Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Saturday, January 14, 2012

~Perkahwinan Jarak Jauh(PJJ)~


Setelah sekian lama saya meninggalkan blog saya, kali ini saya ingin berkongsi satu dilema atau perkongsian mengenai hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ).


Kalau anda mungkin biasa mendengar percintaan jarak jauh, tetapi tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak jauh pun sering berlaku dalam masyarakat kita ini. Perkara ini biasa terjadi di kalangan suami isteri yg bekerja di berlainan negeri.


Dalam konteks diri saya pula, kami masing-masing belajar satu kampus, namun tatkala akad nikah dilafazkan, saya perlu menjalani praktikal di Kuala Lumpur manakala suami pula perlu meneruskan pengajian sarjananya di Kelantan. Dan pada masa saya meneruskan semester akhir di Kelantan, suami pula akan habis pengajian sarjananya dan pulang ke Selangor atau Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjayanya. Maka, saya kira-kira sekarang sudah 7 bulan berlalu kami melalui perkahwinan jarak jauh ini, dan akan meneruskannya sehingga akhir bulan 7 tahun ini mungkin. Wallahu'alam


Banyak ujian dan dugaannya tinggal berjauhan, dan salah satu ujian yg paling besar adalah kurang komunikasi antara suami isteri. 


Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerana banyak faktor. 


Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-


TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit telefon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Seminggu sekali adalah lebih baik sekiranya mampu.

TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. 

TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.



Tidak semua tips di atas saya amalkan. Ia sekadar saya dapati ilmu ini hasil dari pembacaan saya. Kita masing-masing ada cara tersendiri utk menjaga hati pasangan masing-masing. Tetapi bagi saya sebagai seorang perempuan, saya rasakan perempuan suka sekiranya suaminya sering menghubunginya, mengambil berat akan dirinya. Dan bagi pandangan saya, saya lebih suka utk tinggal bersama, namun apakan daya, saya tidak mampu utk tinggal bersama dengan zauj saya. Biarlah masa yg menentukan kami dapat tinggal serumah. Sekiranya rindukan suami, maka sentiasalah berdo'a pada Allah SWT, hanya DIA yg mampu menjaganya tika kita tidak mampu menjaganya. Wallahu'alam. 

-Yang merindukan pemilik cintaku selepas Allah dan RasulNYA-

20 Safar 1433H
14 Januari 2012

No comments: