Sedar tak sedar, tidak lama lagi IPTA akan buka. Dan kini ana melangkah ke tahun 2 InsyaALLAH. Ana gembira mendengar khabar sahabat ana yg berada di dental UM lulus semua subjek dan dapat masuk tahun 3 tanpa supplementary. Apabila imbas kembali zaman supplementary, hanya ALLAH S.W.T saja yg tahu bagaimana usahanya kami pada ketika itu sampaikan tiada hembusan angin yg dirasai... Seolah-olah hidup itu hanyalah bersama buku dan bersama sejadah menghambakan diri yg hina ini, meminta utk lulus, meminta utk dapat masuk tahun seterusnya... dan apabila ana tidak berupaya lagi utk meneruskan pengajian dental, banyak hasutan-hasutan negatif yg terfikir dalam kepala ana... Adakah ALLAH S.W.T tidak menyayangi ana? Adakah ana tidak cukup lagi usaha ketika itu? Adakah ana alpa dengan perkara-perkara lain?
Kegagalan... kecemerlangan... apakah dua ini sebenarnya? Apabila kita gagal, kita mengatakan bahawa usaha kita tak cukup... Apabila kita cemerlang, kita mengatakan bahawa kita dah usaha ke arah kecemerlangan itu... Adakah ini benar? Sebagai seorang umat Islam, kita seharusnya menyedari bahawa kegagalan mahupun kejayaan itu adalah hak milik ALLAH yg kekal. Kita tidak mampu membeli mahupun yakin tanpa kuasa ALLAH bahawa kita boleh cemerlang dengan hanya berbekalkan usaha... kerana itu rata-rata kem motivasi akan mengatakan faktor DUIT: Do'a , Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.
Pagi tadi, mak ana dikejutkan dengan panggilan dari adik ana yang bawah ana yg kini sedang menduduki peperiksaan A-Level. Semalam kertas Biologi, dan dia merasakan bahawa dia tidak dapat jawab dengan baik. Mak abah ana minta ana nasihatkan dia, tapi memandangkan dia adalah lelaki, maka ana cuma msg dia. Sebab lelaki ini ego, walaupun ana kakak dia, tp belum tentu dia mahu menerima nasihat ana. Bagi pendapat ana, memang mengecewakan seandainya kita sudah berusaha, tetapi tatkala kita berada dalam dewan peperiksaan, kita gemuruh dan sebagainya, dan tidak mampu untuk menjawab dengan baik, maka itu adalah ketentuan ALLAH S.W.T. Bagi ana, selagi result belum diumumkan, kita still mampu berdo'a dan mengharapkan sepenuh pergantungan terhadap Maha Esa. Semoga perasaan kita tidak sama dengan result kecemerlangan yang bakal diperolehi. Seandainya cemerlang itu baik untuk diri kita, maka baiklah ia. Seandainya gagal itu baik untuk diri kita, maka itu juga baik. Usah hiraukan persepsi masyarakat. Yang penting, ALLAH S.W.T tahu betapa usahanya kita dan semoga usaha itu perolehi pahala yang berganda-ganda. Ada usaha, yg tidak memperolehi apa-apa... hanya sia-sia walaupun cemerlang... tetapi tidak cemerlang disisi ALLAH S.W.T....
~Ikut diri masing-masing ;)~

No comments:
Post a Comment