Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah
Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Monday, December 14, 2009

Bahagia atau Sengsara Masa Cuti? - Episod : Adakah Saya Seorang Doktor???


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia & hidayat ini, perjalanan saya ke USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan selama 6 hari berjalan dengan lancarnya dan banyak pengalaman telah saya timba selama 6 hari ini.

Pada hari Sabtu yg lepas, 12 hb Disember 2009 sy telah menyertai satu khidmat kesihatan sekitar kawasan Kelantan yg lebih molek kiranya sy tidak menyebutkan destinasinya. Bersama-sama dua org doktor, seorang pelajar nutrition & dua org pelajar perubatan, kami ke sana. Inilah kali pertama sy menyertai khidmat kesihatan di luar kampus, jikalau sebelum ini semasa sy berada di dental, sy hanya menjadi org backup semasa khidmat kesihatan di dlm kampus.

Apabila tiba di lokasi, kami tiba agak lewat sekitar jam 9.30 pagi namun kelihatan byk lg booth yg masih belum dibuka dan sdg membuat persiapan. Tanpa membuang masa, kami membuat persiapan dgn menyediakan kawasan kami dan alat-alatan serta ubat-ubatan yg dibawa. Pada mulanya, Dr meminta sy utk mengendalikan kaunter bacaan tekanan darah, namun kerana kurangnya ilmu sy, maka Dr sendiri bersama senior pelajar perubatan yg mengendalikan kaunter itu. Sy pula lebih selesa utk berada di kaunter pendaftaran(walaupun bukanlah pendaftaran yg formal). Sy cuba menyesuaikan diri sy utk berkomunikasi dengan masyarakat kelantan yg begitu pekat loghatnya. Kdg2 tersasul juga lah sy bercampur dengan bahasa utara sy.

Ramai yg hadir menanyakan "takde kaunter cek kencing manis ka?", memandangkan kami tidak membawa glukometer, tetapi kemudiannya, glukometer tiba. Pada mulanya, sy meminta sahabat sy senior perubatan yg mengendalikan glukometer ini, tetapi entah bagaimana, sy pula yg cuba check sama ada alat ini boleh digunakan atau tidak. Setelah cubaan demi cubaan dilakukan kpd sahabat sy, ternyata bekas utk handle jarum itu ternyata tidak dpt digunakan dgn baik. Maaflah, sy tidak ingt apa namanya. Apabila bertanya pd Dr, Dr menyuruh melakukan secara manual. Sahabt-sahabat yg hadir tidak berani@tiada pengalaman utk melakukannya.

Pada mulanya, sy ingt tidak mahulah check kandungan glukosa ini kepada org awam yg hadir, tetapi di hadapan sy ini, sudah ramai yg beratur tidak sabar nampaknya utk check glukosa masing2. Dr memberitahu bahawa hanya mereka yg ada kencing manis shj boleh dicheck memandangkan kaedah cucuk jarum secara manual akan dibuat, tetapi entahlah org ramai nak buat ada@tiada kencing manis.

Sy pun cuba utk membuatnya, seolah2 mahir dlm hal ini, padahal sy hanya mengetahui teorinya shj. Selama dlm makmal pun, kami tidak pernah menjalankn secara manual kaedah cucuk jarum utk ambil darah ni. Dengan lafaz nama Allah, dan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W, sy ambil bacaan glukosa seorang demi seorang. Ngeri juga apabila difikirkan kembali walaupun telah disapu jari dengan alcohol, namun, sy bimbang kesakitan yg dialami org awam ini. Seorang demi seorang sy menanyakan adakah sakit selepas sy cucuk jari mereka... Sy pujuk org awam agar tidak melakukan ujian glukosa ini dan memberitahu mereka bahawa sy hanyalah seorg student dan bukannya student perubatan... Alhamdullilah, mereka tetap ingin dan percaya dan yakin bahawa sy mampu utk melaksanakannya...

Tepat jam 12.30 tgh hari, Dr meminta kami menutup kaunter khidmat kesihatan ini kerana kami ada destinasi lain yg ingin pergi... Org ramai begitu kecewa apabila menyatakan kami sudah mahu tutup kedai... Sy hanya senyum & terus senyum pd mereka... Sempat juga menasihati pakcik,makcik, kakak-kakak dan adik2 utk sentiasa berjumpa doktor sekiranya perlu.

Selama ini, sy terlalu mengimpi-impikan utk turun pdg melakukan khidmat kesihatan kpd org awam. Alhamdullilah ya Allah. Hari ini telah tercapai satu impian sy utk menyumbangkan sesuatu kpd org ramai. Walaupun perasaan takut masih ada dlm sanubari hati, namun rasa syukur itu terlalu menebal hingga tidak sabar sekiranya ada lg peluang utk berkhidmat kpd masyarakat...


tika itu, tika itu aku masih lagi kecil
hanya mampu melihat tangisan ibuku
menerima ujian yg begitu besar buatnya
ibu mana yg sanggup melihat anaknya sakit
ibu mana yg sanggup melihat anaknya menderita

ulang alikku bersama ibu ke hospital
membuatkn aku melihat kesakitan-kesakitan yg pedih
sehingga tertanamnya satu keazaman dlm diriku
utk aku menabur jasa pd mereka yg memerlukan

namun, rezeki itu bukanlah di tgn manusia
Allah lah pemberi segala rezeki
tika peluang itu tiba utk ku menyambung pelajaran
entah mengapa saat itu ku menolaknya
sehingga ku masuk di alam pergigian

satu demi satu yg menimpa diriku
kini ku terpaksa melepaskan alam pergigian
menukar kursus yg hidup ke yg mati
mengkaji bukti-bukti kematian
kes-kes yg menganiayai mereka yg tidak bersalah
maka itulah fardhu kifayah ke atasku kini...

ya Allah, cintaku pd alam perubatan tidak kan berakhir
kau gagahi lah diriku utk meneruskan perjuangan
semoga walau ku kini bukan di alam perubatan
aku masih lg mampu menolong mereka yg kurang berdaya

Catatan bakal Pakar Forensik,
Cahaya Penawarku
8.22pm

28 Zulhijjah 1430 H






Sunday, November 29, 2009

Berlalunya Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia (Wehdah 09)

1-Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09

Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09
Oleh :Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran
Timbalan Dekan, Fakulti Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, UIAM


Antara peserta muslimin yang hadir dari IPT dan Kolej-Kolej Komuniti seluruh Malaysia



Peserta -peserta muslimat yang Hadir

2- WACANA 1
Tema : Sikap Sosial

Wacana 2
Sidang Pleno 1 di DKP 3

Wacana 1
Sidang Pleno 2, DKP 4

Penyampaian cenderamata kepada ahli panel.

WACANA 2
Tema 2 : Strategi dakwah


Wacana 2
Sidang Pleno2 di DKP3

Penyerahan cenderamata di DKP 3

Wacana 2
Sidang Pleno 2 di DKP4

Penyerahan cenderamata kepada ahli-ahli panel DKP 4

4-FORUM
"GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
"

Forum-bersama Ahli-ahli panel

Barisan peserta dari IPT dalam sesi soal jawab

Penghargaan daripada pihak Sekretariat kepada para ahli panel jemputan.


5- PERSEMBAHAN NASYID
Mengakhiri majlis


Persembahan menarik dari kumpulan Da'i

sumber: www.kpmk09.blogspot.com

Saturday, November 28, 2009

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009 (Wehdah 09) : Diari Perjalanan 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas junjugan besar Rasulullah S.A.W, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda serta para da'ie yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu...

Syukur Alhamdullilah, cuti semester kali ini dapat diisi dengan satu program yang saya kira sangat-sangat manfa'at anjuran Sekteriat Pendakwah Muda Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini yang telah berlangsung pada 22hb-25hb Nov mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan di mana pesertanya lebih kurang 700++ seluruh Malaysia.















Baru dapat upload gambar-gambar & masih belum berpeluang untuk menulis... InsyaAllah dlm masa yg terdekat ini, tungguu... :)

Wednesday, October 21, 2009

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Tepat jam 2.06 pagi... terfikir sejenak untuk berkongsi pengalaman menaiki kapal terbang. Ini bukanlah kali pertama saya menaiki kapal terbang, tetapi entah kenapa, kali ini, terlalu banyak yang bermain di fikiran semasa menaiki kapal terbang ini...


Sewaktu menangkap gambar ini, walaupun hanya menggunakan telefon bimbit yang tidak besar megapixel nya, namun, peta kawasan rumah di bawah masih jelas lagi kelihatan... terfikir kalau dari atas, rumah-rumah ini nampak kecil... apatah lg kita manusia...


Rumah-rumah kian tidak kelihatan...


Matahari kian terbenam...


Awan-awan sudah kelihatan... Di kala ini, pelbagai persoalan yang timbul... kadang-kadang rasa seronok berada di atas awan... Kesedihan, kegelisahan, keresahan, tetapi apabila melihat kita berada di atas awan, baru sedar bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan tetapi kadang-kadang sebagai manusia biasa, terlupa nikmat-nikmat Allah... sentiasa hanya melihat terhadap musibah yang menimpa, tetapi tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada...

Kadang-kadang rasa sedih, rasa takut, takut-takut kalau tak sempat nak mendarat di atas tanah... takut kerana terlalu banyak amanah-amanah Allah S.W.T yang masih tidak dijalankan, yang masih ada tertangguh, yang masih ada kelemahan-kelemahan... Di kala ini, rasa takut sangat kalau-kalau Allah menarik segala nikmat yang Allah berikan... takut Allah tarik balik peluang yang sangat banyak Allah berikan...

Bila memikirkan kenapa belajar itu perlu... menuntut ilmu perlu... baru sedar bahawa kita orang Islam, bukan menuntut ilmu semata-mata hendak peperiksaan, tetapi ilmu yang bermanfa'at itu adalah ilmu yang boleh dibawa sampai bila-bila... means, walaupun dah habis exam, ilmu yang dipelajari itu boleh beri kebaikan pada orang lain... boleh beri manfa'at pada orang lain... dan semestinya ilmu agama itu wajib dipelajari walaupun bukan di bidang agama... tetapi rugilah kita kalau kita menjadi orang Islam tanpa mengenal erti sebenar Islam itu... Seandainya kita merasakan bahawa diri kita sedang merubah, sedang mencari arah tuju yang sebenar, seolah-olah kita baru masuk Islam, seolah-olah kita baru kenal Islam, sedarlah bahawa InsyaAllah, hidayah Allah itu sentiasa ada, yang penting kita perlulah mencari agama kita yang sebenar...

Dah mengantuk... esok exam... Wallahu'alam...

Cahaya Penawarku
2.19 am
21 oktober 2009



Saturday, October 17, 2009

Detik-detik Perjalanan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para da'ie yang terlebih dahulu meninggalkan kita semua...

Alhamdullilah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya berkesempatan juga utk menulis warkah yang menyembunyikan 1001 perasaan dalam hati ini...

Ukhuwwah...apakah yang dikatakan dengan ukhuwwah ini? Sukar utk dimengertikan... sukar utk didefinisikan...kdg2 pandai bercakap secara teori, tapi praktikalitinya zero. Bila diuji, kita kalah. Bila digertak, kita undur. Adakah itu dikatakan ukhuwwah? Bila masa menghimpit diri kita, kita meninggalkan sahabat-sahabat kita. Bila sahabat-sahabat buat kesilapan, kita menyalahkan mereka, tanpa menegur secara baik. Kita pulaukan mereka tanpa memperbaiki kelemahan mereka. Adakah itu dikatakan sahabat yang baik yg menjalinkan ukhuwwah atas dasar perjuangan Islam?

Buku "566 Kata-Kata Hikmah Jadilah Orang Yang Paling Bahagia" menyatakan dalam kata-kata hikmah yang ke-8 "Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda"

Semalam, 16 oktober (JumaaT), Alhamdullilah dengan izin dan limpah kurnia Allah, ku dapat menjejakkan kaki ke fakulti pergigian UM bertemu sahabiah-sahabiah yg telah lama ku tidak temui... Walau dalam kesibukan yg menimpa diri, Alhamdullilah dapat bertemu dengan mereka semua, walau kejap.. namun masih ada kelapangan masa utk berkongsi ilmu dunia mahupun akhirat...

Ku amat-amat merindui mereka, dan tika ini ku amat-amat merindui sahabiah baru ku di USM Kubang Kerian... Walau hati dihimpit dengan pelbagai dugaan dan ujian yg menguji ukhuwwah di USM Kubang Kerian, namun, matlamat utama adalah dasar ikatan hati ini merupakan satu iaitu berjuang utk Islam kerana Allah...

"Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan"

Semasa tunggu ketibaan kapal terbang pagi semalam, saya melihat seorang ibu yang bertudung labuh membawa anak kecilya. Tertanya dalam diri, adakah mereka hanya berdua sahaja... ibu itu menegur saya dan bertanyakan adakah kapal terbang yang ditunggu kami telah tiba. Saya hanya menjawab "belum lagi" sambil memberi senyuman kepadanya. Rasa tenang dan damai melihat ibu ini melayan kerenah anaknya walaupun berdua. Dengan anaknya lagi, begnya lagi.

Dalam kapal terbang, saya duduk disebelah dua adik-adik yang bagi saya dalam usia sekolah rendah. Pelbagai kerenah yang saya lihat dari adik-adik ini dan terfikir "Adakah saya sebegini masa usia mereka?". Saya hanya senyum dan terus senyum sepanjang perjalanan. Dihadapan saya tetapi bertentangan baris saya terdapat seorang ayah bersama anak kecil juga. Di akhir perjalanan hampir tiba di Kuala Lumpur, anak kecil itu menangis. Maka saya lihat, apakah yang akan dilakukan si ayah ini... Si ayah ini mengeluarkan botol susu dan memberi anaknya minum. Dalam hati, Alhamdullilah si anak kecil ini dapat minum selepas kelaparan...

Saya lihat pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada manusia tanpa disedari. Saya ke KL Sentral dengan menaiki KLIA Express. Entah mcm mana saya boleh tertidur sehingga tiba di KL Sentral. Mujurlah ada seorang pakcik mengejutkan saya dengan mengetuk meja dihadapan saya. Ya Allah. Rasa malu yang teramat menurjah diri saya. Saya terus ucapkan terima kasih dan berlalu pergi dengan cepat kerana malu.

Sewaktu saya naik putra dari UM ke UIA gombak, saya sekali lagi tertidur. Tetapi nasib baiklah saya tersedar setiap kali tren itu berhenti. Perasaan masuk UIA gombak sukar ditafsirkan. Beruntunglah mereka yang dapat menyambungkan pelajaran ke UIA gombak kerana tempat itulah menjadi idaman saya sejak kecil. Saya tetap bersyukur kerana masih di IPTA dan diberi peluang oleh Allah utk menyambungkan pelajaran.

Walau diri keletihan, senyuman demi senyuman, cerita demi cerita saya dan sahabat, Azimah kongsikan... Akhirnya saya tertidur akibat keletihan dan bangun sebelum maghrib. Kami keluar makan, dan Alhamdullilah, sahabat saya itu belanja saya makan. Ya Allah, terlalu banyak nikmatmu yg tidak dapat ku hitungkan... Pelbagai perkongsian yang saya pelajari dari sahabat saya itu... memandangkan dia adalah pelajar cemerlang UIA setiap semester dan bakal graduate akhir bulan 11 ini... Gembira tidak terhingga melihat sahabat-sahabat yang berjaya...

Jam 8.40 malam saya sekali lagi menaiki putra dan ke UM semula utk tidur bersama sahabat baik saya semasa di dental suatu ketika dahulu... Alhamdullilah, Allah permudahkan aturan planning saya... Entah kenapa hari ini, setiap yang dilihat, setiap yang difikirkan, yang didengari dikaitkan dengan Islam... Alhamdullilah, syukur sangat-sangat. "Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama,akal,kesihatan,pakaian,pendengaran,penglihatan,rezeki,keluarga serta segala nikmatNYA yang lain"

Semoga, saya akan pulang ke USM Kubang Kerian dengan suatu semangat dan keazaman bagi memartabatkan Islam, InsyaAllah...
~Jadilah orang yang Paling Bahagia~

Cahaya Penawarku
17 Oktober 2009
2.57 am