Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, September 2, 2009

Tazkirah Ramadhan

Assalamu'alaikum Wrt

Ana tertarik dengan tazkirah ustaz bg semalam semasa tarawikh... tak penah difikir dek akal yg kecil atau tak penah terbaca dek masa yg makin suntuk. Jadi ana nak share bersama-sama sahabat-sahabat ku semua....

First, ustaz menyatakan syarat utk mendapat fadhilat@kaifiah Ramadhan :
1. Solat Maghrib atas waktunya
2. Solat Isyak atas waktunya
3. Solat Subuh atas waktunya secara berjemaah

Terdapat 10 golongan yg dimana Allah tidak menerima solatnya. dan ustaz hanya menyebut 2 golongan :

1. Lelaki yg solat sendirian tanpa bacaan (tidak menggerakkan mulutnya@bibirnya)
8. Wanita yg tidak menutup auratnya dengan sempurna.

Untuk mendapat keberkatan Ramadhan, beberapa perkara aspek yg penting perlulah ditekan :

1. Berpantang dengan kekenyangan. ..

Sesungguhnya Rasullulah S.A.W sangat membenci kekenyangan. Semasa zaman Rasullulah s.a.w, datanglah seorang sahabat baginda dan memberitahu baginda "aku lapar", Rasullullah s.a.w hanya tersenyum. dan sahabat itu memberitahu lagi bahawa dia lapar. Rasullullah masih tersenyum. Sahabat baginda menunjukkan seketul batu yg diikat pd perutnya kepada Rasullulah s.a.w, dan akhirnya Rasullulah menunjukkan 2 ketul batu yg diikat pd perut Rasulullah, betapa dua kali ganda lapar Rasullulah ini. sahabat itu kemudian terdiam.

Terlalu banyak sirah Rasulullah yg menunjukkan baginda mengutamakan sahabat-sahabat dan orang lain sehingga baginda serta isterinya kelaparan... MasyaAllah.. . adakah kita boleh mengikuti sunnah Rasulullah ini ????

2. Membeli juadah berbuka puasa di gerai yg menutup aurat...

Untuk mendapat keberkatan, setiap makanan yg kita ambil akan masuk ke dalam diri kita, menjadi darah daging badan kita... Kerana itu, amatlah penting utk membeli makanan yg halal@toyyiban... bagaimana??? InsyaAllah, seandainya orang itu menutup aurat dengan sempurna, maka makanan yg dijual atau minuman yg dijual tentulah baik juga mudah mudahan...

Semoga kita sama-sama peroleh manfa'at dan memperbaiki diri kita dari sehari ke sehari agar Ramadhan kita tidak akan berlalu dengan sia-sia InsyaAllah.. .

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********

Sebuah cerita pendek :

"Hari ini hari lahir sahabat kita, Maziah", kata Mariam.
"Buat sahabat-sahabat semua marilah kita meraikan sahabat kita walau sekadar sebuah mesej" Amalina mengajak sahabat-sahabat yg lain.

15 orang sahabat-sahabat ini pun mesej lah kepada Maziah dan mengucapkan selamat hari lahir...dan pelbagai nasihat dan pedoman diterima oleh Maziah sempena hari lahirnya. Mariam masih berfikir, dan terus berfikir, merasakan tidak adil sekiranya tidak disambut dengan jamuan walaupun tidak besar. Mariam pun mengajak sahabat-sahabat untuk berbuka puasa dan menyambut hari lahir Maziah.

Pulang dari solat tarawikh malam selepas itu, Mariam kelaparan. Perutnya berbunyi. Nasib baiklah sahabat yg berjalan sama, Ros tidak menyedari hal itu. Tanpa diduga, Ros menyatakan bahawa dia sangat lapar dan ingin membeli makanan tetapi tidak tahu di mana. Mariam terus diam dan berfikir. Tanpa memikir lebih panjang, ditangan Mariam ada bungkusan nasi yg masih belum diusik, dan terus diberi pada Ros.

Mereka sampai di bilik di kolej Pertama. Ros terus membuka bungkusan nasi dan diberi kepada Mariam utk merasmikan terlebih dahulu makanan itu. Dengan hanya dua suapan nasi, Mariam terus mengucapkan rasa syukur dan beri kepada Ros. Ros terus makan dan makan, dan sekali sekala bertanyakan kepada Mariam "Awak taknak ke? Kalau nak, bgtau yer" ujar Ros. Mariam terus senyum dan diam. Mariam rasa gembira melihat Ros makan dengan begitu rasa laparnya Ros. Mariam terus menyambung buat kerja-kerja jemaah yg tertangguh. Di benak Mariam, timbul suatu perasaan, semasa berbuka puasa tadi pun, Mariam tidak makan begitu banyak ayam yg begitu lazat. Mariam lebih banyak beri kepada sahabat-sahabatnya. Namun, Mariam tetap rasa syukur kerana bersama-sama dapat merasa rezeki yg Allah bagi itu. Walaupun tiada kek yg istimewa mcm sahabat lain dapat buat Amalina, tetapi mungkin kali ini ayam itu terlalu istimewa kepada Amalina. Mariam terus berfikir, dan Mariam kadang2 merasakan penat utk menggembirakan hati orang lain........ ......... to be continue.... .

"Cintailah sahabat kamu melebihi kamu mencintai diri kamu sendiri"-Ukhwahh yg terbaik.

"Selemah lemah ukhwah bersangka baik, dan setinggi-tinggi ukhwah berkorban demi sahabat"


-Hamba yg da'if-
cahaya penawarku

No comments: