Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, March 12, 2010

Antara Emosi + Tekanan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yg lalu, saya dimarahi sgt-sgt oleh seorang insan yg melepaskan tekanannya kpd saya. Mengikut kata-kata seorang sahabat, kebiasaannya dia akan melepaskan tekanan dan rasa tidak puas hatinya kepada sahabat saya itu, namun kebetulan pada masa itu, kemungkinan dia tidak dpt menghubungi sahabat saya itu dan apabila dia menghubungi saya, teruk saya dimarahinya.

Telefon bimbit saya tiada batteri selama satu setengah hari atas beberapa faktor antaranya charger hp saya hilang+hp saya sudah pun di penghujung nyawa(uzur). Apabila dimarahi, tanpa sedar setelah meletak telefon, airmata saya mengalir dengan deras tanpa henti. Kalimat-kalimat Allah bermain di hujung-hujung bibir. "Pedihnya Ya Allah, dimarahi sesuatu yg bukan kita sengajakan mahupun kita mahu perkara itu terjadi". Memang salah saya kerana tidak usaha utk charge batteri hp sehingga menyebabkan mungkin dgn itu saya sudah menyusahkan pelbagai pihak untuk menghubungi saya. Selain itu, kerja yg saya dimarahi itu, bukanlah saya org yg sepatutnya dipertanggungjawabkan utk melaksanakannya, namun apabila kita volunteer diri kita menolong sahabat lain, kita yg akan jd mangsanya.

"Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Yunus : ayat 65)

Sahabat saya dengan nama samaran "Nur" terus menziarahi dan mendatangi bilik saya. Pelbagai lontaran nasihat dan pandangan diberikannya. Saya tidak tahu apa yg harus saya buat. Saya seorang yg suka meng'offer'kan diri saya tatkala sahabat saya kesempitan, namun tanpa sedar saya juga telah meletakkan ke tepi kepentingan diri saya, yg kdg2 akhirnya akan memakan diri sendiri. Sekiranya kita banyak membantu orang lain mengerjakan amanah mereka, maka kdg2 mereka akan mengambil sambil lewa hal itu dan kita juga kdg2 akan makan hati sekiranya dimarahi atau tidak dihargai.

Membantu orang lain bukanlah erti kata kita ingin mendapatkan perhatian dan penghargaan dari orang lain. Sehingga hari ini, orang yg memarahi saya masih belum memohon maaf dari saya. Saya terpaksa utk berdepan dengannya, dan perlu membaiki dan membersihkan hati ini agar kerja-kerja seterusnya yg perlu saya laksanakan bukan semata-mata saya laksanakan kerana amanah. saya perlu ikhlaskan hati, bersedia menerima semua orang utk melakukan tanggungjawab ini bersama-sama. kebersamaan itu sgtlah penting. saya tidak mampu dan tidak boleh melakukan sendirian. Allah SWT telah membuka pintu mata dan hati saya apabila dia memarahi saya. kalau tidak, selama ini dia hanya akan memberitahu sahabat saya rasa tidak puas hatinya terhadap saya dan beberapa org dalam organisasi itu. saya kira itu mengumpat namanya. adakah takut utk berterus terang? Wallahu'alam. saya kira dia punyai reason yg tersendiri. namun, dia juga perlu sedar bahawa dia sudah bekerja dengan ramai org dan terlalu ramai org yg jugak tidak puas hati dengannya.

Dalam sesuatu organisasi dan gerak kerja, dua elemen yg paling penting : memohon maaf dan memaafkan orang lain, keduanya elemen bersangka baik.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"(Surah Al-Baqarah:ayat 214)

Alhamdullilah, semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kami semua kerana lemah dan terlalu lemah sehinggakan program-program unsur maksiat masih berleluasa di muka bumi USM Kampus Kesihatan ini...



No comments: