Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para da'ie yang terlebih dahulu meninggalkan kita semua...
Alhamdullilah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya berkesempatan juga utk menulis warkah yang menyembunyikan 1001 perasaan dalam hati ini...
Ukhuwwah...apakah yang dikatakan dengan ukhuwwah ini? Sukar utk dimengertikan... sukar utk didefinisikan...kdg2 pandai bercakap secara teori, tapi praktikalitinya zero. Bila diuji, kita kalah. Bila digertak, kita undur. Adakah itu dikatakan ukhuwwah? Bila masa menghimpit diri kita, kita meninggalkan sahabat-sahabat kita. Bila sahabat-sahabat buat kesilapan, kita menyalahkan mereka, tanpa menegur secara baik. Kita pulaukan mereka tanpa memperbaiki kelemahan mereka. Adakah itu dikatakan sahabat yang baik yg menjalinkan ukhuwwah atas dasar perjuangan Islam?
Buku "566 Kata-Kata Hikmah Jadilah Orang Yang Paling Bahagia" menyatakan dalam kata-kata hikmah yang ke-8 "Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda"
Semalam, 16 oktober (JumaaT), Alhamdullilah dengan izin dan limpah kurnia Allah, ku dapat menjejakkan kaki ke fakulti pergigian UM bertemu sahabiah-sahabiah yg telah lama ku tidak temui... Walau dalam kesibukan yg menimpa diri, Alhamdullilah dapat bertemu dengan mereka semua, walau kejap.. namun masih ada kelapangan masa utk berkongsi ilmu dunia mahupun akhirat...
Ku amat-amat merindui mereka, dan tika ini ku amat-amat merindui sahabiah baru ku di USM Kubang Kerian... Walau hati dihimpit dengan pelbagai dugaan dan ujian yg menguji ukhuwwah di USM Kubang Kerian, namun, matlamat utama adalah dasar ikatan hati ini merupakan satu iaitu berjuang utk Islam kerana Allah...
"Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan"
Semasa tunggu ketibaan kapal terbang pagi semalam, saya melihat seorang ibu yang bertudung labuh membawa anak kecilya. Tertanya dalam diri, adakah mereka hanya berdua sahaja... ibu itu menegur saya dan bertanyakan adakah kapal terbang yang ditunggu kami telah tiba. Saya hanya menjawab "belum lagi" sambil memberi senyuman kepadanya. Rasa tenang dan damai melihat ibu ini melayan kerenah anaknya walaupun berdua. Dengan anaknya lagi, begnya lagi.
Dalam kapal terbang, saya duduk disebelah dua adik-adik yang bagi saya dalam usia sekolah rendah. Pelbagai kerenah yang saya lihat dari adik-adik ini dan terfikir "Adakah saya sebegini masa usia mereka?". Saya hanya senyum dan terus senyum sepanjang perjalanan. Dihadapan saya tetapi bertentangan baris saya terdapat seorang ayah bersama anak kecil juga. Di akhir perjalanan hampir tiba di Kuala Lumpur, anak kecil itu menangis. Maka saya lihat, apakah yang akan dilakukan si ayah ini... Si ayah ini mengeluarkan botol susu dan memberi anaknya minum. Dalam hati, Alhamdullilah si anak kecil ini dapat minum selepas kelaparan...
Saya lihat pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada manusia tanpa disedari. Saya ke KL Sentral dengan menaiki KLIA Express. Entah mcm mana saya boleh tertidur sehingga tiba di KL Sentral. Mujurlah ada seorang pakcik mengejutkan saya dengan mengetuk meja dihadapan saya. Ya Allah. Rasa malu yang teramat menurjah diri saya. Saya terus ucapkan terima kasih dan berlalu pergi dengan cepat kerana malu.
Sewaktu saya naik putra dari UM ke UIA gombak, saya sekali lagi tertidur. Tetapi nasib baiklah saya tersedar setiap kali tren itu berhenti. Perasaan masuk UIA gombak sukar ditafsirkan. Beruntunglah mereka yang dapat menyambungkan pelajaran ke UIA gombak kerana tempat itulah menjadi idaman saya sejak kecil. Saya tetap bersyukur kerana masih di IPTA dan diberi peluang oleh Allah utk menyambungkan pelajaran.
Walau diri keletihan, senyuman demi senyuman, cerita demi cerita saya dan sahabat, Azimah kongsikan... Akhirnya saya tertidur akibat keletihan dan bangun sebelum maghrib. Kami keluar makan, dan Alhamdullilah, sahabat saya itu belanja saya makan. Ya Allah, terlalu banyak nikmatmu yg tidak dapat ku hitungkan... Pelbagai perkongsian yang saya pelajari dari sahabat saya itu... memandangkan dia adalah pelajar cemerlang UIA setiap semester dan bakal graduate akhir bulan 11 ini... Gembira tidak terhingga melihat sahabat-sahabat yang berjaya...
Jam 8.40 malam saya sekali lagi menaiki putra dan ke UM semula utk tidur bersama sahabat baik saya semasa di dental suatu ketika dahulu... Alhamdullilah, Allah permudahkan aturan planning saya... Entah kenapa hari ini, setiap yang dilihat, setiap yang difikirkan, yang didengari dikaitkan dengan Islam... Alhamdullilah, syukur sangat-sangat. "Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama,akal,kesihatan,pakaian,pendengaran,penglihatan,rezeki,keluarga serta segala nikmatNYA yang lain"
Semoga, saya akan pulang ke USM Kubang Kerian dengan suatu semangat dan keazaman bagi memartabatkan Islam, InsyaAllah...
~Jadilah orang yang Paling Bahagia~
Cahaya Penawarku
17 Oktober 2009
2.57 am
No comments:
Post a Comment