Tatkala hari ini 24 Ramadhan, terasa syahdu dan sayu hati hamba mengenangkan adakah Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat ana dan para sahabat... Bila ramai yg sudah memikirkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, hati ini rasa sedih kerana mengenang apa yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan kali ini... Adakah sudah cukup ibadat utk menghapuskan dosa-dosa yang lalu? dosa-dosa yang tidak terkira banyaknya... hati yang sentiasa alpa dan lalai dari mengingati ALLAH S.W.T atas urusan dunia yang terlampau sibuknya... Entah mengapa sejak tiga empat hari ini, ana sentiasa mengantuk di dalam kelas, tertidur di hadapan pensyarah, dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya... di mana tugas hamba sebagai pelajar muslim? MasyaALLAH, semoga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran, analisis dan kaji balik diri sama ada hari ini adalah lebih baik dari semalam, sama ada Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan dahulu... andai tidak, amat besarlah kerugian yang sedang dilalui... na'uzubillahi min zalik...
No comments:
Post a Comment