Pemimpin-pemimpin gerakan-gerakan Islam akan pergi satu tika nanti dan memerlukan pengganti. Menteri hari ini akan menjadi rakyat juga nanti. Namun, bagaimanakah corak pemerintahan menteri-menteri masa akan datang?
“Ada 2 golongan kalangan umatku, jika baik keduanya, maka baiklah manusia. Jika buruk keduanya, maka buruklha manusia.Itulah ulama’ dan umara’” – al-Hadith
Di sinilah peranan anak-anak muda yang ditarbiyyah apatah golongan mahasiswa Islam yang diharapkan menjadi para intelektualis yang kembali mengangkat sejarah peradaban keilmuan Islam. Kita tidak menerima bulat-bulat ilmu sekular yang didoktrin oleh Barat untuk faham saja-saja tapi kita akan mengolah dan memanipulasi ilmu yang baik itu selaras untuk membuahkan ilmu atau perlaksanaan yang akan mendatangkan keuntungan kepada Islam sepertimana strategi yang digunapakai oleh rakyat negara Jepun untuk bangkit dalam sector ekonomi dan perniagaan setelah kalah teruk dalam Perang Dunia Kedua satu tika dahulu .
Saya bersama para pimpinan GAMIS menanam tekad bahawa kami mahukan insyaAllah satu hari nanti, setiap corong pentadbiran akan dikuasai para pemimpin yang berjiwa tarbawi dan mahir siasah. Kita yakin bahawa dengan menguasai setiap ceruk dan ruang pentadbiran dengan kefahaman Islam mampu merubah Malaysia ke arah negara Islam yang lebih baik.
Berubahnya Malaysia maka peranan Malaysia dalam perkara diplomatik antarabangsa InsyaAllah akan turut berubah. Peranan kita dalam APEC, OIC , NAM, PBB dan lain-lain tidak lagi menjadi alah malu-malu kucing, tegasan isu mahu tak mahu. Akan tetapi, kita bakal menjadi harimau yang bangkit dari tidur dan ngaumannya bisa mengegarkan dunia barat apatahlagi dalam isu yang berhubung rapat dengan dunia Islam.
Maka dengan itu kita memerlukan ahli-ahli yang mantapnya tarbiyyahnya. Tarbiyyah yang melahirkan abna’ul haraki yang bukan zuhud tak tentu hala tapi berani mendokong strategi penuh strategis. Mahasiswa yang ditarbiyyah menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Profesional selaras dengan waqie semasa dan berbudaya keilmuan dalam setiap tindakan. Kita mahu para pendokong Islam menjadi sepertimana para salafusssoleh dan pejuang terdahulu, punya wawasan luas dan matlamat yang tinggi. Tidak lagi berteriak remeh di kampung sendiri hal-hal yang kecil.
Buat para mahasiswa Islam, musuh kita biarlah pada masa depan bukan lagi kepincangan pentadbiran HEP, bukan lagi keangkuhan parti pemerintah menelan kuasa tapi ancaman Barat yang menyiat-nyiat hati umat Islam dengan rancangan kotor mahu memadamkan agama Allah ini.
Untuk ke arah semua itu ,hanya satu perkara yang bisa diungkapkan – AYUH REFORMASIKAN GERAKAN TARBIAH KITA.
“Anda semuda kepercayaan anda, setua keraguan anda, semuda keyakinan anda, setua ketakutan anda , semuda harapan anda dan setua kekecewaan anda”.
Petikan dari blog Timbalan Setiausaha GAMIS
No comments:
Post a Comment