Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, January 13, 2010

Sabar itu Indah




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdullilah, ptg semalam merupakan kelas makmal yang pertama semester ini... dalam keletihan, berjaya akhirnya menjalankan dua eksperimen ptg ini... Selesainya makmal, barulah dapat makan tgh hari yg td tak makan di cafe murni... Petang itu ada kelas gubahan... "tak sabar utk tunggu kelas gubahan hari ini, cikgu cakap nak buat origami", terfikir si dia sendirian...

Walaupun tak sempat utk membeli barang-barang yg diperlukan, Alhamdullilah seorang hamba Allah telah menolongnya membeli barang-barang utk kelas gubahan petang itu. Dalam segala kesulitan, pasti ada kemudahan.




Cikgu Faridah datang membawa bola yg sgt besar & cantik. "Ok kelas, hari ni kita nak buat bola ini menggunakan 30 keping kertas"... Cikgu memberitahu bahawa kraftangan origami ini berasal dari Jepun. Dia teringat bahawa dulu dia pernah didedahkan dengan kraftangan origami, tetapi malang sekali sebab dia sudah lupa bagaimana cara-cara ingin membuatnya...


Cikgu Faridah memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar kraftangan gubahan mengikut kumpulan. Dia mengikut cara-cara yg ditunjukkan oleh cikgu.



Alhamdullilah, dia cepat belajar hari ini. Walaupun menghadapi kesukaran pada awalnya, akhirnya dia berjaya untuk melakukan lipatan-lipatan origami dan memberi tunjuk ajar kepada sahabatnya disebelah. Membuat satu lipatan bagi sekeping kertas sudah memakan masa, apatah lagi 30 keping kertas. Akhirnya, dia hanya berjaya melakukan 5 keping kertas sahaja... Membuat origami memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang sangat tinggi... Itulah sifat orang Jepun yang wajar kita contohi...


Dia membawa balik 'homework origami' yang perlu diselesaikannya... petang sebelum itu sudah ada tugasan laporan dan soalan-soalan makmal yg juga menjadi tugasannya. malam itu pula dia perlu menghadiri satu meeting yg besar kerana pertama kali melibatkan ajk-ajk keseluruhan tambahan pula ketuanya ada latihan 'sukan antara desasiswa'...

Selepas solat maghrib di surau, terdapat slot pengisian rohani, dia membentangkan tafsir fil zilalil qur'an : surah Al-Mulk ayat 23 yang bermaksud

"Katakanlah, Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."

Huraian dalam tafsir itu begitu panjang, tetapi sgt menyentuh hatinya. Andai diberi waktu, akan ku tulis lagi di dalam post ini.. :):) sudah mengantuk... tetapi saya tahu bahawa dia sangat sedih apabila mengenangkan adakah dia termasuk golongan yg sedikit sekali bersyukur itu... dia sentiasa diuji dan terus diuji... dan kadang-kala dia merasakan ingin berputus asa, tetapi dia yakin bahawa rahmat Allah itu ada, dan Allah sgt murka terhadap mereka yang berputus asa...

Cahaya Penawarku
27 Muharram 1431 H
1.24 am

-Rindu kepada ombak yang sentiasa bertasbih dan memuji Allah SWT-

No comments: