Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan yg kian pergi...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullulah S.A.W, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan para da'ie yang terlebih dahulu telah meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan Islam ini...
Kini telah masuk 26hb Ramadhan, dan malam ini merupakan malam ganjil malam ke-27 yang sering disebut2 dalam hadith ttg Lailatulqadar yg jatuh ke malam yg ke-27. Semoga kita semua merebut pahala and ganjaran Allah S.W.T yg telah dijanjikan di malam Lailatul Qadar ini.
Kejarlah 10 hari malam terakhir sementara masih ada...kita belum pasti lagi sama ada kita akan sempat menikmati Ramadhan yg akan dtg..
Pagi ini, semasa kelas microb, Dr bertanya kpd kami, jumlah pelajar, dan apabila kira-kira terdpt 5 pelajar yg masih belum hadir lg. salah seorang sudah pun balik ke kg. ada juga sahabat-sahabat lain terutamanya medic 2nd year yg sudah balik ke kg atas faktor tiket mungkin. ramai juga yg akan pulang ke kg esok hari. utk diri sy pula, hari sabtu menjd pilihan utk balik. nak kata sedih, mcm tak juga. sebab memikirkan terlalu byk assignment, test, exam, ospe, projek-projek yg dipegang dan yg paling penting adalah memikirkan masalah ummah zaman sekarang.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 menyambut Ramadhan di USM Kubang Kerian. Berbeza dengan tahun pertama, tahun ke-2 ini banyak program-program yg telah diatur oleh Rakan Masjid Pusat Islam. Itulah gunanya ada Rakan Masjid, berbanding tahun sebelum ini, apabila tiada satu organisasi yg kukuh and stabil, maka, program-program yg berbentuk Islami juga kurang. Alhamdullilah tahun ini juga merupakan tahun yg amat bermakna apabila bertambahnya sahabat-sahabat dikalangan pelajar medic dan dental terutamanya, sama-sama buat usrah, memberi tazkirah, dan terlibat dalam gerak kerja Islam di kampus.

Walaupun nmpk sempit gerak kerja di kampus, tp ini merupakan latihan sebelum melangkah ke alam nyata. If dekat kampus pun kurang mantap, apatah lg utk menggerakkan Islam di luar kampus yg pasti mad'unya sgt ramai bukan shj di kalangan muslim tetapi juga non-muslim. Dalam kesibukan menjalani amanah sebagai da'ie dan pelajar, tidak dilupakan amanah sebagai seorang anak, seorang cucu, seorang kakak, seorang adik,seorang saudara. Sampai sekarang tiada khabar dari abglong yg jauh di perantauan sejak khabar kereta abglong dilanggar kereta. Smg abglong, kaklong & ibn umar sentiasa sihat wal'afiat dan brd di bwh naungan Allah S.W.T

Yang menantikan exam esok hari,
Cahaya Penawarku
10.53 am

No comments: