Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, January 26, 2011

~Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) suatu realiti atau hanya fenomena?~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)" (Surah An-Naml:62)

Dalam perjuangan, mehnah(ujian) itu merupakan sunatullah setiap da'ie. MasyaAllah, kita acapkali mendengar kalimah ini, namun sejauh manakah aplikasinya dalam kehidupan setiap hari kita sebagai hamba Allah SWT. Beberapa hari yg lalu, saya diberikan amanah secara spontan dan drastiknya untuk membentangkan tajuk "Antara Qiyadah & Jundiyah" - Antara Pemimpin dan anggotanya. Apa yang boleh saya cakapkan selain dari ilmu yang cetek ini, adalah pengalaman menjadi seorang pemimpin di kampus saya.

Sedar tidak sedar, bulan Februari 2011 ini akan genap setahun memikul amanah yg sungguh berat lagi tidak berupaya ini. Teringat kata kakak yang disayangi jauh diperantauan orang "Bila masa kita mampu? Cuba bagitau kak, bila masa kita ini ada kemampuan kalau bukan Allah SWT yang bagi"

Sebenarnya, bila mana semua orang pun nak menolak memegang amanah menjadi pemimpin ini, sampai bila pun kita tidak mampu untuk membentuk khilafah Islamiyyah. Saya berbalik semula kepada beberapa aspek dalam menjadi seorang pemimpin. Ada yang berpendapat "saya tidak layak, saya tidak boleh" dan pelbagai alasan lagi. Walhal, dalam Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur'an, bahawa setiap dari kita merupakan pemimpin(khalifah) muka bumi. Berjawatan itu hanyalah dunia semata-mata, namun apakah yg tersiratnya.

Menjadi pemimpin itu merupakan fardhu kifayah. Sekiranya tiada mereka yang berfikrah(faham tentang Islam) menjadi pemimpin, maka akan berleluasa perkara-perkara yang dimungkari Allah SWT. Saya tidak dapat menafikan terlalu banyak kelemahan saya semasa memegang amanah itu. Perlu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya(namun kurang berjaya), menyebabkan kadang-kadang saya rasa berada dalam golongan yang rugi. Memegang amanah itu adalah suatu anugerah Allah SWT, namun jarang kita syukuri. Bukan untuk dibanggakan jawatan itu, namun, terdapat banyak barakah disebaliknya. Itulah manusia, apabila mahu melepaskannya, baru merasakan kerugian. Itu tidak buat, ini tidak buat. Yang penting, kita haruslah berlapang dada, apabila suatu organisasi telah memberi kepercayaan kepada kita untuk memikul amanah itu, kita haruslah melakukan yang terbaik.

Walaupun manusia sering menilai dari sudut negatif, kita harus jadikan ia sebagai kritikan untuk pembentukan dan penambahbaikan diri ke arah yang lebih baik. Dan sebenarnya, pandangan siapa yg kita cari? Adakah pandangan manusia? Tidak sama sekali. Tentulah pandangan Allah SWT yg kita cari. Yakinlah dengan balasan Allah SWT di akhirat kelak nanti. Perjuangan haruslah diteruskan walaupun bakal meletakkan jawatan tidak lama lagi, namun kita semua merupakan PEMIMPIN. PEMIMPIN kepada ummah, keluarga, sahabiah-sahabiah, anak-anak dan terutamanya diri sendiri. InsyaAllah, janji Allah itu pasti ada (^_~)

(Pemimpin bukanlah mereka yang paling mulia, namun pemimpin lah yang bakal membimbing orang lain untuk bersama-sama dengannya. Menjadi pemimpin itu adalah suatu amanah. Dan sejak dilahirkan kita sudahpun mendapat taklifan pemimpin itu)



Wassalam

26 Januari 2011

21 Safar 1432 H