Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, October 30, 2009

Hari-Hari Yang Menghimpit Diri

Bismillah...

Selawat dan Salam kepada Nabi junjungan, Rasullullah s.a.w, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, dan para dai'e yg terlebih dahulu meninggalkan kita...

Hari ini detik ini rasa bergetar yg teramat, dalam lubuk hati tersimpan suatu perasaan "takut" akan exam yang bakal tiba tak sampai 48 jam... dalam sibuk mengulangkaji nota "community" teringatlah usrah semalam... Antara tajuk yg dibentangkan adalah Syirik. Bila mana kita "takut" sesuatu lebih akan pencipta Yang Maha Esa, maka kita telah mensyirikkan Allah S.W.T. Na'uzubillahi min zalik. Astargfirullah.

"Dan berapa banyak tanda-tanda kebesaran Allah di langit dan di bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling darinya" "Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka mempersekutukan-NYA"(Surah Yusuf:Ayat 105-106).

Sejak pagi lagi, saya selalu minta and pujuk hati dengan Ya Allah, hilangkan jauhkanlah perasaan takut akan exam ini dan jauhilah segala kebergantungan selain dariMU, Ya Allah... seingat saya, inilah kali pertama di USM Kubang Kerian rasa ini hadir dalam diri... Entahlah kenapa... Mungkin sebab amanah-amanah lain yg sering menghimpit diri ini... Tapi kalau abah, abah akan cakap bahawa perasaan ini hadir sebab kita tidak yakin atau tidak mengulangkaji sepenuhnya pelajaran itu... Saya memikirkan balik apa yang suatu ketika dahulu abah pernah menasihati saya... Mungkin ada benarnya, saya kurang berusaha sem ini... Well, tak boleh nak kata kurang usaha, saya still usaha, malah mungkin lebih kerana subjek-subjek yang sangat susah sem ini, tapi mungkin juga kerana kurangnya keyakinan dan kebergantungan saya pd Allah... Jadi, masih sempat lagi utk saya benar-benar yakin sepenuh hati saya pada Allah...

Kadang-kadang pernah juga saya fikir, kenapa saya ini asyik belajar kerana nak score exam... tapi saya nak score exam untuk Islam juga... tapi kenapa saya habis exam tak dapat nak manfa'atkan ilmu yang saya ada... tepuk dada, tanya iman ~

Sekadar monolog dalaman... jam tepat 10.20 am... sambung study :):)

"Jadilah masa kaya anda sebagai persiapan menghadapi masa susah, harta anda sebagai benteng jiwa dan umur anda sebagai pelaksaan ketaatan kepada Tuhan"-petikan dari buku 566 Kata-Kata Hikmah Jadilah Orang Yang Paling Bahagia

Cahaya Penawarku
-10.20 am-

Saturday, October 24, 2009



Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Hilangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Karena orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat
Asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sehat
Selamat dunia akhirat

Tajuk : Bersatu
Artis : Raihan
Album : Senyum

Thursday, October 22, 2009

Lawatan Sambil Belajar Yang Menginsafkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Tepat jam 3.17ptg, kami tiba dihadapan wad 5U psikiatrik perempuan... Berdebar-debar rasa hati ini sebab inilah kali pertama menjejakkan kaki ke wad ini walaupun sejak tahun 1 berada di USM kubang kerian memasang angan-angan utk ziarah pesakit-pesakit ini, akhirnya akhir sem 1 tahun 2 berkesempatan utk datang...

Bila masuk ke dalam wad psikiatrik ini, ya Allah betapa lainnya dengan apa yang selama ini digambarkan. Katil-katilnya yg sedikit, penghuninya yg berpakaian cantik-cantik, dan pintu-pintu corridor yang terbuka dengan luas membenarkan cahaya masuk dengan banyak membuatkan wad ini kelihatan luas, dan nyaman.

Kami dibawa oleh akhi azwan, final year medic dan bertemu 3 orang patient... seorang demi seorang diinterview, dan selepas patient diinterview, kami berdiskusi. Azwan ajar kami tentang jenis-jenis sakit yang dialami, characteristic dan banyak lagi. Dalam hati seolah-olah seorang Dr pakar sedang mengajar pada student2 medic...Dalam masa dengar patient bercerita, banyak yang difikirkan, kenapa jadi mcm ini... kenapa ada sifat begini... simpati, kasihan dan banyak lagi. Kadang-kadang ada rasa keinginan utk menyelami hati-hati mereka satu demi satu. Cuma entahlah, keinginan yang tidak mustahil utk dipenuhi, cuma kekangan masa yang menghimpit diri.

Selepas pergi ke wad perempuan, pergi pula ke wad lelaki. Bertemu seorang hamba Allah yang masih muda lagi, yang baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti. Di sini, bila mendengar ceritanya, sama sahaja seperti kebanyakkan patient. Mereka dimasukkan ke wad ini atas dua sebab yang utama sama ada membahayakan diri sendiri, atau membahayakan orang lain. Tetapi adik ini tidak tumpah menghadapi sakit seperti abg kedua suatu ketika dahulu... cuma abg, tidak membahayakan orang lain mahupun dirinya sendiri, sekadar mengurungkan dirinya di dalam bilik sahaja.

Rasa seronok yang teramat dapat menziarahi saudara-saudara di hospital dan ini kali pertama menziarahi saudara-saudara di wad psikiatrik. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kadang-kadang terfikir, ini bukanlah salah mereka. Mereka juga tidak mahu diri mereka jadi begitu. Cuma masyarakat tidak berjaya utk fahami perasaan sebenar mereka. Peristiwa abg kedua ku yang depression, yang terpaksa mengambil cuti belajar, yang terpaksa ulang alik jumpa pakar psikiatrik, ambil ubat penenang, tidak akan dilupakan. Tambah-tambah oleh mak yang sering diuji dengan anak-anak yg pelbagai ragam.

Bila balik rumah hari ini(24 okt), saya berbincang dengan mak tentang keadaan pesakit-pesakit dan cerita-cerita mereka dengan mak. Mak seorang yang sangat berpengalaman walaupun bukan seorang Dr psikiatrik, tetapi kerana alami peristiwa mendapat anak yang menghadapi sakit ini, mak sangat banyak membaca dan suka bertanya pada Dr ketika dahulu. Tetapi apa yang saya boleh conclude dari pemerhatian saya adalah peranan ibu bapa sendiri. Teringat saya, sewaktu abg mula-mula depress dahulu, abg saya sentiasa sembunyikan diri dalam bilik dalam keadaan yang gelap. abg cakap semua orang mata merah. dan saya sendiri melihat mak tidur dengan abg setiap malam, dan setiap pagi, mak dan abah akan mengusap abg seperti anak kecil dan sentiasa bercakap dan menasihati abg. Lama juga abg ambil cuti belajar selama 6 bulan. Dan saya kurang pasti abg ulang alik ke klinik psikiatrik berapa lama... tapi seingat saya beberapa bulan juga. Alhamdulillah, kini abg berada di final year mechanical engineering di UTP.

Sebenarnya faktor orang-orang yg depress seperti abg bagi saya, adalah mereka tidak dapat menerima dengan redha qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Bagi saya as orang Islam, kita kena berpegang betul2 pada rukun Islam and rukun Iman. Rukun Iman yang ke-6 : Percaya kepada qada' dan qadar. Walaupun ada certain patient yg terlalu obsess dengan agama, bercakap ingin berjuang utk agama, tetapi adakah pemahaman mereka jelas? Bagi saya, if benar-benar faham, InsyaAllah tidak akan berlaku sakit ini. When something happened, we tend to blame ourself... dan penyesalan yg berpanjangan akan pasti dihasuti oleh suara-suara syaitan. I can say it like this sebab saya sendiri pernah gagal dalam hidup saya. gagal sekali dalam dental, saya bangun. gagal kali kedua... mmg tamparan yang begitu hebat bagi saya. Saya sendiri ada perasaan ingin dibelai oleh ibu bapa saya, ingin diberi semangat oleh ibu bapa saya, tetapi Alhamdullilah, dengan izin Allah S.W.T dan kerana kasih sayang saya yang teramat terhadap kedua ibu bapa saya, saya masih lagi kuat dan sekarang berada di USM Kubang Kerian mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik.

Walaupun kadang-kadang semangat saya turun, bila mana melihat sahabat-sahabat yang medic dan dental, bila mana melihat sahabat-sahabat lain yang sudah pun sambung master mereka, yang sudah pun diambang kejayaan, namun, saya cari semula erti kehidupan ini. InsyaAllah apa yang mampu saya katakan, dengan ilmu, dengan ilmu agama, dan sekiranya kita benar-benar faham, kita akan teruskan perjuangan ini... sebab dalam Al-Qur'an sendiri menyatakan yang setiap orang beriman tidak akan dikatakan beriman selagi tidak diuji. Dan dalam Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya dia sendiri tidak berusaha utk berubah.

~Semoga Allah S.W.T akan menyembuhkan saudara-saudara seagama dan semoga diberi kekuatan kepada mereka~

Cahaya Penawarku


~Do'a Rabitah~

Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan CintaMU
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Wednesday, October 21, 2009

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Tepat jam 2.06 pagi... terfikir sejenak untuk berkongsi pengalaman menaiki kapal terbang. Ini bukanlah kali pertama saya menaiki kapal terbang, tetapi entah kenapa, kali ini, terlalu banyak yang bermain di fikiran semasa menaiki kapal terbang ini...


Sewaktu menangkap gambar ini, walaupun hanya menggunakan telefon bimbit yang tidak besar megapixel nya, namun, peta kawasan rumah di bawah masih jelas lagi kelihatan... terfikir kalau dari atas, rumah-rumah ini nampak kecil... apatah lg kita manusia...


Rumah-rumah kian tidak kelihatan...


Matahari kian terbenam...


Awan-awan sudah kelihatan... Di kala ini, pelbagai persoalan yang timbul... kadang-kadang rasa seronok berada di atas awan... Kesedihan, kegelisahan, keresahan, tetapi apabila melihat kita berada di atas awan, baru sedar bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan tetapi kadang-kadang sebagai manusia biasa, terlupa nikmat-nikmat Allah... sentiasa hanya melihat terhadap musibah yang menimpa, tetapi tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada...

Kadang-kadang rasa sedih, rasa takut, takut-takut kalau tak sempat nak mendarat di atas tanah... takut kerana terlalu banyak amanah-amanah Allah S.W.T yang masih tidak dijalankan, yang masih ada tertangguh, yang masih ada kelemahan-kelemahan... Di kala ini, rasa takut sangat kalau-kalau Allah menarik segala nikmat yang Allah berikan... takut Allah tarik balik peluang yang sangat banyak Allah berikan...

Bila memikirkan kenapa belajar itu perlu... menuntut ilmu perlu... baru sedar bahawa kita orang Islam, bukan menuntut ilmu semata-mata hendak peperiksaan, tetapi ilmu yang bermanfa'at itu adalah ilmu yang boleh dibawa sampai bila-bila... means, walaupun dah habis exam, ilmu yang dipelajari itu boleh beri kebaikan pada orang lain... boleh beri manfa'at pada orang lain... dan semestinya ilmu agama itu wajib dipelajari walaupun bukan di bidang agama... tetapi rugilah kita kalau kita menjadi orang Islam tanpa mengenal erti sebenar Islam itu... Seandainya kita merasakan bahawa diri kita sedang merubah, sedang mencari arah tuju yang sebenar, seolah-olah kita baru masuk Islam, seolah-olah kita baru kenal Islam, sedarlah bahawa InsyaAllah, hidayah Allah itu sentiasa ada, yang penting kita perlulah mencari agama kita yang sebenar...

Dah mengantuk... esok exam... Wallahu'alam...

Cahaya Penawarku
2.19 am
21 oktober 2009



Saturday, October 17, 2009

Detik-detik Perjalanan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para da'ie yang terlebih dahulu meninggalkan kita semua...

Alhamdullilah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya berkesempatan juga utk menulis warkah yang menyembunyikan 1001 perasaan dalam hati ini...

Ukhuwwah...apakah yang dikatakan dengan ukhuwwah ini? Sukar utk dimengertikan... sukar utk didefinisikan...kdg2 pandai bercakap secara teori, tapi praktikalitinya zero. Bila diuji, kita kalah. Bila digertak, kita undur. Adakah itu dikatakan ukhuwwah? Bila masa menghimpit diri kita, kita meninggalkan sahabat-sahabat kita. Bila sahabat-sahabat buat kesilapan, kita menyalahkan mereka, tanpa menegur secara baik. Kita pulaukan mereka tanpa memperbaiki kelemahan mereka. Adakah itu dikatakan sahabat yang baik yg menjalinkan ukhuwwah atas dasar perjuangan Islam?

Buku "566 Kata-Kata Hikmah Jadilah Orang Yang Paling Bahagia" menyatakan dalam kata-kata hikmah yang ke-8 "Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda"

Semalam, 16 oktober (JumaaT), Alhamdullilah dengan izin dan limpah kurnia Allah, ku dapat menjejakkan kaki ke fakulti pergigian UM bertemu sahabiah-sahabiah yg telah lama ku tidak temui... Walau dalam kesibukan yg menimpa diri, Alhamdullilah dapat bertemu dengan mereka semua, walau kejap.. namun masih ada kelapangan masa utk berkongsi ilmu dunia mahupun akhirat...

Ku amat-amat merindui mereka, dan tika ini ku amat-amat merindui sahabiah baru ku di USM Kubang Kerian... Walau hati dihimpit dengan pelbagai dugaan dan ujian yg menguji ukhuwwah di USM Kubang Kerian, namun, matlamat utama adalah dasar ikatan hati ini merupakan satu iaitu berjuang utk Islam kerana Allah...

"Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan"

Semasa tunggu ketibaan kapal terbang pagi semalam, saya melihat seorang ibu yang bertudung labuh membawa anak kecilya. Tertanya dalam diri, adakah mereka hanya berdua sahaja... ibu itu menegur saya dan bertanyakan adakah kapal terbang yang ditunggu kami telah tiba. Saya hanya menjawab "belum lagi" sambil memberi senyuman kepadanya. Rasa tenang dan damai melihat ibu ini melayan kerenah anaknya walaupun berdua. Dengan anaknya lagi, begnya lagi.

Dalam kapal terbang, saya duduk disebelah dua adik-adik yang bagi saya dalam usia sekolah rendah. Pelbagai kerenah yang saya lihat dari adik-adik ini dan terfikir "Adakah saya sebegini masa usia mereka?". Saya hanya senyum dan terus senyum sepanjang perjalanan. Dihadapan saya tetapi bertentangan baris saya terdapat seorang ayah bersama anak kecil juga. Di akhir perjalanan hampir tiba di Kuala Lumpur, anak kecil itu menangis. Maka saya lihat, apakah yang akan dilakukan si ayah ini... Si ayah ini mengeluarkan botol susu dan memberi anaknya minum. Dalam hati, Alhamdullilah si anak kecil ini dapat minum selepas kelaparan...

Saya lihat pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada manusia tanpa disedari. Saya ke KL Sentral dengan menaiki KLIA Express. Entah mcm mana saya boleh tertidur sehingga tiba di KL Sentral. Mujurlah ada seorang pakcik mengejutkan saya dengan mengetuk meja dihadapan saya. Ya Allah. Rasa malu yang teramat menurjah diri saya. Saya terus ucapkan terima kasih dan berlalu pergi dengan cepat kerana malu.

Sewaktu saya naik putra dari UM ke UIA gombak, saya sekali lagi tertidur. Tetapi nasib baiklah saya tersedar setiap kali tren itu berhenti. Perasaan masuk UIA gombak sukar ditafsirkan. Beruntunglah mereka yang dapat menyambungkan pelajaran ke UIA gombak kerana tempat itulah menjadi idaman saya sejak kecil. Saya tetap bersyukur kerana masih di IPTA dan diberi peluang oleh Allah utk menyambungkan pelajaran.

Walau diri keletihan, senyuman demi senyuman, cerita demi cerita saya dan sahabat, Azimah kongsikan... Akhirnya saya tertidur akibat keletihan dan bangun sebelum maghrib. Kami keluar makan, dan Alhamdullilah, sahabat saya itu belanja saya makan. Ya Allah, terlalu banyak nikmatmu yg tidak dapat ku hitungkan... Pelbagai perkongsian yang saya pelajari dari sahabat saya itu... memandangkan dia adalah pelajar cemerlang UIA setiap semester dan bakal graduate akhir bulan 11 ini... Gembira tidak terhingga melihat sahabat-sahabat yang berjaya...

Jam 8.40 malam saya sekali lagi menaiki putra dan ke UM semula utk tidur bersama sahabat baik saya semasa di dental suatu ketika dahulu... Alhamdullilah, Allah permudahkan aturan planning saya... Entah kenapa hari ini, setiap yang dilihat, setiap yang difikirkan, yang didengari dikaitkan dengan Islam... Alhamdullilah, syukur sangat-sangat. "Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama,akal,kesihatan,pakaian,pendengaran,penglihatan,rezeki,keluarga serta segala nikmatNYA yang lain"

Semoga, saya akan pulang ke USM Kubang Kerian dengan suatu semangat dan keazaman bagi memartabatkan Islam, InsyaAllah...
~Jadilah orang yang Paling Bahagia~

Cahaya Penawarku
17 Oktober 2009
2.57 am

Sunday, October 4, 2009

kegembiraan @ kesedihan


Dilewat malam ku menyusuri
cahaya-cahaya yang menerangi jalan
tanpa ku sedar ku berada jauh dari realiti
ku memikirkan tentang hidup ini
yang ku taktahu di mana penghujungnya

ku mencari cari teman
agar ku tidak keseorangan
agar ku mampu mencari kekuatan
tp akhirnya ku sedari
bahawa padaNYA lah tempat segala
pergantungan

setiap bibit perkataan yang keluar
setiap isi hati yang ku pendam
mesti diuji dan terus diuji
maka murkalah Allah jika ku kalah
kalah dengan emosi dan nafsu dlm diri

Ya Allah, hambamu ini terlalu lemah
tidak berupaya utk menahan lg
tp ku cuba dan terus mencuba
agar ku sentiasa dlm perjuangan ini
agar ku sentiasa meneruskan sunnah ini
walaupun ku kan keseorangan

ku sgt merindui terlalu rindu
sehingga tidak terucap kerinduan ini
kerinduan pd sebuah kedamaian
kerinduan pd sebuah ikatan hati
ikatan hati yg akan membuatkan ku kuat
ikatan hati yg akan membuatkan ku bersemangat

ku melihat matahari yg terbit
pd burung yg berkicauan memuji bertasbih pdMU
pd pokok-pokok yang bergoyang membesar kebesaranMU
pd manusia yg sentiasa sibuk dlm melaksanakan amanahMU
pd jalan-jalan yang penuh dengan kenderaan
ku mencari cari pd sesuatu yang hakiki

ku bersyukur dan terus bersyukur
kerana masih diberi nikmat Islam dan Iman
walau kdg2 ku jatuh dan jatuh
ku akan tetap bangun dan terus bangun
walau ku keseorangan, biarlah ku keseorangan
jgn lah Engkau menjauhiku Ya Allah..


Hamba yg da'if,
Cahaya Penawarku
4 oktober 2009
9.45am

Saturday, October 3, 2009

Kehilangan @ Kematian suatu hakiki

Remaja perempuan maut dihempap pokok

30/09/2009 6:35pm

BACHOK 30 Sept. - Seorang remaja perempuan maut dihempap sebatang pokok di Pantai Kampung Kemayang, Tawang di sini petang ini.

Nurul Ain Ibrahim, 19, sedang minum petang di sebuah gerai apabila angin kencang melanda menyebabkan sebatang pokok berhampiran tumbang dan menimpanya kira-kira pukul 4 petang ini. - Utusan

***Cerita lebih lanjut

BACHOK: “Tubiklah (keluarlah), kalau nak kenal. Ambo (saya) dah nak mati,” begitu kandungan SMS terakhir Nurul Ain Ibrahim, 19, kepada teman lelakinya sebelum maut dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Pantai Kemayang di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang melarikan diri daripada ribut petir bersama teman lelakinya itu menemui ajal selepas dihempap sebatang pokok rhu.

Mangsa cedera parah di kepala sebelum maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat, petang semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang baru mengenali teman lelakinya tiga bulan lalu membuat temu janji pertama di Pantai Kemayang sebelum minum petang di sebuah kedai-metro.

*******************************************************************************

Bismillah...

Sahabat-sahabat dan saudara-saudara seagama Islam yang dikasihi Allah S.W.T,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan para da'ie yang tanpa mereka, tak mungkin nikmat Islam kita dapat kecapi hari ini. Alhamdullilah.

Saya baru sahaja balik dari program agama dan tiba-tiba terdetik untuk menulis artikel yang saya dapat semasa berada di program. Pagi hari tika matahari sedang terbit, explorace telah diadakan, dan terdapat 5 stesen. Maka, stesen isu semasa menjadi perhatian saya. Isu-isu semasa seringkali saya tidak peka dan alert memandangkan diri yg bz tp mungkin itu sekadar alasan. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Saya dikejutkan dengan isu berita di atas yang telah saya lampirkan. Alangkah sedihnya rasa hati ini, dan berdo'a semoga ahli keluarga, sahabat-sahabat, dan juga diri sendiri tidak menghadapi kematian dalam keadaan yang kurang baik ini.

Sedarlah kita semua, bahawa perintah agama Islam itu terlalu sempurna kerana iaNYA adalah dari Allah S.W.T. Apabila Allah menciptakan kita, kita telah diperintahkan supaya menjadi pendakwah yang melakukan amar maa'ruf dan mencegah nahi mungkar. Tinggalkan segala larangan Allah S.W.T adalah suatu hikmah yang Allah S.W.T Maha Mengetahui mengapa sesuatu itu tidak elok bagi hamba yang diciptakan.

Kalaulah kita idamkan kematian dalam keadaan yang baik dan dalam keadaan yang bermaruah, sesungguhnya kita sentiasalah ingat bahawa setiap apa jua keadaan kita lakukan, setiap saat dan detik yang berlalu, bila-bila masa sahaja kita boleh ditarik nikmat hidup ini. Sudah terlalu banyak kisah sirah-sirah zaman dahulu di mana para wali yang mati dalam kekufuran kerana mengikut nafsu dan melakukan larangan Allah S.W.T. Maka, sentiasalah istiqamah dalam amalan yang baik dan janganlah sesekali kita melakukan perkara maksiat.

Jangan sekali kali sahabat-sahabat fikirkan untuk "takpela, boleh nak bertaubat" sedangkan mungkin kematian itu tidak akan menunggu kita utk bertaubat. Alangkah sedihnya jika kita meninggal dalam keadaan yang tidak baik dan mungkin tidak sempat utk melafaz dua kalimah syahadah. Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Lindungilah kami umat Muhammad dari azab seksaan azab nerakaMu... Berikanlah rahmat, hidayah dan taufiq kepada kami Ya Allah...

Justeru, berpeganglah sebenar-benarnya kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah... bangunlah semula, sedarlah semula..."Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang yakni Al-Qur'an kepada hambaNYA Muhammad untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sungguh, terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang" (Surah AlHadid: ayat 9).

Kematian itu suatu yang pasti dan sangat-sangat menghampiri kita...

Wallahu'alam


Yang menanti exam Immunology esok hari,

Cahaya Penawarku
2.59pm
3 Oktober 2009