Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, August 26, 2011

~Cinta pada dunia,kasihku pada amanah Allah SWT~

~Saat membahagiakan seorang wanita bergelar isteri adalah apabila disahkan mengandung~

Alhamdulillah, sedar tidak sedar, malam ini merupakan malam ke-27 bulan Ramadhan yg penuh dgn barakah ini. Antara malam-malam yg dijanjikan malam LailatulQadar. Dan hambaMu ini ingin terus menjadi hamba yg sentiasa mensyukuri nikmatMu. Semoga kita semua sama-sama tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yg beriman.

Membicarakan dengan seorang sahabat tentang kasih sayang pada dunia, termasuk kasih sayang pada suami, adakah ia akan mengatasi segala-galanya? Membicarakan kasih sayang terhadap apa-apa yg berada di dunia, nikmat yg Allah SWT bekalkan kpd kita hanyalah bersifat sementara.

Dan aku masih lagi menjadi insan pilihan Allah utk diuji dan diuji. Pada asalnya bahagia yg datang, dan kiranya selepas itu, Allah SWT ingin menarik semula bahagia itu. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabuut:2)

Beberapa potongan ayat Al-Qur'an terus menjelma dalam diriku tatkala diberitakan dgn khabar yg bagiku sgt menyedihkan ini. Ia ibaratkan bakal kehilangan seseorang yg telah kita tumpahkan kasih sayang terhadapnya. Bayi yg dikandungku ini kira-kira berusia 10 minggu kini dikhabarkan tiada dengupan jantung & tidak membesar dengan yg sepatutnya. Sewaktu Dr menyebut semasa membuat ultrasound scan, bayi itu saiznya terlalu kecil dari yg sepatutnya, bergetar hati ini. "Adakah sesuatu yg tidak diingini telah berlaku?" Dan akhirnya, apabila Dr memberitahuku beberapa kesimpulan yg dapat dibuat, airmata ku tidak mampu ditahan lagi, ku hanya mampu tersenyum dan mendengar dgn tabah penjelasan Dr disamping suami yg tersayang. 

Tempoh seminggu lagi yg diberikan utk memastikan bayi dalam kandungan ini sekiranya tiada perubahan, maka selamat tinggal sayangku. Perlu melakukan pembedahan yg melibatkan general anaesthetic.(kecut perut juga mendengar perkataan "bedah" ini). Sejak seminggu yg lalu, hati ini terlalu berkenan pada nama-nama sahabat-sahabat Rasulullah SAW. nama seperti Ammar dan Zubair sentiasa disebut-sebut. bahkan juga dua nama wanita solehah di zaman nabi juga disebut-sebut. 

Entahlah apa yg patut ku gambarkan perasaan diriku tatkala ini. Hanya do'a dan do'a pada Illahi agar segala yg ditetapkan itu adalah yg terbaik buat diri ini dan kami sekeluarga. Walaupun ku masih mengharapkan bayi dalam kandungan ini dapat diselamatkan, dan keajaiban Allah SWT akan berlaku, namun, ku tahu, segala suratan & takdir Allah SWT pasti itu yg terbaik. Itulah kita sekiranya beriman pada qada' & qadar. Kena berpegang teguh padaNYA. 

"Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)" (Ar-Ra'd:22)

~Semoga senyuman ini sentiasa terukir diwajahku~Sentiasa cuba tersenyum terutama dihadapan keluargaku~

La Tahzan. Inallahama'ana. Allah SWT sentiasa & sentiasa berada di sisi kita. Tempoh seminggu selepas raya yg cukup mendebarkan. InsyaAllah semoga sekiranya bukan sekarang rezekiku, maka akan ada rezeki di lain hari, semoga kita semua yg bergelar isteri akan dapat nikmat gelaran ibu@ummi ini. Bukan mudah kan perjuangan seorang ibu@ummi ini. :)


26 Ogos 2011
27 Ramadhan 1432 H

1 comment:

syafarah said...

all the besh my dear sister.. ar-Ra'd: 24.. sabar......... sabar............. dan sabar lagi.........