Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, July 15, 2009

Mehnah Dan Tribulasi Dlm Perjuangan

Sudah masuk 2 minggu kelas bermula... dan diri ini hari-hari pun meeting setiap malam (cuma ada special exception semasa mak dtg semalaman)... Ya Allah, memang diuji dengan masalah-masalah yg kadang2 timbul akibat keletihan diri ini... Nak kena pk study lagi, orang lain punya study lagi, adik2 1st year punya study lagi... Ya Allah, mampu ke akal nih nak berfikir dengan banyak ni... nnt tak pasal-pasal orang lain, sahabat2 rapat yg jadi mangsa sebab keletihan ni... InsyaALLAH semoga boleh adjust dengan baik... Yg penting, kene fikirkan apakah niat asalnya... and ttg masalah yg timbul, kenelah sama-sama muhasabah semula and fikirkan semula kenapa jadi mcm tu... (salah sendiri gak kerana kdg2 kurang matang dalam buat keputusan).... Wallahu'alam... to be continue

Langit ILLAHI "Tuhan Tidak Lupakan Kita"

"Walau diri seringkali lupa...

Walau dibeban segunung dosa...

Walau jauh dari rahmat-NYA"

Wednesday, June 17, 2009

Wang...Wang...Wang...???

Bertemu kita dalam tajuk "Wang" atau Dikenali "Duit" tetapi bukanlah yg dimaksudkan dengan "Do'a Usaha Ikhtiar Tawakal" walaubagaimana pun boleh dikaitkan sama.

Baru-baru ini cuti sekolah, maka kenduri kahwin terlalu lah banyak sampaikan tetamu yg hadir itu mengatakan perlu menghadiri hampir 5 kenduri kahwin dalam masa yg singkat. Wah, begitu ramai yg membina masjid ALLAH... Syukur Alhamdullilah...Apa yg menjadi sebutan, ingin tahu tetamu, "Berapakah belanja kenduri? Duit hantaran berapa? Barang2 hantaran ini berapa nilainya?" Memang kebanyakan masyarakat zaman sekarang asyik memikirkan mengenai harga dan $$$...

Saya masih ingat lagi kak Nor mengatakan, sebenarnya duit hantaran itu hanyalah membebankan bakal suami pengantin itu. Dan di Kelantan, mas kahwin itu sudah pun termasuk duit hantaran cthnya mas kahwin sebanyak rm7000. Tetapi kalaulah di negeri lain, duit hantaran tidak diberi, maka takkanlah si isteri hanya mendapat mas kahwin yg cthnya di sebuah negeri(tidak disebutkan nama) sebanyak rm22.50??? Maka, bagi pendapat saya ini adalah tidak adil... Walaupun saya berpendapat demikian, tetapi, jika seorang isteri itu ikhlas menerima suami, maka duit tidak menjadi ukuran. Sebenarnya duit hantaran yg diberi bukanlah 100% dapat pada isteri itu, kerana duit itu adalah suatu keperluan bagi menampung belanja kenduri yg telah diadakan sempena hari bahagia itu. Maka si suami perlulah jelas dan jangan menganggap isteri yg mendapat duit hantaran itu mempunyai duit sebanyak itu selepas hari bahagia itu.

Bila saya memikirkan semula adat, kalau kita lihat dari perspektif lain, terdapat adat yang sebenarnya mengambil berat tentang kaum hawa ini. cthnya di negeri Johor, yg dikatakan kuat adatnya. Duit hantaran sentiasa ditetapkan oleh ahli keluarga dan melebihi rm10,000. Sebenarnya kalau kita lihat dari sudut positifnya, kaum hawa ini, apabila dinikahi dengan kaum adam, maka kaum hawa ini perlulah taat dan patuh dengan perintah suami selagi syari'at dibenarkan. Maka, tentu ada nilai utk mendapatkan kaum hawa ini. Walaupun kaum hawa yg solehah tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, namun pemberian duit hantaran merupakan simbolik kesusahan utk mendapatkan seorang isteri dan simbolik bahawa tanggungjawab si suami itu adalah sgt besar. Dari sudut si isteri pula, sekiranya duit hantaran ini membebankan bakal suami itu, maka perlulah berbincang dengan ahli keluarga dan meletakkan duit hantaran itu sewajarnya.


Dan bagi diri saya sendiri, duit hantaran perlulah lahir ikhlas dari hati suami. Walaupun kadang-kadang saya risau sekiranya tiada duit hantaran dan kenduri itu semuanya ditanggung oleh ibu bapa, mardatillah, keredhaan Allah S.W.T itu yg dicari. Saya menulis artikel ini kerana berada dipersimpangan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak. Sekiranya duit hantaran itu ditetapkan, maka saya akan menyusahkan bakal zauj saya, dan sekiranya duit hantaran itu tidak ditetapkan, maka saya tidak dapat menampung walau sedikit wang ringgit yang ibu bapa saya bakal keluarkan nanti.... Wallahu'alam. Semoga perancangan manusia ini tidak dapat melawan takdir ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui

Tuesday, June 16, 2009

C.I.N.T.A

Ya Allahu Ya Rabbi,
Saat Kau izinkan aku untuk jatuh cinta..
Peliharalah juga cintaku kepada-Mu
Agar hati ini tidak lalai dari mengingati-Mu selalu..
Agar setiap langkahku..
Langkah yg semakin menghampiri-Mu

Ya Allahu Ya Rabbi,
Jika Kau Izinkan aku untuk jatuh cinta..
Janganlah Kau lalaikan aku..
Dengan menjauhkan aku dari Sunnah kekasih-Mu..

