Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Thursday, October 22, 2009

Lawatan Sambil Belajar Yang Menginsafkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Tepat jam 3.17ptg, kami tiba dihadapan wad 5U psikiatrik perempuan... Berdebar-debar rasa hati ini sebab inilah kali pertama menjejakkan kaki ke wad ini walaupun sejak tahun 1 berada di USM kubang kerian memasang angan-angan utk ziarah pesakit-pesakit ini, akhirnya akhir sem 1 tahun 2 berkesempatan utk datang...

Bila masuk ke dalam wad psikiatrik ini, ya Allah betapa lainnya dengan apa yang selama ini digambarkan. Katil-katilnya yg sedikit, penghuninya yg berpakaian cantik-cantik, dan pintu-pintu corridor yang terbuka dengan luas membenarkan cahaya masuk dengan banyak membuatkan wad ini kelihatan luas, dan nyaman.

Kami dibawa oleh akhi azwan, final year medic dan bertemu 3 orang patient... seorang demi seorang diinterview, dan selepas patient diinterview, kami berdiskusi. Azwan ajar kami tentang jenis-jenis sakit yang dialami, characteristic dan banyak lagi. Dalam hati seolah-olah seorang Dr pakar sedang mengajar pada student2 medic...Dalam masa dengar patient bercerita, banyak yang difikirkan, kenapa jadi mcm ini... kenapa ada sifat begini... simpati, kasihan dan banyak lagi. Kadang-kadang ada rasa keinginan utk menyelami hati-hati mereka satu demi satu. Cuma entahlah, keinginan yang tidak mustahil utk dipenuhi, cuma kekangan masa yang menghimpit diri.

Selepas pergi ke wad perempuan, pergi pula ke wad lelaki. Bertemu seorang hamba Allah yang masih muda lagi, yang baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti. Di sini, bila mendengar ceritanya, sama sahaja seperti kebanyakkan patient. Mereka dimasukkan ke wad ini atas dua sebab yang utama sama ada membahayakan diri sendiri, atau membahayakan orang lain. Tetapi adik ini tidak tumpah menghadapi sakit seperti abg kedua suatu ketika dahulu... cuma abg, tidak membahayakan orang lain mahupun dirinya sendiri, sekadar mengurungkan dirinya di dalam bilik sahaja.

Rasa seronok yang teramat dapat menziarahi saudara-saudara di hospital dan ini kali pertama menziarahi saudara-saudara di wad psikiatrik. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kadang-kadang terfikir, ini bukanlah salah mereka. Mereka juga tidak mahu diri mereka jadi begitu. Cuma masyarakat tidak berjaya utk fahami perasaan sebenar mereka. Peristiwa abg kedua ku yang depression, yang terpaksa mengambil cuti belajar, yang terpaksa ulang alik jumpa pakar psikiatrik, ambil ubat penenang, tidak akan dilupakan. Tambah-tambah oleh mak yang sering diuji dengan anak-anak yg pelbagai ragam.

Bila balik rumah hari ini(24 okt), saya berbincang dengan mak tentang keadaan pesakit-pesakit dan cerita-cerita mereka dengan mak. Mak seorang yang sangat berpengalaman walaupun bukan seorang Dr psikiatrik, tetapi kerana alami peristiwa mendapat anak yang menghadapi sakit ini, mak sangat banyak membaca dan suka bertanya pada Dr ketika dahulu. Tetapi apa yang saya boleh conclude dari pemerhatian saya adalah peranan ibu bapa sendiri. Teringat saya, sewaktu abg mula-mula depress dahulu, abg saya sentiasa sembunyikan diri dalam bilik dalam keadaan yang gelap. abg cakap semua orang mata merah. dan saya sendiri melihat mak tidur dengan abg setiap malam, dan setiap pagi, mak dan abah akan mengusap abg seperti anak kecil dan sentiasa bercakap dan menasihati abg. Lama juga abg ambil cuti belajar selama 6 bulan. Dan saya kurang pasti abg ulang alik ke klinik psikiatrik berapa lama... tapi seingat saya beberapa bulan juga. Alhamdulillah, kini abg berada di final year mechanical engineering di UTP.

Sebenarnya faktor orang-orang yg depress seperti abg bagi saya, adalah mereka tidak dapat menerima dengan redha qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Bagi saya as orang Islam, kita kena berpegang betul2 pada rukun Islam and rukun Iman. Rukun Iman yang ke-6 : Percaya kepada qada' dan qadar. Walaupun ada certain patient yg terlalu obsess dengan agama, bercakap ingin berjuang utk agama, tetapi adakah pemahaman mereka jelas? Bagi saya, if benar-benar faham, InsyaAllah tidak akan berlaku sakit ini. When something happened, we tend to blame ourself... dan penyesalan yg berpanjangan akan pasti dihasuti oleh suara-suara syaitan. I can say it like this sebab saya sendiri pernah gagal dalam hidup saya. gagal sekali dalam dental, saya bangun. gagal kali kedua... mmg tamparan yang begitu hebat bagi saya. Saya sendiri ada perasaan ingin dibelai oleh ibu bapa saya, ingin diberi semangat oleh ibu bapa saya, tetapi Alhamdullilah, dengan izin Allah S.W.T dan kerana kasih sayang saya yang teramat terhadap kedua ibu bapa saya, saya masih lagi kuat dan sekarang berada di USM Kubang Kerian mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik.

Walaupun kadang-kadang semangat saya turun, bila mana melihat sahabat-sahabat yang medic dan dental, bila mana melihat sahabat-sahabat lain yang sudah pun sambung master mereka, yang sudah pun diambang kejayaan, namun, saya cari semula erti kehidupan ini. InsyaAllah apa yang mampu saya katakan, dengan ilmu, dengan ilmu agama, dan sekiranya kita benar-benar faham, kita akan teruskan perjuangan ini... sebab dalam Al-Qur'an sendiri menyatakan yang setiap orang beriman tidak akan dikatakan beriman selagi tidak diuji. Dan dalam Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya dia sendiri tidak berusaha utk berubah.

~Semoga Allah S.W.T akan menyembuhkan saudara-saudara seagama dan semoga diberi kekuatan kepada mereka~

Cahaya Penawarku


No comments: