Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, April 30, 2010

~Hari-hari adalah hari Ibu~ I Love U mak~


Kasih ibu terhadap anaknya tidak bermusim , berbeza kasih anak buat ibu hanya pada saat dan tika tertentu


Ibu seorang boleh membelai dan membesarkan sepuluh orang anaknya namun anak yang sepuluh ini belum tentu dapat membelai dan menjaga ibunya yang seorang



Saya masih ingat lagi semasa kecil-kecil dahulu sering kali membuat kad-kad ucapan dan memberi hadiah kepada ibu bukan sahaja sewaktu hari jadinya, bahkan juga semasa hari ibu yg sering masyarakat kita raikan.

Setiap kali saya & adik-adik yg perempuan raikan hari ibu ini, saya sering memberitahu ibu bahawa hari-hari merupakan hari ibu.

Dewasa kini, saya sudah tidak meraikan hari ibu, mungkin kerana sudah sibuk dengan pelajaran di alam Universiti namun itu semua adalah alasan yg tidak boleh diterima. Maafkan anakanda andai tidak lagi meraikan hari ibu, namun hari-hari saya sentiasa merindukan mak. Hari-hari adalah hari ibu!!!

Bg pendapat saya, dunia hari ini perlukan "hari ibu" untuk memaut ingatan dan kasih insan bergelar anak buat ibu mereka .

Dunia seperti insaf betapa hari ini ibu menjadi bahan antik yang disimpan atau diperosok ke rumah orang - orang tua dan sebahagiannya ditinggal sendirian membilang hari mati .

Kecil sizenya dan sedikit pula jumlahnya buat manusia bertaraf ibu yang mampu mengecap kebahagiaan disamping anak - anak hingga ke akhir hayat mereka. Semoga saya dan anak-anak mak yg lain akan sentiasa bersama mak abah sehingga akhir hayat mak abah, InsyaAllah.

Hanya anak - anak yang soleh/ah memiliki keupayaan menjaga dan membelai sang ibu biar usia memamah seri wajahnya sehingga sang ibu ini menghembuskan nafas akhirnya dengan tenang di pangkuan anak.
Saya sering cemburu apabila mendengar kata-kata ungkapan sahabat saya kepada ibu-ibu mereka "I Love U" apabila bercakap dengan ibu mereka. Saya sendiri hari-hari telefon mak, bukan hanya sekali bahkan lebih dari itu, namun tidak mampu mengungkapkan kata-kata itu (kerana tidak biasa)

Semoga apabila mak membaca nota ini, ketahuilah mak bahawa saya terlalu cintakan mak dan abah, dan saya mahu jadi yg terbaik buat mak abah... Setiap detik-detik kehidupan saya sekarang, saya sentiasa mengharapkan bahawa, mak abah akan dapat ganjaran dari Allah SWT. itu sahaja yg saya mampu. saya pernah mengungkapkan kata-kata kepada mak abah "Walaupun anak mak ini mungkin tidak pandai, mungkin pernah fail dalam dental suatu ketika dahulu, namun, hanya kebaikan yg ada pada anak mak abah ini diharapkan dapat menjadi penyejuk mata hati mak abah"

Banyak perkara yg saya melihat dari jauh apa yg mak saya lalui... Sejak mendapat adik bongsu yg Down Syndrome, saya dari jauh melihat mak menangis di kain sejadahnya apabila ditimpa ujian, namun akhirnya saya berbangga dengan mak saya sebab mak kemudiannya bertukar menjadi orang yg kehadapan dalam masyarakat. mak tidak lokek berkongsi pengalamannya dan memberi nasihat kepada ibu-ibu yg baru diuji dengan anak yg istimewa ini. Bahkan terlalu banyak pengorbanan mak telah buat dan sedarilah mak, biarlah tidak dipandang di mata manusia, semoga Allah SWT akan memandang mak lebih tinggi kemudian hari.

Saya melihat ibu menangis kerana risaukan anak-anaknya. Tika itu, saya mulai faham tentang kehidupan ini, tika itu saya sedang cuba belajar utk mematangkan diri ini. Sewaktu saya gagal kali pertama di alam pergigian dahulu, orang pertama saya hubungi adalah makcik saya. Saya menangis padanya, kerana dalam hati saya, saya tidak sanggup menangis pada mak dan abah walaupun saya amat-amat hendak berada dalam dakapan mereka, menenangkan hati saya. Saya tidak mahu membuatkan mak dan abah menangis. Maafkan diri ini andai banyak sgt membuat mak abah sedih dan kecewa dengan anak yg seorang ini. Sehingga sekarang, biarlah kesedihan ini diadukan pada YANG MAHA ESA. walaupun saya juga manusia biasa, yg memerlukan manusia sebagai pemujuk hati, melihat kedua orang ibu bapa, sudah cukup memujuk hati saya.

Walaupun ibu mampu menahan dengan kerenah anak-anak, namun anak yang sanggup bertahan dengan karenah ibu tua bukan mudah dicari. Ibu seorang boleh membelai dan membesarkan sepuluh orang anaknya namun anak yang sepuluh ini belum tentu dapat membelai dan menjaga ibunya yang seorang .

Semoga semua ibu-ibu berbahagia khasnya ibu saya Noorani bt Ahmad. Ustaz Nasruddin Tantawi ada mengatakan : " Ibu ! Tarbiyahlah anak - anakmu agar mereka menjadi insan yang soleh dan seterusnya turun ke medan lantas berjuang untuk menegakkan agama Allah swt . Saya kira , anak seperti inilah akan membuatkan ibu bangga dan bahagia ."

Dengan izin Allah, kalau bukan kerana didikan mak, didikan abah, sokongan mak dan abah, saya tentu tidak lagi boleh bertulis seperti ini... Saya belum tentu lagi sekuat ini menghadapi hari-hari yg mencabar ini.

Firman Allah swt :

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya ( penyejuk mata hati ), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa.

( Surah al Furqan . Ayat : 74 )

Anak adalah anugerah Ilahi yang menjadi amanah ke atas setiap ibubapa , bukan sahaja untuk mengasihinya bahkan juga memelihara dan mendidik agar ia membesar sebagai insan yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt. Justeru itu , Nabi saw menegaskan :

ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يُمَجِّسَانِهِ

Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .

( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

Anak adalah merupakan asset atau permata hidup kita. Mereka membantu hayat rumah tangga kita dan juga keceriaannya . Mereka jugalah penyambung warisan keluarga dan ummah , malah Nabi saw. sangat berbangga dengan ramainya jumlah ummat Baginda di akhir zaman . Sabda Rasulullah saw

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم

Kahwinilah oleh mu akan isteri yang penyayang dan boleh melahirkan anak , maka sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummat.

( Riwayat Abi Daud dan an Nasa’I )

Melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik anak – anak bukan suatu yang mudah , sementelah pula kita hari ini terpaksa membesarkan anak di zaman yang terlalu rosak persekitarannya.

Ibubapa perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikkan anak yang pastinya tidak terhad kepada memberi pelajaran akademik tetapi juga mendidik jiwa mereka agar sedia untuk melaksanakan suruhan Ilahi .

Melengkapkan asuhan mereka sehingga mampu memiliki keperibadian mulia sebagai benteng kukuh menghalang pencemaran akhlak dewasa kini.

Terlebih penting ialah memiliki Aqidah yang benar dan Spiritual yang yang mantap agar mereka selamat pula dari gejala riddah dan ajaran sesat yang kian luas menular .

Pengajaran dari wasiat Lukmanul Hakim .

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".

14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.

16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi.

17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Antara lainnya sabda Rasululullah saw. :

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عليها وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ في الْمَضَاجِعِ

Perintah anak – anak kamu supaya mendirikan solat sedang usia mereka telah meningkat 7 tahun dan pukullah mereka ( jika mereka enggan ) apabila umur mereka meningkat 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka ( lelaki dan perempuan )

( Hadis Sohih Riwayat Imam Ahmad , Abi Daud , al Hakim dan al Baihaqi )

~Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil~




10.45 a.m
16 Jamadil Awal 1431 H



Friday, April 23, 2010

~Sebuah Pertemuan&Perpisahan~


Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

(Mimpi Yang Indah - Mestica)

**Dituju khas buat kakak-kakak Medic Final year USMKK yg graduate 2009/2010 & Sahabat-sahabat Final year PPSK yg graduate 2009/2010***

THIS IS WHAT OUR PROPHET MUHAMMAD P.B.U.H HAD TAUGHT US: IF WE LOVE SOMEONE, HE ENCOURAGED US TO SAY: UHIBBUKI FILLAH;"I'M LOVING YOU BECAUSE OF ALLAH" AND THAT PARTICULAR PERSON MAY REPLY:AHABBAKILLAZI AHBABTANI LAHU;"HOPE THAT ALLAH WILL LOVE YOU AS YOU LOVE ME~" **PRACTICE THIS WITH THE RIGHT PERSON.IF BOYS-GIRLS;LAM YAJUZ.HARAM...




7.30 a.m
09 Jamadil Awal 1431 H



Monday, April 19, 2010

~Malu itu fitrah~

Rasa malu itu ada 10 macam :


Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.



Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”



Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.



Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.



Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.

Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

dipetik dari : sumber





Sunday, April 11, 2010

Earth Hour and Islam :)

ARKIB : 07/04/2010

Kempen Earth Hour di USMKK


Sebahagian daripada pelajar mengaminkan doa selepas solat hajat sempena Kempen Earth Hour di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU 6 April - Para pelajar di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USMKK) Kubang Kerian dekat sini turut serta dalam kempen Earth Hour dengan memadam lampu di kampus berkenaan disusuli dengan solat hajat dalam program menghayati saat untuk 'bumi' itu.

Dalam program yang dinamakanUSMKK Without Lights itu, para pelajar bersama-sama menunaikan solat isyak dan hajat berjemaah di atas padang kawad setelah seluruh kawasan desasiswa digelapkan secara berpusat selama sejam baru-baru ini.

Lebih 300 pelajar yang turut serta pada malam 27 Mac lalu kemudiannya beramai-ramai duduk bersila di atas tempat sama menonton dua tayangan video yang telah disediakan.

Pengarah program yang juga Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Nur Shafawati Abd. Rahni gembira kerana program itu mendapat sokongan penuh pelajar bukan Melayu yang telah berada di padang sejak dari awal bagi menyaksikan rakan yang beragama Islam menunaikan solat.

"Sebenarnya separuh daripada ahli jawatan kuasa saya untuk program ini adalah rakan-rakan bukan Islam.

"Namun bila diajukan pengisian solat hajat, mereka tidak ada masalah menerimanya dan telah sama-sama membantu membuat promosi aktiviti kami ini sejak awal lagi.

"Malah tidak ada yang berganjak sehingga akhir program walaupun sebahagian besar warga desasiswa sudah ramai yang pulang bercuti," katanya.

Hadir sama pada program malam itu adalah Timbalan Dekan Akademik Pusat Pengajian Sains Perubatan, Dr. Shaiful Bahari Ismail; Penolong Penggawa Desasiswa Murni, Dr. Nureen Noorfarahain dan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan Dr. Wan Nudri Wan Daud.

Menurut Nur Shafawati, program sempena 'Earth Hour' yang dirai di seluruh dunia tersebut telah dianjurkan di kampus mereka sejak 2008 lagi.

Namun katanya, hanya pada tahun ini semua pelajar dapat dikumpulkan di satu tempat dan bukan 'bertapa' di bilik masing-masing menghabiskan masa sejam tersebut.

"Jika dahulu lampu-lampu ditutup atas inisiatif masing-masing tetapi kali ini kami mendapat kerjasama daripada Jabatan Pembangunan USM untuk menutupnya secara berpusat.

"Sebenarnya ada juga pelajar tahun akhir yang akan menduduki peperiksaan pada bulan April telah membantah tetapi bilangan mereka boleh dibilang dengan jari dan ia dapat diselesaikan secara baik," katanya.

Nur Shafawati berkata, pelajar pada malam itu turut mendengar perutusan mengenai perubahan cuaca dunia daripada Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abd. Razak melalui tayangan video yang disediakan selain berpeluang menonton video khas yang disunting jawatankuasa program sendiri.

Harapannya agar rakan-rakan sekampus dapat mengambil iktibar daripada program yang dianjurkan dan mengerti betapa pentingnya 'bumi' ini diselamatkan daripada sifat ketamakan dan pembaziran manusia - UTUSAN MALAYSIA







Carilah Allah SWT setiap detik setiap ketika


"....Andai diri terasa LEMAH, bangunlah MUNJAT pada Allah dengan izin-Nya, yang LEMAH dipandang GAGAH, yang SEDIH di pandang CERIA, yang RESAH menjadi TENANG, sedikit PENGOBANAN selamanya TERASA... ...Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita meminta, kerana DIA mengerti keperluan hamba-hamba-Nya, adakalanya DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedia kerana DIA ingin menguji keimanan hamba-hamba-Nya..."


Bagimana ingin murni aqidah ?? Dengan ilmu. Itu sahaja jalannya. Kerana itu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, maka Allah akan fahamkan dia dengan agamanya.” (Hadis riwayat Ahmad).

Beerti barangsiapa yang Allah tidak inginkan kebaikan baginya, maka Allah tidak akan memberikan kefahaman kepadanya.

Semuanya terletak di tangan kita sekarang. Berusahalah. Beramallah dengan ilmu bukan ikutan dan tradisi.


Marilah sama2 kita cerminkan diri kita, sejauh manakah kita mentaati segala perintah Allah dan sejauhmanakah kita meninggalkan segala larangan-Nya. .

Moga dengan perubahan sikap kita, Allah memberikan bantuan-Nya. Firman Allah: “Sekiranya kamu menolong allah (mentaati-Nya) nescaya Allah akan membantu kamu

dan menetapkan pendirianmu.” (Muhammad, 47 : 7)


Kadang kala apabila kita telah berdoa, kita inginkan hasil yang segera..Sikap ini telah dikritik oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :

“Doa seorang hamba itu sentiasa dimakbulkan selama mana dia tidak memohon untuk memutuskan silaturrahim, selama mana dia tidak tergesa2.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa2?,

Baginda bersabda : “Seseorang yang berdoa berkata, aku telah berdoa, aku telah berdoa, namun aku belum lihat ia dimakbulkan.

Lalu dia berasa lelah dan tidak ingin berdoa lagi.” (Hadis Riwayat Muslim)


***Sahabat-sahabatku, teman-temanku sekalian, adik-adik ku, dan saudara-saudara seIslamku, jangan pernah berputus asa berdo'a dan jangan pernah sesekali tidak yakin dalam meminta agar dikurniakan rahmat Allah SWT. Lagi kamu diuji, lagi sayang Allah SWT terhadap hambaNYA. kembalilah ke jalan yg sebenar, taubatlah sebenar-benar taubat. peringatan buat diri ini terutamanya yg sentiasa lupa akan nikmat-nikmat Allah SWT yg tidak pernah akan terhitung***






26 Rabi'ul Thani 1431 H
4.00 am

Friday, April 9, 2010

Salam Imtihan :)

"Ya Allah, Berilah kefahaman kepadaku seperti kefahaman Nabi-nabi, berilah kehafalan kepadaku seperti kehafalan rasul-rasul dan mendapat ilham daripada malaikat-malaikat yang hampir dengan-Mu. Berselawat Allah kepada Junjungan Besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabatnya"






24 Rabi'ul Thani 1431 H
11.15 am

Mereka yang berjaya tidak semestinya mulia!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga baginda sahabat2 baginda, para tabi' tabi'en, para da'ie yang telah lama meninggalkan kita seterusnya kpd para dai'e yg meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasullulah S.A.W

Semalam saya telah berkesempatan mendengar ceramah motivasi oleh Ustaz Ubaidillah. Walaupun ceramah motivasi bagi saya sering didengari, namun apa yg dikatakan oleh Ustaz semalam, amat-amatlah saya tahu, namun tiada amalan dari segi praktikalitinya.

Di sini ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat dan teman-teman agar ia menjadi peringatan terutamanya buat diri saya yg sering lupa ini. ada 3 perkara penting tugas sebagai sebenar sebagai seorang Islam :

1. Berusaha dan bertawakkal
2. Mendapat keampunan dari Allah SWT
3. Mendapatkan syurga dan keredhaan Allah SWT

Atas faktor kesuntukan masa, maka maafkan diri ini andai tidak dapat menghuraikan satu-satu point yg telah diberikan oleh ustaz. cumanya saya mengharapkan anda semua tahu elibrate point2 ini, saya cuma dapat meringkaskan sahaja. Konsep tawakal kita kena faham dengan sebenar-benarnya bahawa, setelah kita berusaha dengan bersungguh2 yakni tiada lagi daya upaya kita sebagai hambaNYA utk meneruskan perjuangan dan berserah kpd Allah SWT.

Seandainya diri ini pernah gagal hanya sekali, jgn sedih, la tahzan, bangun dan terus bangun. apabila telah bangun, jatuh jua kali kedua, kembali pada Allah SWT, muhasabah semula, istighfar semula, kemudian, seandainya tidak mampu meneruskan lagi, maka carilah jalan lain kerana rezeki dan kejayaan itu milik Allah SWT! Kita mungkin minat medic, minat dental, tetapi Allah SWT nak bawa kita ke satu kehidupan baru, satu kehidupan yang lebih bermakna InsyaAllah yakni mungkin di bidang forensik... kena yakin dengan seyakin-yakinnya dengan Allah SWT...

Namun, seandainya gagal lagi... biarlah 1001 kali gagal jua, kita jgn berputus asa terhadap rahmat Allah SWT... cari jalan lain, cari keredhaan Allah SWT, cari syurga Allah SWT. hidup di dunia hanya sementara. orang-orang yg berjaya sering memekakkan telinga mereka dari mendengar orang-orang yg "menjatuhkan" mereka.... itulah orang yg self motivated InsyaAllah

Dalam pencarian demi pencarian makna kehidupan, seseorang muslim itu hendaklah sentiasa memohon keampunan dari Allah SWT, kita as manusia yg sgt lemah tidak akan lekang dari melakukan kesalahan, tidak akan lekang dari berkata-kata namun tidak mengamalkan, tidak lekang dari mempelajari ilmu, namun tiada keberkatan, dan banyak lagi... terlalu banyak aktiviti seharian kita yang kita tidak ada ingatan Allah di kepala kita, asyik asyik dan asyik memikirkan dunia yang penuh fatamorgana ini...

Ingatlah apa-apa pun yg berlaku di dunia ini, sedang menanti kehidupan kedua 'alam barzakh' dan sedang menanti kehidupan hakiki yakni 'akhirat' kekal abadi... jadi, adakah kita ini banyak buang masa kita hanya semata-mata memikirkan apa peranan dan tanggungjawab kita di dunia semata-mata tanpa memikirkan matlamat terakhir kita??? yakni mencari keredhaan Allah SWT dan syurga Allah SWT

Dalam meniti arus-arus perjuangan, airmata tidak akan pernah lekang dari diari kehidupan seorang pejuang kerana kita amat-amatlah lemah... sedarlah bahawa kita lemah, terlalu lemah, tiada daya upaya melainkan Allah SWT, namun, kerana terlalu cintakan Allah dan RasulNya berusahalah kita meraih hakikat cinta sejati, matlamat kita yg kekal abadi...InsyaAllah

La Tahzan, Jangan Bersedih!!!

"Sekiranya kita merasa Allah itu dekat, maka dekatlah Allah. Sekiranya kita merasa Allah itu jauh, maka jauhlah Allah"

Ku sangkakan amalan dan kebaikan yg telah ku laksanakan sudah byk
namun tika aku cuma meneliti di mana, di mana akan Allah terima amalanku
ku menangis, ku sedih, ku rebah, kerana aku terlalu lemah sgt lemah
ku tidak tahu yg mana Allah akan terima amalan hamba yg da'if ini
kerana ku takut, kemurkaan Allah itu,
kerana ku takut, kata kataku hanyalah omong-omongan kosong
kerana ku takut, amalan-amalanku hanya sekadar riak dan takbur
kerana ku takut, gerak kerja ku lakukan aku keletihan aku penat
kerana ku takut tiada Allah SWT dalam hatiku

"Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang lemah ini, yang terlalu lemah ini
Rinduku padaMu melebihi rinduku pada insan makhlukMu
Walau aku cuba mencari-cari Mu
Aku tidak terlepas digoda dgn ujian-ujian dunia
Aku dihimpit masa yang mencemburuiku
Aku dihimpit dengan perasaan jahat yang menghantuiku
Aku dihimpit dengan nikmat yang tidak ku syukuri
Aku dihimpit dengan teman yang suka pengaruhiku
Aku dihimpit dengan sahabat yang sangkakan aku kuat
Aku dihimpit dengan pelbagai andaian manusiaMu

Andai tiada apa yg ku hajati kau kabulkan
Maka satu pintaku
Janganlah Engkau menjauhiku Ya Allah
Andai tiada cinta manusia untuk ku di dunia
Maka satu pintaku
Jangan hilangkan cintaku padaMu Ya Allah
Andai tiada amalanku diterima oleh Mu
Maka satu pintaku
Kurniakanlah rahmatMu Ya Allah
agar aku tidak terlepas mendapat ganjaran
yg telah Engkau janjikan
Andai tiada insan buatku tika sedih
Maka satu pintaku
Engkau sentiasa ada buatku Ya Allah
Berikanlah kejayaan kepada kami
bukan kerana kejayaan yg kami kejari
Tetapi kerana Islam kami ingin berjaya
kami tidak mahu Islam menjadi fitnah
hanya kerana kelalaian dan kealpaan kami"



24 Rabi'ul Thani 1431 H
11.08 am