Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Tuesday, August 9, 2011

Resipi Cookies kegemaranku :)

Assalamu'alaikum Wrt Wbt,

Alhamdulillah baru balik dari solat tarawikh. Malam ini dah malam yg ke-10. Sekejap je rasanya. 
Atas permintaan sahabat yg ingin resipi cookies dari entry sebelum ini "cerita masak-masak", jadi tiadalah secret resipi seperti orang lain memandangkan baru 1st time buat pada entry sebelum ini, mungkin sekiranya lepas ini ada penambahbaikan, akan saya maklumkan pada sahabat & pembaca sekalian ye.

Jadi inilah resipi yg telah saya ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/24 namun saya telah author mengikut beberapa resipi yg telah dibaca :

Bahan-bahan (100 biji) :

450 g tepung gandum
sedikit garam (1/4 sudu kecil)
1 biji telur
3/4 (daripada 250 g buku) mentega 
115 g gula halus
110 g gula perang
100 g chocolate chips
3 sudu besar coco powder(serbuk koko)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil yis

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan sedikit garam
3. Masukkan telur dan pukul lagi
4. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga choc chips dan kacau
5. Masukkan yis
6. Buat bulat-bulat kecil dalam bekas yg ingin dimasukkan dalam oven
7. Pre-heat oven 180 darjah dan kemudian masukkan adunan tadi ke dalam oven selama 15 minit.


***Beberapa petua kalau nak bagi biskut ini sedap, antaranya :

bahan-bahan yg digunakan berkualiti dan mmg diketahui sedapnya contohnya 
mentega, jenama buttercup digunakan, untuk serbuk koko jenama seperti van houten atau apa-apa jenama yg anda ketahui kesedapannya digunakan, dan untuk chocolate chips juga jenama yg sedap seperti kisses juga digunakan. InsyaAllah kesemua jenama yg saya sebutkan ini dijamin Halal dan Toyyib :) 

namun harus diingati, jenama-jenama yg berkualiti ini tentu sedikit mahalnya sekiranya digunakan, sekali baking, lebih kurang rm30-rm50 utk bahan-bahannya sahaja, tetapi berbaloi (lebih dari 100 keping boleh dihasilkan). dan kena ingat juga buat cookies ini, masa nak letak atas baking pan itu, sedikit sahaja (1/2 sudu besar) maka, banyak cookies dihasilkan. 

selain daripada chop chips, anda boleh masukkan kacang badam, kacang gajus atau kismis ke dalam adunan tadi, mengikut cita rasa dan pilihan anda.

pengalaman saya pertama kali membuat, pada asalnya saya letak banyak dalam 1 sudu besar adunan, dan akhirnya tak jadi cookies, tapi jadi muffin choc cake (hehe, rasanya masih ok tapi tak rangup and takde bentuk cookies la jawabnya)... apa-apa pun selamat mencuba!!! 

~Gambar sekadar hiasan~


09 Ramadhan 1432 H
10.34 pm 

Friday, July 29, 2011

~Cerita masak-masak~

Alhamdulillah, dikurniakan nikmat Iman & Islam yg masih bertakhta sehingga hari ini. Dan hari ini sudah masuk 28 Syaaban 1432H. Macam tak percaya, lagi 2 hari to go to Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan! 

Sejak akhir-akhir ini, saya ada satu penyakit, penyakit asyik nak cuba utk buat sesuatu yg baru. Bermula lah dengan sheppard pie, kek batik, puding custard, dan malam ini cookies ala famous amos. (^_~)

Cuma setakat ini, sheppard pie, saya tidak berkesempatan utk bawa ke tempat praktikal saya iaitu di Ibu Pejabat bomba dan penyelamat seberang prai, selebihnya, saya pasti akan bawa ke sana buat kawan-kawan yg berada di sana, dan juga tidak dilupakan pegawai-pegawai bomba dan makmal yg disayangi.

Jam menunjukkan 1.48 pagi, dan masih ada beberapa round cookies famous amos yg perlu dibakar.

Tepat jam 2.51 am, semua cookies telah sedia dibakar. Walaupun mengambil masa yg lama, tetapi kerana rasanya yg sedap sekali, jadi, tak rasa susah pun. Terima kasih my sister for the recipe, and mak for helping me :)

~yummy yum, rasanya mmg sedap~ :) Alhamdulillah, tidak perlu lagi ke famous amos

29 July 2011

28 Sya'ban 1432 H


Monday, July 25, 2011

~Ramadhan oh Ramadhan~



More Ramadan Messages and Glitters

Assalamu'alaikum Wrt Wbt & Salam sejahtera,


Tinggal beberapa hari lagi utk tiba bulan Ramadhan yang mulia, bersediakah kita dgn kedatangannya? Bagi mereka yang sentiasa menantikan Ramadhan dgn harapan, ibadah-ibadah yang dilaksanakan bakal dikali gandakan, amalan-amalan sepanjang bulan Ramadhan segalanya akan mendapat ganjaran yg sgt besar, pasti tidak sabar utk menantikan bulan ini dan pasti akan sedih meninggalkan bulan yg mulia ini.


Bagi diri saya pula, Ramadhan kali ini istimewa kerana buat pertama kalinya, saya akan bersama-sama dengan seorang khalifah Allah yang bakal bersama-sama berjuang sepanjang bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, terlalu byk nikmat dan kurniaan Allah SWT yang diterima setelah kesusahan yg menimpa. Yang pasti, perjuangan masih perlu diteruskan. 


Di sini, saya ingin berkongsi persediaan buat peringatan diri saya sendiri dan semoga kita sama-sama dapat amalkan :





Persediaan
Cara
Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.






Harapan buat Ramadhan kali ini :


Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelum ini, dan semoga kita mengambil segala manfa'at dari bulan Ramadhan ini, agar kita tidak menyesali bila berlalunya Ramadhan al-mubarak ini (^_~) Belum pasti, adakah kita kan bertemu bulan Ramadhan yang mendatang. InsyaAllah, selamat beramal~

25 July 2011

24 Sya'ban 1432 H

Thursday, July 14, 2011

Jodoh itu Rahsia Allah SWT




Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak update blog, rupa-rupanya penulis blog ini telah selamat diijabkabulkan pada 10hb Jun 2011 yang lalu...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)


Ana & zauj, Abdul Hakim bin Abdul Jalil



14 Julai 2011

13 Syaaban 1432 H

Sunday, May 1, 2011

~Suka duka kehidupan~

Hari ini, masuk 1 Mei 2011, hari jadi ibu tercinta dan adik yg disayangi... Makin lama rindu pada mereka makin mendalam. hanya kiriman do'a yg mampu dibuat tatkala ini. Entahlah kenapa, bila memikirkan hanya tinggal sebulan lagi utk ke arah itu, byk perkara yg masih belum diselesaikan lagi. banyak perkara dan tanggungjawab yg masih belum dijalankan dengan baik lagi. Sudah jadi anak yg baikkah diri ini? Sudah menjadi kakak yg baikkah diri ini? Sudah menjadi adik yg baikkah diri ini? Sudah menjadi sahabat yg baikkah diri ini? Dan yg paling penting, sudah menjadi hamba Allah yg baikkah diri ini?

Rindu kpd sahabat-sahabat, sahabat-sahabat yg masa tahun pertama dulu rapat, dan makin lama makin jauh disebabkan tugasan dan tanggungjawab yg makin bertambah... Rindu yg amat terutama pd sahabat yg jauh di mata... Bagaimanakah utk mengubati rasa rindu ini? Bagaimanakah utk mereka mengetahui yg kita amat merindukan mereka? Ya Allah, benarlah, bila kita makin lama makin terpisah, baru kita menyedari betapa berharganya mereka buat kita... dan kdg-kdg... sampai tidak tahu, apakah yg harus dibuat tika ini, tatkala ini... Hanya mengharapkan mereka berbahagia dengan kehidupan mereka, dan kita meneruskan perjuangan kita juga... 

Hanya 1 lagi exam yg tinggal... dan InsyaAllah pulang ke rumah... :) Man jada wa jada~ Teruskan usaha! Never give up with rahmat Allah SWT...

Thursday, April 21, 2011

~Bussiness oh bussiness~

Tajuk entri kita pada kali ini adalah tentang perniagaan :) a.k.a bussiness

Kenapakah sejak akhir-akhir ini saya berminat utk berniaga? Mungkin juga kerana sumber kewangan yg semakin terhad menyebabkan kita kena mencari peluang & ruang utk melakukan perniagaan...Walaupun saya bukanlah orang yg hebat atau 'arif dalam bidang perniagaan, tetapi dalam tempoh tidak sampai satu semester saya sudah pun menjalankan beberapa perniagaan secara kecil-kecilan...

Perniagaan yg dijalankan adalah dadih... dadih sedap berkrim disukai ramai :) Saya hanya menjual dadih di asrama perempuan sahaja, pada asalnya hanya blok saya sahaja, sekarang sudah mampu berkembang bussiness dadih... dari 1 hari membuat 20-25 bekas, sekarang saya sudah membuat utk 3 asrama perempuan yg berlainan, dan bilangan dadih yg perlu dilakukan adalah 50-60 bekas sehari. 


Ada yg tertanya-tanya, apakah "rahsia resepi" dadih saya? mungkin dadih saya adalah seperti dadih lain, tetapi saya mempunyai satu rahsia kandungan dadih yg tidak terdapat dalam mana-mana arahan cara membuat dadih... sebab itu kita boleh namakan "secret resipe" ;) Terima kasih kpd sifu yg mengajar saya. Dulu saya hanya mengambil komisen dari kakak itu, namun setelah dia memberitahu saya rahsia resepi beliau, maka saya pun buat sendiri~ Rahsia yg paling penting dalam pembuatan dadih adalah membaca do'a penawar atau penyembuh yg diajar oleh Ustazah Siti Nur Bahiyah "Bismillahi syafii.. Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan"... InsyaAllah, dadih yg di makan atau masakan apa-apa sahaja, boleh menjadi penawar diri~ 

Apa yg menarik tentang dadih ini adalah... dulu saya membuat perniagaan dadih bagi pelbagai penajaan dari Minggu Penghayatan Islam, discussion group, sehinggalah yg terbaru adalah Kelas Peradaban Nabawi. Walaupun sekarang dadih ini saya jual utk salah satu cara menambah pendapatan bagi bakal membina "baitul muslim", Kelas Peradaban Nabawi tidak akan dilupakan juga memandangkan diri ini memegang Unit Ekonomi KPN... 

Dan sekarang saya sedang bercadang utk meluaskan perniagaan secret dadih ini utk bakal kooperasi siswa USMKK yg dijangka dibuka sekitar bulan Mei atau Jun 2011... :)

Saya ada berkira-kira utk berbincang dengan cafe asrama utk meletakkan dadih seminggu sekali memandangkan musim peperiksaan dan saya tidak mampu utk membuat dadih ini setiap hari... InsyaAllah sekiranya diberi ruang & peluang, nantikan secret dadih di cafe Nurani :)

Tiada jalan mudah dalam perniagaan. Rasullullah SAW ditanya mengenai usaha yg paling baik sebagai sumber pendapatan dan rezeki. 
Baginda menjawab : Pekerjaan yang paling baik dan hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal. (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim)


21 April 2011

17 Jamadilawal 1432 H

Saturday, April 16, 2011

~Mandi jangan tak mandi~

Hari ini bangun awal-awal pagi, seperti biasa selepas Subuh, ingin jogging, tetapi memandangkan sudah berniat untuk membasuh kereta yg agak kotor ini, jadi selepas Subuh, pergilah basuh kereta.

Mula-mula, check enjin dulu. Ada seorang teman menegur "eh, nak ke mana tu?". Saya pun menjawab "nak basuh kereta"

"Owh, mandikan kereta dulu yer sebelum mandi diri sendiri?" Opss... dah terkantoi, yg saya belum mandi lagi. Tersenyum sendirian. Benarlah itu. Mandikan kereta dulu sebelum diri sendiri. 

Mencari-cari di mana kah di bumi USMKK ini sesuai utk seorang perempuan basuh keretanya tanpa ada orang lain yg tengok. Akhirnya teman lain yg juga ingin membantu sama, mencadangkan basuh kereta di Surau Murni. Alhamdulillah, di sana ada paip dan paip getah bagi memudahkan urusan membasuh.

Apabila dibuat kira-kira kos membeli bahan-bahan utk membasuh kereta, nilainya rm12.40. Sekali basuh di kedai, samada harga dalam rm7 (tanpa vacuum) dan rm10 (dengan vacuum)

Membeli bahan-bahan membasuh ini, boleh digunakan sebanyak 10-15 kali basuhan atau mungkin lebih. Jadi, jika kos rm7 didarabkan dengan 10 kali basuh = rm70. Sekiranya basuh sendiri, maka sudah jimat = rm 57.60. Wah, bukankah itu nilai jimat yg besar? (^_~)

Sejak bakal mempunyai keluarga sendiri akan dtg (InsyaAllah), sudah mampu utk memikirkan hal-hal penjimatan. Berbeza dengan sebelum ini. Mungkin benar kata orang, kematangan itu akan datang dengan sendirinya. Dan hadir melalui pengalaman yg dilalui. Apa apa pun, didikan mak abah adalah amat-amat penting :) Thanks to Allah SWT and mak abah

Ok, mari kita sambung study! To all my friends, all the best utk final exam~ Kepada mereka yg final year, semoga berjaya dalam alam kehidupan yg seterusnya, iaitu alam selepas universiti ^^

***Tiada daya upaya melainkan hanya kepada Allah SWT***

16 April 2011

12 Jamadilawal 1432 H