Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Sunday, March 28, 2010

Cinta Hakiki

Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasihku tulus buat Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah
NOTA CINTA-SAUJANA


Wednesday, March 24, 2010

~Jauh di mata, dekat di hati~

Sahabatku..
Dulu, semalam & hari ini
Kau melihat generasi demi generasi menghancurkan
kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan kebuntuan
Kau benar-benar kebingungan & bertanya:
"Apa yang harus ku lakukan utk menebus kelelahan umat ini?"
Jawabku : "bukankah kau adalah dai'e dan mujahid?"
Katamu lagi:
"Tapi langkahku terlalu lambat..."
Jawabku: "Kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..
Mengejar impianmu & lupa akan hari kebangkitan...
Pada hari itulah amalmu terbentang
tubuhmu terbuka
Apakah di sana ada bekalmu?"

"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu
bagaikan mengenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh jiwanya.
Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.
Jangan takut untuk berjuang
kerana orang-orang yg berjuang ini memang dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang-orang yg sabar..
Kita hidup untuk perjuangan & mati utk kehidupan..
Syurga impan..."

-Imam Nawawi-






10.26 am
8 Rabiul Thani 1431 H



Monday, March 15, 2010

Hari yg Indah



Tinggi,
semakin banyak yang kelihatan
kecil mengecil
besar mengerdil

Terus menerobos awan
pernafasan sukar
udara semakin sempit
nyawa mula bergegar

andai jatuh
pasti mati
tidak mungkin hidup kembali
apakah belum tiba masanya berhati-hati?

maka sedarilah diri
wahai yang menapak ke langit
kau hanya hamba
kerdil tidak berkuasa
yang mengangkatmu itu Terhebat Atas Segala
Kau lebih di sini, kurang pula di sana
Dia sentiasa terulung dalam semua perkara

Maka sujudlah
di atas langit kau merendah
ibarat baginda di Fathu Makkah
dengan udara-Nya kau bernafas segah
dengan kuasa-Nya kau terbang megah
bukan satu kemuliaan
tetapi tanggungjawab yang sentiasa menyergah

Jangan kau lupa
asalmu dari tanah berkat
jangan kau berakhir di dalam api yang menyengat
pulanglah ke asalmu dengan selamat

Menapak ke langit
jangan dilupa pertarungan sengit
biar nanti saat kau menyeru
jiwa-jiwa kan terbangkit.



dipetik dari langit ilahi, [http://ms.langitilahi.com]





Friday, March 12, 2010

Antara Emosi + Tekanan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yg lalu, saya dimarahi sgt-sgt oleh seorang insan yg melepaskan tekanannya kpd saya. Mengikut kata-kata seorang sahabat, kebiasaannya dia akan melepaskan tekanan dan rasa tidak puas hatinya kepada sahabat saya itu, namun kebetulan pada masa itu, kemungkinan dia tidak dpt menghubungi sahabat saya itu dan apabila dia menghubungi saya, teruk saya dimarahinya.

Telefon bimbit saya tiada batteri selama satu setengah hari atas beberapa faktor antaranya charger hp saya hilang+hp saya sudah pun di penghujung nyawa(uzur). Apabila dimarahi, tanpa sedar setelah meletak telefon, airmata saya mengalir dengan deras tanpa henti. Kalimat-kalimat Allah bermain di hujung-hujung bibir. "Pedihnya Ya Allah, dimarahi sesuatu yg bukan kita sengajakan mahupun kita mahu perkara itu terjadi". Memang salah saya kerana tidak usaha utk charge batteri hp sehingga menyebabkan mungkin dgn itu saya sudah menyusahkan pelbagai pihak untuk menghubungi saya. Selain itu, kerja yg saya dimarahi itu, bukanlah saya org yg sepatutnya dipertanggungjawabkan utk melaksanakannya, namun apabila kita volunteer diri kita menolong sahabat lain, kita yg akan jd mangsanya.

"Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Yunus : ayat 65)

Sahabat saya dengan nama samaran "Nur" terus menziarahi dan mendatangi bilik saya. Pelbagai lontaran nasihat dan pandangan diberikannya. Saya tidak tahu apa yg harus saya buat. Saya seorang yg suka meng'offer'kan diri saya tatkala sahabat saya kesempitan, namun tanpa sedar saya juga telah meletakkan ke tepi kepentingan diri saya, yg kdg2 akhirnya akan memakan diri sendiri. Sekiranya kita banyak membantu orang lain mengerjakan amanah mereka, maka kdg2 mereka akan mengambil sambil lewa hal itu dan kita juga kdg2 akan makan hati sekiranya dimarahi atau tidak dihargai.

Membantu orang lain bukanlah erti kata kita ingin mendapatkan perhatian dan penghargaan dari orang lain. Sehingga hari ini, orang yg memarahi saya masih belum memohon maaf dari saya. Saya terpaksa utk berdepan dengannya, dan perlu membaiki dan membersihkan hati ini agar kerja-kerja seterusnya yg perlu saya laksanakan bukan semata-mata saya laksanakan kerana amanah. saya perlu ikhlaskan hati, bersedia menerima semua orang utk melakukan tanggungjawab ini bersama-sama. kebersamaan itu sgtlah penting. saya tidak mampu dan tidak boleh melakukan sendirian. Allah SWT telah membuka pintu mata dan hati saya apabila dia memarahi saya. kalau tidak, selama ini dia hanya akan memberitahu sahabat saya rasa tidak puas hatinya terhadap saya dan beberapa org dalam organisasi itu. saya kira itu mengumpat namanya. adakah takut utk berterus terang? Wallahu'alam. saya kira dia punyai reason yg tersendiri. namun, dia juga perlu sedar bahawa dia sudah bekerja dengan ramai org dan terlalu ramai org yg jugak tidak puas hati dengannya.

Dalam sesuatu organisasi dan gerak kerja, dua elemen yg paling penting : memohon maaf dan memaafkan orang lain, keduanya elemen bersangka baik.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"(Surah Al-Baqarah:ayat 214)

Alhamdullilah, semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kami semua kerana lemah dan terlalu lemah sehinggakan program-program unsur maksiat masih berleluasa di muka bumi USM Kampus Kesihatan ini...



Friday, March 5, 2010

Kami juga mencintaimu

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan oleh Allah melalui kehidupan RasulNya.
Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning..burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas memberikan khutbah..

“Wahai umatku..Kita semua dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.maka taati dan bertakwalah kepadaNya.Ku wariskan dua perkara pada kalian..Al Quran dan Sunnahku..barangsiapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku..”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu..Abu Bakar menatap mata itu dengan mata yang berkaca-kaca..Umar dadanya turun naik menahan nafas dan tangisnya..Usman menghela nafas panjang..Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam..

Isyarat itu telah datang..saatnya sudah tiba..”Rasulullah akan meninggalkan kita..”keluh hati sahabat-sahabat ketika itu..Manusia tercinta itu,hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia..Tanda-tanda itu semakin kuat..Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar..Di saat itu kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu..

Matahari kian tinggi..tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup..Sedang di dalamnya Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya..Tiba-tiba dari luar pintu terdengar suara orang memberi salam..”Bolehkah saya masuk..?” tanyanya..Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk..”Maaflah.ayahku sedang demam,”kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.Kemudian dia kembali kepada ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah..

“Siapakah itu wahai anakku?’’tanya Rasullah.”tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya..”tutur Fatimah lembut.Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah bahagian demi bahagian anaknya itu hendak dikenang.”Ketahuilah ,dia yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut..”,kata Rasulullah s.a.w.Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilnya Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.”Jibril,jelaskan apa hakku di hadapan Allah..?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.”Pintu-pintu langit telah terbuka.Para malaikat telah menanti ruhmu.semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu..”,kata Jibril.Tapi tu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.”engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?””Jangan khuatir wahai Rasul Allah.Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:’Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya..’’”kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat.Saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik.nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.”Jibril,betapa sakitnya sakaratul maut ini..”perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam.Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.”Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril..?” tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu.”Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,”kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahan lagi.”Ya Allah!!Dahsyat nian maut ini,timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku..”

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya.”Uushiikum bis shalati,wa maa malakat aimanuku,peliharalah solat dan orang-orang yang lemah di antaramu..”Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Fatimah menutup tangan di wajahnya,dan Ali kembali mendekatkan telinga ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan…

“Ummatii..Ummatii..Ummatii..”

Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang member sinaran itu..Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim’alaih..Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.. sehingga di saat akhir hayatnya..kita masih meniti di bibirnya..tapi kita?

Katakanlah..Rasulullah,kami juga mencintaimu..dan cinta itu akan kami buktikan..

Dan di antara tanda kemanisan iman ialah apabila dia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari segala-galanya..

-taken from ukhti abby :)


Saturday, February 27, 2010

Destinasi Terakhir

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para-para anbiya', tabi' tabi'ien dan para dai'e yg sedang memperjuangkan Islam hingga kini dan selama-lamanya...

Kupasan Buku "Ingatlah Tempatmu di Akhirat"
Bab 1 : Bahtera Penyelamat di Lautan Nikmat

3. "dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat" (surah Hud : ayat 3)

Hari yg dijanjikan pasti tiba apabila sampai masanya, yakni Hari Akhirat. Hari Perbicaraan. Hari ditentukan destinasi setiap makhluk sama ada ke syurga ataupun ke neraka. Berseronoklah sebanyak mana yg diinginkan, kumpullah kekayaan dan kejayaan duniawi yg diharapkan. Namun, ingat! Masing-masing akan tetap berhadapan dengan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak. Tiada pengecualian bagi sesiapapun tanpa mengira pangkat mahupun gelaran ketika di dunia ini. Tiada lagi melihat sijil akademik, degree, master phD dan sebagainya.

7. Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya[1339] serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam. (surah as-Syuraa: ayat 7)

Analogi hari kiamat mudah diungkapkan dan dihuraikan bagi mereka yang adanya keyakinan terhadapnya iaitu "Mudah menyakini adanya kehidupan selepas kematian, sama mudahnya dengan menyakini adanya hari esok setelah hari ini, adanya nanti setelah sekarang, adanya memetik setelah menanam"

"Kalau aku mati, mesti aku masuk syurga.Kerana apa?Masakan Tuhan yg memberikan kepadaku harta yg banyak, kekayaan yg bertimbun-timbun didunia, kejayaan demi kejayaan di dunia akhirnya akan menghumban aku dalam neraka."Tidak munasabah! Apakah Allah SWT mengurniakan harta yg byk kpd seseorang menandakan bahawa Dia begitu dirahmatiNYA?Jika begitu, bagaimana pula dengan nasib hamba Allah yg miskin hina, yg tidak berharta dan juga tidak mampu bermewah-mewah?Apakah itu tandanya Allah SWT tidak 'sayang' kepada mereka?

17. "Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya."(surah Al-Kahfi : Ayat 17)

32. Dan berikanlah kepada mereka[880] sebuah perumpamaan dua orang laki-laki[881], Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon korma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. (surah Al-Kahfi:ayat 32)


33. Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikitpun, dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu,(surah Al-Kahfi: ayat 33)

34. dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat"(surah Al-Kahfi:ayat 34)

35. Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri[882]; ia berkata: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, (surah Al-Kahfi:ayat 35)

36. dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku kembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik dari pada kebun-kebun itu."(surah Al-Kahfi:ayat 36)

37. Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya - sedang dia bercakap-cakap dengannya: "Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna? (surah Al-Kahfi:ayat 37)

38. Tetapi aku (percaya bahwa): Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku. (surah Al-Kahfi:ayat 38)

39. Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan, (surah Al-Kahfi:ayat 39)

40. maka mudah-mudahan Tuhanku, akan memberi kepadaku (kebun) yang lebih baik dari pada kebunmu (ini); dan mudah-mudahan Dia mengirimkan ketentuan (petir) dari langit kepada kebunmu; hingga (kebun itu) menjadi tanah yang licin; (surah Al-Kahfi:ayat 40)

41. atau airnya menjadi surut ke dalam tanah, maka sekali-kali kamu tidak dapat menemukannya lagi." (surah Al-Kahfi:ayat 41)

42. Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membulak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku." (surah Al-Kahfi:ayat 42)

43. Dan tidak ada bagi dia segolonganpun yang akan menolongnya selain Allah; dan sekali-kali ia tidak dapat membela dirinya. (surah Al-Kahfi:ayat 43)

44. Di sana pertolongan itu hanya dari Allah Yang Hak. Dia adalah sebaik-baik Pemberi pahala dan sebaik-baik Pemberi balasan. (surah Al-Kahfi:ayat 44)

Keilmuan disokong dengan keimanan. Keimanan akan memimpin manusia menerajui hidupnya. Keimanan akan menjadikan hambaNYA patuh, taat dan dan saksama dalam setiap tindakan. Ayat di atas memberikan inspirasi yang baik kepada manusia. Ujian mendatangi hambaNYA yg susah atau senang, beriman atau kufur, bersyukur atau takbur. Perbezaan yg ketara dapat dilihat antara si bijak yg mukmin dan si sombong yg kufur. Sifat sombong dapat menjerumuskan insan ke tahap kufur. Manakala si bijak mudah didampingi hidayah.

Si bijak tidak akan menolak kerja-kerja jemaah, kerja-kerja agama, tanggungjawab-tanggungjawab yg diamanahkan oleh Allah SWT melalui platform pimpinan... Si bijak tidak akan menolak Islam... Si bijak akan menghayati sirah-sirah Rasullulah SAW, memahami ertinya kenapa perlu saya memikul amanah dan tanggungjawab... kenapa perlunya saya mengikuti jemaah kerana jemaah itu wajib... Si bijak tidak akan terburu-buru melakukan keputusan, Si bijak akan berbincang seandainya ada masalah yg dihadapi... Si bijak tidak akan membuatkan sahabat-sahabatnya bersedih... Si bijak akan sentiasa mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri... Si bijak sentiasa teguh keyakinan kepada Allah SWT...

Peringatan buat diri yg banyak kelemahan ini, yg banyak diselubungi dosa-dosa, yg tidak dapat berbuat apa-apa tika sahabat-sahabatnya susah, yg mampu hanya menjadikan dirinya kuat agar sahabat-sahabatnya juga turut kuat... Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah... permudahkanlah urusan kami Ya Allah...


-Coretan Cahaya Penawarku-
9.54 am.
13 Rabi'ulawal 1431H

Friday, February 19, 2010

Susah + Senang = Always with ALLAH SWT

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah Tempat kembali segala masalah

Oh tuhan yang maha penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

Ya Allah kau redhailah diri ini
Seandainya diri ini Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih

Pimpini hidupku


*Setiap Kali-Devotees