Baru-baru ini cuti sekolah, maka kenduri kahwin terlalu lah banyak sampaikan tetamu yg hadir itu mengatakan perlu menghadiri hampir 5 kenduri kahwin dalam masa yg singkat. Wah, begitu ramai yg membina masjid ALLAH... Syukur Alhamdullilah...Apa yg menjadi sebutan, ingin tahu tetamu, "Berapakah belanja kenduri? Duit hantaran berapa? Barang2 hantaran ini berapa nilainya?" Memang kebanyakan masyarakat zaman sekarang asyik memikirkan mengenai harga dan $$$...
Saya masih ingat lagi kak Nor mengatakan, sebenarnya duit hantaran itu hanyalah membebankan bakal suami pengantin itu. Dan di Kelantan, mas kahwin itu sudah pun termasuk duit hantaran cthnya mas kahwin sebanyak rm7000. Tetapi kalaulah di negeri lain, duit hantaran tidak diberi, maka takkanlah si isteri hanya mendapat mas kahwin yg cthnya di sebuah negeri(tidak disebutkan nama) sebanyak rm22.50??? Maka, bagi pendapat saya ini adalah tidak adil... Walaupun saya berpendapat demikian, tetapi, jika seorang isteri itu ikhlas menerima suami, maka duit tidak menjadi ukuran. Sebenarnya duit hantaran yg diberi bukanlah 100% dapat pada isteri itu, kerana duit itu adalah suatu keperluan bagi menampung belanja kenduri yg telah diadakan sempena hari bahagia itu. Maka si suami perlulah jelas dan jangan menganggap isteri yg mendapat duit hantaran itu mempunyai duit sebanyak itu selepas hari bahagia itu.
Bila saya memikirkan semula adat, kalau kita lihat dari perspektif lain, terdapat adat yang sebenarnya mengambil berat tentang kaum hawa ini. cthnya di negeri Johor, yg dikatakan kuat adatnya. Duit hantaran sentiasa ditetapkan oleh ahli keluarga dan melebihi rm10,000. Sebenarnya kalau kita lihat dari sudut positifnya, kaum hawa ini, apabila dinikahi dengan kaum adam, maka kaum hawa ini perlulah taat dan patuh dengan perintah suami selagi syari'at dibenarkan. Maka, tentu ada nilai utk mendapatkan kaum hawa ini. Walaupun kaum hawa yg solehah tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, namun pemberian duit hantaran merupakan simbolik kesusahan utk mendapatkan seorang isteri dan simbolik bahawa tanggungjawab si suami itu adalah sgt besar. Dari sudut si isteri pula, sekiranya duit hantaran ini membebankan bakal suami itu, maka perlulah berbincang dengan ahli keluarga dan meletakkan duit hantaran itu sewajarnya.