Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, August 26, 2011

~Cinta pada dunia,kasihku pada amanah Allah SWT~

~Saat membahagiakan seorang wanita bergelar isteri adalah apabila disahkan mengandung~

Alhamdulillah, sedar tidak sedar, malam ini merupakan malam ke-27 bulan Ramadhan yg penuh dgn barakah ini. Antara malam-malam yg dijanjikan malam LailatulQadar. Dan hambaMu ini ingin terus menjadi hamba yg sentiasa mensyukuri nikmatMu. Semoga kita semua sama-sama tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yg beriman.

Membicarakan dengan seorang sahabat tentang kasih sayang pada dunia, termasuk kasih sayang pada suami, adakah ia akan mengatasi segala-galanya? Membicarakan kasih sayang terhadap apa-apa yg berada di dunia, nikmat yg Allah SWT bekalkan kpd kita hanyalah bersifat sementara.

Dan aku masih lagi menjadi insan pilihan Allah utk diuji dan diuji. Pada asalnya bahagia yg datang, dan kiranya selepas itu, Allah SWT ingin menarik semula bahagia itu. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabuut:2)

Beberapa potongan ayat Al-Qur'an terus menjelma dalam diriku tatkala diberitakan dgn khabar yg bagiku sgt menyedihkan ini. Ia ibaratkan bakal kehilangan seseorang yg telah kita tumpahkan kasih sayang terhadapnya. Bayi yg dikandungku ini kira-kira berusia 10 minggu kini dikhabarkan tiada dengupan jantung & tidak membesar dengan yg sepatutnya. Sewaktu Dr menyebut semasa membuat ultrasound scan, bayi itu saiznya terlalu kecil dari yg sepatutnya, bergetar hati ini. "Adakah sesuatu yg tidak diingini telah berlaku?" Dan akhirnya, apabila Dr memberitahuku beberapa kesimpulan yg dapat dibuat, airmata ku tidak mampu ditahan lagi, ku hanya mampu tersenyum dan mendengar dgn tabah penjelasan Dr disamping suami yg tersayang. 

Tempoh seminggu lagi yg diberikan utk memastikan bayi dalam kandungan ini sekiranya tiada perubahan, maka selamat tinggal sayangku. Perlu melakukan pembedahan yg melibatkan general anaesthetic.(kecut perut juga mendengar perkataan "bedah" ini). Sejak seminggu yg lalu, hati ini terlalu berkenan pada nama-nama sahabat-sahabat Rasulullah SAW. nama seperti Ammar dan Zubair sentiasa disebut-sebut. bahkan juga dua nama wanita solehah di zaman nabi juga disebut-sebut. 

Entahlah apa yg patut ku gambarkan perasaan diriku tatkala ini. Hanya do'a dan do'a pada Illahi agar segala yg ditetapkan itu adalah yg terbaik buat diri ini dan kami sekeluarga. Walaupun ku masih mengharapkan bayi dalam kandungan ini dapat diselamatkan, dan keajaiban Allah SWT akan berlaku, namun, ku tahu, segala suratan & takdir Allah SWT pasti itu yg terbaik. Itulah kita sekiranya beriman pada qada' & qadar. Kena berpegang teguh padaNYA. 

"Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)" (Ar-Ra'd:22)

~Semoga senyuman ini sentiasa terukir diwajahku~Sentiasa cuba tersenyum terutama dihadapan keluargaku~

La Tahzan. Inallahama'ana. Allah SWT sentiasa & sentiasa berada di sisi kita. Tempoh seminggu selepas raya yg cukup mendebarkan. InsyaAllah semoga sekiranya bukan sekarang rezekiku, maka akan ada rezeki di lain hari, semoga kita semua yg bergelar isteri akan dapat nikmat gelaran ibu@ummi ini. Bukan mudah kan perjuangan seorang ibu@ummi ini. :)


26 Ogos 2011
27 Ramadhan 1432 H

Thursday, August 11, 2011

Ayuh! Kuatkan semangat di bulan Ramadhan ini

Alhamdulillah, sudah berada di pertengahan Ramadhan al-mubarak yg mulia ini. Diri ini makin lama rasa makin lemah dan semakin lemah... Kena kuatkan semangat! Terus kuatkan semangat anda :)

Allah SWT telah menjanjikan pelbagai ganjaran di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini. Dan di penghujungnya malam Lailatul Qadar bagi setiap insan yg beriman ingin mencarinya... Walaupun ganjaran yg dijanjikan merupakan 1000 bulan beribadah, namun sebenarnya kasih sayang Allah yg Allah berikan pada hamba-hambaNYA menyebabkan merasakan kemanisan iman dalam solatnya.

Ahad ini genaplah seorang khalifah Allah SWT to be yg sdg ku bawa ini berusia 2 bulan kandungan. Alhamdulillah ya Allah, semoga baby khalifah ini akan terus dipelihara olehMu dan selamat sehingga hari kelahirannya (^_~)

Berbalik cerita mengenai kuatkan semangat ini, adalah kerana menjadi kebiasaan ibu-ibu yg mengandung mempunyai alahan tersendiri. Bagi diri saya pula, pernah satu hari tu, terjaga lewat sahur, jadi hanya sekadar mampu minum air masak je, tapi kemudian beberapa minit muntah air semuanya, dan azan pun berkumandang. Jadi seharian badan merasakan terlalu lemah. 

Muntah setiap hari dialami oleh diri saya apabila kandungan dah berusia 7 minggu. ubat tahan muntah yg Dr bagi, saya tidak gunakan kerana saya mmg tidak suka makan ubat sekiranya mampu bertahan. Setiap hari pun akan muntah selesai makan. Makan muntah, makan muntah. Masa solat pula, loya yg amat. Tetapi hari ini, saya merasakan pening sewaktu solat, kaki sejadah menjadi gelap sekejap. Dalam hati berdo'a "Ya Allah, janganlah pitam sekarang, kerana jemaah yg lain sdg solat, ana tidak mahu ana menganggu yg lain. Dan ana juga tidak mahu orang rumah risau akan diri ana ini"



Setelah selesai 4 rakaat tarawikh, nampaknya, terpaksa mengundurkan diri dari jemaah dan ke bilik air. Selesai menyedut nafas udara segar di luar, kemudian masuk kembali bersama jemaah utk meneruskan tarawikh. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga 8 rakaat yg dilakukan.

Semalam, saya tidak ke surau, kerana perut yg kurang selesa, dan muntah yg masih ditahan, menyebabkan hanya solat di rumah sahaja. Apabila keadaan sebegini, teringat pada surah Al-Luqman yg mencerita 'wahnan 'ala wahnin' ibu yg mengandung. Segala kelemahan yg perlu ditempuhi. Dalam hati terdetik 'baru nak masuk 2 bulan, perlu tempuhi lagi 7 bulan'. Tidak lama lagi sem baru akan buka, dan saya akan meneruskan praktikal 5 bulan dan 5 bulan final year project. Menyedari hakikat ini, sentiasa pujuk baby khalifah utk sentiasa tenang & bersama-sama ummi mengembara kehidupan ini. Membaca Al-Qur'an & terjemahan itu merupakan amalan yg pastinya bagi setiap insan yg bakal bergelar ibu. Semoga perkara-perkara yg baik dilakukan semasa mengandung kita semua teruskan sehingga ke penghujungnya bukan hanya ketika mengandung shj. The journey of life is still long.

Dalam keadaan sebegini, baru boleh benar-benar hayati ibu kita yg telah membesarkan anak-anak yg ramai dengan sabar & tabah. Dan dalam hati ini, the best role model for me after Rasulullah S.A.W of course is my MAK. 

Dalam keadaan alahan sebegini, mak sering akan tanya "ada mengidam apa-apa tak?nanti mak masak", atau "nak makan apa?" ada sekali tu abah suruh mak beli kambing dan call saya utk tanya nak masak apa. rasa terharu!!! :)

Pernah sekali tu saya bagitau suami "teringat je mexico bun yg mak buat(merujuk pd mother in law), pastu bila saya balik ke rumah mertua, mak pun terus bersusah payah buat mexico bun utk menantu dia ni. Seronok rupanya bila mengandung ini. Kdg2 confuse juga mengidam ke saja-saja mengidam. Hehe (^_~)

Apa-apa pun, amanah & tanggungjawab yg lebih besar pasti kan menanti ummi dan abi kepada baby khalifah ini dan amanah baby khalifah juga pasti sedang menanti. InsyaAllah sama-samalah kita semua melayari bahtera agar menuju ke arah keredhaan Allah SWT, dunia dan akhirat, pastinya.

***Kita sudah pun melewati fasa pertama Ramadhan yang menjanjikan rahmat. Kita juga sudah di pertengahan fasa kedua Ramadhan yang menjanjikan keampunan. Tidak lama lagi kita akan berada diambang fasa ketiga Ramadhan yang menjanjikan pembebasan dari api neraka. Begitu juga di fasa ketiga ini, kita diraikan oleh Allah dengan kedatang Lailatul Qadar, malam yang menyamai seribu bulan. Barangsiapa beribadah di malam Al Qadar, bagaikan beribadah selama 1000 bulan. Rebutlah peluang ini walau kita dalam kesibukan. Gunakanlah sisa-sisa Ramadhan yang masih berbaki ini untuk kita meraih ganjaran pahala yang bakal mendekatkan kita dengan Allah, InsyaAllah***





11 Ogos 2011
11 Ramadhan 1432 H
11.26 pm

Tuesday, August 9, 2011

Resipi Cookies kegemaranku :)

Assalamu'alaikum Wrt Wbt,

Alhamdulillah baru balik dari solat tarawikh. Malam ini dah malam yg ke-10. Sekejap je rasanya. 
Atas permintaan sahabat yg ingin resipi cookies dari entry sebelum ini "cerita masak-masak", jadi tiadalah secret resipi seperti orang lain memandangkan baru 1st time buat pada entry sebelum ini, mungkin sekiranya lepas ini ada penambahbaikan, akan saya maklumkan pada sahabat & pembaca sekalian ye.

Jadi inilah resipi yg telah saya ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/24 namun saya telah author mengikut beberapa resipi yg telah dibaca :

Bahan-bahan (100 biji) :

450 g tepung gandum
sedikit garam (1/4 sudu kecil)
1 biji telur
3/4 (daripada 250 g buku) mentega 
115 g gula halus
110 g gula perang
100 g chocolate chips
3 sudu besar coco powder(serbuk koko)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil yis

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan sedikit garam
3. Masukkan telur dan pukul lagi
4. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga choc chips dan kacau
5. Masukkan yis
6. Buat bulat-bulat kecil dalam bekas yg ingin dimasukkan dalam oven
7. Pre-heat oven 180 darjah dan kemudian masukkan adunan tadi ke dalam oven selama 15 minit.


***Beberapa petua kalau nak bagi biskut ini sedap, antaranya :

bahan-bahan yg digunakan berkualiti dan mmg diketahui sedapnya contohnya 
mentega, jenama buttercup digunakan, untuk serbuk koko jenama seperti van houten atau apa-apa jenama yg anda ketahui kesedapannya digunakan, dan untuk chocolate chips juga jenama yg sedap seperti kisses juga digunakan. InsyaAllah kesemua jenama yg saya sebutkan ini dijamin Halal dan Toyyib :) 

namun harus diingati, jenama-jenama yg berkualiti ini tentu sedikit mahalnya sekiranya digunakan, sekali baking, lebih kurang rm30-rm50 utk bahan-bahannya sahaja, tetapi berbaloi (lebih dari 100 keping boleh dihasilkan). dan kena ingat juga buat cookies ini, masa nak letak atas baking pan itu, sedikit sahaja (1/2 sudu besar) maka, banyak cookies dihasilkan. 

selain daripada chop chips, anda boleh masukkan kacang badam, kacang gajus atau kismis ke dalam adunan tadi, mengikut cita rasa dan pilihan anda.

pengalaman saya pertama kali membuat, pada asalnya saya letak banyak dalam 1 sudu besar adunan, dan akhirnya tak jadi cookies, tapi jadi muffin choc cake (hehe, rasanya masih ok tapi tak rangup and takde bentuk cookies la jawabnya)... apa-apa pun selamat mencuba!!! 

~Gambar sekadar hiasan~


09 Ramadhan 1432 H
10.34 pm 

Friday, July 29, 2011

~Cerita masak-masak~

Alhamdulillah, dikurniakan nikmat Iman & Islam yg masih bertakhta sehingga hari ini. Dan hari ini sudah masuk 28 Syaaban 1432H. Macam tak percaya, lagi 2 hari to go to Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan! 

Sejak akhir-akhir ini, saya ada satu penyakit, penyakit asyik nak cuba utk buat sesuatu yg baru. Bermula lah dengan sheppard pie, kek batik, puding custard, dan malam ini cookies ala famous amos. (^_~)

Cuma setakat ini, sheppard pie, saya tidak berkesempatan utk bawa ke tempat praktikal saya iaitu di Ibu Pejabat bomba dan penyelamat seberang prai, selebihnya, saya pasti akan bawa ke sana buat kawan-kawan yg berada di sana, dan juga tidak dilupakan pegawai-pegawai bomba dan makmal yg disayangi.

Jam menunjukkan 1.48 pagi, dan masih ada beberapa round cookies famous amos yg perlu dibakar.

Tepat jam 2.51 am, semua cookies telah sedia dibakar. Walaupun mengambil masa yg lama, tetapi kerana rasanya yg sedap sekali, jadi, tak rasa susah pun. Terima kasih my sister for the recipe, and mak for helping me :)

~yummy yum, rasanya mmg sedap~ :) Alhamdulillah, tidak perlu lagi ke famous amos

29 July 2011

28 Sya'ban 1432 H


Monday, July 25, 2011

~Ramadhan oh Ramadhan~



More Ramadan Messages and Glitters

Assalamu'alaikum Wrt Wbt & Salam sejahtera,


Tinggal beberapa hari lagi utk tiba bulan Ramadhan yang mulia, bersediakah kita dgn kedatangannya? Bagi mereka yang sentiasa menantikan Ramadhan dgn harapan, ibadah-ibadah yang dilaksanakan bakal dikali gandakan, amalan-amalan sepanjang bulan Ramadhan segalanya akan mendapat ganjaran yg sgt besar, pasti tidak sabar utk menantikan bulan ini dan pasti akan sedih meninggalkan bulan yg mulia ini.


Bagi diri saya pula, Ramadhan kali ini istimewa kerana buat pertama kalinya, saya akan bersama-sama dengan seorang khalifah Allah yang bakal bersama-sama berjuang sepanjang bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, terlalu byk nikmat dan kurniaan Allah SWT yang diterima setelah kesusahan yg menimpa. Yang pasti, perjuangan masih perlu diteruskan. 


Di sini, saya ingin berkongsi persediaan buat peringatan diri saya sendiri dan semoga kita sama-sama dapat amalkan :





Persediaan
Cara
Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.






Harapan buat Ramadhan kali ini :


Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelum ini, dan semoga kita mengambil segala manfa'at dari bulan Ramadhan ini, agar kita tidak menyesali bila berlalunya Ramadhan al-mubarak ini (^_~) Belum pasti, adakah kita kan bertemu bulan Ramadhan yang mendatang. InsyaAllah, selamat beramal~

25 July 2011

24 Sya'ban 1432 H

Thursday, July 14, 2011

Jodoh itu Rahsia Allah SWT




Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak update blog, rupa-rupanya penulis blog ini telah selamat diijabkabulkan pada 10hb Jun 2011 yang lalu...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)


Ana & zauj, Abdul Hakim bin Abdul Jalil



14 Julai 2011

13 Syaaban 1432 H

Sunday, May 1, 2011

~Suka duka kehidupan~

Hari ini, masuk 1 Mei 2011, hari jadi ibu tercinta dan adik yg disayangi... Makin lama rindu pada mereka makin mendalam. hanya kiriman do'a yg mampu dibuat tatkala ini. Entahlah kenapa, bila memikirkan hanya tinggal sebulan lagi utk ke arah itu, byk perkara yg masih belum diselesaikan lagi. banyak perkara dan tanggungjawab yg masih belum dijalankan dengan baik lagi. Sudah jadi anak yg baikkah diri ini? Sudah menjadi kakak yg baikkah diri ini? Sudah menjadi adik yg baikkah diri ini? Sudah menjadi sahabat yg baikkah diri ini? Dan yg paling penting, sudah menjadi hamba Allah yg baikkah diri ini?

Rindu kpd sahabat-sahabat, sahabat-sahabat yg masa tahun pertama dulu rapat, dan makin lama makin jauh disebabkan tugasan dan tanggungjawab yg makin bertambah... Rindu yg amat terutama pd sahabat yg jauh di mata... Bagaimanakah utk mengubati rasa rindu ini? Bagaimanakah utk mereka mengetahui yg kita amat merindukan mereka? Ya Allah, benarlah, bila kita makin lama makin terpisah, baru kita menyedari betapa berharganya mereka buat kita... dan kdg-kdg... sampai tidak tahu, apakah yg harus dibuat tika ini, tatkala ini... Hanya mengharapkan mereka berbahagia dengan kehidupan mereka, dan kita meneruskan perjuangan kita juga... 

Hanya 1 lagi exam yg tinggal... dan InsyaAllah pulang ke rumah... :) Man jada wa jada~ Teruskan usaha! Never give up with rahmat Allah SWT...