Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Friday, April 23, 2010

~Sebuah Pertemuan&Perpisahan~


Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

(Mimpi Yang Indah - Mestica)

**Dituju khas buat kakak-kakak Medic Final year USMKK yg graduate 2009/2010 & Sahabat-sahabat Final year PPSK yg graduate 2009/2010***

THIS IS WHAT OUR PROPHET MUHAMMAD P.B.U.H HAD TAUGHT US: IF WE LOVE SOMEONE, HE ENCOURAGED US TO SAY: UHIBBUKI FILLAH;"I'M LOVING YOU BECAUSE OF ALLAH" AND THAT PARTICULAR PERSON MAY REPLY:AHABBAKILLAZI AHBABTANI LAHU;"HOPE THAT ALLAH WILL LOVE YOU AS YOU LOVE ME~" **PRACTICE THIS WITH THE RIGHT PERSON.IF BOYS-GIRLS;LAM YAJUZ.HARAM...




7.30 a.m
09 Jamadil Awal 1431 H



Tuesday, January 12, 2010

Maafkan Aku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullulah SAW, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para da'ie yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu, tanpa mereka nikmat Islam dan Iman tidak akan sampai kepada kita, Alhamdullilah.

Jam menunjukkan 1.05 am. Walaupun nota-nota berada di sebelah sedang menunggu utk empunya diri membacanya, namun lantas dia lebih mahu capai laptopnya utk menaip butir-butir kata yg tersimpan dlm hati. Semalam merupakan hari yg sgt memenatkan dia, belum lg hari ini di mana jadualnya terlalu padat sehingga ke malam.

Petang td, ingin dia keluar bersama-sama rakan coursematenya utk membeli barang2 keperluan namun, kerana diri dia perlu menghadiri meeting pd pukul 5.00ptg, maka tidak dirasakan sempat pulang semula ke kampus andai turut serta keluar membeli brg. Justeru, dia diberi kesempatan utk study di surau. Sedang dia study, dia teringatkan utk msg kawannya, menyampaikan khabar berita kerana sebelum ini dia ingin meminta tlg kawannya itu.

Tidak semena-mena, dia menaip kata-kata yang kurang enak kepada rakannya itu, dan akhirnya meleraikan suatu suasana yg dingin...

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.

Ujian adalah satu wasilah daripada rantaian wasilah yang mampu menghubungkan kita untuk mencapai tahap kematangan.

Kematangan dari sudut fikrah,ilmu,bentuk fizikal,keimanan,dan seumpamanya.

Ujian melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji.

Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara .....

Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya.

Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Ujian juga sebenarnya wasilah untuk kita sentiasa merapatkan diri kepada Allah.

Bahkan ada segolongan manusia yang terlalu rindu atau dalam erti kata lain berharap agar Allah sentiasa memprogramkan dirinya dengan ujian dan musibah yang berbagai

Mereka yakin dengan janji Allah.

Hati mereka sentiasa mengharapkan keredhaan Allah,sekalipun pelbagai ujan ditimpakan kepada mereka.

Apabila musibah kian mengundurkan diri,maka terbit dari diri manusia satu kepuasan.

Rasa diri sudah dikurniakan satu kemuliaan oleh Allah,lantas mula lupa diri,jarang yang mampu bersyukur kerana itulah tabiat manusia.


" Terlalu sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur." (Saba’:13)

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah.

Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Sudah menjadi adat manusia yang benar-benar beriman akan dirintangi dengan berbagai tribulasi.

Bergembiralah bagi orang yang berjaya menghadapi semua itu,lantaran tidak akan berkumpul dua kesusahan dan tidak akan berkumpul dua kesenangan.

"Orang-orang yang berada dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa,Allah akan memberi kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (At-thalak:7)

Justeru itulah ujian-ujian ini sebenarnya satu program untuk terus meningkatkan keimanan kita kepada Allah.

Bergembiralah orang-orang yang sentiasa diuji oleh Allah,andai kita sentiasa mempositifkan fikrah kita bahawa ujian ini hanyalah wasilah dalam menuju keredhaan Allah,itulah kemenangan yang mutlak disisi Allah.

Lantaran setiap kali dikunjungi musibah setiap kali itulah kita akan kembali mendapatkan Allah.

Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah.

Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri.

Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya,

" Wahai anakku,dunia ini ibarat lautan yang dalam,ramai manusia yang tenggelam didalamnya.Jadikanlah taqwa sebagai bahteramu,iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya,semoga engkau beroleh kejayaan..."

Hidup harus ada kesusahan, agar kemudahan menjadi suatu nilai dan makna.

Hidup harus ada kesusahan, agar kemudahan dicabar untuk dicari, dikejar dan akhirnya dinikmati.

Hidup ini, adalah keyakinan & perjuangan, dan perjuangan mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga ~Imam Ahmad bin Hanbal~

Segalanya dari Allah


"Maafkan aku wahai sahabat", dia bermonolog...terus bermonolog sehingga tanpa disedarinya tidur di surau dan jatuh sakit malam harinya...


Cahaya Penawarku
26 Muharram 1431H
1.15 am

Tuesday, August 25, 2009

Coretan Hatiku

Alarm handphone ku sudah berbunyi, jam menunjukkan 8 pagi. Maka segeralah aku membasahi diriku dan mempersiapkan diri untuk menunaikan amanah and tanggungjawab ku. Setibanya di Library, rasa malu and segan menyusup ke diriku kerana agak kelewatan aku memulangkan buku yang sudah dipinjam sebelum cuti mid-semester lagi. Kira-kiranya rm5.80 perlu dibayar sebagai denda, tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Hanya rm2.60 sahaja perlu dibayar dan aku merasakan syukur kerana wang itu adalah hasil titik peluk abah ku.

Selesai memulangkan buku, aku terus menuju ke SkyLab atau makmal komputer utk print assignment ku yang aku bertungkus lumus buat yg terbaik dengan pertolongan seorang sahabat. Namun, Allah S.W.T mahu menduga hambanya ini, assignment itu tiada dalam pendrive ku. Maka, dalam kesuntukan masa, aku segera pulang ke tempat tinggal yg agak jauh dari pusat pengajianku. Dalam itu, aku menelefon dan mesej beberapa sahabat semoga dapat membantu diriku yang sudah dalam kecemasan.

Namun hampa, tiada seorang pun dapat membantu ku. Aku terus berlari keanak anakan agar dapat mengejar masa dan dalam masa yg sama memujuk hati yg hiba ini. Inilah kali kedua sem ini aku merasakan tiada sahabat-sahabat yg bersama-sama denganku ketika aku merasakan susah. Namun, apabila teringat seorang sahabat yg tidur lewat bersama-sama ku semalam kerana membantu ku, aku rasa amat-amat bersyukur dan amat-amat menghargai sahabat itu. Aku terus mesej sahabat itu mengucapkan terima kasih walaupun aku telah mengucapkan beberapa kali sebelum ini. Aku terus bersangka baik kepada sahabat-sahabat lain, terkenang aku peristiwa ingin mengadakan usrah tetapi atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, aku terkejar-kejar utk pulang. Sebelum itu sudah mesej beberapa sahabat utk membantuku, namun semua sahabat letih dan mempunyai masalah masing-masing.

Sukarnya utk berkorban... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa sahabat-sahabatku kerana aku tidak layak menjadi sahabat baik buat mereka... Teringat pula video "If we're best friend, then why?"... Aku merasakan amat rendah tika ini. Mahu sahaja buat yg terbaik buat sahabat-sahabatku, namun ketika aku memerlukan mereka... Ya Allah, jauhkanlah perasaan ini... aku amat-amat mengasihi sahabat-sahabatku... Tika dalam kesibukan, ukhwah persahabatan itu pasti akan diuji...