Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan :)

sajak untuk risalah bulan ramadhan..

"Ahlan wasahlan , Ramadhan! "
Kau bulan kerinduan,
Hadirmu dinantikan,
penyiram jiwa gersang,
membersih dosa bersarang.

Apabila..
Malam pertamamu menjengah,
bertiup al-mutsiiratu dari Arasy,
menggerakkan pohon2 syurga,
terdengar sayup2 merdu suara,
tak pernah terdengar oleh telinga,
berbisik si bidadari,
kahwinkanlah daku,
dengan hambaMu yang berpuasa.

Pintaku,
angin mutsiiratu yang dingin,
membelai segala kepayahan,
memujuk segala kesedihan,
menyejukkan dalam indahnya pengabdian.
Oh, Ramadhan...
hadirmu penuh keberkatan,
sarat rahsia keindahan,
melinpah nur kebaikan,
memancar cinta Ar-Rahman.
Ramadhanku,
Kau bagaikan pesta ibadah,
mengajar nafsuku bermujahadah,
tiap saatmu terkandung hikmah,
memekar kuntuman hidayah.

Alangkah indahnya hidup,
anadai malammu kuhiasi tahajjud,
hayati al-Quran penuh takjub,
zakat dihulur bersama zuhud,
amal berganda setinggi Uhud.
Ramadhanku,
tawaran demi tawaran kau sajikan,
buat perindumu yang beriman,
membentang samudera keampunan,
bernaung kasih tiada tepian.

Ramadhan,
setahun ku merindu,
kau kini milikku,
hari-harimu pantas berlalu,
kuatkanlah aku ya Rahman,
mengaut segala ganjaran,
berpisah dengan keredhaan.


dipetik dari : farahain , my beloved junior :)

Monday, August 17, 2009

CSI Malaysia

under the microscope, we can see the takayama crystal test + identification for cannabis leaf...

syawal sedang memberi explaination regarding the uv lamp kpd pengunjung...

uv lamp bersama-sama 2 keping kaca kesan tembakan...

crime scene model yg diilhamkan oleh representative forensic science 2nd year...

last day of convex, kesian dkt baby yg tak bersalah tu... :(


my juniors in almashoor and me...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T, setelah berpenat lelah sejak sem lepas hingga ke hari ni (letih masih belum hilang), namun Pameran Kesihatan sempena Majlis Konvokesyen USM kali ke-40 telah berjalan dengan jayanya. Thanks to all my friends yg sempat datang and makan sphagetthi dkt rumah....(gambar2 still dalam kamera, tak sempat transfer lg). Sorry to my friends in UM sebab tak dapatlah nak pergi UM memandangkan ada program di negeri kelahiran sendiri ni. Anyway, International Asia Pasific Dental Conference sedang diadakan bermula dari semalam 16 August di Bayview Hotel, Batu Feringghi. InsyaAllah esok dapat jumpa kawan-kawan lama dental semula. Rindu sangat-sangat. Namun, bidang forensik memberi seribu satu makna dalam kehidupan yang sedang mendatang ini. Kalau dulu-dulu datang pameran kesihatan USMKK ni sebagai pengunjung, tak sangka sangat, kali ini, dapat pula jadi antara orang yg menjayakannya. And byk kenangan-kenangan yg dilalui sepanjang program ni. Thanks to Azmi, pengarah Convex kali ni and to all my coursemate yg sabar and beri kepercayaan kepada diri ini. Semoga apa yg baik dapat kita ikuti, dan yg kurang baik dapat kita perbaiki... congrats to all~ :)

Aduhai Adikku Sayang...

Pada 6hb & 7hb Ogos yg lalu, dengan berkat dan izin Allah S.W.T, kem Adikku Sayang telah berjaya dijalankan anjuran Rakan Masjid USMKK. Buat Pengarah, Timbalan Pengarah, tenaga kerja, penggerak-penggerak Kem Adikku Sayang, tahniah diucapkan atas kerjasama dan komitmen yg tidak terhingga diberikan. Syukur sangat-sangat, walaupun inilah julung kalinya diadakan, tetapi suatu kejayaan sebagai permulaan. Semoga adik-adik sekalian dan kakak-kakak serta abang-abang senior sekalian akan terjalin ukhwah persaudaraan sesama Islam dan dapat bantu membantu antara satu sama lain dalam medan jihad sebagai student@mahasiswa mahasiswi USMKK... :)



Bersama kakak fasilitator...




muslimin turut tidak ketinggalan....





