Bismillah
Assalamu'alaikum Wrt dan Salam Sejahtera
Setelah sekian lama tak dapat menulis, akhirnya dapat juga menulis kembali. Cuti semester tinggal lagi 3 minggu ataupun kurang dari 3 minggu. Sepanjang cuti ini, dapat berada bersama keluarga amatlah membahagiakan. Syukur Alhamdullilah. Walaupun sibuk dengan pelbagai program sehingga terpaksa menarik diri dari satu program anjuran IPTA, masa untuk keluarga tetap diberikan. Pada satu hari, mak menyuruh menulis tentang artikel Down Syndrome. Jadi, mungkin ini adalah peluang untuk cuba mencungkil idea dan ilham bagi menulis artikel itu yg bakal diterbitkan pada bulan Julai.

Pengalaman pertama mendapat adik bongsu yg 'Down Syndrome' adalah suatu pengalaman yg mencabar bagi setiap insan. Siapa yg suka ahli keluarganya dilahirkan dalam keadaan tidak normal dan berbeza dari orang lain. Sewaktu Nur Shahirah atau Irah dilahirkan, ana berada dalam darjah 6. Adik yg dilahirkan bukanlah Down Syndrome sahaja, tetapi juga berpenyakit jantung berlubang. Ana merupakan anak sulung perempuan walaupun 2 diatas adalah abang-abang ana. Ana lah yg menemani mak ulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) dan ana lah yg melihat kesedihan mak ana yg mendapat anak Down Syndrome ini. Satu pengalaman yg ana tak lupa waktu itu, semasa peperiksaan UPSR, semua ibu kawan-kawan ana datang sewaktu rehat, tetapi mak ana tiada kerana berada di hospital samada di Hospital Besar Pulau Pinang atau di IJN. Namun, ana sedar yg adik ana ketika itu sedang sakit dan memerlukan pembedahan. Alhamdullilah pembedahan telah berjaya dijalankan dengan selamat semasa adik berumur 6 bulan.
Hari demi hari berlalu, kini tanpa sedar adik sudah pun berusia 10 tahun. Adik sekarang belajar di Sekolah Seri Relau (kelas khas). Dari seorang yg pendiam, adik kini asyik tidak berhenti utk bercakap, walaupun tidak begitu fasih, namun makin lama sebutan adik menjadi makin jelas. Bagi ana, kesabaran itu sangatlah diperlukan lebih-lebih apabila ana melihat mak ana, begitu sabar mendidik dan menjaga adik bongsu ana ini. Kehadiran Nur Shahirah bukan sahaja bermakna untuk keluarga sahaja, namun mak sedara, ayah sedara, uncle, pakcik, sepupu sepapat semua menjadi ceria dengan kehadiran anak yg kurang normal ini. Ana bangga untuk mendapat seorang adik yg begitu bijak sekali walaupun dalam keadaan ini. Pendapat masyarakat zaman ini telah berubah dari zaman dahulu. Kini orang yg kurang upaya juga mempunyai banyak fasiliti dan seharusnya kerajaan memberi lebih banyak peruntukan terhadap anak-anak ini kerana mereka juga insan biasa.
Sejak akhir-akhir ini, perkara yg ada dalam fikiran ana, seandainya adik ana ini pergi dulu... ??? Hargailah setiap detik bersama orang-orang yg disayangi... ~Buatlah baik terhadap setiap insan~
I always love u my dearest sister, Nur Shahirah binti Abd Rahni

No comments:
Post a Comment