Ya Allahu Ya Rabbi,
Saat Kau kurniakan aku permata untuk menemani hidupku..
Teguhkan aku dengan cita-citaku..
Cita-cita untuk menegakkan Syariat-Mu..
Cita-cita yg membawa aku untuk Syahid kerana-Mu..

Wahai Tuhan yg Memegang hati sekalian Insan,
Jika Kau Takdirkan aku untuk jatuh hati..
Kurniakan aku permata hati..
Yang faham akan kehendak Syariat-Mu..
Yang membuatkan aku semakin jauh dari azab-Mu..
Yang hatinya sentiasa ada Kamu..

Wahai Tuhanku yg Maha Mengasihi,
Kurniakanlah aku teman hati..
Penyejuk Mata..
Penawar hati dikala berduka..
Yang memimpin dikala aku terleka..

Wahai Tuhan Yang Maha Pencinta,
Pintaku yg Terakhir..
Engkau kurniakanlah aku,
Cinta yang tak pernah pupus selamanya..
Cinta yang kekal benafas di dalam jiwaku..
Cinta yang menjadi kekuatan hidupku..
Cinta yang bisa membawaku ke Syurga-Mu..

Aminnn..Ya Rabbal A’lamin..

Monday, June 15, 2009

Pemergian Seorang Tokoh

Disaat umat Islam seluruh dunia hari ini sibuk dengan urusan masing-masing, kita dikejutkan dengan hilangnya sebutir lagi mutiara berharga bagi gerakan Islam dunia.

Website http://www.ikhwan- jor.com/ hari ini melaporkan kematian Al-Fadhil Ust Fathi Yakan , tokoh Ikhwan yang menggerakkan dakwah di beberapa buah Negara Arab seperti Lubnan dan lain-lain pagi tadi.

Ust Fathi Yakan meninggal dunia ketika umurnya mencapai 76 tahun dan separuh dari umurnya dihabiskan dijalan dakwah bersama gerakan Islam Ikhwan Muslimin.

Beliau lahir pada tahun 1933. Beliau yang sinonim dengan karya `Maza Ya'ni Intima' lil Islami ?" – Apa Ertinya Saya Menganut Islam ` dan Abjadiyah Dalam Gerakan Islam sering dijemput ke pelbagai buah Negara termasuk di Malaysia satu waktu lalu dalam rangka membincangkan perkara-perkara berkait masalah ummah dan perkembangan gerakan Islam.

Al-Fatihah

Program Kerohanian

Beberapa hari yg lalu, MPP bg msg pd sy dan meminta tlg utk mengadakan satu program yg dinamakan "Qiamullail". Memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, jadi dalam pdgn sy apakata program Qiamullail ini diadakan sebulan semasa bulan Ramadhan. Hmm.... buntu memikirkan apa yg patut dilakukan. Mungkin kerana semasa cuti ini, terlalu byk aktiviti dan kurang membaca dan mengikuti isu-isu semasa seperti : Mahmoud Ahmadinejad berjaya dalam pilihan raya sekaligus menjadi Presiden Teheran. Wallahu'alam... Bersambung

Tuesday, June 9, 2009

SUARA MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Salah satu agenda menjadikan USM sebagai Apex University adalah dengan mengadakan satu bengkel kepimpinan bersama wakil-wakil mahasiswa/wi Universiti Sains Malaysia. Kampus Kesihatan telah membawa 9 orang wakil yang terdiri daripada majlis perwakilan dan wakil pelajar-pelajar. Bengkel ini telah selamat diadakan pada 2 Mei 2009 dan 3 Mei 2009.

Menaiki bot ke Pulau Jerjak, Pulau Pinang :)

Walaupun di akhir bengkel ini terdapat sedikit yg kurang puas hati, namun mahasiswa/wi kini mampu bersuara dan menyampaikan secara jujur nya semua kritikan, pujian, pembaikan dan sebagainya untuk manfa'at pelajar lain dan universiti juga. Seharusnya pihak atasan membuat tindakan lanjut, kerana tiada gunanya seandainya bengkel sebegini dibuat namun tindakan tidak mampu dijalankan...




Baru-baru ini, Universiti Sains Malaysia menjadi 'highlight' utama negara kerana terdapat masalah teknikal yg berlaku dimana nama pelajar yg sebenarnya shortlisted dipaparkan dan kemudian barulah nama pelajar yg mmg ditawarkan ke USM bagi sesi baru 2009/10 ini dipaparkan. hampir perbezaan 4000 calon yg tidak disenaraikan pada paparan kedua menyebabkan satu negara bergegar dan beberapa calon bersama keluarga yg kurang puas hati telah datang ke kampus mengenai hal ini. Walaubagaimana pun, kita tidak boleh seharusnya menyalahkan pihak universiti semata-mata. Diharapkan hal sebegini tidak berlaku lagi kerana ini boleh menjejaskan reputasi universiti yg kian naik di mata dunia.