Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, October 21, 2009

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Tepat jam 2.06 pagi... terfikir sejenak untuk berkongsi pengalaman menaiki kapal terbang. Ini bukanlah kali pertama saya menaiki kapal terbang, tetapi entah kenapa, kali ini, terlalu banyak yang bermain di fikiran semasa menaiki kapal terbang ini...


Sewaktu menangkap gambar ini, walaupun hanya menggunakan telefon bimbit yang tidak besar megapixel nya, namun, peta kawasan rumah di bawah masih jelas lagi kelihatan... terfikir kalau dari atas, rumah-rumah ini nampak kecil... apatah lg kita manusia...


Rumah-rumah kian tidak kelihatan...


Matahari kian terbenam...


Awan-awan sudah kelihatan... Di kala ini, pelbagai persoalan yang timbul... kadang-kadang rasa seronok berada di atas awan... Kesedihan, kegelisahan, keresahan, tetapi apabila melihat kita berada di atas awan, baru sedar bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan tetapi kadang-kadang sebagai manusia biasa, terlupa nikmat-nikmat Allah... sentiasa hanya melihat terhadap musibah yang menimpa, tetapi tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada...

Kadang-kadang rasa sedih, rasa takut, takut-takut kalau tak sempat nak mendarat di atas tanah... takut kerana terlalu banyak amanah-amanah Allah S.W.T yang masih tidak dijalankan, yang masih ada tertangguh, yang masih ada kelemahan-kelemahan... Di kala ini, rasa takut sangat kalau-kalau Allah menarik segala nikmat yang Allah berikan... takut Allah tarik balik peluang yang sangat banyak Allah berikan...

Bila memikirkan kenapa belajar itu perlu... menuntut ilmu perlu... baru sedar bahawa kita orang Islam, bukan menuntut ilmu semata-mata hendak peperiksaan, tetapi ilmu yang bermanfa'at itu adalah ilmu yang boleh dibawa sampai bila-bila... means, walaupun dah habis exam, ilmu yang dipelajari itu boleh beri kebaikan pada orang lain... boleh beri manfa'at pada orang lain... dan semestinya ilmu agama itu wajib dipelajari walaupun bukan di bidang agama... tetapi rugilah kita kalau kita menjadi orang Islam tanpa mengenal erti sebenar Islam itu... Seandainya kita merasakan bahawa diri kita sedang merubah, sedang mencari arah tuju yang sebenar, seolah-olah kita baru masuk Islam, seolah-olah kita baru kenal Islam, sedarlah bahawa InsyaAllah, hidayah Allah itu sentiasa ada, yang penting kita perlulah mencari agama kita yang sebenar...

Dah mengantuk... esok exam... Wallahu'alam...

Cahaya Penawarku
2.19 am
21 oktober 2009



No comments: