Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, September 26, 2012

Our Little Khalifah

Assalamu'alaikum Wrt,

Alhamdulillah, selepas gugur selama 2 kali (in my previous entry it was not actually false positive, it is still considered as miscarriage), dengan izinNYA bakal little khalifah berada dalam rahim saya. Dan dengan izinNYA juga, saya sudah masuk 2nd trimester. 

It was actually a tragedy for having 2 miscarriage. Disebabkan mungkin faktor lemahnya iman saya, maka, saya memakan masa yg lama utk menerima dan redha dgn apa yg jadi (walaupun mula-mula dpt tau tu saya kata saya redha), but redha, adalah bila kita betul-betul berserah segala-galanya pada Allah SWT. 

Dalam post yg lepas, kesabaran membuahkan hasil. Begitu juga dalam faktor ini, walaupun perjalanan masih jauh dan masih terlalu awal utk mengatakan apa-apa, saya sgt bersyukur kerana Allah memberi peluang utk merasakan nikmat mengandung ini walaupun alahan saya yg teruk.

Semasa 8 minggu kandungan 
13 minggu kandungan




Doa Nabi Zakaria :

رَبِّ لا تَذَرْنى فَرْداً وَأَنْتَ خيْرُ الوارِثينَ
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik” (Surah Al-Anbiyaa': 89)


Doa Nabi Ibrahim :




Semoga bakal little khalifah ini akan menjadi anak yg soleh/solehah, dan menjadi ummat Rasulullah SAW yg meneruskan perjuangan baginda SAW ini, InsyaAllah. Ummi dan abi kena menjadi contoh yg baiklah ye ^_^



10 DzulQaida 1433 H

Rabu, 26 September 2012

Tuesday, September 25, 2012

Kesabaran yg Membuahkan Hasil

Assalamu'alaikum Wrt,

Dah lama saya tinggalkan blog ini. Sedar tidak sedar post terakhir saya adalah pada bulan Januari yg lalu, sekarang sudah hampir di penghujung bulan September. Pasti ada banyak cerita dan pengalaman yg sudah kita semua lalui.

Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak majlis konvokesyen saya yg telah diadakan pada 21hb September yg lalu, bersamaan dgn hari Jumaat. Setelah gagal dalam bidang pergigian selama 2 tahun, dan meneruskan bidang sains forensik selama 4 tahun, akhirnya segulung ijazah (mcm tak gulung je...) berjaya diperolehi dgn izin Allah SWT.

Bagi saya, saya adalah antara yg bertuah yg Allah pilih utk memperolehi ijazah sarjana muda ini. Mengingatkan mungkin masa ramai di luar sana yg tidak memperolehi ijazah sarjana muda ini seperti saya, namun saya percaya dan yakin, kehidupan yg mereka pasti menarik dan bahagia dengan nikmat lain yg mereka perolehi.

Kenapa ya? Sebab kalau sejak kecil, kita sudah dihidangkan dengan makanan seperti ikan masin dan nasi, dan bila keadaan makin maju, ramai adik beradik yg sudah bekerja seperti sapu sampah dan pak guard, mungkin keluarga mereka dah boleh menikmati hidangan ayam yg pasti akan dirasakan lazat. Lain buat diri saya, yg sejak kecil sentiasa dihidangkan dengan ayam, kalau lah satu hari nanti, saya tidak mampu membeli ayam utk keluarga saya, adakah saya akan mensyukuri nikmat Allah itu? InsyaAllah, kena berusaha utk mensyukuri nikmatNYA.

Apa-apa pun, I'm very happy, so happy, sgt bersyukur, I'm happy sebab dapat membahagiakan mak abah saya :) Bila kita happy, kena tingkatkan ibadah kita. Jangan masa susah je cari Allah SWT. Menjadi anak yg solehah buat mereka adalah cita-cita tertinggi saya, dan menjadi anak yg dapat memberi keputusan yg cemerlang pada mereka juga adalah hasrat saya, agar mereka dapat merasakan segala kesusahan sebelum ini, terbalas. Walaupun tidak sama, sedikit sebanyak saya mampu dengan izin Allah mengukir senyuman pada wajah kedua orang ibu bapa saya.

~This is just the beginning of the episode, InsyaAllah, a long journey is still waiting for us. Allah SWT and Jannah is our destiny~


Terima kasih Allah, Terima kasih mak abah yg banyak sangat berjasa ^_^

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

09 DzulQaida 1433 H

Selasa, 25 September 2012

Saturday, January 14, 2012

~Perkahwinan Jarak Jauh(PJJ)~


Setelah sekian lama saya meninggalkan blog saya, kali ini saya ingin berkongsi satu dilema atau perkongsian mengenai hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ).


Kalau anda mungkin biasa mendengar percintaan jarak jauh, tetapi tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak jauh pun sering berlaku dalam masyarakat kita ini. Perkara ini biasa terjadi di kalangan suami isteri yg bekerja di berlainan negeri.


Dalam konteks diri saya pula, kami masing-masing belajar satu kampus, namun tatkala akad nikah dilafazkan, saya perlu menjalani praktikal di Kuala Lumpur manakala suami pula perlu meneruskan pengajian sarjananya di Kelantan. Dan pada masa saya meneruskan semester akhir di Kelantan, suami pula akan habis pengajian sarjananya dan pulang ke Selangor atau Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjayanya. Maka, saya kira-kira sekarang sudah 7 bulan berlalu kami melalui perkahwinan jarak jauh ini, dan akan meneruskannya sehingga akhir bulan 7 tahun ini mungkin. Wallahu'alam


Banyak ujian dan dugaannya tinggal berjauhan, dan salah satu ujian yg paling besar adalah kurang komunikasi antara suami isteri. 


Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerana banyak faktor. 


Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-


TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit telefon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Seminggu sekali adalah lebih baik sekiranya mampu.

TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. 

TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.



Tidak semua tips di atas saya amalkan. Ia sekadar saya dapati ilmu ini hasil dari pembacaan saya. Kita masing-masing ada cara tersendiri utk menjaga hati pasangan masing-masing. Tetapi bagi saya sebagai seorang perempuan, saya rasakan perempuan suka sekiranya suaminya sering menghubunginya, mengambil berat akan dirinya. Dan bagi pandangan saya, saya lebih suka utk tinggal bersama, namun apakan daya, saya tidak mampu utk tinggal bersama dengan zauj saya. Biarlah masa yg menentukan kami dapat tinggal serumah. Sekiranya rindukan suami, maka sentiasalah berdo'a pada Allah SWT, hanya DIA yg mampu menjaganya tika kita tidak mampu menjaganya. Wallahu'alam. 

-Yang merindukan pemilik cintaku selepas Allah dan RasulNYA-

20 Safar 1433H
14 Januari 2012

~False positive~

Assalamu'alaikum Wrt Wbt,

Sudah lama tidak menulis, kaku rasanya utk menulis, namun ku gagahkan diri ini utk menulis, sekadar luahan hati yg tidak seberapa, bukan utk tatapan ramai, hanya utk ku meluahkan apa yg terbuku dari hatiku, semoga dengan luahan ini, ku berasa lebih tenang hendaknya...

Baru-baru ini, setelah 3 bulan selepas operation D&C itu, ku diuji dengan satu lagi dugaan, iaitu... saya disahkan mengandung setelah 2 kali buat UPT di rumah. dan kemudian saya pergi ke klinik utk mengesahkannya, dan Dr itu mengesahkan yg saya sudah mengandung...

Maka, bermulalah episod di mana saya menulis diari... tajuknya "diari hati seorang ummi"...


Diari bakal little caliph

1 Januari 2012

Alhamdulillah, hari ini ummi asyik berangan je kehadiran anak ummi dan abi seorang ini. Mana tidaknya, ummi dan abi menunggu 3 bulan selepas tiada rezeki yg lepas. Walaupun ummi berangan, tapi ummi berjaya juga study 3 nota petang ini dan 1 nota pagi ini... Bila malam usai tiba, ummi tak dapat nak fokus sebab perut ummi berbunyi kelaparan walhal baru sahaja makan nasi putih dengan ayam masak pedas(tapi cara masakan lebih kepada sup ayam yg ditambah cili api). Ummi dan abi sangat bahagia dan bersyukur dengan berita yg kami terima ini. InsyaAllah ummi dan abi sedang berusaha utk menjadi yg lebih baik agar dapat mendidikmu dengan baik anakku. Semoga dirimu sentiasa sihat dalam kandungan ummi. Ummi berusaha sedaya upaya menahan loya ummi agar dirimu mendapat zat yg secukupnya, InsyaAllah. Ummi juga sentiasa mendo’akan kesihatanmu setiap kali selepas solat.

2 Januari 2012

Hari ini ummi study macam biasa, lebih kurang jam 11pagi, ummi tertidur sementara menunggu auntie shafiqah menyiapkan calculusnya. Dalam jam hampir 1 ptg, ummi dan auntie shafiqah pergi makan subway. Ummi ambil byk sgt sayur untuk anak ummi yg seorang ini. Selesai makan, ummi cepat-cepat pergi solat. Hati ummi riang gembira, hanya Allah yg tahu. Masa ummi dalam perjalanan nak balik maktab, ummi tergerak nak ke klinik utk buat check pregnancy. Alhamdulillah, klinik yg ummi pergi tu, klinik orang Islam. Dr perempuan yg check ummi. Walaupun tak nampak lagi anak ummi dalam scan tu, ummi do’akan anak ummi sihat selalu. Dr tu sgt baik, peramah, sentiasa menyebut kalimah-kalimah Allah, menyenangkan hati ummi. Dr ambil darah ummi dan air kencing ummi untuk buat lab test. Ummi senang hati, semoga Allah permudahkan segala perjalanan melahirkan seorang khalifah Allah di muka bumi. Malam ini, ummi rasa mcm nak makan ayam penyet, tapi tengok keadaan dulu memandangkan ummi ada exam esok pagi, jadi nak kena revise dulu. Apa-apa pun kalau ada rezeki, dapatlah makan ayam penyet.

5 Januari 2012

Assalamu’alaikum anak ummi, dan abi. Sihat ke? Ummi dan abi sentiasa mendo’akan anak kami sihat dibawah penjagaan Allah SWT. dah 2 hari tidak menulis gara-gara exam. Alhamdulillah, exam ummi dah habis, ummi harap ummi dapat result yg terbaik. Malam tadi ummi pergi scan walaupun anak ummi baru sahaja 4minggu dan 4hari. Ummi just nak monitor anak ummi, Alhamdulillah everything seems ok, InsyaAllah. Masa Dr scan anak ummi ni, ummi selawat dan do’a agar dapat lihat anak ummi. Alhamdulillah, boleh nampak ada bygn walaupun tidak jelas sbb anak ummi masih kecil lagi. Dr pesan pd ummi scan lagi 2 weeks. InsyaAllah bila kandungan anak ummi masuk 6 weeks, ummi akan terus daftar di Penang ye. Buat masa ni, ummi akan teruskan minum susu, supplement dan sebagainya, paling penting, ummi aim sgt utk khatam Qur’an before anak ummi ni due, dan sekarang ni pun Alhamdulillah, ummi cuba utk bangun qiam sentiasa. Ummi sgt merindukan abi. Abi pun rindukan ummi dan anak ummi. Ummi berangan tadi masa lawatan tengok K9, ummi berangan “bertuahnya anak ummi dpt abi dan ummi yg baik”…tapi tiba-tiba ummi rasa ummi bukanlah ummi yg terbaik utk anak ummi, but InsyaAllah ummi akan buat the best for you…Ummi tak sabar nak dapat seorang mujahidin yg bakal perjuangkan agama… and before ummi boleh dapat, tentulah ummi yg kena jadi mcm yg ummi dambakan anak ummi jadikan, InsyaAllah… semoga ummi akan sentiasa istiqamah dalam perkara-perkara baik dan meninggalkan perkara-perkara yg dimungkari Allah SWT. Bila mengandung ni, kdg-kdg hormon ummi tak stabil, ada perasaan nak marah, ummi terus do’a dalam hati “agar dikurangkan dan dibuang perasaan tak elok ni”… Maafkan ummi ye, Allah, maafkan ummi ye, anakku…

Cukuplah setakat ini sahaja saya paparkan sebahagian diari hati ini :) Pada suatu hari 10hb Januari, saya dapati ada darah berwarna kecoklatan. Hati saya dah digundang gelisah, dan esok harinya, saya bleeding yg amat dahsyat. Dalam hati saya, saya menguatkan diri untuk berdo'a dan yakin yg bayi dalam kandungan ini selamat. Sejak kematian anak yg pertama dulu, saya sering bangun malam dan bersama dengan DIA YANG MAHA PENCIPTA.... saya berdo'a dan berdo'a, janganlah miscarriage yg kali kedua...

Setelah pergi memeriksa Dr pakar sakit puan, Dr mengesahkan yg sebenarnya saya tidak mengandung. bleeding ini adalah period sebenarnya... Saya sgt bersyukur namun disebalik kesyukuran itu, hati saya luluh, kecewa yg saya belum lagi ada rezeki utk mengandung lagi... Saya hanya tersenyum memandang Dr, suami dan mak. Malam itu suami akan balik semula ke Kelantan. Saya hanya nampak tenang... Saya selawat dan bersyukur pada Allah SWT sebab saya tidak miscarriage... namun, dugaan ini juga merupakan suatu dugaan yg besar buat diri saya... Baru saya sedar kenapa hormon saya tidak stabil, ini kali pertama period saya datang lewat, lewat lama pula tu, 12 hari...

Walau apa yg terjadi, semoga setiap amalan dan ibadah yg dilakukan kan terus istiqamah pada hari-hari yg mendatang... saya yakin, satu hari nanti, Allah SWT kan pasti gandakan rezeki itu :) saya adalah dikalangan insan yg terpilih utk diuji sebegini rupa... Setiap hari pun perlu utk menyedapkan hati ini... Pasti ada hikmah disebaliknya...

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Buat suami yg tercinta, maafkan diri ini sebab banyak sgt kekurangan buat dirimu... i'm trying my best to be your wife not only in this world, but also to be the wife in akhirat... [setiap kali ujian yg menimpa, saya seringkali menangis kerana sering fikirkan yg kalaulah suami masuk ke syurga, tapi saya masuk ke neraka....ya Allah, na'uzubillahi min zalik... bagilah kami dan keluarga kami semuanya menuju jalan yg diredhai olehMU ya Allah]

Yang merindui MAHA PENCINTA dan yg merindui pemilik cinta ku selepas Allah dan RasulNYA
20 Safar 1433 H
Sabtu, 14 Januari 2012




~Merindukan suami yg jauh disisi~


Thursday, October 6, 2011

~Kunci segala kunci~








  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan rasulnya


  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketakwaan


  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah swt (Tauhid)


  • Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhluknya.


  • Kunci kebaikan adalah kejujuran


  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa


  • Kunci ilmu pengetahuan ialah tidak malu bertanya dan mendengar dengan baik


  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar


  • Kunci kebahagiaan adalah Taqwa


  • Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur


  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi


  • Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalah berdoa...
  • Monday, October 3, 2011

    ~Pengalaman berpantang~


    Assalamu'alaikum Wrt kepada semua yg sudi membaca blog saya yg tidak seberapa ini. Pertama sekali, sangat bersyukur esok akan genap sebulan saya berpantang. 

    Walaupun keguguran, sewajarnya orang yg keguguran perlu juga berpantang seperti orang yg bersalin normal.  Tempoh minimum adalah selama 2 minggu atau 20 hari. 

    Kebiasaan orang yg alami keguguran akan mendapat cuti selama 2 minggu, tapi Dr saya bagi saya cuti selama 6 hari (mmg masa tu pun tgh bercuti). Bila praktikal sekarang, Alhamdulillah, tidak lah sebetul-betulnya jaga, namun saya cuba yg terbaik utk menjaga....

    Mungkin saya tidak perlu bercerita panjang tentang cara-cara utk berpantang, namun dari segi khasiat dan makanan tambahan yg perlu diambil, adalah sangat-sangat perlu seperti multivitamin, herba, dan susu utk menguatkan tulang rahim kita. Selain itu, urut selepas bersalin adalah sangat perlu iaitu urut 3 kali agar badan menjadi lebih segar semula.

    Perbezaan yg dapat saya rasakan bila kali ketiga urut adalah, sebelum ini, selalu rasa badan sejuk. Alhamdulillah, selepas urut kali ketiga, badan terus segar semula.

    Ibu-ibu mahupun wanita yg berada dalam tempoh berpantang, emosi mereka kurang stabil. Kepada para suami, harus sentiasa ingat ye! Kalau isteri buat 'perangai', banyakkan bersabar ye :) kesakitan yg mereka alami, memakan masa utk sembuh... namun jangan risau, InsyaAllah dengan berkat berdo'a pd Allah SWT, saya yakin, wanita-wanita pasti dapat menempuhi proses berpantang dengan jayanya. 

    Dan buat para wanita juga, anda perlu ingat, walaupun apa jua keadaan yg dialami, suami perlulah diutamakan. Tolak ansur adalah sangat perlu, saling faham memahami, dan bersabarlah dengan keadaan kita. Kadang-kadang mungkin suami tak dapat nak tahu apa yg kita alami, namun, kita sebagai kaum wanita, perlu berfikiran positif dan mencari cara utk bercerita pada si suami secara berhikmah, apa sebenarnya yg kita sedang alami, dan apa yg kita mahukan dari si suami (^_~) tidak salah utk memberitahu mereka, apa yg kita nak... InsyaAllah... 

    "“Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
    ~Kali pertama kami ke pantai bersama sahabat-sahabat lain~

    ~Erti perkahwinan dalam mencari redha Allah SWT~


    05 Dhul Qa'ida 1432 H
    03 Oktober 2011

    Pesanan buat diri : "Perkahwinan adalah suatu perkara yg suci, maka janganlah ia dicemari hanya kerana nafsu dan buruk sangka, serta janganlah dicemari hanya kerana diuji. Ujian itu adalah utk meningkatkan ketaqwaan suami isteri dalam menuju bahtera syurga" 

    Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.


    Friday, September 9, 2011

    Detik-detik cemas



    ‏        "‏إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما ثم يكون في ذلك ‏ ‏علقة ‏ ‏مثل ذلك ثم يكون في ذلك ‏ ‏مضغة ‏ ‏مثل ذلك ثم يرسل الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد"

    Ertinya :   “Sesungguhnya setiap kamu diciptakan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu diitup roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagia.”  Muttafaqun ‘Alaihi. 


    لكل من الحيوان المنوي وبويضة المرأة حياة تناسبه إذا سلم من الآفات, تهيئ كلاً منهما بإذن الله وتقديره للاتحاد بالآخر , وعند ذلك يتكون الجنين إن شاء الله ذلك, ويكون حياً أيضاً حياة تناسبه حياة النمو والتنقل في الأطوار المعروفة , فإذا نفخ فيه الروح سرت فيه حياة أخرى بإذن الله اللطيف الخبير .

    Yang bermaksud : “Jika ditakdirkan air mani dan telur wanita tidak mati, kedua-duanya  akan hidup sesuai dengan keadaan kedua-duanya (seperti yang diciptakan).  Dengan izin Allah dan takdir-Nya kedua-duanya akan bersatu.  Ketika itu akan terbentuklah janin dengan izin Allah.  Dan janin itu hidup sesuai dengan perkembangannya dan peningkatannya mengikut tahap yang sudah ditetapkan.  Apabila ditiup roh padanya akan berputik satu kehidupan dengan izin Allah yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui”. 



    Tatkala berada di tengah-tengah bilik pembedahan sekitar jam 9.43pagi, dapat ku lihat lampu bilik bedah itu sama seperti yg sering ditonton dalam televisyen. Inilah kali pertama diri ini memasuki bilik bedah. Dan buat pertama kali, diri ini akan melalui prosedur yg melibatkan GA(general anaesthetic) yg melibatkan bius seluruh badan.


    D&C (Dilation & Curettage) is a surgical procedure often performed after a first trimester miscarriage di mana ia merupakan satu minor procedur, walaubagaimana pun melibatkan bius seluruh badan dan perlu masuk ke bilik bedah utk melaksanakan prosedur ini. Prosedur ini memakan masa lebih kurang 2-4jam. Kebiasaannya ibu yg gugur dan bayinya tidak keluar habis, juga perlu melakukan prosedur D&C utk mencuci agar rahim ibu itu kekal dalam keadaan baik & boleh mengandung di masa akan datang.

    Sehari sebelum prosedur dilakukan, saya bersama keluarga telah berjumpa Dr Pakar Sakit Puan utk check buat kali kedua, manalah tahu perkara yg saya dapat tahu beberapa hari sebelum Hari Raya 'Aidilfitri itu dengan izin Allah SWT, keajaiban boleh berlaku.

    Dr memberitahu terdapat 2 kemungkinan kenapa bayi itu tidak berkembang & masih tidak mempunyai dengupan jantung sebelum melakukan ultrasound ke atas diri ini. Kemungkinan yg pertama 1) bayi itu telah meninggal dunia, dan kemungkinan yg kedua 2) telur yg dihasilkan oleh si ibu adalah lambat, maka persenyawaan berlaku lambat, maka tidak boleh dikira atau berlaku kesilapan terhadap pengiraan umur bayi dalam kandungan. Maka utk membuat confirmation ini, dua test telah dilakukan.

    Semasa Dr membuat ultrasound abdominal(pada bahagian permukaan atas), bayi dlm kandungan tidak dapat dilihat melalui skrin yg dipaparkan. "Apa yg boleh saya perhatikan dari sini 99% confirmation bayi ini telah tiada, tetapi takpe, kita akan membuat vagina ultrasound utk 100% confirmation" Dr itu memberitahu pada keluargaku.

    Dan apabila vagina ultrasound dilakukan, terkumat kamit pada mulut saya membaca "bismillahi tawakkal tu 'ala Allah-dan diri ini hanya mengharapkan keredhaanNYA dan apa yg ditakdirkan terbaik olehNYA" 
    "Nampaknya saya amat bersetuju dengan Dr pakar yg telah dibuat di Penang, 100% bayi ini telah mati lebih kurang sebulan yg lalu"... pada masa itu ku lihat gambar bayi dalam kandungan, bayi yg berukuran 4.4 mm, rahim ku yg besar 11 minggu, ku lihat ada wajah tangan pada bayi dalam kandungan ku, namun benarlah, bayi itu sungguh kecil sekali, berbeza dengan rahim ku yg berkembang besar.

    "Perkara seperti ini adalah perkara biasa berlaku. Statistik kajian menunjukkan dalam 15 orang daripada 100 orang yg mengandung akan mengalami situasi seperti ini. Disebabkan adik tidak mengalami sebarang pendarahan, maka ia dikenali missed miscarriage, mati dalam kandungan. Dan mengikut jangkaan 4minggu-6minggu pendarahan akan berlaku erti kata lain turun darah" Dr menjelaskan. "Disebabkan ini adalah anak yg pertama, maka saya suggest melakukan D&C, 50% daripada mereka yg gugur tidak habis keluar, maka perlu juga melakukan D&C if bukan sekarang"

    Setelah berbincang, mak abah & suami, maka D&C dilakukan esok hari(4hb Sept 2011). Malam ini tidak mampu ku ungkap dengan kata-kata, hanya sentiasa berdo'a dalam hati dan hanya mampu mengadu padaNYA. Jam seawal 4 pagi ku bangun, dan terus mencari Allah SWT, dalam fikiranku "adakah Allah SWT terlalu merindukan rintihan hambaMU ini barulah hal ini terjadi?" namun, redha, dengan apa yg ditakdirkanNYA. Dalam do'a hanya mengharapkan agar prosedur berjalan dengan lancar & selamat. 

    Jam 6 pagi tepat, ubat 5 biji ditelan utk induced mcm orang bersalin. 7.02 pagi tepat tiba di hospital dan terus dimasukkan ke dalam wad, ayat-ayat Al-Qur'an bermain di bibir, melihat wajah suami & ibu tersayang. 
    Jam 7.30 pagi, sakit seperti period pain mula dirasai, sekitar jam 8pagi, sakit belakang, tulang belulang, dan denyutan di sekitar bawah mulai kuat dan makin kuat. Tatkala ini, bila tengok ada stain darah, maka mengikut Dr, bukaan laluan seperti orang bersalin dah mula terbuka. "La takhaf wa la tahzanInnallaha ma'ana”, Jangan takut jangan sedih, Allah pasti bersama kita"


     Tepat jam 9.10 pagi, diri ini telah ditolak ke bilik pembedahan, sempat lagi ada sifat malu, "malunye orang tengok", ku memberitahu pada mak & suami yg turut sama ikut nurse ke luar pintu bilik pembedahan. Sampai hadnya, suami & mak tak dapat nak ikut dah. Hanya menunggu di luar. Bila masuk bilik bedah, Dr pakar bius pun mulai membuat explaination prosedur membius, dan ku perlu sign borang agreement apa entah utk bius tu. Sewaktu belakang tapak tangan mula dicucuk dengan jarum utk dibiuskan, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW  

    "Sakit sungguh, tapi kesakitan kematian pasti lebih dahsyat dari ini" pujuk hatiku, dalam masa yg sama diri ini pun mengucap dua kalima syahadah sehingga tidak sedar diri.

    "Adik-adik, bangun, dah siap dah operate", ku membuka mata, dan mengucapkan rasa syukur pada Allah SWT, semuanya telah selamat, dan tatkala ini airmata mula mengalir, mengenangkan bayi dalam rahimku sudah dikeluarkan... Sedih yg amat... Teramat... dan tidak mampu ku ungkapkan lagi. Ku masih bersyukur kerana diberi peluang & nikmat oleh Allah SWT utk menjalani kehidupanku sebagai hamba Allah SWT dan agar ku masih diberi masa utk ber'amal dan sujud padaNYA sebelum masa itu terlambat buatku.

    Kerana keletihan yg amat, ku pejamkan mata, dan menunggu masa utk ditolak keluar masuk ke wad semula. Apabila nurse membawa ku keluar dari bilik bedah, kedengaran suara adik-adikku, dan ada yg bertanya "kak Siti ni dah sedar ke", ku hanya mengangguk, sekadar memberi isyarat bahawa ku sudah sedar. walaupun ibu ku memberitahu pada masa itu ku masih mamai dengan pengaruh drug bius yg diberikan.








    Masih ku ingat lagi, semasa tiba di penghujung jalan yg tidak dibenarkan masuk sebelum masuk ke bilik bedah, suami tanyakan pada nurse "di mana surau?", dan pagi semasa solat subuh berjemaah sebelum ke hospital, suami ku membacakan surah Al-Mulk. Entahlah kenapa subuh itu terasa sayu. Dan ku memohon kemaafan dari suamiku andai diri ini tidak menjadi seorang isteri yg baik & menyenangkan hatinya.

    6hb Sept 2011, kandungan yg terdapat dalam rahim termasuk uri ku selamat ditanam dibelakang rumah sewa kami. Hati pilu menusuk diri, fikiranku selama beberapa hari ini masih terbayang pada kandungan itu. Kandungan, zuriat yg tidak kesampaian, masih belum tiba rezeki kami utk mempunyai zuriat lagi. Pasti besar hikmahNYA. Semoga rezeki yg lebih baik menunggu kami di kemudian hari. 

    Di dalam sebuah hadith "Wahai Abu Hurairah, kejadian apa pun yg engkau temui, sungguh pena telah mengering; qada' telah ditetapkan; qadar telah selesai diputuskan; segala ketetapan telah selesai ditulis; pena telah diangkat; dan lembaran telah mengering"

    Inilah ujian yg ku rasakan besar buat diri ini setelah pernah gagal 2 kali dalam akademik semasa membuat bidang pergigian suatu ketika dulu. Kini, ku bakal memasuki tahun akhir Sarjana Muda Sains Forensik dan bakal berdaftar praktikal selama 1 semester di Maktab PDRM Cheras. InsyaAllah, ujian ku ini kecil sahaja berbanding ujian-ujian ummat-ummat terdahulu. Inilah lumrah perjuangan, perlukan ujian agar diri menjadi lebih kental & teguh, agar di masa hadapan tiada perkara yg ditakuti melainkan MAHA PENCIPTA. Hanya DIALAH yg berhak ditakuti... 

    Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma'idah ayat 119, maksudnya :

    "Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNYA"


    ~Zauj menggalikan tanah dibelakang rumah~

    ~Detik-detik yg menyayat hati buat abinya, Abdul Hakim bin Abdul Jalil~

    ~Al-fatihah~ Suatu pengalaman & nikmat berharga yg dikurniakan Allah SWT buat kami berdua. Alhamdulillah

    ***Artikel ini ku dedikasi khas buat suami tercinta selepas Allah SWT & Rasulullah S.AW, ku tahu tangisan yg tersembunyi disebalik wajahmu yg tenang, ku tahu betapa sukarnya detik-detik dirimu tanam kesemua isi kandungan yg terdapat dalam rahim zaujah(isteri)mu ini, ku tahu walau tak mampu ku ungkapkan, namun kita masing-masing mengalami detik-detik sukar menghadapi ujian ini. Bahkan bukan hanya satu ujian, tetapi beberapa ujian yg tidak mampu dilafazkan, biarlah terbuku dalam hati, biarlah tersemai dalam iman, biarlah Allah SWT menjadi tempat kita mengadu, walau sukar bagaimana dirimu, akan ku terus senyum & bangun serta bangkit berjuang, dan semoga dirimu juga akan sentiasa bangun menuju keredhaan Allah SWT. My beloved zauj, all the best in finishing your thesis master, may Allah SWT always bless our family and every ummah in this whole entire world***

    11 Syawal 1432 H
    09 September 2011

    "Keredhaan memiliki buah yg melimpah berupa keimanan. Orang yg redha hatinya akan terangkat hingga tempat yg paling tinggi, yg kemudian mempengaruhi keyakinannya yg semakin mendalam dan kuat mengakar. Pengaruhnya kemudian adalah kejujuran dalam berucap, berbuat dan berperilaku"