Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Tuesday, June 9, 2009

SUARA MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Salah satu agenda menjadikan USM sebagai Apex University adalah dengan mengadakan satu bengkel kepimpinan bersama wakil-wakil mahasiswa/wi Universiti Sains Malaysia. Kampus Kesihatan telah membawa 9 orang wakil yang terdiri daripada majlis perwakilan dan wakil pelajar-pelajar. Bengkel ini telah selamat diadakan pada 2 Mei 2009 dan 3 Mei 2009.

Menaiki bot ke Pulau Jerjak, Pulau Pinang :)

Walaupun di akhir bengkel ini terdapat sedikit yg kurang puas hati, namun mahasiswa/wi kini mampu bersuara dan menyampaikan secara jujur nya semua kritikan, pujian, pembaikan dan sebagainya untuk manfa'at pelajar lain dan universiti juga. Seharusnya pihak atasan membuat tindakan lanjut, kerana tiada gunanya seandainya bengkel sebegini dibuat namun tindakan tidak mampu dijalankan...




Baru-baru ini, Universiti Sains Malaysia menjadi 'highlight' utama negara kerana terdapat masalah teknikal yg berlaku dimana nama pelajar yg sebenarnya shortlisted dipaparkan dan kemudian barulah nama pelajar yg mmg ditawarkan ke USM bagi sesi baru 2009/10 ini dipaparkan. hampir perbezaan 4000 calon yg tidak disenaraikan pada paparan kedua menyebabkan satu negara bergegar dan beberapa calon bersama keluarga yg kurang puas hati telah datang ke kampus mengenai hal ini. Walaubagaimana pun, kita tidak boleh seharusnya menyalahkan pihak universiti semata-mata. Diharapkan hal sebegini tidak berlaku lagi kerana ini boleh menjejaskan reputasi universiti yg kian naik di mata dunia.

3 comments:

Mimie Mizah said...

salam..
my dear..ya habibi..
besarnye muke i..huhu..malu i..

nRbiz said...

teringat kat Aya(1 litre of tears)
walaupon die sakit,still boleh beri manfaat pada org lain..Awk pn, very positif and looking 4wd person..

Cahaya Penawarku said...

Alhamdulillah :)