Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT masih diberi nikmat Iman & Islam...
masih diberikan oksigen, O2, andainya 4 minit ditarik nikmat oksigen tentu jasad tubuh badan ini sudah terkulai layu...
Rindunya pd tok di kampung, pd wan & aki di jauh sana, pd mak abah dirumah, adik-adik dan abg-abg...
Rindu juga pd kakak2 yg disayangi...
Masih baru sahaja baik dari kesihatan yg kurang mengizinkan... selama 4 hari 3 malam mengalami cirit-birit yg dahsyat, akhirnya baik juga... Minggu depan exam OSPE dan Continuous Assesment terakhir sekali sebelum kami akan ada study week dan exam final...
Menyemak semula kad klinik, sudah tiada ruangan lagi rupanya... ini merupakan kad yg kedua... nampaknya dalam masa sejak tahun pertama hingga sekarang, sudah lebih 40 kali berulang alik ke klinik berjumpa dgn Dr... Result thalassemias yg diambil 2-3 bulan yg lalu, akhirnya pihak klinik hanya mampu mengatakan "maaf sangat-sangat adik, nampaknya klinik ditutup sehingga bulan April, dan nampaknya adik perlu menjalani pemeriksaan semula darah"... Apabila diambil tekanan darah, "adik, kenapa tekanan darah adik rendah sangat? Patutlah pucat lesu sahaja wajah adik"... dan beberapa kali diambil tekanan darah, keputusannya tetap sama... below than 80/65... normal range 120/80...
"Dr, bagaimanakah dgn penyakit kulit saya?".... "Nampaknya sepanjang hayat adik, adik perlu menyapu ubat sahaja"...
Sekarang apabila ke klinik berjumpa Dr, saya hanya memberitahu Dr apa yg berlaku, ubat apa yg diperlukan... sudah hampir seminggu, makan dan muntah semula... Anorexia? Baru-baru ini apabila ditimbang berat badan, Alhamdulillah, masih normal... entahla kenapa symptom2 loya ini berlaku? :) nampaknya saya kene kurangkan makanlah... makan buah-buahan dan yg sihat-sihat sahaja~
Hari ini 30 Mac, kemudian April bakal menyusul... detik-detik menghitung hari utk melangkah ke alam baru. Bersediakah diri ini? Entahlah... Apabila berjumpa kawan-kawan dental semuanya mengatakan "gembiranya, bestnya"... Benarkah? adakah gembira diri ini? Sangat-sangat merindukan mak abah~ Hampir setiap malam pun mengalirkan airmata... sakit diri ini hanya Allah yg tahu... teringat masa sakit belajar di PASUM suatu ketika dahulu. dulu, ada ibu saudara yg penyayang yg sentiasa ambil berat. kini, hanya Allah tempat bergantung penuh. bilakah kematian akan tiba? Sebab itu kita tidak tahu kematian kita, kerana Allah nak kita selalu dekat padaNYA...
Diri ini mahu belajar bersungguh-sungguh exam kali ini, membalas jasa kedua ibu bapa sebelum diri ini bakal mempunyai orang baru dalam kehidupan ini... Semoga dia itulah pilihan Allah utkku, InsyaAllah~
***Bersyukurlah sentiasa atas segala nikmat sebelum ditarik balik nikmat itu***
No comments:
Post a Comment