Alarm handphone ku sudah berbunyi, jam menunjukkan 8 pagi. Maka segeralah aku membasahi diriku dan mempersiapkan diri untuk menunaikan amanah and tanggungjawab ku. Setibanya di Library, rasa malu and segan menyusup ke diriku kerana agak kelewatan aku memulangkan buku yang sudah dipinjam sebelum cuti mid-semester lagi. Kira-kiranya rm5.80 perlu dibayar sebagai denda, tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Hanya rm2.60 sahaja perlu dibayar dan aku merasakan syukur kerana wang itu adalah hasil titik peluk abah ku.
Selesai memulangkan buku, aku terus menuju ke SkyLab atau makmal komputer utk print assignment ku yang aku bertungkus lumus buat yg terbaik dengan pertolongan seorang sahabat. Namun, Allah S.W.T mahu menduga hambanya ini, assignment itu tiada dalam pendrive ku. Maka, dalam kesuntukan masa, aku segera pulang ke tempat tinggal yg agak jauh dari pusat pengajianku. Dalam itu, aku menelefon dan mesej beberapa sahabat semoga dapat membantu diriku yang sudah dalam kecemasan.
Namun hampa, tiada seorang pun dapat membantu ku. Aku terus berlari keanak anakan agar dapat mengejar masa dan dalam masa yg sama memujuk hati yg hiba ini. Inilah kali kedua sem ini aku merasakan tiada sahabat-sahabat yg bersama-sama denganku ketika aku merasakan susah. Namun, apabila teringat seorang sahabat yg tidur lewat bersama-sama ku semalam kerana membantu ku, aku rasa amat-amat bersyukur dan amat-amat menghargai sahabat itu. Aku terus mesej sahabat itu mengucapkan terima kasih walaupun aku telah mengucapkan beberapa kali sebelum ini. Aku terus bersangka baik kepada sahabat-sahabat lain, terkenang aku peristiwa ingin mengadakan usrah tetapi atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, aku terkejar-kejar utk pulang. Sebelum itu sudah mesej beberapa sahabat utk membantuku, namun semua sahabat letih dan mempunyai masalah masing-masing.
Sukarnya utk berkorban... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa sahabat-sahabatku kerana aku tidak layak menjadi sahabat baik buat mereka... Teringat pula video "If we're best friend, then why?"... Aku merasakan amat rendah tika ini. Mahu sahaja buat yg terbaik buat sahabat-sahabatku, namun ketika aku memerlukan mereka... Ya Allah, jauhkanlah perasaan ini... aku amat-amat mengasihi sahabat-sahabatku... Tika dalam kesibukan, ukhwah persahabatan itu pasti akan diuji...

No comments:
Post a Comment