Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Monday, August 31, 2009

Today is a new day

Today is a new day...

Yesterday was a past...

Although i missed all the memory with my friends in UM and Almashoor...

But i have a present that i need to appreciate...

My new world now is USM Kubang Kerian...

I have to learn to love my new place...

New friends, new environment, new life...

May Allah S.W.T always bless all of us :)

sifat-sifat yg mesti dimiliki

Bismillah...

Alhamdullilah, pagi ni after Subuh berpeluang mentela'ah buku "Bahtera Penyelamat" and membaca untuk mengisi pengisian diri sendiri ini. Antara muasafat Imaniyyah yg mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan da'ie di setiap zaman dan .tempat untuk menjadi manusia yg Rabbani, iaitu beberapa sifat yg terkandung di dalam ayat suci :

1. Orang yg sentiasa bertaubat
2. Orang yg 'abid.
3. Orang yg sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala.
4. Orang yg berpuasa.
5. Orang yg ruku' dan sujud.
6. Orang yg sentiasa menyuruh yg ma'ruf, mencegah yg mungkar
7. Orang yg sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dipetik: Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendak'wah
(Al-Marhum Ustadz Fathi Yakan)

Friday, August 28, 2009

Amanah Yang Pasti Disoalkan di Akhirat Kelak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, para tabi tabi'in, dan para du'a


Hari ini masuk hari ke 7 Ramadhan Al-Mubarak dan semoga amalan-amalan kita telah meningkat dan istiqamah dari hari ke hari. Begitu banyak amalan di bulan Ramadhan yang dapat meningkatkan darjat hamba-hambaNya yang beriman. Dalam buku Bahtera Penyelamat, bahagian ketiga, telah diceritakan mengenai bekalan para da'ie.


Para da'ie menghadapi begitu banyak mehnah dan tribulasi@ujian-ujian@liku-liku kehidupan yg penuh dengan onak dan duri. Tetapi dalam menghadapi cabaran dan ranjau-ranjau ini, kita perlu kpd suatu bekalan yg amat penting yg akan menentukan sejauh mana keteguhan pendirian dalam meneruskan perjuangan. Bekalan penting tersebut adalah pertolongan dan bimbingan Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Disini, ingin saya memetik satu point utama dalam bahagian ketiga ini yg saya merasakan amat penting bg menasihati diri sendiri dan sahabat-sahabat iaitu "tuturkanlah kebenaran atau berdiam diri dari mengungkapkan kebatilan". Lisan atau lidah menjadi faktor yang paling utama tambah-tambah lagi kaum Hawa memasuki ke neraka akibat lisannya. Pernah Rasullullah S.A.W mengatakan :


Bukankah ramai yang dihumbankan ke neraka kerana hasil tuturan lidahnya?


Akibat lidah, badan binasa. Na'uzubillahi min zalik. Bahayanya lidah termasuk dalam pesanan kelima dan terakhir dari pesanan Rasullulah S.A.W kpd Abu Zar Radiyallahu'anhu. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :


"Tidak ada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf: Ayat 17)


Dalam hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasullulah S.A.W "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata dengan perkataan yang baik atau berdiam diri"


Baginda bersabda lagi "Seorang hamba mungkin mengeluarkan kata-kata yang salah dari perkataannya, (dengan sebab kata-kata itu) ia dicampakkan ke neraka dengan jarak yg lebih jauh dari jarak timur dan barat.


Rasullulah S.A.W sentiasa berpesan kpd Umat Islam supaya mengurangkan cakap, menjaga lidah supaya tidak mengatakan sesuatu kecuali perkara-perkara yang ada maslahat. Apabila faedah berkata dan berdiam diri itu sama sahaja dari segi maslahatnya, maka yg sunnat adalah berdiam diri, kerana berkata-kata itu mungkin boleh membawa kepada yg haram dan makruh, sdgkan berdiam diri pasti tidak terdedah kepada kemungkinan itu. Rasulullah S.A.W bersabda:


"Jangan banyak bercakap selain daripada zikrullah, kerana banyak bercakap dengan perkara yg lain daripada zikrullah menyebabkan hati menjadi keras, org yg paling jauh dari Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah org yg berhati keras" (Hadith riwayat Tirmidzi)


Disini kita dapat lihat, bahawa mendiamkan diri itu lebih baik daripada kita bercakap-cakap kosong yg tiada hala tuju. Bercakap-cakap ttg dunia yg tidak mendatangkan faedah utk hari akhirat juga adalah suatu percakapan yang mensia-siakan. Mengapa kita para da'ie tidak selalu bercakap ttg masalah diri dan masalah umat kini??? Mengapa kita mengaku bahawa kita para da'ie tetapi tidak bercakap bagi tujuan dakwah??? Walaupun ayat-ayat di atas meng'aula kan kita utk berdiam diri, tetapi bg sesetengah perkara, kita perlu menyatakan kebenaran dan bercakap supaya yg jahil itu tahu kesilapannya.


Adakah kita sudah jelas dengan hakikat penciptaan manusia??? Mengapa manusia diciptakan??? Kita seringkali mengatakan kita diciptakan oleh Allah S.W.T as a khalifah di muka bumi. Tetapi apakah yg kita faham ttg penciptaan khalifah di muka bumi itu. Adakah kita termasuk dalam golongan yg beriman seperti ciri-ciri Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Ashr Ayat 1-3:


"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan 'amal salih dan nasihat-menasihati supaya menta'ati kebenaran serta nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran"


Adakah kita setiap hari, setiap waktu, setiap ketika dan saat menasihati kawan-kawan sebaya kita??? menasihati senior-senior dan junior-junior kita??? Adakah kita hanya sekadar membenci dalam hati??? Adakah kita hanya menasihati mereka yang sudah faham kerana mereka tidak akan marah kita??? Adakah kita takut akan putus kawan atau adakah kita lebih takut dengan persoalan Allah S.W.T di akhirat kelak???


Maka jawapannya, bermuhasabah lah diri kita, sejauh manakah amalan kita, sejauh manakah dakwah yg telah kita lakukan.... dakwah is not only for muslim but also for non-muslim... never ignore them because they will search for us during the great judgement day... smg Ramadhan kali ini menjadikan kita insan baru yg lebih memahami tugas kita yg Allah S.W.T amanahkan kpd diri masing-masing.... dan kerana lisan juga lah, saya telah terlepas bgtau kepada seorang sahabat ttg amanah yg sepatutnya saya tidak boleh bgtau kepada sesiapa... Semoga pintu taubat buat saya dan hati sahabat lain yg memberi amanah itu dapat memaafkan diri saya yang terlalu da'if dan alpa ini... Wallahu'alam





If I Love Islam???

Kehidupan di dunia ibarat roda yang sering berputar tanpa henti sehingga datang titik noktah abadi iaitu datangnya hari kehancuran dari Allah s.w.t..Yang lemah pasti kembali lemah selepas memiliki kekuatan kerana putaran masa menentukan segalanya dengan izin Allah s.w.t.Umat Islam generasi awal di zaman Rasulullah s.a.w di lihat sangat kerdil oleh penentang kebenaran al-Quran kerana diperingkat awal hanya sedikit golongan yang memeluk agama yang suci ini..
Roda sudah pasti tidak akan statik berada di bawah.Ia pasti akan terus berputar hingga ke puncak yang tertinggi.Umat Islam mula bangkit sehari demi sehari,kemenangan di MEDAN BADAR menjadi pencetus ledakan semangat JIHAD di kalangan umat Islam pada ketika itu.Kebenaran mula melebarkan sayapnya demi menghancurkan kezaliman dan mengajak manusia untuk kembali kepada jalan yang LURUS iaitu jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t..
Rasulullah s.a.w yang menerima TARBIYAH terus dari Allah s.w.t berjaya mendidik jiwa manusia pada ketika itu untuk TAAT pada Allah dan Rasul tercinta sehinggakan melahirkan umat Islam yang sanggup berkorban HARTA dan NYAWA mereka demi mengejar KEREDHAAN Allah s.w.t.Umat Islam terus mencipta nama dengan melahirkan generasi yang SANGAT CINTAKAN agama Islam sehinggakan tiada rasa TAKUT yang dimiliki oleh mereka selain dari TAKUTKAN ALLAH s.w.t.
Siapa tidak kenal Abu Bakar as-Siddiq pengganti kepimpinan Rasulullah s.a.w selepas kewafatan Baginda s.a.w.Memiliki peribadi yang cukup mulia sebagai seorang muslim.Begitu juga dengan Umar al-Khattab yang memiliki gelaran al-Farruq,beliau sangat keras dalam menghapuskan penentang agama Allah s.w.t.Cintanya pada Allah dan Rasul lebih dari dirinya sendiri.Jika ingin dihitung pejuang-pejuang yang hanya MATLAMATNYA adalah Allah s.w.t,sudah pasti begitu ramai yang dilahirkan dari RAHIM TARBIYAH ISLAMMIYYAH generasi pertama umat Islam kerana mereka mengikuti ajaran ISLAM yang SEBENAR..Tiada sebesar zarah pun kenikmatan DUNIA yang mereka kejar selain dari mengharapkan balasan SYURGA di akhirat nanti.
Umat Islam akan sentiasa menakluk DUNIA selagi al-Quran dan as-Sunnah dipegang dan diikuti.Tetapi sejarah tidak semuanya indah belaka untuk diceritakan,putaran roda juga pasti menjunam turun ke bawah selepas berada di puncak.Begitulah berlaku pada umat Islam selepas beratus tahun berada dipuncak..Lupakah kita pada kisah Uhud dan Hunaian??..satu peringatan awal buat umat Islam sekiranya tindakan tidak disandarkan pada Allah dan Rasul..Medan Uhud kita tewas kerana tamakkan harta dunia,manakala medan hunaian kita juga tewas pada mulanya kerana pergantungan diletakkan pada bilangan tentera yang ramai bukan pada Allah s.w.t.
Tetapi sangat sedih,berapa ramai umat Islam yang mengambil ikhtibar dari kisah ini??..Sejarah hitam umat Islam mula bertapak selepas hancurnya kerajaan Bani Umayyah pada tahun 132H/750M.Umat Islam sedikit demi sedikit berpecah semasa pemerintahan kerajaan Bani Abasiyah yang memerintah umat Islam selama 508tahun..Walaupun diperingkat awal kerajaan Bani Abasiyah berjaya mengembangkan Islam dari sudut keilmuan dan keintelektualan,tetapi selepas sekian lama umat Islam mula berpecah sehinggalah yang paling ketara berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Al-Musta'shim Billah..
Kenapa berlaku sedemikian???..Adakah kerana orang Monggol pimpinan Genghis Khan dan diteruskan oleh cucunya Hulagu Khan terlalu hebat dan kuat sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Bani Abasiyah yang telah bertapak selama 500tahun lebih??..Jawapannya adalah TIDAK..Umat Islam tewas di tangan orang Monggol kerana Umat Islam pada ketika itu sudah lari dari ajaran Islam yang sebenar.Sifat cintakan kenikmatan dunia telah tertanam di dalam hati pemerintah pada ketika itu..Kehidupan mewah dan harta menjadi matlamat hidup mereka.Kepentingan peribadi lebih di utamakan oleh pemimpin berbanding kepentingan Islam.Mereka mungkin sudah lupa pada firman Allah s.w.t:
"Katakanlah : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum kelurgamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."(at-Taubah : 24)
Nah!Umat Islam Bani Abasiyah hancur kerana sungguh banyak maksiat yang meraka lakukan..Meraka juga hancur kerana berpaling dari ajaran Islam yang sebenar.Mereka lupa bahwa mereka adalah hamba Allah s.w,t dan mereka juga lupada bahwa mereka akan kembali di alam yang kekal iaitu alam akhirat yang penuh dengan perhitungan Allah s.w.t ke atas apa yang mereka lakukan di dunia..Mereka mungkin terlupa janji Allah s.w.t pasti akan datang.
Tetapi Islam tetap terpelihara kerana Allah memeliharaNya..Allah s.w.t menghapuskan manusia yang melakukan kemungkaran dengan digantikan dengan hambanya yang benar-benar beriman.Dengan keimanan dan semangat jihad yang tinggi serta cinta yang tak berbelah bagi pada Allah dan Rasul yang dimiliki oleh Sultan Saifuddin Qutz serta tenteranya,akhirnya Allah mendatangkan pertolonganNya dengan menghapuskan tentera Monggol di tangan Sultan Saifuddin Qutz dan tentera-tenteranya yang taat pada Allah dan Rasul.
Wahai Umat Islam!!..adakah kita ingin ulangi sejarah hitam ini lagi??..sedarkah kita yang kita hampir mengulanginya kembali??..Ayuh!!..bangkit dan sedarlah sebelum keputusan dari Allah s.w.t tiba kepada kita semua...Sanggupkah kita diganti dengan genarasi baru yang CINTAnya pada Allah dan Rasul melebihi dari segala-galaNya...
(dipetik daripada saudara Zul Amirul Izwan : http://nurtarbiyah.blogspot.com)

Tuesday, August 25, 2009

Coretan Hatiku

Alarm handphone ku sudah berbunyi, jam menunjukkan 8 pagi. Maka segeralah aku membasahi diriku dan mempersiapkan diri untuk menunaikan amanah and tanggungjawab ku. Setibanya di Library, rasa malu and segan menyusup ke diriku kerana agak kelewatan aku memulangkan buku yang sudah dipinjam sebelum cuti mid-semester lagi. Kira-kiranya rm5.80 perlu dibayar sebagai denda, tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Hanya rm2.60 sahaja perlu dibayar dan aku merasakan syukur kerana wang itu adalah hasil titik peluk abah ku.

Selesai memulangkan buku, aku terus menuju ke SkyLab atau makmal komputer utk print assignment ku yang aku bertungkus lumus buat yg terbaik dengan pertolongan seorang sahabat. Namun, Allah S.W.T mahu menduga hambanya ini, assignment itu tiada dalam pendrive ku. Maka, dalam kesuntukan masa, aku segera pulang ke tempat tinggal yg agak jauh dari pusat pengajianku. Dalam itu, aku menelefon dan mesej beberapa sahabat semoga dapat membantu diriku yang sudah dalam kecemasan.

Namun hampa, tiada seorang pun dapat membantu ku. Aku terus berlari keanak anakan agar dapat mengejar masa dan dalam masa yg sama memujuk hati yg hiba ini. Inilah kali kedua sem ini aku merasakan tiada sahabat-sahabat yg bersama-sama denganku ketika aku merasakan susah. Namun, apabila teringat seorang sahabat yg tidur lewat bersama-sama ku semalam kerana membantu ku, aku rasa amat-amat bersyukur dan amat-amat menghargai sahabat itu. Aku terus mesej sahabat itu mengucapkan terima kasih walaupun aku telah mengucapkan beberapa kali sebelum ini. Aku terus bersangka baik kepada sahabat-sahabat lain, terkenang aku peristiwa ingin mengadakan usrah tetapi atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, aku terkejar-kejar utk pulang. Sebelum itu sudah mesej beberapa sahabat utk membantuku, namun semua sahabat letih dan mempunyai masalah masing-masing.

Sukarnya utk berkorban... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa sahabat-sahabatku kerana aku tidak layak menjadi sahabat baik buat mereka... Teringat pula video "If we're best friend, then why?"... Aku merasakan amat rendah tika ini. Mahu sahaja buat yg terbaik buat sahabat-sahabatku, namun ketika aku memerlukan mereka... Ya Allah, jauhkanlah perasaan ini... aku amat-amat mengasihi sahabat-sahabatku... Tika dalam kesibukan, ukhwah persahabatan itu pasti akan diuji...

Thursday, August 20, 2009

La Tahzani Ya Ukhti! Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu


Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Wednesday, August 19, 2009

Assalamualaikum WBT.

Saya menggodek-godek weblog ini lalu terjumpa satu posting yang sudah lama di dalam blog ini yang saya dedikasikan khas kepada muslimah-muslimah tercinta di luar sana. Jalan ke syurga amat luas, keuzuran bukanlah penghala mencari jalan ke syurga.

Assalamualaikum WBT.

Seorang saudari se Islam memberi komen di dalam blog ini. Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini. Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yg mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain. Sedang kan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah.

Dari satu segi ia menampakkan satu kecintaan untuk mendekatkan diri kepada Allah, akan tetapi dari satu segi ia seolah menunjukkan ada sedikit kerapuhan di dalam aqidah. Seolah-olah wujud keraguan kepada keadilan Allah.

Dari mana puncanya? Aku melihat bahawa ini berlaku apabila skop ibadah disempitkan. Skop mendekatkan diri kepada Allah dibataskan kepada solat sahaja.

Wahai saudari-saudari muslimahku,

Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haidh tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan dzikir-dzikir yang Nabi Muhammad SAW amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua dzikir-dzikir yang ada di dalamnya. Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haidh maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.

Wahai saudari-saudari seaqidahku,

Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.

Wahai srikandiku,

Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.

Wahai srikandiku,

Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah SAW amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.

Wahai saudariku,

Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Wahai saudariku,

Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan dirumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat. Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Ya ukhti,

Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempun jalan mudha ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu. Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci. Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hokum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hokum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.

Wahai saudariku,

Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.

Ya ukhti,

Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.

Wallahu’alam.

Sumber: http://lobaitampin.blogspot.com/2009/08/la-tahzani-ya-ukhti-jalan-ibadah-amat.html

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan :)

sajak untuk risalah bulan ramadhan..

"Ahlan wasahlan , Ramadhan! "
Kau bulan kerinduan,
Hadirmu dinantikan,
penyiram jiwa gersang,
membersih dosa bersarang.

Apabila..
Malam pertamamu menjengah,
bertiup al-mutsiiratu dari Arasy,
menggerakkan pohon2 syurga,
terdengar sayup2 merdu suara,
tak pernah terdengar oleh telinga,
berbisik si bidadari,
kahwinkanlah daku,
dengan hambaMu yang berpuasa.

Pintaku,
angin mutsiiratu yang dingin,
membelai segala kepayahan,
memujuk segala kesedihan,
menyejukkan dalam indahnya pengabdian.
Oh, Ramadhan...
hadirmu penuh keberkatan,
sarat rahsia keindahan,
melinpah nur kebaikan,
memancar cinta Ar-Rahman.
Ramadhanku,
Kau bagaikan pesta ibadah,
mengajar nafsuku bermujahadah,
tiap saatmu terkandung hikmah,
memekar kuntuman hidayah.

Alangkah indahnya hidup,
anadai malammu kuhiasi tahajjud,
hayati al-Quran penuh takjub,
zakat dihulur bersama zuhud,
amal berganda setinggi Uhud.
Ramadhanku,
tawaran demi tawaran kau sajikan,
buat perindumu yang beriman,
membentang samudera keampunan,
bernaung kasih tiada tepian.

Ramadhan,
setahun ku merindu,
kau kini milikku,
hari-harimu pantas berlalu,
kuatkanlah aku ya Rahman,
mengaut segala ganjaran,
berpisah dengan keredhaan.


dipetik dari : farahain , my beloved junior :)

Monday, August 17, 2009

CSI Malaysia

under the microscope, we can see the takayama crystal test + identification for cannabis leaf...

syawal sedang memberi explaination regarding the uv lamp kpd pengunjung...

uv lamp bersama-sama 2 keping kaca kesan tembakan...

crime scene model yg diilhamkan oleh representative forensic science 2nd year...

last day of convex, kesian dkt baby yg tak bersalah tu... :(


my juniors in almashoor and me...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T, setelah berpenat lelah sejak sem lepas hingga ke hari ni (letih masih belum hilang), namun Pameran Kesihatan sempena Majlis Konvokesyen USM kali ke-40 telah berjalan dengan jayanya. Thanks to all my friends yg sempat datang and makan sphagetthi dkt rumah....(gambar2 still dalam kamera, tak sempat transfer lg). Sorry to my friends in UM sebab tak dapatlah nak pergi UM memandangkan ada program di negeri kelahiran sendiri ni. Anyway, International Asia Pasific Dental Conference sedang diadakan bermula dari semalam 16 August di Bayview Hotel, Batu Feringghi. InsyaAllah esok dapat jumpa kawan-kawan lama dental semula. Rindu sangat-sangat. Namun, bidang forensik memberi seribu satu makna dalam kehidupan yang sedang mendatang ini. Kalau dulu-dulu datang pameran kesihatan USMKK ni sebagai pengunjung, tak sangka sangat, kali ini, dapat pula jadi antara orang yg menjayakannya. And byk kenangan-kenangan yg dilalui sepanjang program ni. Thanks to Azmi, pengarah Convex kali ni and to all my coursemate yg sabar and beri kepercayaan kepada diri ini. Semoga apa yg baik dapat kita ikuti, dan yg kurang baik dapat kita perbaiki... congrats to all~ :)

Aduhai Adikku Sayang...

Pada 6hb & 7hb Ogos yg lalu, dengan berkat dan izin Allah S.W.T, kem Adikku Sayang telah berjaya dijalankan anjuran Rakan Masjid USMKK. Buat Pengarah, Timbalan Pengarah, tenaga kerja, penggerak-penggerak Kem Adikku Sayang, tahniah diucapkan atas kerjasama dan komitmen yg tidak terhingga diberikan. Syukur sangat-sangat, walaupun inilah julung kalinya diadakan, tetapi suatu kejayaan sebagai permulaan. Semoga adik-adik sekalian dan kakak-kakak serta abang-abang senior sekalian akan terjalin ukhwah persaudaraan sesama Islam dan dapat bantu membantu antara satu sama lain dalam medan jihad sebagai student@mahasiswa mahasiswi USMKK... :)



Bersama kakak fasilitator...




muslimin turut tidak ketinggalan....





Tema pada kali ini menampilkan "Yang muda disayangi, Yang tua dihormati". Semoga apa yg dipelajari pada kem 1 hari 1 malam ini tidak akan disia-siakan sama ada untuk fasilitator atau peserta-peserta itu sendiri.





Convex 2009/10

Alhamdullilah selesai sudah convocation exhibition (convex) 09/10 sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia yg ke-40.

Preparation sehari sebelum bertolak :

Mr. T Nataraja , penasihat kami forensic science...





Facial reconstruction :



Kotak-kotak :