Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, March 11, 2011

~Menyepi~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ingin sekali berbicara dgn DIA, betapa rindunya diri ini terhadap DIA, betapa rindunya dengan hadiah dariNYA... betapa rindu terhadap kekasih DIA... dalam kesibukan yg melanda, ku merasakan diri ini terlalu jauh dariNYA... terlalu kerdil diri ini ingin bertemu dengan DIA... segala ujian yg dihadapi mengingatkan diri ini terhadap DIA... namun aku masih alpa dan leka dalam kesibukan yg melanda diri ini... terasa jauh dan terasa jauh lagi dariNYA

Di kala kelemahan kita, kita selalu menyatakan "Aku tidak mampu, aku sudah tidak larat"... namun kita mesti ingat, bahawa kita hanyalah makhluk yg lemah... selama ini adakah kita mampu kalau bukan dgn keizinanNYA? Adakah kita larat kalau bukan dengan keizinanNYA?

Alhamdulillah, akhirnya satu event yg sgt penting telah berakhir dengan jayanya. Wajah-wajah kegembiraan terserlah pada setiap individu yg menghadiri event itu. Biarpun event kami hanyalah kecil sahaja, tetapi penuh dengan erti makna yg tersendiri.

Di kala ini, ku ingin muhasabah sendirian memandangkan event ini adalah event yg julung kalinya kami yg terlibat dalam gerak kerja secara keseluruhan... "the check and balance must be done"

Semasa dapat mesej dari seseorang "Akak, saya nak tanya, apa bezanya kalau do'a dimasukkan di awal program yg kita jelas lagi tahu terdapat unsur-unsur kemungkaran seperti tari-menari, pergaulan bercampur lelaki&perempuan dan aurat yg tidak terjaga khususnya dikalangan wanita?"... Terpana, terdiam seketika membaca mesej itu... Tidak dapat saya nafikan apatah lagi ingin mengatakan mesej itu salah sekali. Memang benar apa yg ditulis dalam mesej itu...

Manusia yg lemah seperti saya akhirnya tersepit dalam event yg mewajibkan setiap kehadiran Tahun 1 & Tahun 3 dan event itu bukanlah seperti dinner yg umumnya hanya utk makan, tetapi event itu adalah suatu event yg rasmi di mana pelajar-pelajar Tahun 3 akan akan angkat sumpah sebelum memasuki alam praktikal di PDRM Cheras di awal Tahun 4.

Semoga, adik-adik yg akan datang, akan lebih memperhalusi lagi perkara-perkara yg mungkar dan dapat membuangnya di masa akan datang...

Beberapa gambar kenangan bersama batch saya :

(semoga persahabatan kita semua akan bertambah lebih baik dan kita dapat menerima kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. harapanku adalah kita semua akan bersatu dan menggunakan masa yg ada sebelum masing-masing bakal berpecah menuju kehidupan masing-masing)

2 comments:

FurBall said...

sgt setuju..it need to be check..ehehehe..~_~

sirrulasrar said...

moga ia menjadi kenangan terindah buat kita semua...