Dimulakan dengan Bismillah
Friday, January 29, 2010
RESULT PRK USMKK MPP 2009/2010
Tuesday, January 26, 2010
PILIHANRAYA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN
Saturday, January 23, 2010
Thursday, January 14, 2010
Haiwan itu juga makhluk Allah SWT
Not sure the exact name, either this is hypertensive rat or whistar rat or sprague dawley rat???
The last session where students are able to handle the mice and rat by themselves... i'd a chance too ;)
Cahaya Penawarku
28 Muharram 1431 H
2.30 am
~Ke Arah Memartabatkan Islam~
INTERFAITH DIALOG 2010
Wednesday, January 13, 2010
Sabar itu Indah
Cikgu Faridah datang membawa bola yg sgt besar & cantik. "Ok kelas, hari ni kita nak buat bola ini menggunakan 30 keping kertas"... Cikgu memberitahu bahawa kraftangan origami ini berasal dari Jepun. Dia teringat bahawa dulu dia pernah didedahkan dengan kraftangan origami, tetapi malang sekali sebab dia sudah lupa bagaimana cara-cara ingin membuatnya...
Cikgu Faridah memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar kraftangan gubahan mengikut kumpulan. Dia mengikut cara-cara yg ditunjukkan oleh cikgu.
Alhamdullilah, dia cepat belajar hari ini. Walaupun menghadapi kesukaran pada awalnya, akhirnya dia berjaya untuk melakukan lipatan-lipatan origami dan memberi tunjuk ajar kepada sahabatnya disebelah. Membuat satu lipatan bagi sekeping kertas sudah memakan masa, apatah lagi 30 keping kertas. Akhirnya, dia hanya berjaya melakukan 5 keping kertas sahaja... Membuat origami memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang sangat tinggi... Itulah sifat orang Jepun yang wajar kita contohi...
Dia membawa balik 'homework origami' yang perlu diselesaikannya... petang sebelum itu sudah ada tugasan laporan dan soalan-soalan makmal yg juga menjadi tugasannya. malam itu pula dia perlu menghadiri satu meeting yg besar kerana pertama kali melibatkan ajk-ajk keseluruhan tambahan pula ketuanya ada latihan 'sukan antara desasiswa'...
Selepas solat maghrib di surau, terdapat slot pengisian rohani, dia membentangkan tafsir fil zilalil qur'an : surah Al-Mulk ayat 23 yang bermaksud
"Katakanlah, Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."
Huraian dalam tafsir itu begitu panjang, tetapi sgt menyentuh hatinya. Andai diberi waktu, akan ku tulis lagi di dalam post ini.. :):) sudah mengantuk... tetapi saya tahu bahawa dia sangat sedih apabila mengenangkan adakah dia termasuk golongan yg sedikit sekali bersyukur itu... dia sentiasa diuji dan terus diuji... dan kadang-kala dia merasakan ingin berputus asa, tetapi dia yakin bahawa rahmat Allah itu ada, dan Allah sgt murka terhadap mereka yang berputus asa...
Cahaya Penawarku
27 Muharram 1431 H
1.24 am
-Rindu kepada ombak yang sentiasa bertasbih dan memuji Allah SWT-
Tuesday, January 12, 2010
Maafkan Aku
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.
Ujian adalah satu wasilah daripada rantaian wasilah yang mampu menghubungkan kita untuk mencapai tahap kematangan.
Kematangan dari sudut fikrah,ilmu,bentuk fizikal,keimanan,dan seumpamanya.
Ujian melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji.
Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara .....
Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya.
Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.
Ujian juga sebenarnya wasilah untuk kita sentiasa merapatkan diri kepada Allah.
Bahkan ada segolongan manusia yang terlalu rindu atau dalam erti kata lain berharap agar Allah sentiasa memprogramkan dirinya dengan ujian dan musibah yang berbagai
Mereka yakin dengan janji Allah.
