Dimulakan dengan Bismillah
Tuesday, July 28, 2009
Soal Keberkatan
Wednesday, July 15, 2009
Mehnah Dan Tribulasi Dlm Perjuangan
Langit ILLAHI "Tuhan Tidak Lupakan Kita"
Walau dibeban segunung dosa...
Walau jauh dari rahmat-NYA"
Wednesday, June 17, 2009
Wang...Wang...Wang...???
Baru-baru ini cuti sekolah, maka kenduri kahwin terlalu lah banyak sampaikan tetamu yg hadir itu mengatakan perlu menghadiri hampir 5 kenduri kahwin dalam masa yg singkat. Wah, begitu ramai yg membina masjid ALLAH... Syukur Alhamdullilah...Apa yg menjadi sebutan, ingin tahu tetamu, "Berapakah belanja kenduri? Duit hantaran berapa? Barang2 hantaran ini berapa nilainya?" Memang kebanyakan masyarakat zaman sekarang asyik memikirkan mengenai harga dan $$$...
Saya masih ingat lagi kak Nor mengatakan, sebenarnya duit hantaran itu hanyalah membebankan bakal suami pengantin itu. Dan di Kelantan, mas kahwin itu sudah pun termasuk duit hantaran cthnya mas kahwin sebanyak rm7000. Tetapi kalaulah di negeri lain, duit hantaran tidak diberi, maka takkanlah si isteri hanya mendapat mas kahwin yg cthnya di sebuah negeri(tidak disebutkan nama) sebanyak rm22.50??? Maka, bagi pendapat saya ini adalah tidak adil... Walaupun saya berpendapat demikian, tetapi, jika seorang isteri itu ikhlas menerima suami, maka duit tidak menjadi ukuran. Sebenarnya duit hantaran yg diberi bukanlah 100% dapat pada isteri itu, kerana duit itu adalah suatu keperluan bagi menampung belanja kenduri yg telah diadakan sempena hari bahagia itu. Maka si suami perlulah jelas dan jangan menganggap isteri yg mendapat duit hantaran itu mempunyai duit sebanyak itu selepas hari bahagia itu.
Bila saya memikirkan semula adat, kalau kita lihat dari perspektif lain, terdapat adat yang sebenarnya mengambil berat tentang kaum hawa ini. cthnya di negeri Johor, yg dikatakan kuat adatnya. Duit hantaran sentiasa ditetapkan oleh ahli keluarga dan melebihi rm10,000. Sebenarnya kalau kita lihat dari sudut positifnya, kaum hawa ini, apabila dinikahi dengan kaum adam, maka kaum hawa ini perlulah taat dan patuh dengan perintah suami selagi syari'at dibenarkan. Maka, tentu ada nilai utk mendapatkan kaum hawa ini. Walaupun kaum hawa yg solehah tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, namun pemberian duit hantaran merupakan simbolik kesusahan utk mendapatkan seorang isteri dan simbolik bahawa tanggungjawab si suami itu adalah sgt besar. Dari sudut si isteri pula, sekiranya duit hantaran ini membebankan bakal suami itu, maka perlulah berbincang dengan ahli keluarga dan meletakkan duit hantaran itu sewajarnya.

Tuesday, June 16, 2009
C.I.N.T.A
Ya Allahu Ya Rabbi,
Saat Kau izinkan aku untuk jatuh cinta..
Peliharalah juga cintaku kepada-Mu
Agar hati ini tidak lalai dari mengingati-Mu selalu..
Agar setiap langkahku..
Langkah yg semakin menghampiri-Mu
Ya Allahu Ya Rabbi,
Jika Kau Izinkan aku untuk jatuh cinta..
Janganlah Kau lalaikan aku..
Dengan menjauhkan aku dari Sunnah kekasih-Mu..
Ya Allahu Ya Rabbi,
Saat Kau kurniakan aku permata untuk menemani hidupku..
Teguhkan aku dengan cita-citaku..
Cita-cita untuk menegakkan Syariat-Mu..
Cita-cita yg membawa aku untuk Syahid kerana-Mu..
Wahai Tuhan yg Memegang hati sekalian Insan,
Jika Kau Takdirkan aku untuk jatuh hati..
Kurniakan aku permata hati..
Yang faham akan kehendak Syariat-Mu..
Yang membuatkan aku semakin jauh dari azab-Mu..
Yang hatinya sentiasa ada Kamu..
Wahai Tuhanku yg Maha Mengasihi,
Kurniakanlah aku teman hati..
Penyejuk Mata..
Penawar hati dikala berduka..
Yang memimpin dikala aku terleka..
Wahai Tuhan Yang Maha Pencinta,
Pintaku yg Terakhir..
Engkau kurniakanlah aku,
Cinta yang tak pernah pupus selamanya..
Cinta yang kekal benafas di dalam jiwaku..
Cinta yang menjadi kekuatan hidupku..
Cinta yang bisa membawaku ke Syurga-Mu..
Aminnn..Ya Rabbal A’lamin..
Monday, June 15, 2009
Pemergian Seorang Tokoh
Website http://www.ikhwan- jor.com/ hari ini melaporkan kematian Al-Fadhil Ust Fathi Yakan , tokoh Ikhwan yang menggerakkan dakwah di beberapa buah Negara Arab seperti Lubnan dan lain-lain pagi tadi.
Ust Fathi Yakan meninggal dunia ketika umurnya mencapai 76 tahun dan separuh dari umurnya dihabiskan dijalan dakwah bersama gerakan Islam Ikhwan Muslimin.
Beliau lahir pada tahun 1933. Beliau yang sinonim dengan karya `Maza Ya'ni Intima' lil Islami ?" – Apa Ertinya Saya Menganut Islam ` dan Abjadiyah Dalam Gerakan Islam sering dijemput ke pelbagai buah Negara termasuk di Malaysia satu waktu lalu dalam rangka membincangkan perkara-perkara berkait masalah ummah dan perkembangan gerakan Islam.
Al-Fatihah