Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Monday, July 25, 2011

~Ramadhan oh Ramadhan~



More Ramadan Messages and Glitters

Assalamu'alaikum Wrt Wbt & Salam sejahtera,


Tinggal beberapa hari lagi utk tiba bulan Ramadhan yang mulia, bersediakah kita dgn kedatangannya? Bagi mereka yang sentiasa menantikan Ramadhan dgn harapan, ibadah-ibadah yang dilaksanakan bakal dikali gandakan, amalan-amalan sepanjang bulan Ramadhan segalanya akan mendapat ganjaran yg sgt besar, pasti tidak sabar utk menantikan bulan ini dan pasti akan sedih meninggalkan bulan yg mulia ini.


Bagi diri saya pula, Ramadhan kali ini istimewa kerana buat pertama kalinya, saya akan bersama-sama dengan seorang khalifah Allah yang bakal bersama-sama berjuang sepanjang bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, terlalu byk nikmat dan kurniaan Allah SWT yang diterima setelah kesusahan yg menimpa. Yang pasti, perjuangan masih perlu diteruskan. 


Di sini, saya ingin berkongsi persediaan buat peringatan diri saya sendiri dan semoga kita sama-sama dapat amalkan :





Persediaan
Cara
Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.






Harapan buat Ramadhan kali ini :


Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelum ini, dan semoga kita mengambil segala manfa'at dari bulan Ramadhan ini, agar kita tidak menyesali bila berlalunya Ramadhan al-mubarak ini (^_~) Belum pasti, adakah kita kan bertemu bulan Ramadhan yang mendatang. InsyaAllah, selamat beramal~

25 July 2011

24 Sya'ban 1432 H

No comments: