekali kita melakukan perkara maksiat.
Jangan sekali kali sahabat-sahabat fikirkan untuk "takpela, boleh nak bertaubat" sedangkan mungkin kematian itu tidak akan menunggu kita utk bertaubat. Alangkah sedihnya jika kita meninggal dalam keadaan yang tidak baik dan mungkin tidak sempat utk melafaz dua kalimah syahadah. Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Lindungilah kami umat Muhammad dari azab seksaan azab nerakaMu... Berikanlah rahmat, hidayah dan taufiq kepada kami Ya Allah...
Justeru, berpeganglah sebenar-benarnya kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah... bangunlah semula, sedarlah semula..."Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang yakni Al-Qur'an kepada hambaNYA Muhammad untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sungguh, terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang" (Surah AlHadid: ayat 9).
Kematian itu suatu yang pasti dan sangat-sangat menghampiri kita...
Wallahu'alam
Yang menanti exam Immunology esok hari,
Cahaya Penawarku
2.59pm
3 Oktober 2009
No comments:
Post a Comment