Tema pada kali ini menampilkan "Yang muda disayangi, Yang tua dihormati". Semoga apa yg dipelajari pada kem 1 hari 1 malam ini tidak akan disia-siakan sama ada untuk fasilitator atau peserta-peserta itu sendiri.





Convex 2009/10

Alhamdullilah selesai sudah convocation exhibition (convex) 09/10 sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia yg ke-40.

Preparation sehari sebelum bertolak :

Mr. T Nataraja , penasihat kami forensic science...





Facial reconstruction :



Kotak-kotak :



Tuesday, July 28, 2009

Soal Keberkatan

Alhamdullilah...hari ni, Allah S.W.T berikan kita semua udara untuk disedut, masa untuk bertaubat, dan peluang utk kita memperbaiki diri kita. Apabila bangun pagi, seharusnya kita mengucapkan rasa syukur kerana masih ada di muka bumi ini, seharusnya kita memperbanyakkan ibadah untuk melahirkan rasa syukur kita...


Pagi ni, ada meeting jam 7 pagi... memang lah tersangat awal... dan akibat tersangat awal, kami muslimat hadir lewat 7.15 pagi. Dan kemudian ke kelas jam 8 pagi. Ingatkan kelas hematology ada hari ni, rupa rupanya takde... tapi takpela. Kemudian saya ke kedai buku dan membeli buku "Belajar Dari Dua Umar"... Alhamdullilah, masa yg ada dapat diisi dengan baik. Saya cuma nak petik petikan soal jawab dari buku ini :


Dalam soal nasab dan keturunan, di mana Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Umar al-Khattab. Umar al-Khattab memilih mengahwinkan anaknya dengan Ummu Ammarah sehingga akhirnya daripada keturunan mereka inilah lahirnya Umar bin Abdul Aziz. Lalu kecemerlangan ini datang daripada keturunannya.


Dalam Islam, ada isu berkat. Ada ayat yg sering kita baca sbg contoh doa qunut yg dibacakan setiap pagi. Dihujungnya bermaksud "....wahai Tuhan kami, berikan kami keberkatan..." Berkat ini tidak diajar dalam sains. Dan ia tidak dapat dikaji dalam makmal-makmal sains. Berkat adalah pemberian Allah kepada hamba-Nya melalui makanan yg halal, minuman yg halal, dan duit yg halal. Daripada sumber yg halal inilah lahirnya berkat. Sebagaimana yg dinasihatkan oleh doktor kpd kita semua untuk mendapatkan vitamin yg terbaik, kita perlukan makanan yg terbaik. Makan buah buahan yg baru dipetik dan sebagainya.

Wednesday, July 15, 2009

Mehnah Dan Tribulasi Dlm Perjuangan

Sudah masuk 2 minggu kelas bermula... dan diri ini hari-hari pun meeting setiap malam (cuma ada special exception semasa mak dtg semalaman)... Ya Allah, memang diuji dengan masalah-masalah yg kadang2 timbul akibat keletihan diri ini... Nak kena pk study lagi, orang lain punya study lagi, adik2 1st year punya study lagi... Ya Allah, mampu ke akal nih nak berfikir dengan banyak ni... nnt tak pasal-pasal orang lain, sahabat2 rapat yg jadi mangsa sebab keletihan ni... InsyaALLAH semoga boleh adjust dengan baik... Yg penting, kene fikirkan apakah niat asalnya... and ttg masalah yg timbul, kenelah sama-sama muhasabah semula and fikirkan semula kenapa jadi mcm tu... (salah sendiri gak kerana kdg2 kurang matang dalam buat keputusan).... Wallahu'alam... to be continue

Langit ILLAHI "Tuhan Tidak Lupakan Kita"

"Walau diri seringkali lupa...

Walau dibeban segunung dosa...

Walau jauh dari rahmat-NYA"