Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Thursday, May 28, 2009

Kursus Biro Tatanegara Mahasiswa Asas

Masih dalam proses penulisan... :)






Kursus Biro Tatanegara merupakan kursus yang wajib dihadiri bagi semua mahasiswa/wi di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Ana bertuah kerana dipilih untuk menghadiri kursus ini di Pulau Langkawi, Kedah. Walaupun balik-balik jer, ramai juga saudara dan jiran yang agak 'hairan' dengan kursus ini, namun banyak pengalaman, dan banyak ilmu baru yang ana timba di sana. Sebagai seorang mahasiswa/wi professional, pandai-pandailah kita menilai dan memilih yang baik, dan buang yang tidak baik. Jadilah kita individu yang professional berfikiran rasional dan tidak hanya membuat keputusan membabi buta. yang paling penting, ana belajar untuk menjadi berani dan menegakkan kebenaran. Thanks sebab dapat berkenalan dengan ramai adik-adik diploma nursing. happy knowing them.

~all for one, one for all??? is this right??? ~
~dakwah is no one, but academic is not no 2~

Erti Sebuah Hadiah

Assalamu'alaikum Wrt & Salam Sejahtera...

Sekian lama hampir 4 bulan, ana tidak meng'update' blog ana... sampai ada shbt yg rupanya sdg menanti2 cerita terbaru ana selama ini, dan ada jugak yg menegur ana secara halus...
Bila dah lama tak 'update' nih, tangan jd kaku utk menulis... walaupun sepanjang 4 bulan ni, terdapat pelbagai cerita suka duka yg melanda... bukan diri sendiri sahaja, bahkan juga dunia luar mahupun dalam negara sendiri...







okeylah... dua hari yg lepas, ana membelek hadiah kaca yg ada tulisan pemberian seseorang. dan ana letakkan kaca itu di atas kotak yg lampu dan nyalakan lampu itu... Ya ALLAH, cantiknya lampu itu menyala dan menukar warna, serta memberi effect pada tulisan yg tertera di atas kaca itu... kalau tidak silap ana, hadiah itu sudah hampir beberapa bulan ana dapat, tapi selama ini, ana tidak tahu bahawa lampu kotak itu tujuannya adalah utk memberi gambaran yg indah terhadap kaca itu... ana pun apa lagi, mms orang yg beri hadiah itu... bila ana fikir balik, kenapalah selama ini ana tidak tahu... adakah ana terlalu leka dan sibuk urusan lain... atau adakah ana tidak mengendahkan hadiah yg diberi oleh orang... ??? apabila kita menerima hadiah, itu bermakna diri kita dihargai... jadi kita sepatutnya menghargai juga hadiah pemberian itu... ~tepuk dada, tanyalah hati~ ;)

Cuti Semester 2

Assalamu'alaikum Wrt dan Salam Sejahtera...

Cuti semester 2 merupakan cuti yg panjang bg sesetengah IPTA di Malaysia.
Segelintir mahasiswa/mahasiswi kini ada yg kerja part-time, ada yang melancong, ada yg goyang kaki dirumah, dan ada yang bz meng'update' blog masing-masing.

Sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi, kita perlulah mengisi masa yang ada ini sebaik yg mungkin.

Bagi sesetengah IPTA, rasanya keputusan peperiksaan semester lepas sudah pun diumumkan, jadi buatlah perancangan dari sekarang. tanamkan azam dan nekad yg baru bagi semester yg baru. jangan nak tunggu tahun baru, awal muharram baru nak bernekad. Setiap hari adalah hari yang baru. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam... Renung-renungkan dan fikir-fikirkan... ;)