Hati mereka sentiasa mengharapkan keredhaan Allah,sekalipun pelbagai ujan ditimpakan kepada mereka.
Apabila musibah kian mengundurkan diri,maka terbit dari diri manusia satu kepuasan.
Rasa diri sudah dikurniakan satu kemuliaan oleh Allah,lantas mula lupa diri,jarang yang mampu bersyukur kerana itulah tabiat manusia.
" Terlalu sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur." (Saba’:13)
Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah.
Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Sudah menjadi adat manusia yang benar-benar beriman akan dirintangi dengan berbagai tribulasi.
Bergembiralah bagi orang yang berjaya menghadapi semua itu,lantaran tidak akan berkumpul dua kesusahan dan tidak akan berkumpul dua kesenangan.
"Orang-orang yang berada dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa,Allah akan memberi kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (At-thalak:7)
Justeru itulah ujian-ujian ini sebenarnya satu program untuk terus meningkatkan keimanan kita kepada Allah.
Bergembiralah orang-orang yang sentiasa diuji oleh Allah,andai kita sentiasa mempositifkan fikrah kita bahawa ujian ini hanyalah wasilah dalam menuju keredhaan Allah,itulah kemenangan yang mutlak disisi Allah.
Lantaran setiap kali dikunjungi musibah setiap kali itulah kita akan kembali mendapatkan Allah.
Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah.
Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri.
Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.
Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya,
" Wahai anakku,dunia ini ibarat lautan yang dalam,ramai manusia yang tenggelam didalamnya.Jadikanlah taqwa sebagai bahteramu,iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya,semoga engkau beroleh kejayaan..."
Hidup harus ada kesusahan, agar kemudahan menjadi suatu nilai dan makna.
Hidup harus ada kesusahan, agar kemudahan dicabar untuk dicari, dikejar dan akhirnya dinikmati.
Hidup ini, adalah keyakinan & perjuangan, dan perjuangan mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga ~Imam Ahmad bin Hanbal~
Segalanya dari Allah
Thursday, January 7, 2010
Friday, January 1, 2010
MINGGU PENGHAYATAN ISLAM KALI KE-12 KEMBALI LAGI...!!!
Take Time
Alhamdullilah, selawat dan salam ke atas junjungan Rasullulah S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabi tabien, para dai'e yg telah lama meninggal kita, seterusnya para pejuang Islam yang masih lagi diberi nikmat Islam dan Iman...
Dalam kesibukan menghadapi program besar setiap tahun Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan ini, Minggu Penghayatan Islam ke-12, masih lagi diberi peluang dan menjadi tetamu Allah bg mengunjungi dan menyempurnakan solat secara berjema'ah di surau desasiswa Nurani. Alhamdullilah malam tadi, selesai solat Maghrib, diadakan solat Hajat berjemaah dan seterusnya sesi tazkirah yg sudah lama tidak kedengaran...
Kali ini, tetamu pilihan Allah ini telah menyampaikan satu tajuk dipetik dari buku Iman dan Kehidupan karangan Dr Yusuf Qardawi, bertajuk : Memberi dan Berkorban
Soalan yg diajukan kepada para-para jemaah surau adalah, apakah bezanya memberi dan berkorban???
-to be continue-
Cahaya Penawarku
15 Muharram 1432H
1.37am
"Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa raga serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila di timpa sesuatu kesusahan mereka berkata,sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk serta hidayahNya."
(Al-Baqarah: 155-157)
Kita tidak perlu menjadi kaya utk berkorban... kerana pengorbanan dari segi masa itu juga adalah suatu pengorbanan yang sgt besar... Orang lain boleh pergi shoppping, tapi utk orang yg sanggup berkorban, perlu menghadiri meeting, membuat program utk kebaikan bersama... Semoga sahabat-sahabatku sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan dalam menjalankan amanah-amanah yang diberikan oleh Allah SWT...
Cahaya Penawarku
26 Muharram 1431H
1.00 am