Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Thursday, May 28, 2009

Kursus Biro Tatanegara Mahasiswa Asas

Masih dalam proses penulisan... :)






Kursus Biro Tatanegara merupakan kursus yang wajib dihadiri bagi semua mahasiswa/wi di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Ana bertuah kerana dipilih untuk menghadiri kursus ini di Pulau Langkawi, Kedah. Walaupun balik-balik jer, ramai juga saudara dan jiran yang agak 'hairan' dengan kursus ini, namun banyak pengalaman, dan banyak ilmu baru yang ana timba di sana. Sebagai seorang mahasiswa/wi professional, pandai-pandailah kita menilai dan memilih yang baik, dan buang yang tidak baik. Jadilah kita individu yang professional berfikiran rasional dan tidak hanya membuat keputusan membabi buta. yang paling penting, ana belajar untuk menjadi berani dan menegakkan kebenaran. Thanks sebab dapat berkenalan dengan ramai adik-adik diploma nursing. happy knowing them.

~all for one, one for all??? is this right??? ~
~dakwah is no one, but academic is not no 2~

Erti Sebuah Hadiah

Assalamu'alaikum Wrt & Salam Sejahtera...

Sekian lama hampir 4 bulan, ana tidak meng'update' blog ana... sampai ada shbt yg rupanya sdg menanti2 cerita terbaru ana selama ini, dan ada jugak yg menegur ana secara halus...
Bila dah lama tak 'update' nih, tangan jd kaku utk menulis... walaupun sepanjang 4 bulan ni, terdapat pelbagai cerita suka duka yg melanda... bukan diri sendiri sahaja, bahkan juga dunia luar mahupun dalam negara sendiri...







okeylah... dua hari yg lepas, ana membelek hadiah kaca yg ada tulisan pemberian seseorang. dan ana letakkan kaca itu di atas kotak yg lampu dan nyalakan lampu itu... Ya ALLAH, cantiknya lampu itu menyala dan menukar warna, serta memberi effect pada tulisan yg tertera di atas kaca itu... kalau tidak silap ana, hadiah itu sudah hampir beberapa bulan ana dapat, tapi selama ini, ana tidak tahu bahawa lampu kotak itu tujuannya adalah utk memberi gambaran yg indah terhadap kaca itu... ana pun apa lagi, mms orang yg beri hadiah itu... bila ana fikir balik, kenapalah selama ini ana tidak tahu... adakah ana terlalu leka dan sibuk urusan lain... atau adakah ana tidak mengendahkan hadiah yg diberi oleh orang... ??? apabila kita menerima hadiah, itu bermakna diri kita dihargai... jadi kita sepatutnya menghargai juga hadiah pemberian itu... ~tepuk dada, tanyalah hati~ ;)

Cuti Semester 2

Assalamu'alaikum Wrt dan Salam Sejahtera...

Cuti semester 2 merupakan cuti yg panjang bg sesetengah IPTA di Malaysia.
Segelintir mahasiswa/mahasiswi kini ada yg kerja part-time, ada yang melancong, ada yg goyang kaki dirumah, dan ada yang bz meng'update' blog masing-masing.

Sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi, kita perlulah mengisi masa yang ada ini sebaik yg mungkin.

Bagi sesetengah IPTA, rasanya keputusan peperiksaan semester lepas sudah pun diumumkan, jadi buatlah perancangan dari sekarang. tanamkan azam dan nekad yg baru bagi semester yg baru. jangan nak tunggu tahun baru, awal muharram baru nak bernekad. Setiap hari adalah hari yang baru. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam... Renung-renungkan dan fikir-fikirkan... ;)

Monday, February 23, 2009

Diari Seorang Pejuang

Diari Seorang Pejuang…

Kadang-kadang aku terfikir kenapa diri ini ditakdirkan ada masalah yang besar…
yang kadang2 tak dapat ku fikirkan cara penyelesaian…
Namun setelah hari demi hari berlalu, masalah itu pergi mengikut masa…
Maka baru ku sedar masalah itu dapat ku atasi…

Keesokan harinya, masalah lain pula yang menimpa…
Tangisan demi tangisan dicurahkan kepada sahabatku…
Kadang-kadang ku bertanya mengapa ujian ini tidak berakhir…
Namun baru ku sedar, makin banyak masalah, makin dekat aku dengan Illahi Yang Maha Esa…

Hari ini lembaran baru buat diriku,
Seperti bunga yang sedang mekar mengembang di taman,
Burung berkicau-kicauan berzikir di pagi hari,
Hembusan bayu bertemankan bulan di malam hari,
Itulah diari seorang pejuang….


Done by Cahaya Penawarku
22 hb Februari 2009

Sunday, February 15, 2009

KISAH CINTA DALAM AL-QURAN : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Berbicara Tentang Cinta

Topik 1: Ragam Cinta Dalam Al-Qur'an

Secara bahasa kata cinta bererti kasih sayang. Lawan kata cinta adalah benci. Pengertian cinta adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat, dikira dan dirasa baik. Cinta ALLAH kepada para hambaNYA adalah bentuk reda-NYA kepada diri mereka, yang disertai kebaikan-kebaikan ALLAH terhadap para hamba tersebut. Cinta seorang hamba kepada ALLAH adalah bentuk penta'dziman(pengangungan) kepada NYA, yang terwajahkan dalam perilaku ketaan, kebaktian dan rasa tunduk yang tulus dalam menjalankan amal ibadah dan ubudiyah kepadaYA.

SURAT BUAT SAHABAT-SAHABAT UM (IN MEMORY)

27 June 20082.25 pagi. :)

Selamat pagi semua. ehe...memandangkan sy takleh tido, so saya tulislah coretan rasa hati ni ok.baru balik dr KL. penat sgt. tapi entah nape tak dpt tido, maybe sebab susah hati memikirkan apa yang berlaku. Jumpa dengan Prof Nas and bincang dengan dia, he's very supportive like my parents.Sy rasa bersyukur sebab ada mak abah yang sgt concern and memahami dengan sy. Takde ape yangnak disesalkan lg sebab sy dah cuba sedaya upaya, yang terbaik. So whatever i do after this, i must do my best and enjoy it! ALLAH S.W.T always will be with me... don't think -vely but take it as +vely.

Rasa sayang nak tinggalkan dental, apatah nak tinggalkan UM. Lagi sedih nak tinggalkan kawan2 yang selama ini sentiasa di sisi susah and senang. itu baru dinamakan sahabat sejati. always give moral support.we share our problems together. tegur menegur. bermasam muka, bermanis muka, bermasin muka.ehehe... I will never forget all the memory being with them. Rabizah, Sya, Salimah, Yuliana, Rahmah and lain-lain.

Rabizah, bila saya dah takde, awak kena la kuat... kena tabah menghadapi... kena sanggup menghadapi...jgn lari dari manusia,sebab kelak awak maybe terpaksa bekerjasama dengan diorang... so go for it! that's urchallenge!!!

Salimah, bila saya takde, takde la tempat awak nak nangis and lepas geram kan? ehehe... takpe nisa ader...jadi rummate awak for a year it's very memorable for me... saya takkan lupa... saat2 manis, saat2 susah...gaduh2 pun hal kecik2 je...ehehe... u're ok...very sensitif person... saya realise dkt rumah anak2 yatim tuh...hati awak sgt bersih... bila awak nangis utk anak yatim tuh, i know u're a gud person... and keep it on...

Sya, kita gaduh sekali je time supplement 1st year mula2... ehehe... sahabat itu perlu bergaduh utk merapatkanukhwahnya... so tak rugi la gaduh dgn awak kan...ehehe... :) waktu saya tgk awak dkt surau pasum dulu, sayateringin nak rapat dgn awak, sy nak kenal awak lebih mendalam.... Alhamdulillah Allah kabulkan permintaan saya... saya rapat dgn awak dkt dental... apa yang sy nak cakap, walaupun kte nak tetapkan pendirian kita, tapibukan semua orang leh terima dgn baik, so kene cari method camne nak tegakkan pendirian kita tuh...nway bila laily cerita pasal awak, saya tahu, even awak orang yg tegas dalam pendirian, hati awak jugak lembut...dan sekarang u're much more better...Alhamdullilah.... awak dah boleh terima pdgn orang lain dgn baik....sy tentu sgt-sgt rindukan korang semua...

Yuliana, bila saya dah takde, teruskan la perjuangan dalam Balai Islam... bukan awak je, yang lain pun same tau, sya, rabizah, salimah dan yang lain... saper lagi nak bawa Islam if bukan kita... Sgt beruntunglah kita dimasukkan dalamgolongan yang nak bawa Islam, bukan perkara mudah, tapi bukan perkara susah....Yuliana, dalam mencari kebaikan, ada banyak yg kita terlepas pandang.... dan bila kita diuji dengan kebaikan yang sedia ada...sentiasalah ada dalam hati bahawa kita masih belum baik... so kita akan sentiasa perbaiki diri dan mencari kebaikan itu....bantulah sahabat2 yang lain, bagi nasihat dan sbgnya...:)

Rahmah, rugi rasanya tak dapat nak jd rummate awak... nway jgn lupakan sy tau.... ehe, pesanan sy, jgn homesick sgt... ehe...bagus rindu dkt rumah, rindu dkt ayah, tp kadang2 kita membuatkan diorang lebih risau dgn homesick kita...ehehehe... main2 je... saya harap awak pun akan same2 teruskan perjuangan dalam balai Islam... perjuangan menegakkan Islam... kene berani berdakwah, berani tegur org if mampu... jadikan diri sebagai tauladan buat orang lain...:)happy dpt rapat dgn awak sblom sy pergi....~

Kayna, rasa sedih lak.... eheheh...entahla nak cakap aper...byk sgt kenangan dgn kayna sejak akhir2 ni...supplement dkt 6th college...kayna orang yg positif thinking... sentiasa senyum... tak pernah lg nampak kayna masam je... byk sgt sebenarnya nak tulis sampaitak tertulis... jgn lupakan shafa... teruskan dgn perubahan2 ke arah kebaikan... bykkan berkawan dgn orang2 yang boleh buat diri kita juga menjadi lebih baik...and teruskan perjuangan dalam dental demi Islam!!

And kawan2 lain, dah menghampiri jam 3 pagi skang, dah tak larat tulis... ehehe... sepanjang shafa ada dkt dental selama 2 tahun, tak kiralah fakulti atau kolej, tak kira kawan batch 06 atau 07, happy sgt dapat kawan dengan semua... dapat rapat dengan semua...rahsia fakulti dentistry ni ada satu, yg malay, sebab bilangan kita pun tak banyak and course yang susah, so we need each other. sumtimeskita boleh terlepas pandang or menjadi selfish, but most of the time, we complete each other. apa yang salimah cerita and lain2 cerita,we actually complete each other. so korang semua kena saling bantu membantu. nak semua orang Islam success. be a gud doctor. a muslim/muslimahdoctor. mmg dah suratan takdir shafa repeat a year and bantu 1st year 07/08 and now, sudah suratan takdir yang shafa perlu beradadi tempat lain. i'm very satisfied selama berada di fakulti pergigian atau di kolej kediaman, shafa rasa shafa dah bagi komitmen yang penuh utkdua-dua tuh tak kira samada dari segi akademik atau dakwah Islamiyyah. hijrah shafa ke tempat lain adalah yang terbaik dan semoga di siturezeki shafa akan mencurah. semoga destinasi shafa selepas ni adalah yg terbaik buat shafa. i will miss the moment we share sejak dulu.banyak yg pahit, dan banyak yg manis. pahit kerana dugaan yang ditempuhi, tp manis sebab bagaimana cara kita tempuhi.

Thursday, October 23, 2008

~Buat Muslimat Yang Disayangi~

KATA-KATA ZAINAB AL-GHAZALI KEPADA SUAMI TERCINTA
Zainab Al Ghazali:Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?
Suami:Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).
Zainab Al Ghazali:Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu. Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat.
Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri.
Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu.
Lalu kau berkata, “ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”. Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah.
Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.
Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?
Suami: Ya.Zainab Al Ghazali: Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.
Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung.