
Dimulakan dengan Bismillah
Thursday, October 6, 2011
~Kunci segala kunci~

Monday, October 3, 2011
~Pengalaman berpantang~
Assalamu'alaikum Wrt kepada semua yg sudi membaca blog saya yg tidak seberapa ini. Pertama sekali, sangat bersyukur esok akan genap sebulan saya berpantang.
Walaupun keguguran, sewajarnya orang yg keguguran perlu juga berpantang seperti orang yg bersalin normal. Tempoh minimum adalah selama 2 minggu atau 20 hari.
Kebiasaan orang yg alami keguguran akan mendapat cuti selama 2 minggu, tapi Dr saya bagi saya cuti selama 6 hari (mmg masa tu pun tgh bercuti). Bila praktikal sekarang, Alhamdulillah, tidak lah sebetul-betulnya jaga, namun saya cuba yg terbaik utk menjaga....
Mungkin saya tidak perlu bercerita panjang tentang cara-cara utk berpantang, namun dari segi khasiat dan makanan tambahan yg perlu diambil, adalah sangat-sangat perlu seperti multivitamin, herba, dan susu utk menguatkan tulang rahim kita. Selain itu, urut selepas bersalin adalah sangat perlu iaitu urut 3 kali agar badan menjadi lebih segar semula.
Perbezaan yg dapat saya rasakan bila kali ketiga urut adalah, sebelum ini, selalu rasa badan sejuk. Alhamdulillah, selepas urut kali ketiga, badan terus segar semula.
Ibu-ibu mahupun wanita yg berada dalam tempoh berpantang, emosi mereka kurang stabil. Kepada para suami, harus sentiasa ingat ye! Kalau isteri buat 'perangai', banyakkan bersabar ye :) kesakitan yg mereka alami, memakan masa utk sembuh... namun jangan risau, InsyaAllah dengan berkat berdo'a pd Allah SWT, saya yakin, wanita-wanita pasti dapat menempuhi proses berpantang dengan jayanya.
Dan buat para wanita juga, anda perlu ingat, walaupun apa jua keadaan yg dialami, suami perlulah diutamakan. Tolak ansur adalah sangat perlu, saling faham memahami, dan bersabarlah dengan keadaan kita. Kadang-kadang mungkin suami tak dapat nak tahu apa yg kita alami, namun, kita sebagai kaum wanita, perlu berfikiran positif dan mencari cara utk bercerita pada si suami secara berhikmah, apa sebenarnya yg kita sedang alami, dan apa yg kita mahukan dari si suami (^_~) tidak salah utk memberitahu mereka, apa yg kita nak... InsyaAllah...
"“Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
~Erti perkahwinan dalam mencari redha Allah SWT~
Pesanan buat diri : "Perkahwinan adalah suatu perkara yg suci, maka janganlah ia dicemari hanya kerana nafsu dan buruk sangka, serta janganlah dicemari hanya kerana diuji. Ujian itu adalah utk meningkatkan ketaqwaan suami isteri dalam menuju bahtera syurga"
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Friday, September 9, 2011
Detik-detik cemas
"إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما ثم يكون في ذلك علقة مثل ذلك ثم يكون في ذلك مضغة مثل ذلك ثم يرسل الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد"
Ertinya : “Sesungguhnya setiap kamu diciptakan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu diitup roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagia.” Muttafaqun ‘Alaihi.لكل من الحيوان المنوي وبويضة المرأة حياة تناسبه إذا سلم من الآفات, تهيئ كلاً منهما بإذن الله وتقديره للاتحاد بالآخر , وعند ذلك يتكون الجنين إن شاء الله ذلك, ويكون حياً أيضاً حياة تناسبه حياة النمو والتنقل في الأطوار المعروفة , فإذا نفخ فيه الروح سرت فيه حياة أخرى بإذن الله اللطيف الخبير .
Yang bermaksud : “Jika ditakdirkan air mani dan telur wanita tidak mati, kedua-duanya akan hidup sesuai dengan keadaan kedua-duanya (seperti yang diciptakan). Dengan izin Allah dan takdir-Nya kedua-duanya akan bersatu. Ketika itu akan terbentuklah janin dengan izin Allah. Dan janin itu hidup sesuai dengan perkembangannya dan peningkatannya mengikut tahap yang sudah ditetapkan. Apabila ditiup roh padanya akan berputik satu kehidupan dengan izin Allah yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui”.Tatkala berada di tengah-tengah bilik pembedahan sekitar jam 9.43pagi, dapat ku lihat lampu bilik bedah itu sama seperti yg sering ditonton dalam televisyen. Inilah kali pertama diri ini memasuki bilik bedah. Dan buat pertama kali, diri ini akan melalui prosedur yg melibatkan GA(general anaesthetic) yg melibatkan bius seluruh badan.
D&C (Dilation & Curettage) is a surgical procedure often performed after a first trimester miscarriage di mana ia merupakan satu minor procedur, walaubagaimana pun melibatkan bius seluruh badan dan perlu masuk ke bilik bedah utk melaksanakan prosedur ini. Prosedur ini memakan masa lebih kurang 2-4jam. Kebiasaannya ibu yg gugur dan bayinya tidak keluar habis, juga perlu melakukan prosedur D&C utk mencuci agar rahim ibu itu kekal dalam keadaan baik & boleh mengandung di masa akan datang.
Sehari sebelum prosedur dilakukan, saya bersama keluarga telah berjumpa Dr Pakar Sakit Puan utk check buat kali kedua, manalah tahu perkara yg saya dapat tahu beberapa hari sebelum Hari Raya 'Aidilfitri itu dengan izin Allah SWT, keajaiban boleh berlaku.
Dr memberitahu terdapat 2 kemungkinan kenapa bayi itu tidak berkembang & masih tidak mempunyai dengupan jantung sebelum melakukan ultrasound ke atas diri ini. Kemungkinan yg pertama 1) bayi itu telah meninggal dunia, dan kemungkinan yg kedua 2) telur yg dihasilkan oleh si ibu adalah lambat, maka persenyawaan berlaku lambat, maka tidak boleh dikira atau berlaku kesilapan terhadap pengiraan umur bayi dalam kandungan. Maka utk membuat confirmation ini, dua test telah dilakukan.
Semasa Dr membuat ultrasound abdominal(pada bahagian permukaan atas), bayi dlm kandungan tidak dapat dilihat melalui skrin yg dipaparkan. "Apa yg boleh saya perhatikan dari sini 99% confirmation bayi ini telah tiada, tetapi takpe, kita akan membuat vagina ultrasound utk 100% confirmation" Dr itu memberitahu pada keluargaku.
Dan apabila vagina ultrasound dilakukan, terkumat kamit pada mulut saya membaca "bismillahi tawakkal tu 'ala Allah-dan diri ini hanya mengharapkan keredhaanNYA dan apa yg ditakdirkan terbaik olehNYA"
"Nampaknya saya amat bersetuju dengan Dr pakar yg telah dibuat di Penang, 100% bayi ini telah mati lebih kurang sebulan yg lalu"... pada masa itu ku lihat gambar bayi dalam kandungan, bayi yg berukuran 4.4 mm, rahim ku yg besar 11 minggu, ku lihat ada wajah tangan pada bayi dalam kandungan ku, namun benarlah, bayi itu sungguh kecil sekali, berbeza dengan rahim ku yg berkembang besar.
"Perkara seperti ini adalah perkara biasa berlaku. Statistik kajian menunjukkan dalam 15 orang daripada 100 orang yg mengandung akan mengalami situasi seperti ini. Disebabkan adik tidak mengalami sebarang pendarahan, maka ia dikenali missed miscarriage, mati dalam kandungan. Dan mengikut jangkaan 4minggu-6minggu pendarahan akan berlaku erti kata lain turun darah" Dr menjelaskan. "Disebabkan ini adalah anak yg pertama, maka saya suggest melakukan D&C, 50% daripada mereka yg gugur tidak habis keluar, maka perlu juga melakukan D&C if bukan sekarang"
Setelah berbincang, mak abah & suami, maka D&C dilakukan esok hari(4hb Sept 2011). Malam ini tidak mampu ku ungkap dengan kata-kata, hanya sentiasa berdo'a dalam hati dan hanya mampu mengadu padaNYA. Jam seawal 4 pagi ku bangun, dan terus mencari Allah SWT, dalam fikiranku "adakah Allah SWT terlalu merindukan rintihan hambaMU ini barulah hal ini terjadi?" namun, redha, dengan apa yg ditakdirkanNYA. Dalam do'a hanya mengharapkan agar prosedur berjalan dengan lancar & selamat.
Jam 6 pagi tepat, ubat 5 biji ditelan utk induced mcm orang bersalin. 7.02 pagi tepat tiba di hospital dan terus dimasukkan ke dalam wad, ayat-ayat Al-Qur'an bermain di bibir, melihat wajah suami & ibu tersayang.
Jam 7.30 pagi, sakit seperti period pain mula dirasai, sekitar jam 8pagi, sakit belakang, tulang belulang, dan denyutan di sekitar bawah mulai kuat dan makin kuat. Tatkala ini, bila tengok ada stain darah, maka mengikut Dr, bukaan laluan seperti orang bersalin dah mula terbuka. "“La takhaf wa la tahzan, Innallaha ma'ana”, Jangan takut jangan sedih, Allah pasti bersama kita"
Tepat jam 9.10 pagi, diri ini telah ditolak ke bilik pembedahan, sempat lagi ada sifat malu, "malunye orang tengok", ku memberitahu pada mak & suami yg turut sama ikut nurse ke luar pintu bilik pembedahan. Sampai hadnya, suami & mak tak dapat nak ikut dah. Hanya menunggu di luar. Bila masuk bilik bedah, Dr pakar bius pun mulai membuat explaination prosedur membius, dan ku perlu sign borang agreement apa entah utk bius tu. Sewaktu belakang tapak tangan mula dicucuk dengan jarum utk dibiuskan, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
"Sakit sungguh, tapi kesakitan kematian pasti lebih dahsyat dari ini" pujuk hatiku, dalam masa yg sama diri ini pun mengucap dua kalima syahadah sehingga tidak sedar diri.
"Adik-adik, bangun, dah siap dah operate", ku membuka mata, dan mengucapkan rasa syukur pada Allah SWT, semuanya telah selamat, dan tatkala ini airmata mula mengalir, mengenangkan bayi dalam rahimku sudah dikeluarkan... Sedih yg amat... Teramat... dan tidak mampu ku ungkapkan lagi. Ku masih bersyukur kerana diberi peluang & nikmat oleh Allah SWT utk menjalani kehidupanku sebagai hamba Allah SWT dan agar ku masih diberi masa utk ber'amal dan sujud padaNYA sebelum masa itu terlambat buatku.
Kerana keletihan yg amat, ku pejamkan mata, dan menunggu masa utk ditolak keluar masuk ke wad semula. Apabila nurse membawa ku keluar dari bilik bedah, kedengaran suara adik-adikku, dan ada yg bertanya "kak Siti ni dah sedar ke", ku hanya mengangguk, sekadar memberi isyarat bahawa ku sudah sedar. walaupun ibu ku memberitahu pada masa itu ku masih mamai dengan pengaruh drug bius yg diberikan.
Masih ku ingat lagi, semasa tiba di penghujung jalan yg tidak dibenarkan masuk sebelum masuk ke bilik bedah, suami tanyakan pada nurse "di mana surau?", dan pagi semasa solat subuh berjemaah sebelum ke hospital, suami ku membacakan surah Al-Mulk. Entahlah kenapa subuh itu terasa sayu. Dan ku memohon kemaafan dari suamiku andai diri ini tidak menjadi seorang isteri yg baik & menyenangkan hatinya.
6hb Sept 2011, kandungan yg terdapat dalam rahim termasuk uri ku selamat ditanam dibelakang rumah sewa kami. Hati pilu menusuk diri, fikiranku selama beberapa hari ini masih terbayang pada kandungan itu. Kandungan, zuriat yg tidak kesampaian, masih belum tiba rezeki kami utk mempunyai zuriat lagi. Pasti besar hikmahNYA. Semoga rezeki yg lebih baik menunggu kami di kemudian hari.
Di dalam sebuah hadith "Wahai Abu Hurairah, kejadian apa pun yg engkau temui, sungguh pena telah mengering; qada' telah ditetapkan; qadar telah selesai diputuskan; segala ketetapan telah selesai ditulis; pena telah diangkat; dan lembaran telah mengering"
Inilah ujian yg ku rasakan besar buat diri ini setelah pernah gagal 2 kali dalam akademik semasa membuat bidang pergigian suatu ketika dulu. Kini, ku bakal memasuki tahun akhir Sarjana Muda Sains Forensik dan bakal berdaftar praktikal selama 1 semester di Maktab PDRM Cheras. InsyaAllah, ujian ku ini kecil sahaja berbanding ujian-ujian ummat-ummat terdahulu. Inilah lumrah perjuangan, perlukan ujian agar diri menjadi lebih kental & teguh, agar di masa hadapan tiada perkara yg ditakuti melainkan MAHA PENCIPTA. Hanya DIALAH yg berhak ditakuti...
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma'idah ayat 119, maksudnya :
"Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNYA"
~Zauj menggalikan tanah dibelakang rumah~ |
~Detik-detik yg menyayat hati buat abinya, Abdul Hakim bin Abdul Jalil~ |
~Al-fatihah~ Suatu pengalaman & nikmat berharga yg dikurniakan Allah SWT buat kami berdua. Alhamdulillah |
***Artikel ini ku dedikasi khas buat suami tercinta selepas Allah SWT & Rasulullah S.AW, ku tahu tangisan yg tersembunyi disebalik wajahmu yg tenang, ku tahu betapa sukarnya detik-detik dirimu tanam kesemua isi kandungan yg terdapat dalam rahim zaujah(isteri)mu ini, ku tahu walau tak mampu ku ungkapkan, namun kita masing-masing mengalami detik-detik sukar menghadapi ujian ini. Bahkan bukan hanya satu ujian, tetapi beberapa ujian yg tidak mampu dilafazkan, biarlah terbuku dalam hati, biarlah tersemai dalam iman, biarlah Allah SWT menjadi tempat kita mengadu, walau sukar bagaimana dirimu, akan ku terus senyum & bangun serta bangkit berjuang, dan semoga dirimu juga akan sentiasa bangun menuju keredhaan Allah SWT. My beloved zauj, all the best in finishing your thesis master, may Allah SWT always bless our family and every ummah in this whole entire world***
11 Syawal 1432 H
09 September 2011
"Keredhaan memiliki buah yg melimpah berupa keimanan. Orang yg redha hatinya akan terangkat hingga tempat yg paling tinggi, yg kemudian mempengaruhi keyakinannya yg semakin mendalam dan kuat mengakar. Pengaruhnya kemudian adalah kejujuran dalam berucap, berbuat dan berperilaku"
Friday, August 26, 2011
~Cinta pada dunia,kasihku pada amanah Allah SWT~
![]() |
~Saat membahagiakan seorang wanita bergelar isteri adalah apabila disahkan mengandung~ |
Alhamdulillah, sedar tidak sedar, malam ini merupakan malam ke-27 bulan Ramadhan yg penuh dgn barakah ini. Antara malam-malam yg dijanjikan malam LailatulQadar. Dan hambaMu ini ingin terus menjadi hamba yg sentiasa mensyukuri nikmatMu. Semoga kita semua sama-sama tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yg beriman.
Membicarakan dengan seorang sahabat tentang kasih sayang pada dunia, termasuk kasih sayang pada suami, adakah ia akan mengatasi segala-galanya? Membicarakan kasih sayang terhadap apa-apa yg berada di dunia, nikmat yg Allah SWT bekalkan kpd kita hanyalah bersifat sementara.
Dan aku masih lagi menjadi insan pilihan Allah utk diuji dan diuji. Pada asalnya bahagia yg datang, dan kiranya selepas itu, Allah SWT ingin menarik semula bahagia itu. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabuut:2)
Beberapa potongan ayat Al-Qur'an terus menjelma dalam diriku tatkala diberitakan dgn khabar yg bagiku sgt menyedihkan ini. Ia ibaratkan bakal kehilangan seseorang yg telah kita tumpahkan kasih sayang terhadapnya. Bayi yg dikandungku ini kira-kira berusia 10 minggu kini dikhabarkan tiada dengupan jantung & tidak membesar dengan yg sepatutnya. Sewaktu Dr menyebut semasa membuat ultrasound scan, bayi itu saiznya terlalu kecil dari yg sepatutnya, bergetar hati ini. "Adakah sesuatu yg tidak diingini telah berlaku?" Dan akhirnya, apabila Dr memberitahuku beberapa kesimpulan yg dapat dibuat, airmata ku tidak mampu ditahan lagi, ku hanya mampu tersenyum dan mendengar dgn tabah penjelasan Dr disamping suami yg tersayang.
Tempoh seminggu lagi yg diberikan utk memastikan bayi dalam kandungan ini sekiranya tiada perubahan, maka selamat tinggal sayangku. Perlu melakukan pembedahan yg melibatkan general anaesthetic.(kecut perut juga mendengar perkataan "bedah" ini). Sejak seminggu yg lalu, hati ini terlalu berkenan pada nama-nama sahabat-sahabat Rasulullah SAW. nama seperti Ammar dan Zubair sentiasa disebut-sebut. bahkan juga dua nama wanita solehah di zaman nabi juga disebut-sebut.
Entahlah apa yg patut ku gambarkan perasaan diriku tatkala ini. Hanya do'a dan do'a pada Illahi agar segala yg ditetapkan itu adalah yg terbaik buat diri ini dan kami sekeluarga. Walaupun ku masih mengharapkan bayi dalam kandungan ini dapat diselamatkan, dan keajaiban Allah SWT akan berlaku, namun, ku tahu, segala suratan & takdir Allah SWT pasti itu yg terbaik. Itulah kita sekiranya beriman pada qada' & qadar. Kena berpegang teguh padaNYA.
"Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)" (Ar-Ra'd:22)
![]() |
~Semoga senyuman ini sentiasa terukir diwajahku~Sentiasa cuba tersenyum terutama dihadapan keluargaku~ |
La Tahzan. Inallahama'ana. Allah SWT sentiasa & sentiasa berada di sisi kita. Tempoh seminggu selepas raya yg cukup mendebarkan. InsyaAllah semoga sekiranya bukan sekarang rezekiku, maka akan ada rezeki di lain hari, semoga kita semua yg bergelar isteri akan dapat nikmat gelaran ibu@ummi ini. Bukan mudah kan perjuangan seorang ibu@ummi ini. :)

26 Ogos 2011
27 Ramadhan 1432 H
26 Ogos 2011
27 Ramadhan 1432 H
Thursday, August 11, 2011
Ayuh! Kuatkan semangat di bulan Ramadhan ini
Alhamdulillah, sudah berada di pertengahan Ramadhan al-mubarak yg mulia ini. Diri ini makin lama rasa makin lemah dan semakin lemah... Kena kuatkan semangat! Terus kuatkan semangat anda :)
Allah SWT telah menjanjikan pelbagai ganjaran di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini. Dan di penghujungnya malam Lailatul Qadar bagi setiap insan yg beriman ingin mencarinya... Walaupun ganjaran yg dijanjikan merupakan 1000 bulan beribadah, namun sebenarnya kasih sayang Allah yg Allah berikan pada hamba-hambaNYA menyebabkan merasakan kemanisan iman dalam solatnya.
Ahad ini genaplah seorang khalifah Allah SWT to be yg sdg ku bawa ini berusia 2 bulan kandungan. Alhamdulillah ya Allah, semoga baby khalifah ini akan terus dipelihara olehMu dan selamat sehingga hari kelahirannya (^_~)
Berbalik cerita mengenai kuatkan semangat ini, adalah kerana menjadi kebiasaan ibu-ibu yg mengandung mempunyai alahan tersendiri. Bagi diri saya pula, pernah satu hari tu, terjaga lewat sahur, jadi hanya sekadar mampu minum air masak je, tapi kemudian beberapa minit muntah air semuanya, dan azan pun berkumandang. Jadi seharian badan merasakan terlalu lemah.
Muntah setiap hari dialami oleh diri saya apabila kandungan dah berusia 7 minggu. ubat tahan muntah yg Dr bagi, saya tidak gunakan kerana saya mmg tidak suka makan ubat sekiranya mampu bertahan. Setiap hari pun akan muntah selesai makan. Makan muntah, makan muntah. Masa solat pula, loya yg amat. Tetapi hari ini, saya merasakan pening sewaktu solat, kaki sejadah menjadi gelap sekejap. Dalam hati berdo'a "Ya Allah, janganlah pitam sekarang, kerana jemaah yg lain sdg solat, ana tidak mahu ana menganggu yg lain. Dan ana juga tidak mahu orang rumah risau akan diri ana ini"
Setelah selesai 4 rakaat tarawikh, nampaknya, terpaksa mengundurkan diri dari jemaah dan ke bilik air. Selesai menyedut nafas udara segar di luar, kemudian masuk kembali bersama jemaah utk meneruskan tarawikh. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga 8 rakaat yg dilakukan.
Semalam, saya tidak ke surau, kerana perut yg kurang selesa, dan muntah yg masih ditahan, menyebabkan hanya solat di rumah sahaja. Apabila keadaan sebegini, teringat pada surah Al-Luqman yg mencerita 'wahnan 'ala wahnin' ibu yg mengandung. Segala kelemahan yg perlu ditempuhi. Dalam hati terdetik 'baru nak masuk 2 bulan, perlu tempuhi lagi 7 bulan'. Tidak lama lagi sem baru akan buka, dan saya akan meneruskan praktikal 5 bulan dan 5 bulan final year project. Menyedari hakikat ini, sentiasa pujuk baby khalifah utk sentiasa tenang & bersama-sama ummi mengembara kehidupan ini. Membaca Al-Qur'an & terjemahan itu merupakan amalan yg pastinya bagi setiap insan yg bakal bergelar ibu. Semoga perkara-perkara yg baik dilakukan semasa mengandung kita semua teruskan sehingga ke penghujungnya bukan hanya ketika mengandung shj. The journey of life is still long.
Dalam keadaan sebegini, baru boleh benar-benar hayati ibu kita yg telah membesarkan anak-anak yg ramai dengan sabar & tabah. Dan dalam hati ini, the best role model for me after Rasulullah S.A.W of course is my MAK.
Dalam keadaan alahan sebegini, mak sering akan tanya "ada mengidam apa-apa tak?nanti mak masak", atau "nak makan apa?" ada sekali tu abah suruh mak beli kambing dan call saya utk tanya nak masak apa. rasa terharu!!! :)
Pernah sekali tu saya bagitau suami "teringat je mexico bun yg mak buat(merujuk pd mother in law), pastu bila saya balik ke rumah mertua, mak pun terus bersusah payah buat mexico bun utk menantu dia ni. Seronok rupanya bila mengandung ini. Kdg2 confuse juga mengidam ke saja-saja mengidam. Hehe (^_~)
Apa-apa pun, amanah & tanggungjawab yg lebih besar pasti kan menanti ummi dan abi kepada baby khalifah ini dan amanah baby khalifah juga pasti sedang menanti. InsyaAllah sama-samalah kita semua melayari bahtera agar menuju ke arah keredhaan Allah SWT, dunia dan akhirat, pastinya.
***Kita sudah pun melewati fasa pertama Ramadhan yang menjanjikan rahmat. Kita juga sudah di pertengahan fasa kedua Ramadhan yang menjanjikan keampunan. Tidak lama lagi kita akan berada diambang fasa ketiga Ramadhan yang menjanjikan pembebasan dari api neraka. Begitu juga di fasa ketiga ini, kita diraikan oleh Allah dengan kedatang Lailatul Qadar, malam yang menyamai seribu bulan. Barangsiapa beribadah di malam Al Qadar, bagaikan beribadah selama 1000 bulan. Rebutlah peluang ini walau kita dalam kesibukan. Gunakanlah sisa-sisa Ramadhan yang masih berbaki ini untuk kita meraih ganjaran pahala yang bakal mendekatkan kita dengan Allah, InsyaAllah***

11 Ogos 2011
11 Ramadhan 1432 H
11.26 pm
11 Ogos 2011
11 Ramadhan 1432 H
11.26 pm
Tuesday, August 9, 2011
Resipi Cookies kegemaranku :)
Assalamu'alaikum Wrt Wbt,
Alhamdulillah baru balik dari solat tarawikh. Malam ini dah malam yg ke-10. Sekejap je rasanya.
Atas permintaan sahabat yg ingin resipi cookies dari entry sebelum ini "cerita masak-masak", jadi tiadalah secret resipi seperti orang lain memandangkan baru 1st time buat pada entry sebelum ini, mungkin sekiranya lepas ini ada penambahbaikan, akan saya maklumkan pada sahabat & pembaca sekalian ye.
Jadi inilah resipi yg telah saya ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/24 namun saya telah author mengikut beberapa resipi yg telah dibaca :
Bahan-bahan (100 biji) :
450 g tepung gandum
sedikit garam (1/4 sudu kecil)
1 biji telur
3/4 (daripada 250 g buku) mentega
115 g gula halus
110 g gula perang
100 g chocolate chips
3 sudu besar coco powder(serbuk koko)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil yis
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan sedikit garam
3. Masukkan telur dan pukul lagi
4. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga choc chips dan kacau
5. Masukkan yis
6. Buat bulat-bulat kecil dalam bekas yg ingin dimasukkan dalam oven
7. Pre-heat oven 180 darjah dan kemudian masukkan adunan tadi ke dalam oven selama 15 minit.
***Beberapa petua kalau nak bagi biskut ini sedap, antaranya :
bahan-bahan yg digunakan berkualiti dan mmg diketahui sedapnya contohnya
mentega, jenama buttercup digunakan, untuk serbuk koko jenama seperti van houten atau apa-apa jenama yg anda ketahui kesedapannya digunakan, dan untuk chocolate chips juga jenama yg sedap seperti kisses juga digunakan. InsyaAllah kesemua jenama yg saya sebutkan ini dijamin Halal dan Toyyib :)
namun harus diingati, jenama-jenama yg berkualiti ini tentu sedikit mahalnya sekiranya digunakan, sekali baking, lebih kurang rm30-rm50 utk bahan-bahannya sahaja, tetapi berbaloi (lebih dari 100 keping boleh dihasilkan). dan kena ingat juga buat cookies ini, masa nak letak atas baking pan itu, sedikit sahaja (1/2 sudu besar) maka, banyak cookies dihasilkan.
selain daripada chop chips, anda boleh masukkan kacang badam, kacang gajus atau kismis ke dalam adunan tadi, mengikut cita rasa dan pilihan anda.
pengalaman saya pertama kali membuat, pada asalnya saya letak banyak dalam 1 sudu besar adunan, dan akhirnya tak jadi cookies, tapi jadi muffin choc cake (hehe, rasanya masih ok tapi tak rangup and takde bentuk cookies la jawabnya)... apa-apa pun selamat mencuba!!!
![]() |
~Gambar sekadar hiasan~ |
Friday, July 29, 2011
~Cerita masak-masak~
Alhamdulillah, dikurniakan nikmat Iman & Islam yg masih bertakhta sehingga hari ini. Dan hari ini sudah masuk 28 Syaaban 1432H. Macam tak percaya, lagi 2 hari to go to Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan!
Sejak akhir-akhir ini, saya ada satu penyakit, penyakit asyik nak cuba utk buat sesuatu yg baru. Bermula lah dengan sheppard pie, kek batik, puding custard, dan malam ini cookies ala famous amos. (^_~)
Cuma setakat ini, sheppard pie, saya tidak berkesempatan utk bawa ke tempat praktikal saya iaitu di Ibu Pejabat bomba dan penyelamat seberang prai, selebihnya, saya pasti akan bawa ke sana buat kawan-kawan yg berada di sana, dan juga tidak dilupakan pegawai-pegawai bomba dan makmal yg disayangi.
Jam menunjukkan 1.48 pagi, dan masih ada beberapa round cookies famous amos yg perlu dibakar.
Tepat jam 2.51 am, semua cookies telah sedia dibakar. Walaupun mengambil masa yg lama, tetapi kerana rasanya yg sedap sekali, jadi, tak rasa susah pun. Terima kasih my sister for the recipe, and mak for helping me :)
Tepat jam 2.51 am, semua cookies telah sedia dibakar. Walaupun mengambil masa yg lama, tetapi kerana rasanya yg sedap sekali, jadi, tak rasa susah pun. Terima kasih my sister for the recipe, and mak for helping me :)
~yummy yum, rasanya mmg sedap~ :) Alhamdulillah, tidak perlu lagi ke famous amos |
29 July 2011
28 Sya'ban 1432 H
Subscribe to:
Posts (Atom)