Dimulakan dengan Bismillah
Saturday, June 26, 2010
Bulan Rejab Bulan Mengkaji Sirah Nabi
Monday, May 31, 2010
~Marilah sama-sama kita do'akan~lifeline4Gaza~

Ya
Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan
mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan
pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan yang gagah perkasa! Wahai Tuhan yang penuh raksasa! Wahai
Tuhan yang bersifat murka! Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Wahai
Tuhan yang menurunkan kitab! Wahai Tuhan yang mengarakkan awan! Wahai
Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab! Kalahkan mereka! Kalahkan
mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.
Tuesday, May 18, 2010
Friday, May 14, 2010
Wahai Para Mujahid
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan
Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara
Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah
Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu
Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini
Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh
Sunday, May 2, 2010
Fazakkir innamaa anta muzakkir
Berfirman Allah Taala yang bermaksud..
“Wahai anak Adam,Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira..
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta..
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa..
Aku hairan terhadap mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirahat..
Aku hairan terhadap mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya,tetapi dia masih tenang dengannya..
Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya..
Aku hairan terhadap mereka yang sibuk bersuci dengan air,tetapi hatinya tidak suci..
Aku hairan terhadap mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri..
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan,akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia..
Ketahuilah,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnyaMuhammad itu adalah hamba dan utusanKu.."
(Petikan hadis Qudsi,Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)
Friday, April 30, 2010
~Hari-hari adalah hari Ibu~ I Love U mak~

Saya masih ingat lagi semasa kecil-kecil dahulu sering kali membuat kad-kad ucapan dan memberi hadiah kepada ibu bukan sahaja sewaktu hari jadinya, bahkan juga semasa hari ibu yg sering masyarakat kita raikan.
Setiap kali saya & adik-adik yg perempuan raikan hari ibu ini, saya sering memberitahu ibu bahawa hari-hari merupakan hari ibu.
Dewasa kini, saya sudah tidak meraikan hari ibu, mungkin kerana sudah sibuk dengan pelajaran di alam Universiti namun itu semua adalah alasan yg tidak boleh diterima. Maafkan anakanda andai tidak lagi meraikan hari ibu, namun hari-hari saya sentiasa merindukan mak. Hari-hari adalah hari ibu!!!
Bg pendapat saya, dunia hari ini perlukan "hari ibu" untuk memaut ingatan dan kasih insan bergelar anak buat ibu mereka .
Dunia seperti insaf betapa hari ini ibu menjadi bahan antik yang disimpan atau diperosok ke rumah orang - orang tua dan sebahagiannya ditinggal sendirian membilang hari mati .
Kecil sizenya dan sedikit pula jumlahnya buat manusia bertaraf ibu yang mampu mengecap kebahagiaan disamping anak - anak hingga ke akhir hayat mereka. Semoga saya dan anak-anak mak yg lain akan sentiasa bersama mak abah sehingga akhir hayat mak abah, InsyaAllah.
Hanya anak - anak yang soleh/ah memiliki keupayaan menjaga dan membelai sang ibu biar usia memamah seri wajahnya sehingga sang ibu ini menghembuskan nafas akhirnya dengan tenang di pangkuan anak.
Saya sering cemburu apabila mendengar kata-kata ungkapan sahabat saya kepada ibu-ibu mereka "I Love U" apabila bercakap dengan ibu mereka. Saya sendiri hari-hari telefon mak, bukan hanya sekali bahkan lebih dari itu, namun tidak mampu mengungkapkan kata-kata itu (kerana tidak biasa)
Semoga apabila mak membaca nota ini, ketahuilah mak bahawa saya terlalu cintakan mak dan abah, dan saya mahu jadi yg terbaik buat mak abah... Setiap detik-detik kehidupan saya sekarang, saya sentiasa mengharapkan bahawa, mak abah akan dapat ganjaran dari Allah SWT. itu sahaja yg saya mampu. saya pernah mengungkapkan kata-kata kepada mak abah "Walaupun anak mak ini mungkin tidak pandai, mungkin pernah fail dalam dental suatu ketika dahulu, namun, hanya kebaikan yg ada pada anak mak abah ini diharapkan dapat menjadi penyejuk mata hati mak abah"
Banyak perkara yg saya melihat dari jauh apa yg mak saya lalui... Sejak mendapat adik bongsu yg Down Syndrome, saya dari jauh melihat mak menangis di kain sejadahnya apabila ditimpa ujian, namun akhirnya saya berbangga dengan mak saya sebab mak kemudiannya bertukar menjadi orang yg kehadapan dalam masyarakat. mak tidak lokek berkongsi pengalamannya dan memberi nasihat kepada ibu-ibu yg baru diuji dengan anak yg istimewa ini. Bahkan terlalu banyak pengorbanan mak telah buat dan sedarilah mak, biarlah tidak dipandang di mata manusia, semoga Allah SWT akan memandang mak lebih tinggi kemudian hari.
Saya melihat ibu menangis kerana risaukan anak-anaknya. Tika itu, saya mulai faham tentang kehidupan ini, tika itu saya sedang cuba belajar utk mematangkan diri ini. Sewaktu saya gagal kali pertama di alam pergigian dahulu, orang pertama saya hubungi adalah makcik saya. Saya menangis padanya, kerana dalam hati saya, saya tidak sanggup menangis pada mak dan abah walaupun saya amat-amat hendak berada dalam dakapan mereka, menenangkan hati saya. Saya tidak mahu membuatkan mak dan abah menangis. Maafkan diri ini andai banyak sgt membuat mak abah sedih dan kecewa dengan anak yg seorang ini. Sehingga sekarang, biarlah kesedihan ini diadukan pada YANG MAHA ESA. walaupun saya juga manusia biasa, yg memerlukan manusia sebagai pemujuk hati, melihat kedua orang ibu bapa, sudah cukup memujuk hati saya.
Walaupun ibu mampu menahan dengan kerenah anak-anak, namun anak yang sanggup bertahan dengan karenah ibu tua bukan mudah dicari. Ibu seorang boleh membelai dan membesarkan sepuluh orang anaknya namun anak yang sepuluh ini belum tentu dapat membelai dan menjaga ibunya yang seorang .
Semoga semua ibu-ibu berbahagia khasnya ibu saya Noorani bt Ahmad. Ustaz Nasruddin Tantawi ada mengatakan : " Ibu ! Tarbiyahlah anak - anakmu agar mereka menjadi insan yang soleh dan seterusnya turun ke medan lantas berjuang untuk menegakkan agama Allah swt . Saya kira , anak seperti inilah akan membuatkan ibu bangga dan bahagia ."
Dengan izin Allah, kalau bukan kerana didikan mak, didikan abah, sokongan mak dan abah, saya tentu tidak lagi boleh bertulis seperti ini... Saya belum tentu lagi sekuat ini menghadapi hari-hari yg mencabar ini.
Firman Allah swt :
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya ( penyejuk mata hati ), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa.
( Surah al Furqan . Ayat : 74 )
Anak adalah anugerah Ilahi yang menjadi amanah ke atas setiap ibubapa , bukan sahaja untuk mengasihinya bahkan juga memelihara dan mendidik agar ia membesar sebagai insan yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt. Justeru itu , Nabi saw menegaskan :
ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يُمَجِّسَانِهِ
Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .
( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )
Anak adalah merupakan asset atau permata hidup kita. Mereka membantu hayat rumah tangga kita dan juga keceriaannya . Mereka jugalah penyambung warisan keluarga dan ummah , malah Nabi saw. sangat berbangga dengan ramainya jumlah ummat Baginda di akhir zaman . Sabda Rasulullah saw
تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم
Kahwinilah oleh mu akan isteri yang penyayang dan boleh melahirkan anak , maka sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummat.
( Riwayat Abi Daud dan an Nasa’I )
Melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik anak – anak bukan suatu yang mudah , sementelah pula kita hari ini terpaksa membesarkan anak di zaman yang terlalu rosak persekitarannya.
Ibubapa perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikkan anak yang pastinya tidak terhad kepada memberi pelajaran akademik tetapi juga mendidik jiwa mereka agar sedia untuk melaksanakan suruhan Ilahi .
Melengkapkan asuhan mereka sehingga mampu memiliki keperibadian mulia sebagai benteng kukuh menghalang pencemaran akhlak dewasa kini.
Terlebih penting ialah memiliki Aqidah yang benar dan Spiritual yang yang mantap agar mereka selamat pula dari gejala riddah dan ajaran sesat yang kian luas menular .
Pengajaran dari wasiat Lukmanul Hakim .
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".
14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.
16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi.
17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Antara lainnya sabda Rasululullah saw. :
مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عليها وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ في الْمَضَاجِعِ
Perintah anak – anak kamu supaya mendirikan solat sedang usia mereka telah meningkat 7 tahun dan pukullah mereka ( jika mereka enggan ) apabila umur mereka meningkat 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka ( lelaki dan perempuan )
( Hadis Sohih Riwayat Imam Ahmad , Abi Daud , al Hakim dan al Baihaqi )
~Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil~