Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Tuesday, September 23, 2008

WHY PEOPLE AFRAID WITH THE TITTLE "ISLAM"???

Bismillilahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdullilah, masih lagi diberi nikmat oksigen dari ALLAH S.W.T... satu-satunya nikmat kalau tiada, tentu lagi ana tidak akan berada di muka bumi ALLAH S.W.T ini...

Dah lama ana tidak mempunyai waktu untuk menulis sampaikan sahabat-sahabat di UM sudah pun tertanya2... ehe... budget cam femes lak... ;) Baru-baru ini, satu peristiwa telah berlaku pd tanggal 21 September 2008 di USM Kampus Kesihatan... namun, ana tidak mahu bercerita tentang peristiwa itu... apa yang ana nak berkongsi, adalah musahabah diri ana pd malam itu, ana bermuhasabah dan berfikir... "why people afraid with the tittle ISLAM?".... ana bercuti baru-baru ni dan pulang ke kampung pd 17hb bersempena dgn Nuzul Qur'an. ana menonton tv OASIS dan rancangan memaparkan perspektif golongan Amerika Syarikat yang bukan muslim... antara pandangan yang ana dapat petik... salah seorang bukan muslim ini berkata "muslim itu bukan seorang pengganas, cuma sebahagiannya ada yang tersasar akidahnya". ada bukan muslim yang lain berkata "saya percaya bahawa muslim itu adalah agama yang benar seperti yang terkandung dalam kitab Bibble... tidak boleh kita katakan bahawa org muslim itu jahat, tidak wujud dalam agama mereka mahupun Bibble"... but... saya sangat terkejut apabila diajukan soalan pd 21 September 2008 "kalau saya pindahkan kamu ke USIM (Universiti Sains ISLAM Malaysia) adakah kamu mahu pergi dan keluar dari USM?".... it's a very childish question... yang sangat memalukan seandainya soalan itu diajukan daripada seorang yang muslim kepada muslim yang lain....

tapi takpe. ana tak salahkan org yang bertanyakan soalan tu kepada ana, atas dasar hormat seorang anak terhadap seorang bapa. bila ada yang bertanya pada ana, ana tidak rasa terhina or dimalukan? ana tidak mudah utk beremosi. ana faham yang org yg bertanya itu tidak faham apa maksud ISLAM sebenarnya. kenapa kita org ISLAM malu dilabelkan ISLAM? kenapa kita org ISLAM tidak mahu membanggakan perkataan ISLAM itu sendiri? kenapa perlu kita ambil ideologi masyarakat barat dan buang perkataan ISLAM itu dari kehidupan kita? kenapa kita tidak mahu utk menggunakan perkataan ISLAM itu dan takut org menjauhi kita? itulah mentaliti org moden... mentaliti org berkedudukan... mentaliti org besar...

apa yang ana nak kongsikan... ISLAM is a way of life... we should be very proud to be a muslim... if orang lain proud to be a christian or buddhist, why must we not proud to be a muslim? why must we be a shame of our religions? ada sahabat yang bertanya pada ana, apa rahsia ana berkawan dengan semua lapisan masyarakat, tidak kira tua muda, kaya miskin, ISLAM atau bukan ISLAM, tidak kira warna kulit, bangsa dan sebagainya... kita, individu yang membentuk diri kita... kita yang menyebabkan sama ada org senang dengan kita atau tidak... bukan agama, bukan rupa, tetapi peribadi dan akhlak yang baik... dan akhlak itu adalah ISLAM...

ada satu peristiwa yang ana ingat di UM dahulu, ada seorang chinese bertanya pada ana, pakaian apa yang ana pakai. ana jawab jubah. what is jubah? it's a dress of ISLAM... yang menutup aurat... same as a long dress, but we called it jubah... most of the MUSLIM will wear it... kalaulah ana ni takut dengan label 'ISLAM', tentu ana tidak akan berusaha menerangkan kepada kawan ana itu tentang kaitan jubah & ISLAM itu sendiri...
adalah satu kesilapan buat umat ISLAM andai lari dari perkataan ISLAM... ISLAM is a very beautiful word with such a beautiful meaning... andai kita tidak mahu dilabelkan dengan 'ISLAM', then don't be a MUSLIM. WALLAHU'ALAM.

No comments: