Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Thursday, October 23, 2008

~Buat Muslimat Yang Disayangi~

KATA-KATA ZAINAB AL-GHAZALI KEPADA SUAMI TERCINTA
Zainab Al Ghazali:Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?
Suami:Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).
Zainab Al Ghazali:Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu. Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat.
Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri.
Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu.
Lalu kau berkata, “ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”. Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah.
Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.
Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?
Suami: Ya.Zainab Al Ghazali: Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.
Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung.

Wednesday, September 24, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Bismillilahirrahmanirrahim...

Tatkala hari ini 24 Ramadhan, terasa syahdu dan sayu hati hamba mengenangkan adakah Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat ana dan para sahabat... Bila ramai yg sudah memikirkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, hati ini rasa sedih kerana mengenang apa yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan kali ini... Adakah sudah cukup ibadat utk menghapuskan dosa-dosa yang lalu? dosa-dosa yang tidak terkira banyaknya... hati yang sentiasa alpa dan lalai dari mengingati ALLAH S.W.T atas urusan dunia yang terlampau sibuknya... Entah mengapa sejak tiga empat hari ini, ana sentiasa mengantuk di dalam kelas, tertidur di hadapan pensyarah, dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya... di mana tugas hamba sebagai pelajar muslim? MasyaALLAH, semoga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran, analisis dan kaji balik diri sama ada hari ini adalah lebih baik dari semalam, sama ada Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan dahulu... andai tidak, amat besarlah kerugian yang sedang dilalui... na'uzubillahi min zalik...

Tuesday, September 23, 2008

WHY PEOPLE AFRAID WITH THE TITTLE "ISLAM"???

Bismillilahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdullilah, masih lagi diberi nikmat oksigen dari ALLAH S.W.T... satu-satunya nikmat kalau tiada, tentu lagi ana tidak akan berada di muka bumi ALLAH S.W.T ini...

Dah lama ana tidak mempunyai waktu untuk menulis sampaikan sahabat-sahabat di UM sudah pun tertanya2... ehe... budget cam femes lak... ;) Baru-baru ini, satu peristiwa telah berlaku pd tanggal 21 September 2008 di USM Kampus Kesihatan... namun, ana tidak mahu bercerita tentang peristiwa itu... apa yang ana nak berkongsi, adalah musahabah diri ana pd malam itu, ana bermuhasabah dan berfikir... "why people afraid with the tittle ISLAM?".... ana bercuti baru-baru ni dan pulang ke kampung pd 17hb bersempena dgn Nuzul Qur'an. ana menonton tv OASIS dan rancangan memaparkan perspektif golongan Amerika Syarikat yang bukan muslim... antara pandangan yang ana dapat petik... salah seorang bukan muslim ini berkata "muslim itu bukan seorang pengganas, cuma sebahagiannya ada yang tersasar akidahnya". ada bukan muslim yang lain berkata "saya percaya bahawa muslim itu adalah agama yang benar seperti yang terkandung dalam kitab Bibble... tidak boleh kita katakan bahawa org muslim itu jahat, tidak wujud dalam agama mereka mahupun Bibble"... but... saya sangat terkejut apabila diajukan soalan pd 21 September 2008 "kalau saya pindahkan kamu ke USIM (Universiti Sains ISLAM Malaysia) adakah kamu mahu pergi dan keluar dari USM?".... it's a very childish question... yang sangat memalukan seandainya soalan itu diajukan daripada seorang yang muslim kepada muslim yang lain....

tapi takpe. ana tak salahkan org yang bertanyakan soalan tu kepada ana, atas dasar hormat seorang anak terhadap seorang bapa. bila ada yang bertanya pada ana, ana tidak rasa terhina or dimalukan? ana tidak mudah utk beremosi. ana faham yang org yg bertanya itu tidak faham apa maksud ISLAM sebenarnya. kenapa kita org ISLAM malu dilabelkan ISLAM? kenapa kita org ISLAM tidak mahu membanggakan perkataan ISLAM itu sendiri? kenapa perlu kita ambil ideologi masyarakat barat dan buang perkataan ISLAM itu dari kehidupan kita? kenapa kita tidak mahu utk menggunakan perkataan ISLAM itu dan takut org menjauhi kita? itulah mentaliti org moden... mentaliti org berkedudukan... mentaliti org besar...

apa yang ana nak kongsikan... ISLAM is a way of life... we should be very proud to be a muslim... if orang lain proud to be a christian or buddhist, why must we not proud to be a muslim? why must we be a shame of our religions? ada sahabat yang bertanya pada ana, apa rahsia ana berkawan dengan semua lapisan masyarakat, tidak kira tua muda, kaya miskin, ISLAM atau bukan ISLAM, tidak kira warna kulit, bangsa dan sebagainya... kita, individu yang membentuk diri kita... kita yang menyebabkan sama ada org senang dengan kita atau tidak... bukan agama, bukan rupa, tetapi peribadi dan akhlak yang baik... dan akhlak itu adalah ISLAM...

ada satu peristiwa yang ana ingat di UM dahulu, ada seorang chinese bertanya pada ana, pakaian apa yang ana pakai. ana jawab jubah. what is jubah? it's a dress of ISLAM... yang menutup aurat... same as a long dress, but we called it jubah... most of the MUSLIM will wear it... kalaulah ana ni takut dengan label 'ISLAM', tentu ana tidak akan berusaha menerangkan kepada kawan ana itu tentang kaitan jubah & ISLAM itu sendiri...
adalah satu kesilapan buat umat ISLAM andai lari dari perkataan ISLAM... ISLAM is a very beautiful word with such a beautiful meaning... andai kita tidak mahu dilabelkan dengan 'ISLAM', then don't be a MUSLIM. WALLAHU'ALAM.

Monday, September 15, 2008

Muslimat dan Elemen 'MP3'

Seringkali kita mendengar bicara-bicara yang mengatakan golongan wanita lemah dan menyusahkan. Dalam perbincangan dengan beberapa pemimpin negara baru-baru ini juga dibangkitkan isu “di mana muslimat yang dahulunya hebat di kampus??”? Saya rasa tertampar bila mendengarkan komen dan persepsi pihak-pihak yang mula memandang muslimat dari sudut yang begitu tidak sihat gerak kerjanya setelah keluar dari alam kampus, lebih-lebih lagi apabila telah berkeluarga. Satu cabaran buat saya untuk memastikan diri saya dan juga sahabat-sahabat seperjuangan agar terus thabat dan istiqamah dalam gerak kerja amal Islami ini!

Antara sedar atau kabur, sebenarnya kami adalah watak di sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Kehebatan golongan Hawa tidak perlu disangkal lagi. Sememangnya kami diciptakan dengan kehebatan dan membawa kehebatan ini untuk dikongsikan bersama dengan golongan lain.

Ana sgt tertarik dengan tulisan YB Zailah ketika membentangkan kertas kerja mengenai “peranan dan cabaran wanita”. Wanita memainkan peranan yang penting dalam melalui liku-liku sepanjang kehidupan. Percaya atau tidak wanita merupakan pemangkin atau catalyzed kepada setiap perubahan yang berlaku kepada negara. Menelusuri sejarah peradaban Islam, tidak dapat tidak kita akan lihat betapa besarnya peranan Siti Khadijah, Aishah, Ummu Salamah, Asmah Bin Abu Bakr dalam membangunkan kegemilangan Islam dari pelbagai aspek.

Hal ini kerana tugas utama kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Selari dengan tugas kita di muka bumi ini sebagai khalifah di dunia, maka wanita tidak bisa lari dari tanggungjawab sebagai pendakwah. Hal ini kerana kini peratusan bilangan wanita di dunia semakin bertambah. Selain itu, menurut Abd Karim Zaidan, masyarakat kini semakin sakit dan parah. Jadi wanitalah yang bertanggungjawab memainkan peranan ini untuk sama-sama mengislah dan mengembalikan keizzahan wanita muslim.

Islam tertegak dengan adanya amar ma’aruf dan nahi mungkar. Oleh yang demikian, segala pakej yang ada pada wanita perlu diguna sebaik mungkin. Sekiranya digunakan nikmat tersebut sebaiknya mengikut syariat Islam seterusnya ia akan menjadi penyelamat kepada ummah itu sendiri. Tambahan pula, wanita adalah golongan yang paling dekat dengan anak-anak maka konsep “anak kita anak kita, anak orang adalah anak kita” dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan amar ma’aruf nahi mungkar.

Disinilah peri pentingnya tarbiah islamiah kerana menurut ahli falsafah Perancis, Yules Simon. Beliau mengatakan bahawa sesungguhnya pendidikan Islam dapat mengubah akal kepada akal yang lain dan hati kepada hati yang lain.

Hebat kan golongan wanita ni! Saya sangat berbangga dilahirkan sebagai seorang wanita yang mempunyai perasaan seperti emak dan kakak-kakak saya. Melihatkan kesungguhan mereka membuatkan saya bertambah semangat yakin meneruskan perjuangan. Emak saya adalah insan yang sangat banyak membakar semangat saya! Di kala insan lain membahaskan tentang kedegilan saya,tapi emak saya tetap katakan saya anak yang baik.

Dua tahun lepas, gerakan muslimat kampus saya diprovokasi oleh muslimin dengan mengatakan kelembapan muslimat dalam mendepani isu dan cabaran-cabaran, sehingga lahirlah misi “kebangkitan muslimat”. Tapi pada hari ini, siapa berani kata kami lemah? Kami tahu tugas kami! Kami tahu peranan kami! Kami tahu siapa kami!

Ingat muslimat-muslimat dan wanita-wanita, sentiasa perbaiki diri. Jangan rasa lemah dan rendah diri. keintelektualan kita sangat diperlukan untuk membangunkan masyarakat!
Tanamkan elemen MP3 dalam diri kita.

M=Multimedia
P=Public Speaking
P=Penulisan
P=Peka Isu

Wanita bisa merubah politik negara! Wanita bisa merubah nasib anak bangsa!
Wanita memang TERBAIK!!!
Bangkit WANITA!
Bangkit MUSLIMAT!
Bangkit MAHASISWI!

-petikan dari naib presiden 2 GAMIS-

Tarbiyah Ke Arah Melahirkan Pemimpin Malaysia

Pemimpin-pemimpin gerakan-gerakan Islam akan pergi satu tika nanti dan memerlukan pengganti. Menteri hari ini akan menjadi rakyat juga nanti. Namun, bagaimanakah corak pemerintahan menteri-menteri masa akan datang?

“Ada 2 golongan kalangan umatku, jika baik keduanya, maka baiklah manusia. Jika buruk keduanya, maka buruklha manusia.Itulah ulama’ dan umara’” – al-Hadith

Di sinilah peranan anak-anak muda yang ditarbiyyah apatah golongan mahasiswa Islam yang diharapkan menjadi para intelektualis yang kembali mengangkat sejarah peradaban keilmuan Islam. Kita tidak menerima bulat-bulat ilmu sekular yang didoktrin oleh Barat untuk faham saja-saja tapi kita akan mengolah dan memanipulasi ilmu yang baik itu selaras untuk membuahkan ilmu atau perlaksanaan yang akan mendatangkan keuntungan kepada Islam sepertimana strategi yang digunapakai oleh rakyat negara Jepun untuk bangkit dalam sector ekonomi dan perniagaan setelah kalah teruk dalam Perang Dunia Kedua satu tika dahulu .

Saya bersama para pimpinan GAMIS menanam tekad bahawa kami mahukan insyaAllah satu hari nanti, setiap corong pentadbiran akan dikuasai para pemimpin yang berjiwa tarbawi dan mahir siasah. Kita yakin bahawa dengan menguasai setiap ceruk dan ruang pentadbiran dengan kefahaman Islam mampu merubah Malaysia ke arah negara Islam yang lebih baik.
Berubahnya Malaysia maka peranan Malaysia dalam perkara diplomatik antarabangsa InsyaAllah akan turut berubah. Peranan kita dalam APEC, OIC , NAM, PBB dan lain-lain tidak lagi menjadi alah malu-malu kucing, tegasan isu mahu tak mahu. Akan tetapi, kita bakal menjadi harimau yang bangkit dari tidur dan ngaumannya bisa mengegarkan dunia barat apatahlagi dalam isu yang berhubung rapat dengan dunia Islam.

Maka dengan itu kita memerlukan ahli-ahli yang mantapnya tarbiyyahnya. Tarbiyyah yang melahirkan abna’ul haraki yang bukan zuhud tak tentu hala tapi berani mendokong strategi penuh strategis. Mahasiswa yang ditarbiyyah menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Profesional selaras dengan waqie semasa dan berbudaya keilmuan dalam setiap tindakan. Kita mahu para pendokong Islam menjadi sepertimana para salafusssoleh dan pejuang terdahulu, punya wawasan luas dan matlamat yang tinggi. Tidak lagi berteriak remeh di kampung sendiri hal-hal yang kecil.

Buat para mahasiswa Islam, musuh kita biarlah pada masa depan bukan lagi kepincangan pentadbiran HEP, bukan lagi keangkuhan parti pemerintah menelan kuasa tapi ancaman Barat yang menyiat-nyiat hati umat Islam dengan rancangan kotor mahu memadamkan agama Allah ini.

Untuk ke arah semua itu ,hanya satu perkara yang bisa diungkapkan – AYUH REFORMASIKAN GERAKAN TARBIAH KITA.

“Anda semuda kepercayaan anda, setua keraguan anda, semuda keyakinan anda, setua ketakutan anda , semuda harapan anda dan setua kekecewaan anda”.
Petikan dari
blog Timbalan Setiausaha GAMIS

Monday, August 25, 2008

Di sebalik bunga mawar putih


Keputihannya melambangkan kesucian... Keputihannya melambangkan keayuan... Keputihannya melambangkan kebersihan... Keputihannya melambangkan ketenangan... Keputihannya melambangkan kejernihan... Namun disebalik sebuah keputihan... tersirat nostalgia yang menyedihkan.... tersirat sebuah episod yang sayu.... tersirat seribu satu rahsia disebalik keputihan itu...
Bunga mawar ku yang amat ku rindui... ku amat mengharapkan kedamaian keputihan... ku harap hati ku sebersih keputihan itu... ku harap bunga mawar ini akan terus mekar... dan mekar... dan tidak layu....

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Sunday, August 3, 2008

Demi Waktu

Maksud ayat Surah Al-Munafiqun(63):ayat 9-11

Hai orang-orang yg beriman, jgnlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati ALLAH. Barangsiapa yg membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yg rugi(9) Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yg telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan(kematian)ku sampai waktu yg dekat, yg menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk org-org yg soleh?"(10) Dan ALLAH sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila dtg waktu kematiannya. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan (11)


~buat renungan bersama~

Friday, August 1, 2008

2 minggu di cni...:)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Buat sahabat-sahabat ana khususnya di UM... ana sgt merindui antunna semua... semoga kita akan dapat bertemu 18hb InsyaALLAH.... Ana sekarang Alhamdullilah sihat wal'afiat di perantauan... kadang2 ana pun tak dapat berfikir dengan akal yg pendek ni betapa perjalanan ALLAH tetapkan adalah begitu lain dari apa yg kita sangkakan.... tp ana bersyukur sgt sebab di sini ana dipertemukan dengan sahabat-sahabat baru yg akan sentiasa membantu ana dan menaikkan semangat ana...

Ana baru lepas cakap dengan Rabizah jam 8.50malam yang lalu, ana mendengar khabar sahabat-sahabat begitu sibuk di sana yer... takpelah. begitulah kehidupan kita, bukan sahaja akademik tetapi dakwah Islamiyyah perlu diteruskan... apalah guna kalau kita sekadar ada tittle 'khalifah' tetapi tidak menjalankan tugas sebagai seorang khalifah...

Ana pula disini, akan terus berjuang habis-habisan, menjadi top student InsyaALLAH demi memartabatkan Islam dan menaikkan nama Islam... kadang2 terfikir mcm manalah ana boleh ambil bidang yg langsung ana tak pernah terfikir, tetapi bak kata Salimah, bidang ni fardhu kifayah... kalau kita niat kerana ALLAH,InsyaALLAH ada habuannya kelak nanti.... ok, teruskan usaha semua~ :)

Saturday, July 26, 2008

~hari-hari ku seminggu yang berlalu~

Assalamu'alaikum Wrt Wbt...

Hampir seminggu ana dah tak buka blog yang baru je ana create ni... Sekarang ana berada di tempat yang baru... Alhamdulillah banyak yg dapat ana pelajari... sebenarnya di mana-mana pun kita berada, kita tak boleh melupakan matlamat asal dan kenapa kita dilahirkan di muka bumi ini... Walaupun kita mungkin nak kejar dunia, namun, telah menjadi fitrah semula jadi setiap insan hati nurani yang kita sedang mencari kebenaran... dan mengikut yang ana belajar subjek psychology, selagi kita tidak mempunyai matlamat jelas iaitu mencari keredhaan ALLAH S.W.T, maka kita tidaklah dimasukkan ke dalam golongan yang berada pada tahap "achievement identity"...


Bila ana berhijrah ditempat yang baru, ana ingatkan ana telah keluar dari satu tanggungjawab yang berat... tapi rupanya ditempat baru ana, tanggungjawab yang lebih besar sedang menanti ana... kdg2 ana berfikir, what is my aim as a student? why i want to score 4.0? the answer is: i want to show to everybody about Islam... i want to tell everybody when i'm successful, what's the key of my success, and the answer is Islam.

to be c'tnued....(^_^)

Friday, July 18, 2008

kasih kami kepada ummat

" Pengertian dan fahaman itu(tentang erti dan hakikat islam yg sebenar spt yg difahami oleh Rasulullah dan para sahabat) juga akan menimbulkan rasa kasihan kita melihat umat manusia yang sedang hidup di dalam kesesatan dan timbul rasa berkewajipan untuk mengajak dan membimbing mereka ke jalan kebenaran; akan timbul pula rasa simpati yang mendalam, yang mengamit kita untuk berusaha menyampaikan seruan hidayah ilahi kepada mereka."
[asy-Syahid Syed Qutb Rahimahullah dlm buku 'Petunjuk Sepanjang Jalan', ms 164]

The Tiniest of Sins

Even the tiniest of sins,
Untended...
Can blacken the heart,
And rob all light away.
Leading to...
Larger sins...
And larger...
And larger...
Till the gift of guidance
is smothered to silence.
The path in sight is
shrouded in myst...
And the hands of evil
come creeping all over.
Ensnaring this traveller,
To the depths of HELL.
By Abdullah Mujahhid

my ups and down





Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ahlan Wasahlan buat sahabat-sahabat semua yg sudi visit blog terbaru ana....
Nama cahaya penawarku diambil sempena nama ana... semoga segala coretan yang
ditulis dapat diambil iktibar buat diri ana & sahabat-sahabat semua...