Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, July 29, 2011

~Cerita masak-masak~

Alhamdulillah, dikurniakan nikmat Iman & Islam yg masih bertakhta sehingga hari ini. Dan hari ini sudah masuk 28 Syaaban 1432H. Macam tak percaya, lagi 2 hari to go to Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan! 

Sejak akhir-akhir ini, saya ada satu penyakit, penyakit asyik nak cuba utk buat sesuatu yg baru. Bermula lah dengan sheppard pie, kek batik, puding custard, dan malam ini cookies ala famous amos. (^_~)

Cuma setakat ini, sheppard pie, saya tidak berkesempatan utk bawa ke tempat praktikal saya iaitu di Ibu Pejabat bomba dan penyelamat seberang prai, selebihnya, saya pasti akan bawa ke sana buat kawan-kawan yg berada di sana, dan juga tidak dilupakan pegawai-pegawai bomba dan makmal yg disayangi.

Jam menunjukkan 1.48 pagi, dan masih ada beberapa round cookies famous amos yg perlu dibakar.

Tepat jam 2.51 am, semua cookies telah sedia dibakar. Walaupun mengambil masa yg lama, tetapi kerana rasanya yg sedap sekali, jadi, tak rasa susah pun. Terima kasih my sister for the recipe, and mak for helping me :)

~yummy yum, rasanya mmg sedap~ :) Alhamdulillah, tidak perlu lagi ke famous amos

29 July 2011

28 Sya'ban 1432 H


Monday, July 25, 2011

~Ramadhan oh Ramadhan~



More Ramadan Messages and Glitters

Assalamu'alaikum Wrt Wbt & Salam sejahtera,


Tinggal beberapa hari lagi utk tiba bulan Ramadhan yang mulia, bersediakah kita dgn kedatangannya? Bagi mereka yang sentiasa menantikan Ramadhan dgn harapan, ibadah-ibadah yang dilaksanakan bakal dikali gandakan, amalan-amalan sepanjang bulan Ramadhan segalanya akan mendapat ganjaran yg sgt besar, pasti tidak sabar utk menantikan bulan ini dan pasti akan sedih meninggalkan bulan yg mulia ini.


Bagi diri saya pula, Ramadhan kali ini istimewa kerana buat pertama kalinya, saya akan bersama-sama dengan seorang khalifah Allah yang bakal bersama-sama berjuang sepanjang bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, terlalu byk nikmat dan kurniaan Allah SWT yang diterima setelah kesusahan yg menimpa. Yang pasti, perjuangan masih perlu diteruskan. 


Di sini, saya ingin berkongsi persediaan buat peringatan diri saya sendiri dan semoga kita sama-sama dapat amalkan :





Persediaan
Cara
Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.






Harapan buat Ramadhan kali ini :


Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelum ini, dan semoga kita mengambil segala manfa'at dari bulan Ramadhan ini, agar kita tidak menyesali bila berlalunya Ramadhan al-mubarak ini (^_~) Belum pasti, adakah kita kan bertemu bulan Ramadhan yang mendatang. InsyaAllah, selamat beramal~

25 July 2011

24 Sya'ban 1432 H

Thursday, July 14, 2011

Jodoh itu Rahsia Allah SWT




Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak update blog, rupa-rupanya penulis blog ini telah selamat diijabkabulkan pada 10hb Jun 2011 yang lalu...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)


Ana & zauj, Abdul Hakim bin Abdul Jalil



14 Julai 2011

13 Syaaban 1432 H