Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Friday, August 20, 2010

~Cukup Allah SWT bagiku~

Dalam Sujud Cintaku

by Devotees


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.





10 Ramadhan 1431H



Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..








APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA?

(Peringatan dari seorang Ustaz)
Ya abnaa al jama'ah..
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :

1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6

3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..

4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله...wallahu a'lam.


1 RAMADHAN 1431 H




Saturday, June 26, 2010

Bulan Rejab Bulan Mengkaji Sirah Nabi

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa':1)



14 Rejab 1431H



Monday, May 31, 2010

~Marilah sama-sama kita do'akan~lifeline4Gaza~


"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut. " Prof Yusof al-Qardawi (Qatar, Doha). Allahuakbar!!!!




Ya
Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan
mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan
pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan yang gagah perkasa! Wahai Tuhan yang penuh raksasa! Wahai
Tuhan yang bersifat murka! Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Wahai
Tuhan yang menurunkan kitab! Wahai Tuhan yang mengarakkan awan! Wahai
Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab! Kalahkan mereka! Kalahkan
mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.









Friday, May 14, 2010

Wahai Para Mujahid

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh






Sunday, May 2, 2010

Fazakkir innamaa anta muzakkir


Berfirman Allah Taala yang bermaksud..

“Wahai anak Adam,Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira..

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta..

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa..

Aku hairan terhadap mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirahat..

Aku hairan terhadap mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya,tetapi dia masih tenang dengannya..

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya..

Aku hairan terhadap mereka yang sibuk bersuci dengan air,tetapi hatinya tidak suci..

Aku hairan terhadap mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri..

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan,akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia..

Ketahuilah,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnyaMuhammad itu adalah hamba dan utusanKu.."

(Petikan hadis Qudsi,Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)