Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, August 28, 2009

Amanah Yang Pasti Disoalkan di Akhirat Kelak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, para tabi tabi'in, dan para du'a


Hari ini masuk hari ke 7 Ramadhan Al-Mubarak dan semoga amalan-amalan kita telah meningkat dan istiqamah dari hari ke hari. Begitu banyak amalan di bulan Ramadhan yang dapat meningkatkan darjat hamba-hambaNya yang beriman. Dalam buku Bahtera Penyelamat, bahagian ketiga, telah diceritakan mengenai bekalan para da'ie.


Para da'ie menghadapi begitu banyak mehnah dan tribulasi@ujian-ujian@liku-liku kehidupan yg penuh dengan onak dan duri. Tetapi dalam menghadapi cabaran dan ranjau-ranjau ini, kita perlu kpd suatu bekalan yg amat penting yg akan menentukan sejauh mana keteguhan pendirian dalam meneruskan perjuangan. Bekalan penting tersebut adalah pertolongan dan bimbingan Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Disini, ingin saya memetik satu point utama dalam bahagian ketiga ini yg saya merasakan amat penting bg menasihati diri sendiri dan sahabat-sahabat iaitu "tuturkanlah kebenaran atau berdiam diri dari mengungkapkan kebatilan". Lisan atau lidah menjadi faktor yang paling utama tambah-tambah lagi kaum Hawa memasuki ke neraka akibat lisannya. Pernah Rasullullah S.A.W mengatakan :


Bukankah ramai yang dihumbankan ke neraka kerana hasil tuturan lidahnya?


Akibat lidah, badan binasa. Na'uzubillahi min zalik. Bahayanya lidah termasuk dalam pesanan kelima dan terakhir dari pesanan Rasullulah S.A.W kpd Abu Zar Radiyallahu'anhu. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :


"Tidak ada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf: Ayat 17)


Dalam hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasullulah S.A.W "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata dengan perkataan yang baik atau berdiam diri"


Baginda bersabda lagi "Seorang hamba mungkin mengeluarkan kata-kata yang salah dari perkataannya, (dengan sebab kata-kata itu) ia dicampakkan ke neraka dengan jarak yg lebih jauh dari jarak timur dan barat.


Rasullulah S.A.W sentiasa berpesan kpd Umat Islam supaya mengurangkan cakap, menjaga lidah supaya tidak mengatakan sesuatu kecuali perkara-perkara yang ada maslahat. Apabila faedah berkata dan berdiam diri itu sama sahaja dari segi maslahatnya, maka yg sunnat adalah berdiam diri, kerana berkata-kata itu mungkin boleh membawa kepada yg haram dan makruh, sdgkan berdiam diri pasti tidak terdedah kepada kemungkinan itu. Rasulullah S.A.W bersabda:


"Jangan banyak bercakap selain daripada zikrullah, kerana banyak bercakap dengan perkara yg lain daripada zikrullah menyebabkan hati menjadi keras, org yg paling jauh dari Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah org yg berhati keras" (Hadith riwayat Tirmidzi)


Disini kita dapat lihat, bahawa mendiamkan diri itu lebih baik daripada kita bercakap-cakap kosong yg tiada hala tuju. Bercakap-cakap ttg dunia yg tidak mendatangkan faedah utk hari akhirat juga adalah suatu percakapan yang mensia-siakan. Mengapa kita para da'ie tidak selalu bercakap ttg masalah diri dan masalah umat kini??? Mengapa kita mengaku bahawa kita para da'ie tetapi tidak bercakap bagi tujuan dakwah??? Walaupun ayat-ayat di atas meng'aula kan kita utk berdiam diri, tetapi bg sesetengah perkara, kita perlu menyatakan kebenaran dan bercakap supaya yg jahil itu tahu kesilapannya.


Adakah kita sudah jelas dengan hakikat penciptaan manusia??? Mengapa manusia diciptakan??? Kita seringkali mengatakan kita diciptakan oleh Allah S.W.T as a khalifah di muka bumi. Tetapi apakah yg kita faham ttg penciptaan khalifah di muka bumi itu. Adakah kita termasuk dalam golongan yg beriman seperti ciri-ciri Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Ashr Ayat 1-3:


"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan 'amal salih dan nasihat-menasihati supaya menta'ati kebenaran serta nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran"


Adakah kita setiap hari, setiap waktu, setiap ketika dan saat menasihati kawan-kawan sebaya kita??? menasihati senior-senior dan junior-junior kita??? Adakah kita hanya sekadar membenci dalam hati??? Adakah kita hanya menasihati mereka yang sudah faham kerana mereka tidak akan marah kita??? Adakah kita takut akan putus kawan atau adakah kita lebih takut dengan persoalan Allah S.W.T di akhirat kelak???


Maka jawapannya, bermuhasabah lah diri kita, sejauh manakah amalan kita, sejauh manakah dakwah yg telah kita lakukan.... dakwah is not only for muslim but also for non-muslim... never ignore them because they will search for us during the great judgement day... smg Ramadhan kali ini menjadikan kita insan baru yg lebih memahami tugas kita yg Allah S.W.T amanahkan kpd diri masing-masing.... dan kerana lisan juga lah, saya telah terlepas bgtau kepada seorang sahabat ttg amanah yg sepatutnya saya tidak boleh bgtau kepada sesiapa... Semoga pintu taubat buat saya dan hati sahabat lain yg memberi amanah itu dapat memaafkan diri saya yang terlalu da'if dan alpa ini... Wallahu'alam





No comments: