Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, September 4, 2009

Tahniah Sahabatku Yang Tidak Lama Lagi Akan Membina Masjidnya

Bismillah...



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Selawat dan salam ke atas Imam kepada orang-orang yg bertaqwa, pemimpin para Da'ie dan barisan Mujahiddin iaitu Junjungan Yang Mulia Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda seterusnya Jama'ah sahabat dan penolong Baginda seluruhnya-Radiya'llahu 'anhum Ajma'in.


Syukur Alhamdullilah semalam kami dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat USMKK utk mendengar khabar berita dari mulut sahabat sendiri mengenai perkahwinannya yg bakal dilaksanakan 4 Syawal ini. Mudah mudahan Allah mempermudahkan urusan beliau. Sahabat ini antara sahabat baru ana kenal semasa baru masuk ke USM Kubang Kerian. Sewaktu pilihanraya sesi 2008/09, ana lah antara org yg dibelakang tabir. Sewaktu itu, ana baru mengenali beliau secara mendalam lagi. Hari demi hari berlalu, banyak yg ana tahu dan belajar peribadi dan perwatakan beliau. Yang lebih dikagumi sahabat-sahabat lain adalah keikhlasan yang sangat mendalam dalam membawa agama Allah S.W.T ini. Sahabat ana ini asalnya mendapat pendidikan di sekolah cina selama 18tahun, namun dengan kuasa Allah S.W.T, hidayah datang tanpa disangka-sangka.

Sahabat ana ini sekarang giat aktif pergi ke pondok utk mendalami lagi ilmu agama yang kian sukar dicari. Sahabat ana ini berubah penampilannya sedikit demi sedikit, tetapi istiqamahnya MasyaAllah. Semoga sahabat ana ini terus istiqamah dalam kebaikan. Sahabat ana ini pemalu orangnya, tetapi lantang bercakap. Walaupun mempunyai sifat keanak-anakan, tetapi itu bukanlah penghalang dalam menjadi pimpinan dalam Majlis Perwakilan Malaysia Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Bakal zaujnya merupakan seorang ustaz yang InsyaAllah bukanlah calang-calang orangnya. Sesungguhnya benarlah firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur , ayat 8 :

"....Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik...."

Tahniah kepada sahabatku, Norazimah bt Yusoff, semoga dikurniakan generasi dan zuriat yg soleh dan solehah yg akan memperjuangkan agama Allah ini. Love u so much~ Do'akan ana pun dikurniakan seorang imam yang dapat membawa ana ke syurga.
*********************************************************************************

Indahnya orang-orang yg istikharah...Sesungguhnya istikharah itu adalah sesuatu yg pasti petunjuk dari Allah s.w.t... Wallahu'alam

No comments: